You are on page 1of 23

DISEDIAKAN OLEH : WANN, FIZI & SYAFIQ

SOALAN TUGASAN
MENGANALISIS DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK.

Dasar pendidikan negara sebelum merdeka mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain, iaitu sekolah Inggeris, Melayu, Cina, India dan agama. Sejak tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan harus diwujudkan bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Kesedaran ini terbukti dalam Rancangan Cheessmen yang mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan.

Usaha-usaha telah dijalankan untuk menuju ke arah penyatuan sistem pendidikan. Selepas merdeka, usaha mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan diteruskan. Dasar pendidikan kini lebih bertujuan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Satu dasar pendidikan yang lebih baik adalah penting bagi membentuk negara yang stabil, bersatu-padu dan progresif.

LAPORAN ABDUL RAZAK 1957


Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini ialah :Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan . Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama. Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia.

Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan alam Malaysia.

Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato Abdul Razak bin Hussein. Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan April 1956. Berikut ialah kandungan Laporan Razak:
1. Sekolah rendah
i. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.

ii. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib. iii. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi peluang mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid ingin belajar. iv. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun.

2. Sekolah menengah
i. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun).

ii. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib. iii. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama. iv. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus peperiksaan memasuki sekolah menengah.

3. Sistem Peperiksaan
i. Sekolah menengah rendah Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan bersama) dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas. ii. Sekolah menengah atas Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate. iii. Pra-U Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki universiti.

Laporan Razak telah diluluskan pada April 1957 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Razak ditentang oleh orang Melayu kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. Orang Cina menentang kerana sesetengah cadangan dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa Cina.

LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB 1960


Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib. Beberapa syor telah dikemukakan: 1. Bahasa kebangsaan i. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. ii. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu. iii. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah

2. Kelas peralihan Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.
3. Kenaikan automatik i. Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan. ii. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.

iii. Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa pengantarnya

4.

Matapelajaran akhlak i. Murid beragama Islam Pendidikan Islam. ii. Murid bukan beragama Islam Pendidikan Moral.

Akta Pelajaran, 1961


Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961. Melalui akta ini:
Semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliran sekolah. Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai institusi pengajian tinggi. Umur minimum meninggalkan sekolah 15 tahun.

Laporan Kabinet (1979 )


Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan Rahman Talib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah :Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia. Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca,menulis dan mengira ) dan pengajaran pemulihan. Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional. Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun Pendidikan kerohanian yang kukuh. Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..."

Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

Asas Pembangunan

Pendekatan Matlamat Pendidikan berkualiti untuk semua

Teras Asas Pembangunan Pendidikan

Teras Strategik PIPP Faktor Kritikal Kejayaan

*Rujuk lampiran 1

Membina Negara Bangsa Membangunkan Modal Insan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Merapatkan Jurang Pendidikan Memartabatkan Profession Keguruan Melonjakkkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

TERAS 1) Membina negara Bangsa

DASAR Menyokong hasrat Negara untuk membina Negara bangsa dengan masyarakat Bangsa Malaysia bagi mengukuhkan perpaduan, membina identity nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan Negara. Membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

MATLAMAT Melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu. Memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai moral dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan pelajar

2) Membangunkan Modal Insan

TERAS 3) Memperkasa Sekolah Kebangsaan

DASAR Menjadikan sekolah kebangsaan sekolah pilihan utama masyarakat.

MATLAMAT Menigkatkan dan mengukuhkan perpaduan di kalangan pelajar pelbagai kaum dan memastikan semua sekolah mempunyai kesamarataan beroperasi secara berkesan. Memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang.

4) Merapatkan Jurang Pendidikan

Merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar.

TERAS

DASAR

MATLAMAT Menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan Negara.

5) Memartabatkan Memartabatkan profesion Profession keguruan dengan Keguruan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru.

6) Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan bagi memstikan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.

Pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan.

TERIMA KASIH

You might also like