Tajuk Syarahan: Akhlak Cemerlang , Negara Terbilang.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Yang dimuliakan saudari pengerusi majlis,barisan para hakim yang adil lagibijaksana,guru-guru,rakan-rakan serta hadirin hadirat para pendengar sekalian.Anak Seluang, Anak Sembilang,Anak Haruan di atas papan,
Akhlak Cemerlang Negara Terbilang
,Syarahan ingin saya perdengarkan. Tuan/puan, para hadirin sekalian, Berbicara mengenai akhlak atau budi pekerti sangat luas medannya, bagaikan lautan yangtidak bertepi. Makin dalam diselami makin banyak perbendaharaan yang didapatisehingga tidak habis untuk dibahas dan dikaji. Tanpa membuang masa kita lihat kejadian Allah pada diri kita ini. Allah menjadikan kitacukup sifat dibekalkan anggota tubuh dengan berbagai- bagai, urat saraf dan pancaindera,akal dan fikiran, watak dan tabiat semulajadi, adat dan kebiasaan yang diwarisi. Dengan tenaga berfikir serta semangat dan kemahuan manusia itu sendiri, ia dapatmelayakkan dirinya mencapai taraf makhluk yang paling mulia dan mendapat darjat yangsetinggi-tingginya.Dalam mengharungi kehidupan ini, pelbagai pengalaman yang dilaluidapat memberi pengajaran dalam menentukan dan membezakan mana yang baik danmana yang buruk, yang berguna dan yang berbahaya yang mendatangkan faedah danmudarat. Para pendengar Yang Dihormati sekalian, Akhlak yang cemerlang dapat menentukan sesuatu bangsa itu berkedudukan rendah ataumulia.Umat yang baik akhlak dan budi pekertinya itu tandanya ada kemuliaan dankeutamaan. Sebaliknya umat yang budi pekertinya buruk akan sentiasa berada dalamkerendahan biarpun dilimpahi dengan kemewahan dunia dan kebesaran sertakebanggaannya.Ini kerana kemuliaan sesuatu umat itu kekal selagi mewarisi akhlak danbudi pekerti yang mulia. Akhlak yang mulia dan cemerlang menjadi pelita menyinari diri dan orang lain menuju jalanyang selamat dalam mencari keredhaan Allah. Ia menjadikan manusia patuh dan tundukkepada Tuhan serta berusaha untuk berbakti. Disinilah bermulanya tuntutan berakhlak mulia seiring dengan hidup mesti berusaha danbekerja. Setiap makhluk yang hidup mestilah bekerja kerana bekerja merupakan roh atau jiwa kepada kehidupan. Oleh itu hidup mestilah berperaturan . Kita boleh himpunkan haltersebut dalam empat perkara:
Leave a Comment