You are on page 1of 2

Aku sepasang baju kurung Aku ialah sepasang baju kurung.

Badanku bewarna biru berbunga putih dan amat menawan. Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor. Pada suatu hari, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur. Kami digantung di rak kaca butik itu. Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ. Pada badan kami diletakkan tanda harga. Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut. Dia memegang dan membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona memandang wajahnya yang cantik itu. Akhirnya, dia membeliku dengan harga RM99.99. Aku berasa sungguh gembira kerana dia memilihku dan mempunyai seorang tuan yang cantik . ku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan baju-baju yang lain. Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja. Rakanrakannya asyik memuji kecantikan aku. Aku berasa sungguh bangga dengan kecantikan diriku itu. Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya. Beberapa bulan kemudian warnaku semain pudar. Kepudaran warnaku itu menyebabkan dia jarang memakaiku lagi. Kini , tuan aku telah membeli baju lain yang lebih cantik. Aku berasa amat sedih. Aku telah dimasukkan ke dalam almari. Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor . Aku amat bersyukur kerana aku mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakai olehnya walaupun warnaku sudah pudar .

Aku Sebentuk Cincin Permata Aku dilahirkan di sebuah kedai menjual barang-barang kemas. Badanku bulat keemas-emasan. Kepalaku pula bersegi-segi serta................................................................ yang berkilauan. Aku diletakkan di dalam............................................................ . Setiap hari, aku menjadi.................................................................................................. Pada suatu hari, seorang lelaki datang melihatku. Setelah terpaut hati kepadaku, lelaki tersebut terus membeliku. Aku .................................................................................. lalu ditunjukkan kepada kaum keluarganya. Kemudian, .................................. di dalam sebuah peti besi. Setelah berminggu-minggu terkurung di situ, akhirnya aku dibawa keluar. Aku dibawa ke .......................................................... yang sungguh meriah. Aku berasa gementar kerana banyak mata yang tertumpu kepadaku. Aku kemudiannya dibawa masuk ke sebuah bilik. Di sana, aku melihat seorang gadis sedang ................................................... . Aku kemudiannya disarungkan ke jari manis gadis itu. Sejak hari itu, aku ....................................................................... daripada tuan baruku. Aku dijaga dan disayangi dengan sepenuh hati. Aku sungguh bahagia.

menunggu kedatanganku tidak pernah berpisah sebuah almari kaca

ke suatu majlis dibawanya pulang

You might also like