You are on page 1of 17

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya

(MASIYAH BT MAJISTI)

760803-12-5790

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdullilah kepada yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat juga saya melaksanakan tugasan PSV3108 dengan jayanya.Sepanjang melaksanakan tugasan ini, banyak pengalaman baru yang saya perolehi. Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kepada semua pihak yang telah

membantu dalam perkongsian ilmu, sokongan, penjanaan idea dan sebagainya samada
secara langsung atau pun tidak langsung.Terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing yang telah memberi tunjuk ajar serta bimbingan sepanjang pelaksanaan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada suami yang telah menyokong saya daripada belakang dan doa yang tidak putus-putus agar dipermudahkan segala urusan kami. Di samping itu, turut tidak dilupakan kepada rakan-rakan yang turut sama berkongsi idea, pengalaman dan

serta ilmu baru.Kami sentiasa mendoakan agar Allah SWT sentiasa memberkati perjalanan

RUMAH DEFINISI Rumah merupakan pelaburan paling besar pada komitmen kewangan anda. Janganlah sampai tersalah membeli atau tersalah membina ruang dan bilik-bilik pada rumah anda. Keselesaan saiz ruang dan bilik adalah merupakan faktor paling penting yang perlu diambilkira oleh bakal pembeli dan pembina rumah.

Tempat kediaman ditakrifkan sebagai struktur yang berasingan dan bebas yang lazimnya digunakan untuk tempat tinggal. Takrifan bagi perkataan berasingan dan bebas adalah seperti berikut: Berasingan Struktur dianggap sebagai berasingan jika ia dikelilingi oleh dinding, pagar dan ditutupi oleh bumbung. Bebas Struktur dikatakan bebas apabila ia mempunyai jalan masuk secara terus dari tangga umum, tempat lalu lintas ataupun ruang lapang iaitu penghuni boleh masuk atau keluar dari tempat kediaman mereka tanpa melalui perkarangan orang lain.

RUMAH BANGLO SETINGKAT

Banglo
rumah bangl0 - dibina dengan setiap unit tidak bersambung antara satu sama lain. dengan erti kata lain, rumah banglo tidak berkongsi dinding dengan rumah yang lain seperti rumah teres. rumah banglo boleh dibina secara persendirian di atas tanah lot ataupun dibina oleh pemaju di kawasan perumahan.
GAYA penataan bilik tidur kini lebih bersifat terbuka dan anjal, membuatkan fungsinya tidak lagi dilihat sebagai tempat beradu atau beristirahat semata-mata. Ruang yang dulunya kosong kini tampil lebih bergaya kontemporari. Dalam kalangan kita ramai yang pandai menyusun atur perabot dan aksesori di bilik tidur. Keselesaan dan sedap mata memandang antara perkara penting yang perlu diberi perhatian supaya bilik tidur kekal kemas sepanjang masa. Kini ramai yang

memanfaatkan bilik tidur untuk kegunaan lain termasuk menyediakan sudut beriadah dan bekerja yang dilengkapi alunan irama muzik. Bagaimanapun, fungsi utama bilik tidur sebagai tempat berehat tidak pernah berubah walaupun ada keperluan lain di ruang berkenaan. Pastikan pengetahuan berkenaan susun atur perabot, keadaan ruang dan penataan cahaya penting dalam menyerlah dwifungsi bilik tidur. Konsep bilik tidur dwifungsi biasanya diketengahkan di kediaman berkeluasan terhad termasuk pangsapuri, teres kos rendah dan kondominium. Perkara paling penting ialah titik tumpu dan ia menjadi elemen awal yang kita pandang ketika menjengah bilik tidur dan tidak semestinya katil atau perabot. Aksesori seperti cermin yang diletakkan pada dinding di tengah bilik atau bersesuaian dengan dekorasi pilihan penting sebagai penyeri tata hias. Sudut berdandan yang diserikan meja solek lengkap penataan cahaya semula jadi kini sudah menjadi kemestian dalam bilik tidur khususnya wanita. Biasanya ia diserikan dengan ruang meletak aksesori seperti gelang, rantai dan kerongsang dalam susunan menarik dan membangkitkan suasana harmoni. Bilik tidur yang selesa juga lebih lengkap jika diberi sentuhan udaranya aroma wangi-wangian segar dan ia terapi minda yang membawa ketenangan. Bagi yang ingin mewujudkan ruang bilik tidur sebagai sudut bekerja atau belajar, anda perlu merancang kedudukan perabot sebaik mungkin, terutama menyediakan ruang menyimpan pelbagai barangan. Jika berhadapan masalah bilik berkenaan tidak mempunyai ruang untuk menempatkan meja, anda boleh sediakan meja tulis siap dipasang atau guna meja solek dwifungsi. Almari pakaian pula tidak semestinya untuk menyimpan pakaian semata-mata, tetapi pada masa yang boleh menempatkan fail atau dokumen kerja anda. Sementara bilik tidur kanak-kanak pula jika disesuaikan dengan tempat bermain, pemilik perlu pastikan ukuran bilik cukup luas untuk mewujudkan sudut bermain dan lengkapkan sudut itu dengan rak terbuka sesuai dengan usia anak anda. Begitu juga dengan bilik tidur yang disekalikan dengan bilik bayi. Untuk keselesaan, si ibu tidur dan keselamatan bayi, sediakan katil penghadang untuk bayi. Ada setengah kediaman menyediakan ruang lapang di antara bilik tidur di tingkat atas, tetapi tidak ramai yang tahu apa yang perlu dilakukan. Akhirnya ruang berkenaan bertukar menjadi tempat longgokan perabot lama dan menampakkan ruang kelihatan sempit.

Tahukah anda warna yang dipilih untuk bilik anak membantunya merangsang keupayaan minda dalam menjalani kehidupan seharian lebih selesa ketika berehat, bermain, belajar mahupun tidur. Warna adalah elemen paling beremosi dan mendesak dalam mana-mana suasana dekorasi. Bagaimanapun tugas memilih warna boleh menjadi perkara menyeronokkan dan mudah jika kena gayanya.

Anak-anak lebih banyak menghabiskan masa mereka di dalam bilik tidur berbanding ruang tamu, ruang makan dan bilik mandi. Justeru ibu bapa perlu peka terhadap warna yang dipilih untuk menjadi latar dinding kamar tidur si anak. Anak-anak cenderung memberikan reaksi positif terhadap warna cerah seperti merah jambu, biru atau merah. Mereka juga cenderung bereaksi negatif terhadap warna-warna gelap seperti coklat, hitam atau kelabu.

Oleh itu ibu bapa disarankan menggunakan warna-warna cerah kerana ia dapat merangsang kreativiti, menguatkan daya imaginasi, memberi semangat, mempengaruhi rasa estetika dan menguatkan rangsangan motor.

Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman Tags: Guides | Panduan Painting | Mengecat Malay | English version

Warna adalah komponen penting dalam dunia hiasan dalaman. Bila memilih warna untuk rumah anda, secara semulajadinya, anda akan tertarik dan menyukai warna tertentu disebabkan bagaimana warna tersebut memberi kesan terhadap perasaan anda. Warna juga telah terbukti menghasilkan respon secara fizikal. Jadi, pertimbangkanlah psikologi warna semasa anda merancang skema warna untuk mana-mana ruang di dalam rumah anda. Maklumat ini mungkin ia dapat membantu anda memperoleh mood yang diingini.

BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai "warna kegemaran". Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna 'bersih'. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.

KUNING menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari-hari indah. Seseorang yang dikelilingi warna kuning akan merasa lebih optimis. Tetapi berhati-hatilah dengan warna ini, jika tonanya keterlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna lain. Kuning juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.

HIJAU bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna 'sejuk' dan 'hangat' (biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.

MERAH ialah warna paling 'hangat' dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna - sama ada tradisional mahu pun kontemporari.

UNGU dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian, dan misteri. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah tona ungu mungkin agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah bilik boleh memberi rasa segar dan 'terangkat'. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan.

MERAH JAMBU dikaitkan dengan keremajaan, dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria, dan adakalanya seperti 'bebas daripada sebarang masalah'. Ia dibayangkan sebagai warna romatik, dan rasa kelembutan. Warna merah jampu juga ialah warna yang tepat untuk cinta.

JINGGA, yang terhampir dengan merah, ialah warna berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya, berbanding warna-warna lain, terdapat kesan positif dan juga negatif yang kuat pada warna jingga, di mana warna jingga asli secara umumnya akan melahirkan rasa 'sangat suka' atau 'sangat benci' pada seseorang. Warna tersebut mampu memberi kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional. Pemilihannya untuk ruang dapur dan ruang makan boleh mewujudkan rasa yang lebih selesa.

COKLAT menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang yang kerap menjadi tumpuan seperti ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga 'garang' atau warna 'hangat'.

HITAM adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri, dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan, selain menunjukkan stail dan 'tak lekang dek zaman', dan satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Ia mudah mengganggu sekiranya terlalu banyak warna hitam. Kecerahan hasil gabungan hitam dan putih lazimnya memperlihatkan ciri sangat moden.

PUTIH, walaubagaimana pun, menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan 'tanpa warna', atau neutral.

KELABU ialah warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa 'kosong'.

Kesan Warna Universal Merah : Dinamik, bersemangat, merangsang, aktif, kuat, hangat, agresif. Tetapi bila terlalu banyak warna ini dapat menimbulkan kemarahan, tekanan, ketidaksabaran, ugutan, dendam dan suasana kelam kabut.

Sebaiknya, jangan digunakan untuk bilik bayi (di bawah usia setahun).

Kuning : Warna yang susah ditangkap mata, ceria, hangat, dan bertenaga. Bagaimanapun warna ini kurang sesuai untuk bilik tidur anak kerana terlalu terang akan menyebabkan silau dan sukar untuk beristirehat.

Biru : Warna yang paling nyaman untuk mata, menenangkan, aman, menerima, sabar. Terlalu banyak warna biru dipercayai dapat menyebabkan rasa dingin dan membuat anak jadi pasif. Jika ingin menggunakan warna biru, pilih yang warnanya tidak terlalu pucat sehingga tak terasa kesan dinginnya.

Hijau : Rileks, sepi, semula jadi, menenangkan dan kelihatan pemalu. Jika terlalu banyak hijau, ia akan menjadikan anak seorang yang malas. Untuk mengurangkan kesan negatifnya, hijau perlu digabungkan dengan merah atau oren.

Oren : Percaya diri, ramah, penuh keceriaan. Pemilihan warna oren di bilik tidur membuatkan anak selalu terjaga, sebaiknya ia harus dikombinasikan dengan warna lain. Jika terlalu banyak oren, boleh menjadikan ruangan terlalu gelap sehingga memerlukan banyak cahaya perlu masuk.

Ungu : Boleh meningkatkan imaginasi anak dan kreativiti. Tapi terlalu banyak terdedah pada warna ungu juga boleh membuat mood anak terganggu dan menyebabkan anak terlalu ingin berkuasa.

Lilac : Menyentuh spiritual. Jangan gunakan rona lilac di bilik tidur anak lelaki kerana boleh membangkitkan sifat feminin. Untuk mengelakkan rasa hambar, padukan ia dengan warna hitam atau perak.

Warna Feminin vs Maskulin Biasanya bilik tidur anak perempuan lebih sesuai dengan pilihan warna lembut seperti merah jambu, hijau muda, ungu lembut kerana ia memberikan impak feminin dan lemah lembut.

Sementara untuk anak lelaki pula, pemilihan warna biru, kelabu, hijau sesuai dengan karakter mereka selain menyenangkan mata orang lain yang memandang.

Warna Untuk Anak Hiperaktif Oleh kerana anak hiperaktif bermasalah untuk memberi tumpuan pada sesuatu perkara maka terapi warna adalah salah satu cara mengatasinya.

Bilik untuk mereka sesuai dicat dengan warna-warna sejuk atau dingin seperti biru muda, hijau, ungu.

Warna Untuk Anak Autisme

Jika anak anda menghadapi masalah autisme, psikologi warna yang boleh menstimulasi mereka adalah warna-warna hangat atau panas seperti oren, kuning dan merah.

Focal Point Penting Dalam Dekorasi


Tags: Decoration Tips | Tip Hiasan Guides | Panduan

Satu daripada peraturan asas dalam interior design ialah menentukan satu focal point(titik tumpuan) bagi mana-mana bilik atau ruang. Hanya satu titik tumpuan...bukannya dua atau tiga. Sebabnya?... untuk mengelakkan kekeliruan. Dan suatu bilik akan hilang ciri tarikan sekiranya focal point ini tidak diambil kira semasa menghias rumah. Tetapi, ramai yang tidak sedar tentang perkara asas ini.

Memiliki focal point bermaksud, mata akan secara automatik terarah ke tempat tersebut bila kita memasuki bilik itu buat kali pertama. Kemudian, barulah

mata kita akan beralih ke sudut lain yang agak kurang daya tarikannya.

Suatu ruang akan kelihatan lebih menarik jika focal point yang dipilih benar-benar tampak jelas. Ini tidak bermakna anda harus mengenepikan hiasan pada sudut lain di dalam bilik anda. Yang penting, daya tarikannya tidak dapat menandingi focal point yang anda telah cuba jelmakan.

Yang mana satu?. Focal point utama selalunya ialah sesuatu yang berskala besar. Boleh jadi ia salah satu ciri arkitektur yang ada di rumah anda seperti dinding, tingkap, tangga dan gerbang. Atau mungkin ia salah satu daripada perabot atau peralatan yang ada seperti bookcase, display cabinet, dan televisyen. Dalam hal ini, focal point anda seharusnya sesuatu yang boleh mendatangkan minat orang lain untuk memandangnya.

Ramai yang memilih salah satu dinding sebagai focal point dengan cara menggunakan warna yang sedikit kontra dengan persekitarannya. Lukisan, artwork, cermin atau perabot yang ditempatkan pada dinding tersebut akan menambah lagi daya tumpuan padanya.

Alangkah bagus jika pemandangan indah di luar rumah dapat dinikmati bersama. Mana-mana tingkap yang membenarkan anda menikmati pemandangan semulajadi ini boleh dihias atau direka semula untuk dijadikan focal point.

Bookcase dan display cabinet juga salah satu pilihan focal point bagi seorang collector. Susun koleksi anda agar tampak lebih kreatif dan menarik. Anda boleh menggunakan cermin dan pencahayaan ( lighting) untuk mendapatkan kesan yang lebih dramatik. Hias rumah dengan cermin.

Bagi ruang tamu berkonsep moden, media center yang dilengkapi televisyen bersaiz gergasi, mudah mendapat tumpuan. Berikan perhatian anda semasa merancang media center untuk rumah anda supaya ciri yang ada pada peralatan dan perabot yang digunakan seiring.

Kebiasaannya, bedding set dalam bilik tidur akan dijadikan focal point melalui tema warna dan tekstur. Penggunaan headboard mampu menyerlahkan lagi tema yang anda pilih. Posisi katil di bilik tidur.

Ibu bapa perlu mengenal pasti bilik bersesuaian sebelum memilih perabot dan kelengkapan perlu untuk anak mereka

IBU BAPA yang pertama kali menimang bayi tentunya ghairah merancang bilik yang selesa dan cantik untuk cahaya mata mereka.

Mengenal pasti bilik bersesuaian untuk bayi dan kanak-kanak penting sebelum memilih perabot yang bakal dimuatkan dalam bilik berkenaan.

Sebelum itu, mereka mesti pastikan bilik bayi berhampiran bilik utama supaya tidak mengganggu ahli keluarga lain jika anak menangis.

Ketika menghias bilik tidur bayi pula, ibu bapa perlu berfikir panjang sama ada bilik yang sama akan digunakan dalam tempoh lama atau kekal sebagai bilik tidur bayi.

Antara kelengkapan dan perhiasan tambahan sebagai peneman bilik tidur bayi selain katil dan almari pakaian ialah patung, buku cerita, peti mainan, lukisan berbingkai, meja dan kerusi serta tong sampah.

Selain pemilihan bilik dan perabot dan kelengkapan, bilik bayi yang sempurna ialah yang mempunyai sistem pengudaraan semula jadi yang mencukupi. Ini bermakna, suasana bilik tidak bergantung kepada cahaya lampu atau sistem pengudaraan daripada kipas dan alat penghawa dingin semata-mata.

Pada peringkat awal, ibu bapa tidak perlu terlalu cerewet memilih warna atau perabot yang terlalu padat. Cukup sekadar menghiasinya dengan warna asas yang lembut.

Bagi mewujudkan kelainan, disarankan supaya menggabungkan warna merah jambu dan biru laut yang sudah menjadi warna pengenalan bagi bayi lelaki dan perempuan.

Jika bercadang menggunakan kertas dinding yang bermotifkan alam semula jadi termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau watak kartun, pastikan coraknya sesuai dengan peringkat usia bayi.

Bagi bilik kanak-kanak berusia empat tahun ke atas, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah keselamatan kerana mereka sedang melalui proses pembelajaran. Bilik mereka biasanya dijadikan tempat bermain dan belajar selain tempat tidur.

Justeru, tidak perlu diletakkan perabot mahal atau berjenama, memadai dengan yang berharga sederhana tetapi kukuh dan lasak.

Pengarah Urusan Medium Design Associate, Muzzammil Muhamad, berkata perabot di bilik bayi biarlah daripada jenis boleh ubah suai untuk jangka masa panjang kerana bayi cepat membesar, manakala bagi kanak-kanak sediakan ukuran perabot yang sesuai dengan usia mereka dan kegiatan yang dilakukan.

Jika kanak-kanak lasak, pastikan kelengkapan dipilih teguh, tahan lama dan dapat menampung berat badan mereka bagi mengelakkan cedera jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Bagi ibu bapa yang mempunyai bajet yang rendah tetapi ingin menghias bilik bayi mereka pula, tidak perlu risau kerana di pasaran sekarang banyak perabot dan peralatan yang boleh suai dan padan. Apa yang penting adalah kreativiti, katanya. Rasanya sekali-sekala boleh juga kita cuba terapkan konsep moden dan kontemporari pada bilik tidur anak-anak kecil kita. Konsep macam di bawah ini bukan sekadar bertahan setakat anak-anak masih bayi je, malah sehingga anak-anak memasuki alam persekolahan pon masih boleh digunapakai tema yang sama tanpa perlu melalui renovasi yang memakan kos. Cuma perlu tukarkan katil dan mungkin tambahkan almari yang lebih besar yang bersesuaian dengan konsep dan warna yang sediada. Ternyata permainan warna hijau kekuningan seperti ini tampil sesuai untuk kedua-dua jantina kanak-kanak tak kira lelaki atau perempuan.

ontemporary vs modern... apa bezanya dalam bidang hiasan dalaman?. Atau mungkin tiada beza. Kalau dirujuk pada kamus, kedua-duanya menampakkan ciri persamaan. Kalau tanya pada tokeh atau pekerja kedai perabot, bermacam-macam jawapan akan anda dengar. Kebanyakan orang akan menggangapnya serupa. Tetapi, dari sudut seni dan rekaan (art and design), kedua-duanya BERBEZA. Perkataan 'kontemporari' merujuk pada 'masa kini' atau 'semasa'. Rekaan kontemporari atau perabot kontemporari merujuk kepada rekaan abad ke-21. Perkataan kontemporari digunakan untuk menerangkan stail dan rekaan 'terkini'. Kegunaan terminologinya lebih luas, tidak terhad pada satu stail. Rekaan kontemporari boleh digunakan pada pelbagai trend dan stail mengikut zamannya (satu jangka masa tertentu). Ia mungkin idea rekaan terkini hasil inspirasi tahun 70an. Anda juga boleh memiliki ruang tamu kontemporari ala 60an sekiranya gaya hiasan anda berkonsepkan minimalis. Spacious dan unclutteredkunci kepada stail kontemporari. Manakala 'moden' bukan bermaksud 'semasa'. Di sini timbulnya kekeliruan. Oleh kerana kita hidup di zaman serba moden, dikelilingi teknologi semakin canggih, jadi rekaan baru yang ada di pasaran pun kita anggap 'moden'. Ini kurang tepat. Bila bercakap tentang apa pun yang berkait dengan seni, senibina, rekaan, mahu pun muzik, perkataan 'moden' sebenarnya merujuk pada 'stail'. Stail rekaan moden lahir semasa Perang Dunia Kedua dan lebih menekankan kepada minimalism, simplicity, dan fungsi suatu rekaan. Jika dibandingkan dengan stail tradisional, stail moden bermaksud sesuatu rekaan yang lebih simple tetapi fungsinya diperkaya (pelbagai guna, ringan, tahan lasak dan jimat ruang) hasil penggunaan material baru antaranya seperti alumunium, keluli tahan karat, kaca di samping kayu, kulit,vinyl dan fabrik yang biasanya bertona kehitaman atau putih. Permukaannya rata... sleek dan clean lines. Tiada lagi disarat dengan ukiran atau corak bungaan. Jadi, stail moden sudah pun wujud sejak dari dulu lagi. Kenapa orang selalu silap dan keliru?. Sebabnya, stail moden masih belum ketinggalan zaman. Cuba perhatikan trend produk-produk terkini, atau high-end, penampilannya masih simple dan fungsinya semakin pelbagai. Jadi, hingga hari ini, produk atau perabot berciri rekaan moden masih menguasai pasaran

semasa. Bermakna ia juga 'kontemporari', bukan?. Memang keliru. Jika anda buat perbandingan dengan melihat gambar-gambar di laman web pun, perbezaannya tak ketara. Serupa tapi tak sama. Sebab itulah, penggunaan kedua-dua perkataan ini saling bersilih ganti. Setelah banyak menghabiskan masa dan wang ringgit, anda rasa sangat puas dan yakin dengan stail kontemporari ruang tamu anda. Suatu hari, rakan anda yang bertandang memuji dengan berkata "wah! cantik la... saya pun minat dengan stail moden macam ni". Apa anda rasa?. Di mana yang tak kena?.

You might also like