You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: Ke 4 : Keempat

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 21 April 2013 Tajuk Jurnal : Tidak menghantar kerja sekolah serta masalah penyusunan fail.

1. Masalah / Peristiwa Pada minggu ini saya telah menghadapi masalah tentang penghantaran kerja sekolah daripada murid-murid. Terdapat murid-murid yamg tidak menghantar kerjakerja sekolah mereka walaupun saya telah memberikan tempoh yang agak lama untuk mereka siapkan. Saya juga telah menangguhkan tarikh penghantaran kerja sekolah tersebut bagi membolehkan mereka menyiapkannya. Namun begitu terdapat juga murid-murid yang masih tidak menghantarnya. Saya juga menghadapi masalah daripada seorang murid kerana penyusunan failnya yang tidak lengkap dan tidak teratur. Saya telah memesan kepadanya supaya mengemas kini segala maklumat dalam failnya. Namun ia masih belum tercapai.

2. Analisis Kemungkinan besar masalah ini timbul adalah kerana saya kurang tegas terhadap mereka.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya boleh mengenakkan dendaan kepada mereka yang masih lagi tidak dapat menyempurnakan tugasan mereka bagi mengelakkan masalah ini menjadi lebih parah. b) Saya perlu menjadi lebih tegas dalam usaha untuk menangani masalah ini. c) Saya juga akan akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing serta rakan rakan tentang kaedah, strategi, pendekatan dan teknik yang lebih sesuai untuk diaplikasikan dalam kelas tersebut.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi masalah ini dalam masa 2 hari. Pemilihan aktiviti, kaedah, pendekatan, strategi dan teknik yang sesuai akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih lancar dan berkesan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like