ROSIADI TAJUDIN et.alPERMAINAN PUZZLE UNTUK KANAK-KANAK
2.0METODOLOGIi.PENGENALAN
Metadologi ialah kaedah yang amat penting untuk membangunkan sesebuah aplikasi yang baru. Malahan penggunaan teknik atau model pembangunan amatlah perlu bagi menjayakan perlaksanaan sesuatu aplikasi. Dengan adanya penggunaan model pembangunan ini makasesebuah projek itu boleh dilakukan dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan dan boleh dibuat secara terancang dan tersusun. Seterusnya memudahkan proses perlaksanaan berjalan mengikut masa yang ditetapkan.
ii.MODEL PEMBANGUNAN PERMAINAN PUZZLE
Langkah awal yang perlu diambil perhatian dalam membangunkan sesebuah aplikasi ialahdengan mengenalpasti model pembangunan yang ingin digunakan untuk melancarkan proses perlaksanaan koswer. Model pembangunan yang digunakan dalam permainaan puzzle iniialah model ADDIE. Model ini juga sering dikenali sebagai ISD (Instructional System atauSAT System Approach to Training).Model
ADDIE
adalah terbahagi kepada 5 peringkat iaitu :2.2.1
Analysis (Analisis)
Dalam fasa ini masalah yang ingin diselesaikan akan dikenalpasti secara keseluruhannya.Masalah boleh ditentukan melalui pelbagai kaedah atau teknik seperti temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal selidik dan sebagainya. Dalam menyiapkan projek ini, kami telahmenggunakan kaedah temubual dan pemerhatian untuk mengenalpasti masalah yangdihadapi. Hasil daripada tinjauan kami mendapati kaedah tradisional seperti buku dan kaedah penceritaan kurang berkesan dalam menarik minat dan tumpuan kanak-kanak. Dengan ini, permainan puzzle yang kami bina secara interaktif ini terdiri daripada elemen multimediaseperti teks, audio, grafik dan animasi dapat menggalakkan kanak-kanak untuk belajar sambil bermain. Selain itu, kanak-kanak yang kurang menguasai kemahiran membaca juga dapatmenggunakan permainan puzzle ini untuk meningkatkan kemahiran mereka disampingmerangsang pemikiran mereka sambil berhibur.
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2008 DPLI UPSI** Untuk tujuan pendidikan sahaja
3