Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
P. 1
nota-Unsur Bahasa Asing Dalam Bahasa Melayu

nota-Unsur Bahasa Asing Dalam Bahasa Melayu

Ratings: (0)|Views: 172 |Likes:
Published by yow jing pei
Unsur Bahasa Asing Dalam Bahasa Melayu
Unsur Bahasa Asing Dalam Bahasa Melayu

More info:

Published by: yow jing pei on Apr 24, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/08/2014

pdf

text

original

 
asing dalam bahasa Melayu wujud melalui proses pengambilan atau peminjamandaripada bahasa-bahasa lain, iaitu bahasa yang lebih maju dalam tamadun yang lebihtinggi. Hal demikian terjadi apabila berlaku pertembungan dengan tamadun tersebut.
Latar Belakang Peminjaman Bahasa
 Bahasa yang memberikan sumbangan dalam proses peminjaman oleh bahasa Melayumerupakan bahasa yang pernah berdampingan atau terlibat dalam sejarah orang Melayu.Oleh itu, besar atau kecilnya pengaruh bahasa asing itu bergantung kepada tempoh danrapatnya keterlibatannya dengan masyarakat atau budaya Melayu.Bahasa tertua yang dipinjam oleh bahasa Melayu ialah bahasa dari India, iaitu bahasaSanskrit. Bahasa ini merupakan bahasa elit India yang digunakan oleh golongan istana danbangsawan. Sanskrit datang menerusi agama dan budaya Hindu yang mendominasikebudayaan alam Melayu pada lebih 2,000 tahun dahulu. Peminjaman berlaku semenjakabad ketujuh lagi apabila bahasa Melayu kuno menggunakannya untuk keperluanmengungkapkan pelbagai makna dan mesej pada batu-batu bersurat. Pada ketika itukerajaan Hindu Sriwijaya berada pada puncak kegemilangannya.Bahasa India lain yang turut menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah bahasa Tamil(bahasa golongan bawahan dari selatan India), bahasa Hindustani, dan bahasa Telegu.Bahasa-bahasa ini datang melalui aktiviti perdagangan di kepulauan Melayu.Bahasa yang kuat pengaruh dari Asia Barat ialah bahasa Arab. Kedatangan pengaruhIslam ke Nusantara pada abad ke-13 menyerapkan perbendaharaan katanya ke dalam
bahasa Melayu. Bahasa ini “menghadiahkan” sistem aksaranya yang digunakan oleh
bahasa Melayu, d
ikenali sebagai tulisan “Jawi” di Malaysia dan tulisan “Melayu
-
 Arab” di
Indonesia. Selain bentuk tulisan, susuk ayat Arab juga terserap dengan ketara dalam
 
penulisan kitab dan kesusasteraan Melayu pada abad ke-16 hingga ke-18. Selain itu,bahasa Farsi turut dipinjam oleh bahasa Melayu, yang tersebar melalui kegiatanperdagangan.Kehadiran penjajah Barat juga memaksa bahasa Melayu menerima kosa kata bahasa-bahasa dari Eropah. Bahasa-bahasa itu ialah bahasa Portugis, bahasa Belanda, danbahasa Inggeris. Namun, kosa kata bahasa Inggeris lebih mempengaruhi bahasa Melayukerana pembudayaan yang mendalam melalui sistem pendidikan, tempoh penjajahan yangpanjang semenjak pendudukan di Pulau Pinang hingga Malaysia mencapai kemerdekaan,dan penerimaan aspek dan bidang moden yang diasaskan oleh tamadun Barat yangmenggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.Pinjaman juga melibatkan bahasa Cina. Hal ini terjadi kerana pergaulan dengan orang Cina,khususnya melalui perniagaan di Semenanjung Tanah Melayu semenjak pendudukanInggeris di Pulau Pinang dan penubuhan Negeri-Negeri Selat.Bahasa Melayu turut menerima pengaruh daripada bahasa Nusantara, iaitu bahasa Jawa,bahasa Sunda, bahasa Bugis, bahasa Sumatera, dan lain-lain lagi. Bahasa-bahasa ini muladipinjam pada zaman kerajaan Melayu Melaka, kerana pergaulan dan hubunganperdagangan serantau. Bahasa lain di Asia Tenggara yang turut dipinjam ialah bahasaSiam, tetapi sangat kecil.Jelasnya, bahasa sumber yang dipinjam oleh bahasa Melayu terdiri daripada tiga kumpulanutama, iaitu Sanskrit, Arab dan Inggeris. Walaupun begitu, bahasa sumber ini boleh dilihatdengan lebih luas berdasarkan kelompok-kelompok:(a) Bahasa India
 –
Sanskrit, Tamil, dan Hindustani(b) Bahasa Tanah Arab
 –
Arab, dan Farsi
 
(c) Bahasa Nusantara
 –
Jawa, Sunda, Bugis, Sumatera, dan sebagainya(d) Bahasa Cina,(e) Bahasa Eropah
 –
Portugis, Belanda, dan Inggeris,(f) Bahasa lain di Asia Tenggara
 –
Siam, dan lain-lain.Peminjaman unsur asing tersebut terjadi disebabkan oleh hal-hal: (1) Peperangan danpenjajahan politik
 –
membawa masuk bahasa Portugis dan Inggeris; (2) Perniagaan danperdagangan serta pendidikan dan penyebaran agama
 –
menyerapkan bahasa-bahasaSanskrit dan Arab; (3) Kejiranan dan persahabatan
 –
membawa masuk perkataan-perkataan daripada bahasa Cina, Tamil, dan Jawa.
Faktor-faktor Peminjaman Unsur Bahasa Asing
 
Za’ba memberikan beberapa faktor orang Melayu meminjam unsur bahasa asing.
 
(1) Keperluan
 Peminjaman dilakukan apabila tidak terdapat perkataan yang sesuai untuk menyatakanatau memberikan nama kepada sesuatu perkara atau benda yang baharu atau asingdaripada fikiran dan budaya orang Melayu. Hal ini disebabkan oleh perkembangan duniailmu. Walaupun perkataan Melayu mungkin ada, perkataan tersebut tidak sesuai, tidaktepat atau tidak setara maknanya untuk menyatakan sesuatu maksud dengan berkesan.Mungkin pula perkataan yang ada itu sudah lapuk atau lusuh, yang menyebabkan tidaksesuai lagi digunakan.

Activity (2)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->