You are on page 1of 1

Pengangkutan keretapi diperkenalkan di Tanah Melayu pada lewat kurun ke- 19.

Tujuannya adalah untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan-pelabuhan di sepanjang pantai. British telah meperkenalkan pengangkutan ini untuk kepentingan ekonomi mereka. Tokoh yang bertanggungjawab ke atas pembinaan jalan keretapi yang pertama ialah Sir Hugh Low, residen Perak yang kedua. Landasan keretapi pertama dibina di negara kita adalah dari Taiping ke Port Weld .Di Selangor, Frank Swenttenham membina sebuah landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke Port Swettenham(Kuala Klang) dan Seremban ke Port Dickson. Stesen keretapi yang pertama dibina di Kuala Lumpur pada tahun 1892.Landasan keretapi juga dibina bagi membolehkan kawasan-kawasan baharu dibuka untuk kegiatan ekonomi seperti pelombongan dan penanaman getah.Sebelum 1908, landasan kerea api dari Seremban ke Port Dickson dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta.Kemudiannya, landasan itu menjadi milik kerajaan negeri-negeri Melayu apabila membeli daripada syarikat tersebut. Pembinaan jalan keretapi antara negeri-negeri hanya dimulakan selepas pembentukan Persekutuan pada tahun 1896. Menjelang 1941, satu sistem jalan keretapi yang lengkap dibina di Tanah Melayu. Hanya Terengganu sahaja yang tidak mempunyai sistem perkhidmatan kereta api.Tambak Johor dibina pada tahun 1923 merentasi selat Tebrau untuk menghubungkan Tanah Melayu dengan Singapura. Di Sarawak , landasan keretapi dibina dari Kuching ke Batu 10 . Manakala di Sabah, dari Weston ke Jesselton. Landasan ini dibina untuk membolehkan kawasan-kawasan baharu di sepanjang landasan keretapi itu dibuka untuk pertanian. .Pembinaan landasan keretapi di negara kita hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi sahaja.. Di kawasan lain, alat perhubungan yang utama ialah sungai dan laut. Perkembangan perhubungan landasan keretapi membawa kepada pengenalan sistem perhubungan seperti telegraf, telefon,pos,dan radio.

You might also like