You are on page 1of 3

PENGENALAN

Kehidupan seharian kita sangat dipengaruhi oleh lingkungan pelbagai bentuk penulisan media elektronik dan media cetak yang menjadi medium sebaran maklumat utama. Sehubungan itu, pembacaan dan pengamatan kita juga disajikan dengan paparan kesilapan umum tatabahasa. Aspek kontekstual lisan berhubungkait dengan penulisan. Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang

menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on. Setiap bahasa mempunyai "perangkap" atau bahaya terselindung yang menyebabkan banyak penulis, baik penulis baru mahupun penulis profesional, melakukan kesilapan tatabahasa. Demikian juga dengan bahasa Melayu. Awang Sariyan berkata: "Daripada pemerhatian saya, hal ini berlaku dalam semua karya sastera (prosa) yang pernah saya baca. Hal ini membuktikan bahawa, secara sedar atau tidak, para penulis tidak dapat lepas daripada tatabahasa sebagai rumusan tentang sistem bahasanya. Penulis hanya memerlukan disiplin yang lebih untuk mengawal bahasa ketika menulis." Keselarasan vokal akibat pengaruh dialek kata tiga suku kata tertutup, akibat kekecualian bagi kata pinjam serantau. Ejaan kata pinjaman akibat pengaruh ejaan bahasa sumber bagi kata yang sudah mantap, kekeliruan antara bunyi sebutan dengan sistem visual ejaan dan ejaan kata khusus yang mengunakan nombor. Ejaan kata terbitan iaitu awalan meN-, peN-, beR-, akhiran -kan, -i. Ejaan kata majmuk iaitu kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan, dua perkataan atau mendapat apitan. Pemilihan kosa kata (merangkumi aspek diksi dengan maksud ujaran). Antara yang perlu diberi perhatian adalah seperti kata-kata yang mempunyai

konotasi, penggunaan bentuk jamak, kesesuaian penggunaan kata ganti nama diri, penggunaaan kata hubung dan kata sendi nama dan penggunaaan kata yang tidak tepat. Kata-kata yang mempunyai konotasi berkait rapat pula dengan aspek semantik dan denotasi.. Misalnya kata `terlibat' dengan `terbabit' dan kata `kesan' dan `akibat'. Penggunaan kata majmuk yang tidak betul seperti mereka-mereka ini, bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi, enam orang pelajarpelajar. Penggunaan kata ganti nama diri. perlu dikaitan dengan kesantunan bahasa. Penggunaan betul ganti nama diri dia dengan beliau, awak dengan `datuk, anda dengan awak, dan sebagainya. Penggunaaan kata hubung dan kata sendi nama. Penggunaan kata hubung ada yang tidak sesuai dengan fungsi keterangannya kerana ada kata hubung yang merujuk kepada masa, syarta, sebab, akibat dan sebagainya. Contohnya, Perlawanan bola keranjang dibatalkan apabila hujan lebat. (Kata hubung `apabila' iala kata hubung yang menerangkan waktu, sedangkan yang dimaksudkan ialah `sebab' pembatalan mesyuarat berkenaan. Kata hubung yang sesuai ialah `kerana'.) Kata jika kurang sesuai kerana ia menunjukkan maksud `kemungkinan'. pada hal ayat ini menyatakan syarat untuk diberi cuti. Contohnya, Kamu boleh pergi jika kamu berkelakuan baik. Oleh itu, kata `sekiranya' atau `dengan syarat' lebih baik untuk menggantikan kata `jika'. Penggunaan kata tidak tepat. Jenis ini ketara sekali kesilapannya. Contoh: Pada pendapatan saya, kita perlu menggandakan usaha jika mahu mendapat lebih keuntungan. Contoh kesalahan-kesalahan pada imbuhan di bawah yang merupakan kelaziman. Pelajar baru berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dalam ikrar mereka. Berjanji ialah kata kerja tak transitif tetapi ayat merupakan ayat transitif. Oleh itu, imbuhan yang betul ialah menjanjikan.

Kesalahan dari segi frasa dan ayat. Perhatikan contoh ayat mengenai kesalahan frasa dan ayat yang kerap ditemui. Dia menyerahkan buku banknya kepada anaknya kerana dia amat percayakan anak bongsunya itu. Kesalahannya ialah amat percayakan anak bongsunya itu. Ini adalah kerana kata adjektif `percaya' tidak mendapat akhiran tetapi diikuti oleh sendi nama `akan'. Maka, pembetulannya ialah amat percaya akan anak bongsunya itu.

You might also like