You are on page 1of 25

TAJUK 12 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA Pengenalan Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat

berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.Tadika adalah sebenarnya untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau akronimnya Tabika. Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Walaubagaimanapun begitu, di Malaysia terdapat prasekolah jenis kerajaan dan prasekolah bukan jenis kerajaan(swasta) seperti Pusat Asuhan Tunas Islam akronimnya PASTI, Tadika Premier Montessori Bruang Heights di Melaka merupakan prasekolah swasta yang mengunakan sepenuhnya pendekatan Model Montessori dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Latar Belakang Pendidikan Prasekolah di Malaysia Pendidikan prasekolah dalam bentuk tadika di Malaysia mula dikenali pada tahun 1950. Pada mulanya pendidikan ini disediakan untuk kanak-kanak daripada golongan pertengahan dan atasan. Hanya pada tahun 1960, beberapa agensi kerajaan seperti FELDA dan KEMAS mula menubuhkan pusat-pusat tadika, kebanyakannya diluar bandar (Sulaiman et. al, 1990). Menurut Azizah (2004), satu kajian yang meliputi seluruh negara tentang kedudukan pendidikan prasekolah dijalankan pada tahun 1981 dan telah disiapkan pada tahun 1984. Kajian tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat kepada kerajaan tentang kedudukan pendidikan

prasekolah dan bagi membantu kerajaan menggubal garis panduan dasar tentang pendidikan prasekolah yang antara lain meliputi pengawasan, pengawalan, penyelarasan, latihan guru, pembentukan kurikulum dan peningkatan mutu pendidikan prasekolah. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah telah berkembang dalam tempoh 1981-1984. Kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun yang mengikuti pendidikan prasekolah telah bertambah daripada 171,000 orang pada tahun 1980 kepada 279,000 pada tahun 1984. Dalam tempoh masa yang sama, terdapat sebanyak 5657 pusat prasekolah berbanding dengan 2974 pada tahun 1980. Sebanyak 4487 atau 79 peratus daripada jumlah pusat-pusat ini yang kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar, menampung kira-kira 149,850 kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah pada tahun 1984 (Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990 dalam Azizah dan Zainun 2005). Merujuk Azizah dan Zainun (2005), pada tahun 1989 terdapat 6959 pusat pendidikan prasekolah di Malaysia, 4728 di bawah berbagai-bagai agensi kerajaan, 631 di bawah badan-badan berkanun seperti FELDA, 1392 dijalankan oleh pihak persendirian dan 208 dibawah organisasi sosial. Jumlah pendaftaran kanak-kanak dalam tahun 1989 adalah 33,520 meningkat daripada 196,992 pada tahun 1981 dan 300,850 pada tahun1986 ( Educational Stastistics of Malaysia,198085, 1986 dan 1989 dan1989 (tidak diterbitkan) dalam Azizah dan Zainun 2005). Mengikut anggaran dalam tahun 1990, seramai lebih kurang 490,700 orang daripada jumlah kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas harus mendapat pendidikan prasekolah. Dari jumlah ini, dianggarkan seramai 269,450 orang kanak-kanak (53%) tidak mendapat kemudahan pendidikan tersebut (Kementerian Pendidikan Malaysia 1991). Keadaan ini mendorong Kementerian pendidikan Malaysia menubuhkan Prasekolah Annex untuk memberi kemudahan pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak miskin dari kawasan bandar dan luar bandar yang tidak mampu membayar yuran program pendidikan prasekolah yang dianggap mahal (Azizah dan Zainun 2005).

PERBANDINGAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK -KANAK: KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN, THE FOUNDATION STAGE (ENGLAND) DAN TE WHRIKI (NEW ZEALAND) Program bermaksud perancangan sesuatu model pendidikan awal kanak-kanak. Setiap model mempunyai asas program yang mengandungi teori psikologi, perspektif ekologi dan falsafah yang menjadi pegangan. Teori psikologi membantu mendapatkan jawapan tentang apa yang kanakkanak boleh belajar. Manakala perspektif ekologi kanak-kanak dilihat dari konteks sosio budaya yang memberi kesan kepada proses sosialisasi terhadap perkembangan kanak-kanak.

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK), pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna (Education, 2010). Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanakkanak yang berumur empat hingga enam tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas,

aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. THE FOUNDATION STAGE (ENGLAND) The Foundation Stage adalah satu program yang menyediakan persekitaran pembelajaran kepada kanak-kanak bermula umur 3 hingga 5 tahun. Sekolah perlu merancang aktiviti dan pengalaman yang membantu perkembangan pembelajaran mereka. Sekiranya kanak-kanak pada umur 3 hingga 5 tahun didedahkan di persekitaran sekolah mereka akan mendapat pelbagai pengalaman dan kemahiran yang membantu perkembangan mereka. Mereka memerlukan perancangan yang baik dan sumber kurikulum yang bermakna untuk berjaya dalam persekitaran yang penuh kasih sayang. Semua kanak-kanak harus diberi peluang untuk meneroka apa sahaja yang wujud di sekeliling(Soler & Miller, 2010). The Foundation Stage bertujuan membantu guru-guru untuk merancang aktiviti-aktiviti yang akan menyumbang kepada pencapaian matlamat pembelajaran awal. Ia juga membincangkan peranan guru dan ibu bapa khususnya bagi memperkenalkan amalan yang baik yang menyokong ke arah pendidikan awal yang berkesan. Kurikulum The Foundation Stage ini membahagikan aspek pembelajaran dan matlamat pembelajaran awal kanak-kanak kepada enam aspek, iaitu : perkembangan diri, sosial dan emosi; bahasa, komunikasi dan literasi awal; perkembangan matematik; pengetahuan dan pemahaman dunia persekitaran;

perkembangan fizikal; perkembangan kreativiti (Employment, 2000).

Keenam-enam aspek di atas merupakan aspek penting dalam membantu perkembangan kanakkanak dan membantu guru-guru menyediakan suatu suasana pembelajaran dan aktiviti yang bermakna dan menyeronokkan untuk kanak-kanak pendidikan awal. Perkara yang menarik dalam kurikulum ini tumpuan diberikan berdasarkan tahap perkembangan murid-murid bukannya mengikut tahap umur mereka. Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke tadika dan taska bagi memenuhi dan meningkatkan lagi perkembangan sesuai dengan tahap umur anak-anak mereka.

Te Whriki (NEW ZEALAND) Kurikulum Te Whriki adalah kurikulum yang mengintegrasi jagaan dan pendidikan dengan memasukkan aktiviti, pengalaman dan interaksi yang wujud secara spontan. Kurikulum ini juga meliputi pendidikan dan penjagaan kanak-kanak dari lahir sehingga umur kemasukan sekolah (Education, 1996). Ini jelas mencerminkan konsep pengajian sebagai proses kehidupan yang bermula di awal permulaan kehidupan. Kurikulum ini disediakan oleh orang sekeliling, tempat dan benda dalam persekitaran kanak-kanak, orang dewasa, kanak-kanak lain, persekitaran fizikal, dan sumber. Kurikulum ini mengambil kira kepelbagaian kurikulum yang akan menyumbangkan kepada kecemerlangan bentuk kurikulum. Kurikulum memberi penekanan bagi keperluan kanak-kanak. Ibu bapa komuniti, serta masyarakat pada keseluruhannnya.Kurikulum ini berdasarkan aspirasi untuk kanak-kanak iaitu kanak-kanak membesar sebagai seorang yang cekap, sihat tubuh badan dan mental serta berkeyakinan tinggi terhadap persekitaran lalu mereka akan memberikan satu sumbangan yang bernilai kepada masyarakat.

Terdapat empat prinsip umum pendidikan awal kanak-kanak iaitu: pendaulatan dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak ialah memberi kuasa kepada kanak-kanak untuk belajar dan berkembang. pembangunan holistik iaitu mencerminkan kanak-kanak cara belajar secara holistik atau menyeluruh dan berkembang. keluarga dan komuniti menjadikan dunia lebih luas dan merupakan satu bahagian penting dalam pendidikan awal kanak-kanak perhubungan iaitu kanak-kanak belajar melalui perhubungan responsif dan saling menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling, tempat dan benda. Matlamat yang terdapat dalam keempat-empat prinsip tersebut ialah kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dilindungi dan dipelihara, semangat kekitaan, peluang-peluang untuk belajar secara saksama dan sumbangan setiap kanak-kanak dihargai, komunikasi dan kanak-kanak belajar melalui penjajahan aktif terhadap persekitaran(Soler & Miller, 2010). KOMPONEN DAN ELEMEN DALAM KETIGA-TIGA KURIKULUM TUNJANG KOMUNIKASI DAN BAHASA KANAK-KANAK Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan Tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi ini boleh berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi

kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib dipelajari oleh semua kanak-kanak di prasekolah. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari oleh kanak-kanak di prasekolah beraliran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia perlu diajar selama dua jam seminggu, manakala Bahasa Inggeris diajar selama dua jam seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia dan satu jam seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia. Fokus utama tunjang komunikasi adalah kemahiran bahasa dan seni bahasa. Kemahiran bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009). THE FOUNDATION STAGE Kurikulum ini menerangkan tentang perkaitan antara bahasa dan komunikasi serta literasi di peringkat the Foundation Stage. Perkara ini akan meneliti isu-isu yang berkaitan dengan teori dan pedagogi untuk berkomunikasi dan mendengar serta (membaca dan menulis). Bahasa dan komunikasi sangat penting untuk pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak. Terdapat hubungkait antara komunikasi dan bahasa. Kedua-dua bergantung kepada penutur lain, lebih cekap untuk model dan memberikan galakan, dan kedua-duanya memerlukan peluang untuk membangunkan kemahiran. Meneliti matlamat the Foundation Stage untuk menunjukkan pembelajaran bahawa dua kategori pertama ini (Bahasa untuk komunikasi dan Bahasa pemikiran) adalah jelas berkaitan dengan pembangunan komunikasi. Pembacaan yang lebih mendalam akan menunjukkan bahawa matlamatmatlamat ini perlu untuk pembelajaran langsung mengenai sifat sosial komunikasi lisan.

Matlamatmatlamat yang sama juga mempunyai implikasi untuk pembelajaran akan datang. Oleh yang demikian, penubuhan berkesan bahasa dan keupayaan dalam menggunakan bahasa ini untuk apa-apa proses interpersonal sebagai mempersoalkan, penceritaan semula, berunding dan mewajarkan keutamaan bagi pendidikan awal kanak-kanak. Bahasa digunakan untuk: Komunikasi Komunikasi iaitu berinteraksi dengan orang lain, merancang aktiviti bersama-sama dan mengambil kira perbualan tersebut. Komunikasi juga menggunakan bahasa secara lisan dan juga bertulis. Selain itu, komunikasi juga berlaku sewaktu bermain dan belajar. Semasa komunikasi berjalan perhatian harus diberikan supaya kanak-kanak dapat bertindak balas dan memberi respon terhadap apa yang akan di sampaikan dan didengari serta mereka menjawab soalan yang akan diajukan. Selain itu komunikasi juga termasuklah bertindak balas terhadap lagu-lagu atau cerita-cerita yang di dengari. Komunikasi juga dapat meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak. Selain itu, kanak-kanak juga dapat mempelajari perkataan baru. Semasa berinteraksi kanak-kanak perlu bercakap secara jelas dan kuat supaya di dengari oleh pendengar. Berfikir Bahasa juga di gunakan untuk berfikir dan membayangkan sesuatu peristiwa dan pengalaman. Selain itu, cara percakapan dan penggunaan bahasa hendaklah mengikut urutan yang betul, iaitu menjelaskan idea dan perasaan. Early Learning Goal Melibatkan kanak-kanak kategori 3 hingga 6 tahun yang berkaitan dengan pemerolehan literasi iaitu percakapan dan juga pendengaran kanak-kanak. Guru pelu mengenalpasti tahap perkembangan kanak-kanak dengan cara memantau setiap aktiviti kanak-kanak yang berkaitan dengan bahasa.

Selain itu, guru juga perlu menyediakan peluang pembelajaran dan juga aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak bagi meningkatkan kemahiran berbahasa sesuai dengan matlamat The Early Foundation Stage. Early learning Goal boleh di lihat melalui aktiviti: Menghubungkan bunyi ayat Membaca Bertulis . Tulisan tangan

TE WHARIKI Persamaan antara Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan Kurikulum Te Whriki dengan ialah pertama dari segi matlamat komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Kurikulum Standard Prasekolah, memfokuskan kemahiran bukan lisan melalui pergerakan badan, mimik muka dan bahasa badan. Te Whriki pula, kanak-kanak memperoleh bahasa dan simbol-simbol mereka sendiri. Kanak-kanak akan membangunkan kemahiran-kemahiran komunikasi bukan lisan melalui aktiviti lakonan mengikut emosi gembira, sedih, takut dan marah dengan mimik muka. Dari segi kemahiran lisan: Kurikulum Standard Prasekolah ialah berinteraksi dengan mesra iaitu berbual-bual dengan sebutan perkataan yang betul dan berinteraksi secara spontan dan bertatusila dengan mudah.

Kurikulum Te Whriki ialah kemahiran lisan diperoleh melalui kemahiran bertutur iaitu berinteraksi dengan mesra antara kanak-kanak dengan guru, ibu bapa, masyarakat dan persekitaran. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah aktiviti nyayian iaitu menyanyikan lagu. Contohnya menyanyikan lagu Kalau anda gembira.

Persamaan seterusnya yang terdapat dalam kedua-dua kurikulum ialah kanak-kanak memperoleh kemahiran membaca dan menulis. KSPK: Kemahiran membaca dan menulis merupakan fokus utama dalam Tunjang Bahasa dan Komunikasi antaranya mengenal huruf, membaca perkataan, menguasai kemahiran pratulis dan menguasai kemahiran menulis. Kurikulum Te Whariki lebih menekankan kepada cerita-cerita dan simbol-simbol. Aktiviti yang boleh dijalankan ialah membaca buku cerita. Contohnya membaca cerita perihal diri saya iaitu menceritakan tentang diri sendiri seperti nama, umur, jantina, bangsa dan hobi serta simbol-simbol yang boleh diperolehi iaitu simbol jantina. Bagi kemahiran menulis pula, contohnya dalam aktiviti menyalin perkataan nama-nama bahagian anggota badan di dalam lembaran kerja atau menulis angka 1 hingga 5 satu persatu dengan betul di belakang badan kawan. KSPK menerapkan kemahiran bertutur iaitu melafazkan puisi dengan intonasi yang betul. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah melafazkan pantun empat kerat. Kurikulum Te Whariki dalam bidang bahasa dan komunikasi ialah membangunkan pelbagai cara menjadi kreatif dan ekspresif. TUNJANG KEMANUSIAAN KANAK-KANAK

Tunjang kemanusian memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami memahami tanggungjawab diri dalam perhubunganperhubungan ini. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum di Malaysia. Tunjang Kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran. Dalam tunjang kemanusian terdapat 2 modul iaitu modul asas dan modul bertema. The foundation stage ada mengatakan kanak-kanak akan mula belajar bermula dengan umur 3 tahun, dimana pada umur ini kanak-kanak sudah diberikan pendedahan tentang prasekolah. Matlamat kurikulum the foundation stage ini bertujuan untuk membina kanak-kanak dalam perkaraperkara seperti personaliti, sosial, emosi, tingkah laku, bahasa, komunikasi, membaca, menulis, pembangunan fizikal, perkembangan kreatif dan lain-lain. Tunjang kemanusiaan pula adalah mengenai pemahaman diri sendiri, hubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam semula jadi. Dalam tunjang ini kanak-kanak didedahkan dengan tanggungjawab diri dalam perhubungan sekeliling. Dalam tunjang ini juga mengajar kanak-kanak untuk melaksanakan tanggungjawab pada diri sendiri. Contohnya kanak-kanak akan memahami budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia dan melibatkan diri dalam persekitaran tersebut. Kurikulum the foundation stage berkait rapat dengan tunjang kemanusiaan dalam KSPK dalam beberapa aspek perkembangan seperti: Pembangunan Personaliti, Sosial dan Emosi Pembangunan personaliti, sosial dan emosi banyak mengajar kanak-kanak tentang bagaimana untuk memahami diri sendiri dan orang di sekeliling mereka. Contohnya

tanggungjawab pada diri sendiri juga ada disebut dalam tunjang kemanusiaan. Dalam kurikulum ini banyak membantu kanak-kanak mengenali diri mereka dan bagaimana menjadi kanak-kanak yang dapat memahami keperluan diri dan orang lain. Sosial dan emosi kanak-kanak perlu dibina agar mereka dapat berhadapan dengan dunia mereka. Dalam tunjang kemanusiaan ini kanak-kanak akan diajar untuk menyatakan kebolehan diri sendiri dengan bimbingan. Oleh itu kurikulum the Foundation Stage juga menitikberatkan tentang personaliti, sosial dan emosi kanak-kanak itu sendiri. Dalam kurikulum ini juga kanakkanak akan diajar untuk bekerja sendiri dan dalam kumpulan sama seperti dalam tunjang kemanusiaan contohnya bercerita dengan bimbingan. Komunikasi, Bahasa dan Literasi Dalam tunjang kemanusiaan standard pembelajaran mengenai diri saya ada kaitan dengan kurikulum ini dimana ia tentang komunikasi, bahasa dan literasi yang membantu kanakkanak mengetahui tentang latar belakang diri sendiri. Contohnya aktiviti yang dijalankan boleh menguji penggunaan bahasa kanak-kanak dan cara mereka berkomunikasi. Guru boleh meminta kanak-kanak bercerita tentang diri mereka dan boleh menguji serta menilai penggunaan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Dalam kurikulum the Foundation Stage ia menyediakan peluang untuk kanak-kanak berkomunikasi, meluahkan idea, perasaan dan membina hubungan dengan orang dewasa. Tunjang kemanusiaan contohnya bercerita dengan bimbingan guru tentang kepentingan air dan matahari kepada kehidupan manusia. Ini dapat dilihat kemahiran yang cuba dilakukan dalam kurikulum the Foundation Stage juga memberikan penekanan kepada kemahiran kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan baik iaitu melatih kanak-kanak untuk memperluas bahasa dan literasi mereka sejak umur 3 tahun lagi. Pembangunan Fizikal

Kedua-dua kurikulum, KSPK dan the Foundation Stage memberi penekanan dalam perkembangan fizikal. Ia amat penting kepada perkembangan kanak-kanak kerana perkembangan fizikal akan menunjukkan seseorang kanak-kanak itu sihat dalam semua segi. Contohnya, dalam tunjang kemanusiaan pembangunan fizikal boleh dikaitkan kerana aktiviti yang mungkin dilaksanakan ada kaitan dengan perkembangan fizikal kanak-kanak seperti kanak-kanak boleh melakukan pergerakan semasa bercerita tentang tubuh badan. Dalam tunjang kemanusiaan perkembangan fizikal boleh dikaitkan kerana standard kandungan ada mengenai diri saya. Dalam kurikulum ini kanak-kanak didedahkan dengan kebolehan fizikal untuk membantu mereka membina kebolehan sendiri. Manakala dalam the Foundation Stage pula, aktiviti yang boleh dilakukan semasa pengajaran tentang diri saya adalah dengan membuat pergerakan yang diajar oleh guru. Perkembangan Kreatif Dalam kurikulum the Foundation Stage peluang untuk membangunkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta meningkatkan pemahaman mereka tentang bagaimana tubuh badan mereka bekerja dan memberikan pengetahuan kepada mereka bagaimana menjaga kesihatan tubuh badan. Kedua-dua kurikulum mengaitkan bahawa kanak-kanak belajar melalui deria mereka, pemahaman kanak-kanak tentang diri sendiri dan persekitaran mereka. Guru berperanan mengembangkan kebolehan kanak-kanak dalam pelbagai aspek seperti mengajar kanak-kanak melukis, mewarna dan membuat kraftangan (puppet). Pengetahuan dan Kefahaman dengan Dunia Luar Pengetahuan dan kefahaman dengan dunia luar sangat penting kerana ia membantu kanakkanak untuk memahami tentang dunia sekitar mereka. Contohnya dalam tunjang kemanusiaan fokus kepada saya dan komuniti ada kaitan dengan pengetahuan dan kefahaman dunia luar yang dihasilkan oleh kurikulum the Foundation Stage. Dalam

kurikulum ini, ia membantu kanak-kanak untuk meneroka, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan sebagainya. Manakala dalam tunjang kemanusiaan pula kanakkanak didedahkan dengan mengamalkan semangat bermasyarakat. Ia mendedahkan kanakkanak untuk mengamalkan sikap tolong menolong dalam masyarakat setempat dan ini membantu kanak-kanak memahami dunia luar dan masyarakat sekitar mereka. Dalam tunjang kemanusiaan kanak-kanak didedahkan dengan kebolehan menyatakan

tanggungjawab diri sebagai seorang murid, anak dan rakan. Ini berkaitan dengan kurikulum the Foundation Stage yang menyatakan tentang memberi peluang kepada kanak-kanak dalam meneroka. TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetik merangkumi perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan serta perkembangan kreativiti. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan

melukis,penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul semasa duduk. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya kanak-kanak yang mempunyai badan yang

sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekankan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Proses ini juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti sehari-hari. The Foundation Stage Menekankan mengenai cara-cara untuk meningkatkan kemahiran koordinasi, manipulasi, kawalan dan pergerakan badan. Perkembangan fizikal ini mempunyai dua aspek lagi yang penting dalam perkembangan fizikal iaitu membantu kanak-kanak untuk mendapatkan keyakinan dalam apa sahaja yang dilakukan oleh mereka dan membolehkan mereka berasa sihat dan aktif dengan aktiviti yang dilakukan. Perkembangan fizikal ini juga akan membantu kanak-kanak dalam membentuk kesejahteraan dan perasaan yang positif dalam diri mereka. Persamaan dari segi kurikulum standard prasekolah kebangsaan dengan physical development dapat dilihat dari segi persamaan perkembangan motor kasar iaitu melakukan kemahiran motor kasar lokomotor melalui berapa cara proses pengajaran dan pembelajaran murid dalam lingkungan umur empat dan lima tahun. Perkembangan motor kasar lebih kepada melakukan pendedahan aktiviti pengetahuan am iaitu melakukan pergerakan tubuh badan dengan teknik yang betul. Contohnya pembelajaran naik dan turun tangga dengan memegang kepada pemegang, melompat dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki dengan menggunakan teknik yang betul serta, mempelbagaikan

pergerakan asas seperti berjalan kehadapan kesisi kiri dan kanan. Selepas kanak-kanak mengetahui dan mahir dalam proses tersebut kanak-kanak akan didedahkan kepada aktiviti yang lebih mencabar dan mempercepatkan kemahiran motor kasar, proses standard pembelajaran tersebut adalah berjalan dan mengimbang badan di atas bangku panjang yang rendah, melompat pelbagai arah dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki menggunakan lakuan yang betul serta mengarahkan berlari ke arah yang ditentukan. Dari segi kemahiran motor kasar bukan lokomotor kanak-kanak dalam lingkungan umur empat tahun akan didedahkan lebih kepada rangsangan seperti membuat pergerakan tangan mengikut arahan contohnya menghayun tangan apabila kanak-kanak tersebut mencapai umur lingkungan lima tahun kanak-kanak tersebut akan membuat pergerakan tangan secara simulasi seperti menolak kotak, menarik tali dan lain-lain. Selain dari itu melakukan kemahiran koordinasi mata dan tangan dalam perkembangan kemahiran motor kasar juga adalah sama di antara kurikulum tersebut. Bagi kanak-kanak yang berumur empat tahun boleh melakukan kemahiran koordinasi mata dan tangan melalui aktiviti melambung objek lembut dengan menggunakan dua tangan, menyambut objek lembut denagn menggunakan dua tangan serta membaling objek besar dan lembut kesasaran menggunakan kedua belah tangan aktiviti tersebut akan lebih mengfokuskan kepada koordinasi mata dan tangan kerana objek yang dilambung akan menggunakan deria mata untuk menyambut dan secara tidak langsung perkembangan motor kasar akan berlaku dalam aktiviti ini. Bagi kanakkanak perringkat umur lima tahun perkembangan tersebut boleh dilakukan dengan aktiviti yang lebih mencabar tetapi menggunakan aktiviti yang sama seperti melambung objek lembut dengan menggunakan satu tangan, melempar objek seperti gelung dan menggolek objek ke sasaran serta melantun dan menangkap objek. Walaupun aktiviti tersebut adalah sama ia lebih memerlukan koordinasi mata dan tangan dengan lebih cekap. Mengikut standard kurikulum prasekolah kebangsaan dengan physical development, perkembangan motor halus ditekankan. Standard pembelajaran yang telah ditetapkan oleh kedua-dua kurikulum

tersebut adalah sama iaitu menggunakan jari untuk mengoyak bahan, menggunakan tangan untuk merenyuk dan sebagainya. Pengunaan jari juga tidak terhad kepada mengoyak atau merenyuk kertas ianya lebih kepada keperluan seharian seperti menggunakan jari untuk membutang dengan saiz butang yang besar bagi kanak-kanak berumur empat tahun dan menggunakan butang pelbagai saiz untuk kanak-kanak lima tahun. Selain itu aktiviti menyarung sarung kaki, menguntai objek dan menuang air kedalam cawan diterapkan dalam kurikulum standard prasekolah dalam aspek melakukan kemahiran kodinasi mata tangan dalam perkembangan kemahiran motor halus. Dalam kurikulum standard prasekolah kebangsaan dan kurikulum-kurikulum lain, keutamaan terhadap kesihatan fizikal iaitu menjaga kebersihan diri dan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat juga dititikberatkan juga. Perkara tersebut amat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk mendidik kanak-kanak mengetahui cara menjaga kebersihan diri. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam kedua-dua kurikulum tersebut adalah pada peringkat umur 4 tahun, kanak-kanak didedahkan kepada mengamalkan cara menjaga kebersihan diri dengan bimbingan guru supaya cara penggunaan untuk kebersihan diri dilakukan dengan betul. Contoh aktiviti tersebut adalah menggosok gigi, mencuci tangan dan menggunakan tandas dengan cara yang betul. Bagi kanakkanak berumur 5 tahun ke atas, kanak-kanak diberi pendedahan dengan guru mengatakan kepentingan menjaga kebersihan diri serta memberitahu mengetahui jenis makanan yang boleh merosakkan gigi dan makanan yang baik untuk kesihatan gigi. Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat bagi kanak-kanak berumur 4 tahun adalah mengenai mengenal makanan yang berkhasiat dan masa atau waktu yang makan yang betul. Bagi yang berumur lima tahun pula lebih terperinci iaitu mengenal jenis makanan yang berkhahsiat dan tidak berkhasiat, mengenal makanan yang rosak dan basi dan menyatakan jenis makanan (protein dan karbohidrat) yang sesuai mengikut waktu makan. TUNJANG PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain. Dalam tunjang ketrampilan diri, perkembangan sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perkembangan sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami emosi dan menguruskan emosi sendiri, diikuti pula dengan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami kesepaduan, emosi dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu tunjang ini perlu disepadukan dengan tunjang lain melalui aktiviti pembelajaran yang menarik untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada tugas atau aktiviti dan rasa gembira untuk belajar (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI Tunjang sains dan teknologi merangkumi Awal Sains, Awal Matematik dan aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT. Pengalaman awal kanak-kanak dalam alam sains lebih kepada penerokaa dan memberi peluang mereka berinteraksi dengan objek-objek yang

terdapat di sekelilingnya. Dalam erti kata lain, tunjang sains dan teknologi merupakan aspek yang dinilai dalam perkembangan kognitif. Berikut adalah jadual perbandingan antara dua kurikulum: Jadual 4.4 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan Kurikulum dalam The Foundation Stage dalam Tunjang Sains dan Teknologi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan: Tunjang Sains dan Teknologi Perkembangan sains seharusnya berlaku sejajar dengan perkembangan kanak-kanak yang lebih suka bertanya, menyentuh dan melakukan aktiviti dan pergerakan. Penekanan dalam matematik iaitu membekalkan pengalaman awal matematik termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Dalam pembelajaran awal matematik kanakkanak berfikir secara konkrit, mereka mesti diberi peluang untuk mengalami perhubungan matematik melalui manipulasi objek konkrit, mereka mesti bermain dengan benda yang boleh mengira dan menyusun. Penekanan kepada perkembangan ilmu matematik dan sains dan teknologi bergantung kepada kehendak dan kemampuan kanak-kanak untuk menerima ilmu tersebut. Penekanan dalam ilmu matematik iaitu pengiraan, mencari pola, membuat perkaitan, mengenalpasti hubungan, bekerja dengan nombor, bentuk, ruang dan ukuran. Kurikulum ini merangkumi sains, seni dan teknologi, sejarah, geografi dan multimedia. Untuk memberikan peluang yang terbaik kepada kanak-kanak dalam mengembangkan pengetahuan dan memahami dunia mereka, guru harus menekankan perkara-perkara seperti berikut: a) Aktiviti perlulah memberi pengalaman matematik bermakna untuk meneroka, membuat pemerhatian, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, berfikir secara kritikal, membuat keputusan dan membuat perbincangan b) Suasana perskitaran yang luas untuk aktiviti luar dan dalam kelas yang dapat memberikan tindak balas kepada minat kanak-kanak. c) Memberi peluang untuk membantu kanakkanak lebih menyedari, meneroka dan berfikir tentang perbezaan yang terdapat dalam diri mereka seperti perbezaan jantina, etnik, bahasa dan budaya. The Foundation Stage: Knowledge and Understanding of World

d) Guru dan ibu bapa hendaklah membantu kanak-kanak berkomunikasi menggunakan pelbagai medium AKTIVITI AKTIVITI

Menyediakan peluang kepada kanak-kanak Menekankan kanak-kanak memperoleh untuk meneroka alam sekitar mereka kemahiran, pengetahuan dan sikap melalui menggunakan organ deria dan peralatan mudah. pelbagai aktiviti seperti berikut: Mementingkan penguasaan kemahiran daripada a) Kemahiran yang berkaitan dengan pemerolehan pengetahuan. penggunaan peralatan seperti computer, peralatan kebun, gunting, penebuk lubang dan Peluang pembelajaran diperoleh melalui pemutar skru. pemerhatian kanak-kanak ke atas objek dan fenomena yang terdapat di persekitaran dan b) Penemuan dengan manusia,tumbuhbukannya melalui pengajaran konsep-konsep tumbuhan, makluk dan benda dalam persekitaran sains. semula jadi mereka serta dalam kehidupan seharian mereka. Pembelajaran seharusnya berlaku sejajar denga perkembangan kanak-kanak yang lebih suka c) Kanak-kanak belajar secara berkesan dalam bertanya, menyentuh dan melakukan aktiviti dan beberapa perkara contohnya menggunakan takal pergerakan. untuk mengangkat objek berat. d) Menggunakan pelbagai benda dalam aktiviti seperti pasir kering dan basah, cecair jernih atau berwarna, kompas, bati kerikil dan tanah liat.

Beberapa persamaan yang terdapat pada kedua-dua kurikulum seperti berikut: 1. Penekanan Aktiviti-menekankan kanak-kanak memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap melalui pelbagai aktiviti 2. Mengumpul maklumat-kanak-kanak membina pengetahuan matematik dan mengembangkan kemahiran matematik melalui pengalaman hands-ons dengan aktiviti real-life. 3. Penggunaan aktiviti luar-kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti luar yang membolehkan kanak-kanak memperoleh pengalaman sebenar misalnya melihat keadaan cuaca, melihat makluk persekitaran semula jadi.

TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI Perbandingan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan the Foundation Stage. Tunjang kerohanian, sikap, dan nilai terbahagi kepada komponen pendidikan Islam dan pendidikan moral. Komponen pendidikan Islam menekankan kepada asas rukun imam, rukun Islam, sirah Rasulullah, dan melafazkan dua kalimah syahadah, mengenal asas bahasa al-Quran dan menghafal surah pendek. Komponen pendidikan moral, kanak-kanak boleh mengamalkan nilai kepercayaan kepada tuhan, dan nilai-nilai seperti kerajinan, kasih sayang, kejujuran, dan lain-lain. Dalam the Foundation Stage agak berbeza kerana penekanan nilai diberikan kepada kanak-kanak untuk membentuk peribadi kanak-kanak melalui penyemaian nilai. Berikut adalah perbandingan ringkas kedua-dua kurikulum: KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KURIKULUM THE FOUNDATION STAGE KEBANGSAAN 1. Komponen pembelajaran Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai merujuk kepada subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. 1. Komponen pembelajaran Perkembangan kendiri, sosial dan emosi (personal social and emotional development).

2. Objektif / Fokus Subjek Pendidikan Islam berfokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada Al- Quran dan As-Sunah. Subjek Pendidikan Moral memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan yang berakhlak mulia dan bermoral.

2. Objek / Fokus Memberi peluang kanak-kanak meningkatkan perkembangan kendiri, sosial dan emosi iaitu:Melatih kanak-kanak untuk belajar menghormati orang lain. Melatih kanak-kanak belajar mengenai sesuatu perhubungan. Melatih kanak- kanak belajar mengenai kepentingan persahabatan Melatih kanak-kanak untuk menghormati diri sendiri dan juga orang lain.

3. Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam dilaksanakan melalui aktiviti berikut:- Bercerita - Tunjuk cara - Latihan amali - Nyanyian lagu dan nasyid - Permainan - Lakonan - Penjelajahan - Pemerhatian alam sekitar - Melihat kegiatan masyarakat Pendidikan Moral dilaksanakan melalui aktiviti berikut:- Bercerita - Main peranan - Pemerhatian - Latihan amali

3. Pelaksanaan kurikulum Melalui aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan bersama kanak-kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Peranan guru Pendidikan Islam -Membentuk akidah yang sempurna kepada kanak-kanak -Memupuk amalan Fardu Ain dan Fardu Kifayah kepada kanak-kanak -Menyuburkan akhlak yang baik dengan mencontohi adab dan akhlak Rasulullah. -Mengenalkan asas Al-Quran merangkumi tulisan Jawi, menghafaz surah pendek dan doa pilihan.

4. Peranan guru Mencari peluang untuk memberi galakan yang positif di mana guru menjadi role model yang positif kepada kanak-kanak Memastikan terdapat masa dan ruang yang mencukupi untuk kanak-kanak fokus kepada pembentukan kendiri dan membina pengalaman mereka Merancang peluang-peluang untuk kanak-kanak bekerja sendiri di dalam kumpulan kecil atau kumpulan besar.

Pendidikan Moral

- Menerapkan nilai-nilai moral dalam diri kanak-kanak seperti:a) Kepercayaan kepada Tuhan b) Kerajinan c) Kasih sayang d) Kejujuran e) Berdikari f) Keberanian g) Baik hati

Merancang aktiviti yang berkaitan kepada perkembangan emosi, moral, spiritual dan sosial seiring dengan perkembangan kognitif. Merancang kepada aktiviti yang meningkatkan perkembangan kemahiran berdikari, khususnya kepada kanakkanak yang terlalu bergantung pada orang dewasa. Merancang pendekatan yang berstruktur untuk mencapai objektif perkembangan sosial dan emosi kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah di dalam aspek tertentu seperti masalah tingkah laku atau komunikasi.

RUMUSAN Beberapa perkara yang boleh dirumuskan di sini berdasarkan perbandingan ketiga-tiga kurikulum berikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, the Foundation Stage dan Kurikulum Te Whriki. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan memberi penekanan di peringkat umur 5 dan 6 tahun. Manakala Kurikulum Te Whriki memberikan penekanan dari umur lahir sehingga 5 tahun dan the Foundation Stage menfokuskan umur seawal 3 tahun sehingga 5 tahun. merangkumi perkembangan kognitif, psikomotor dan sosioemosi. Ketiga-tiga kurikulum memberikan penekanan yang sama seperti dalam KSPK iaitu berdasarkan tunjang-tunjang dan komponen mengikut konteks dan kesesuaian tempat dan budaya. Kesemua kurikulum yang dibincang menyatakan persekitaran yang kondusif memberi peluang yang maksimum kepada kanak-kanak mendapat pengalaman pembelajaran yang baru lebih-lebih lagi pendekatan yang pelbagai daripada guru-guru. Oleh yang

demikian, proses pengajaran yang berkesan dapat membantu kanak-kanak mengalami proses pembelajaran yang berkesan dan bermakna. RUJUKAN Education, M. O. (1996). Te Whriki: Early Childhood Curriculum. Wellington: Learning Media. Education, M. O. (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010. Kuala Lumpur: Bahagian Perkembangan Kurikulum. Employment, D. O. E. a. (2000). Curriculum guidance for the foundation stage. London: Qualifications and Curriculum Authority. Soler, J., & Miller, L. (2010). The struggle for early childhood curricula: A comparison of the English Foundation Stage curriculum, Te Whariki and Reggio Emilia. International Journal of Early Years Education, 11(1), 57-68.

You might also like