You are on page 1of 2

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0

TAJUK : BELALANG BELATUK SAIZ KUMPULAN : Tidak terhad JANGKA MASA : 20 minit PERALATAN : tali / coution tape OBJEKTIF 5.1 5.2 5.3 Fokus terhadap sesuatu arahan. Menguji kepantasan minda setiap individu. Peka terhadap persekitaran.

5.4 Patuh kepada setiap arahan yang diberikan. 6.0 PROSEDUR 6.1 Fasilitator membahagikan peserta kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan BELALANG dan kumpulan BELATUK. 6.2 Setiap ahli dalam kumpulan akan duduk sebaris sambil membelakangi antara satu sama lain. Lihat gambarajah 1. Kumpulan BELALANG akan menghadap garisan A manakala kumpulan BELATUK akan menghadap garisan B. Jarak di antara kedua kumpulan sejauh 70cm atau lebih mudah mengikut ukuran lengan. 6.3 Apabila fasilitator menyebut BELALANG, semua ahli kumpulan BELALANG perlu menangkap(menyentuh sudah memadai) ahli kumpulan BELATUK. Ini bermakna ahli kumpulan BELATUK perlu berlari ke arah garisan B. Mana-mana ahli kumpulan BELATUK yang berjaya melepasi garisan B sebelum di tangkap berjaya ke peringkat seterusnya. Manakala bagi ahli kumpulan Belalang yang gagal menangkap salah seorang ahli kumpulan BELATUK akan tersingkir pada pusingan tersebut. 6.4 Begitu juga berlaku jika fasilitator menyebut BELATUK. Ahli kumpulan BELATUK pula yang perlu mengejar BELALANG dan ahli kunpulan BELALANG perlu berlari ke arah garisan A. 6.5 Permainan akan tamat sehingga semua ahli dalam salah satu kumpulan tersingkir. Pemenang berdasarkan ahli kumpulan mana yang tinggal sehingga akhir pusingan.

6.6

Fasilitator menerangkan pengajaran dari aktiviti yang dilakukan dan memberi kata-kata perangsang kepada para peserta.

7.0

HASIL PEMBELAJARAN 7.1 Pelajar telah memberikan kerjasama yang sangat baik semasa melaksanakan aktiviti ini. 7.2 Pelajar telah menunjukkan kesungguhan dan semangat berlawan yang sihat. 7.3 Pelajar telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi memastikan aktiviti ini mencapai objektifnya.

LAMPIRAN :
A 70cm B

BELALANG

BELATUK

Gambarajah 1

You might also like