You are on page 1of 32

Info - Ketagihan Internet

Zaman sekarang, Bolehkah korang hidup tanpa INTERNET? Khai percaya, ramai orang yang bangun pagi dah buka Facebook, Tengok Twitter, Buka Blog (Macam Khai :D). Apa sebenarnya yang mendorong kita untuk buat cam tu? Hmm.. Untuk mendapat ramai kawan? Mencari info? Blogger Full/Part time? Atau sekadar suka-suka? ataupun Internet dah menjadi sumber pendapatan korang? If dapat menjana pendapatan dengan menggunakan Internet, korang memang terbaik!! idola! :D

Ada

Kategori
menggunakan Online Bermain Menonton Berjudi Blogging

dalam
Rangkaian (or Online Video yang

Ketagihan
sosial? online window Game (Youtube, secara sangat

Internet
dll) shopping) 24/7? Redtube) online? serius?

1. Terlebih 2. Terlebih 3. Gila-gila 4. Terlebih 5. Ketagih 6. Ketagih

(FaceBook, Twitter

Shopping?

Korang tergolong dalam kategori yang mana satu? xD. Khai tergolong dalam kategori No. 7 hehehe~

Ok sekarang jom kita lihat Info yang sebenar! (>^_^)>

Ops~

Panjangnya

InfoGrafik

ni

>.<

Tags: Info Mengenai Ketagihan Internet, ketagih Facebook, Ketagih twitter, Internet dan masalah kesihatan, Kategori Ketagihan Internet, Ketagih Online

Game, Sumber : DailyInfoGraphic.com

Ketagih

Blogging

Read more: http://www.khaiangel.com/2013/03/info-ketagihaninternet.html#ixzz2PwZ9ulX6

Ketagihan internet bukanlah sesuatu yang terpundak dalam fikiran anda sahaja, bahkan dalam gene anda juga. Penyelidikan terbaru yang dirintis oleh Dr. Christian Montag dari Universiti Bonn telah merangkumkan gen-gen (genes) daripada 132 orang penagih internet. Apabila gen mereka ini dibandingkan dengan individu yang sihat, saintis telah menemui suatu hubungkait yang menarik. Mereka yang mempunyai masalah ketagihan internet, mempunya variasi genetik (genetic variety) tertentu mirip mereka yang ketagihan nikotin rokok.

Internet dan Nikotin

Ketagihan Internet tidak diiktiraf secara rasmi sebagai diagnosis lagi, tetapi sekumpulan panel pakar telah diwujudkan untuk kajian selanjutnya. Terdapat semakin banyak bukti bahawa mereka yang hilang kawalan tingkah laku dalam penggunaan internet, bertindak mirip seperti penagih dadah, rokok nikotin dan bahan-bahan lain. Selalunya, individu-individu seperti ini terdorong untuk terus menggunakan Internet, walaupun tahu tabiat sedemikian membawa masalah yang lebih teruk dalam kehidupan mereka. Mereka terlalu asyik dengan Internet (withdrawal-like distress), sehinggakan mengalami masalah keresahan dan gelisah sekiranya dihalang mengakses internet.

Mereka juga menghabiskan berjam-jam menggunakan internet, di samping mengabaikan pekerjaan atau perhubungan mereka. Bandingkan pula dengan seorang perokok tegar yang menghabiskan sekotak rokok sehari yang akan menjejaskan kesihatan mereka sendiri. Persamaan dalam tingkah laku antara dua jenis ketagihan ini adalah jelas untuk dilihat. Tetapi kajian ini juga menunjukkan bahawa kemungkinan terdapat persamaan-persamaan lain yang masih lagi tersembunyi.

Perkaitan Genetik

Dalam otak seseorang yang manghisap rokok, nikotin daripada rokok itu akan bercantum dengan saraf penerima (receptor) yang sama dengan Acethycholine. Acethycholine ialah bahan kimia dalam tubuh yang mempengaruhi emosi, perhatian, kesedaran, dan ingatan manusia. Saraf-saraf penerima ini tadi, terdiri daripada protein yang dikenali sebagai subunit. Cetakbiru (blueprint) untuk membuat subunit-subunit tersebut disediakan oleh sekumpulan gen. Menariknya, saintis mendapati bahawa variasi dalam kumpulan gene itu boleh mempengaruhi kecenderungan seseorang penghisap rokok untuk kekal merokok ataupun berhenti terus. Dengan kata lain, ia mampu menentukan bahawa anda seorang yang mudah ketagih dengan rokok atau tidak.

Variasi dalam gen tersebut yang dipanggil CHRNA4, menyediakan cetakbiru untuk menghasilkan subunit tadi yang dikenali sebagai Alpha 4. Kajian yang lepas telahpun menunjukkan bahawa Alpha 4 ini boleh menjadi penyebab utama dalam ketagihan nikotin. Kini, penyelidikan baru menyimpulkan bahawa ia boleh menjadi faktor dalam masalah ketagihan Internet, juga.

Ini adalah kali pertama saintis mengaitkan CHRNA4 dalam konteks ketagihan internet. Kajian-kajian sebelum kebanyakannya mengaitkan ketagihan Internet dengan gen-gen lain yang berkaitan dengan dopamin, yang menyebabkan kita merasai keseronokan, dan juga serotonin, yang membantu kita mengawal emosi. Ini kerana gen-gen dalam kategorini ini, telah lama dianggap mempengaruhi masalah pengambilan arak dan amalan perjudian secara tidak terkawal dalam seseorang individu.

Mencari Kesimpulan

Sesetengah orang menghabiskan masa hampir 15 minit menggunakan internet untuk mengklik tajuktajuk yang menarik, kemudian menutup skrin dan meneruskan harinya seperti sediakala. Sesetengah

yang lain pula bermula dengan perbuatan yang sama, namun tidak mampu berhenti, walaupun sedar banyak kerjanya yang belum diselesaikan. Perbezaan antara kedua-duanya, menurut Dr Montag, menceritakan kita bahawa ketagihan internet boleh menjadi ketagihan yang sama parah seperti ketagihan menghisap dadah umpamanya.

Pada neraca biokimia, hubungkait antara gen-gen yang disebutkan tadi sedikit sebanyak memberi kesan pada pembentukan seseorang individu. Tetapi faktor-faktor seperti pilihan tingkah laku, pengurusan emosi, disiplin diri dan pendedahan terhadap sesuatu perkara, memainkan peranan penting dalam menentukan siapakah yang benar-benar ketagih dan yang tidak.

Dengan cara seperti inilah ketagihan rokok mampu berlaku. Dan, bagi sesetengah orang, dengan internet juga sama.

Ketagihan Internet dan Kesihatan Mental Ditulis oleh Khairul Azhar Bin Idris. Posted in Berita Harian Pada hari ini, internet telah mewujudkan satu bentuk kehidupan baru kepada manusia. Ia merupakan satu bentuk kehidupan yang tersendiri dan amat unik serta berbeza dari kehidupan secara fizikal yang berlaku dalam alam realiti ini. Ia adalah satu bentuk kehidupan yang baru dan dikenali sebagai kehidupan dunia siber atau kehidupan alam maya, tetapi bukan kehidupan di alam fantasi, kerana ia juga bersumber dari kehidupan di alam realiti. Dunia internet telah banyak mengubah cara manusia hidup dan berfikir serta berinteraksi dan berhubung. Ia lebih memudahkan kehidupan dalam banyak perkara meliputi urusan perbankan dan jual beli, perhubungan dan komunikasi, pengajian dan pembelajaran, keselamatan, hiburan dan lain-lain.

Namun perlu diterima hakikat bahawa dunia internet juga memiliki kemudharatan yang tersendiri. Wujud pelbagai perkara negatif akibat dari penggunaan internet ini yang meliputi pelbagai gejala seperti penipuan, penyamaran, penggodaman dan serangan virus dan sebagainya. Wujud juga aktiviti pembulian dalam dunia siber. Malah ada yang lebih teruk lagi apabila penggunaan internet itu menyebabkan gejala ketagihan. Apakah sebenarnya ketagihan internet? Ketagihan internet boleh berlaku kepada seseorang apabila ia telah mengalami hilang upaya untuk mengawal tingkahlaku penggunaan internet dalam kehidupan hariannya. Akibat dari ketidakupayaan itu, ia akhirnya mengalami kesukaran dan kepayahan untuk menjalani hidup. Gangguan yang berlaku amat menjejaskan kestabilan fungsi emosi dan mental, perhubungan sosial dan pergaulan serta tanggungjawabnya terhadap organisasi dan institusi dalam hidupnya.

Ketagihan merupakan topik yang paling asas dan penting dalam bidang sains kesihatan mental dan ia merupakan keadaan yang mendatangkan kepayahan dan amat menjejaskan fungsi dan kehidupan

individu serta memerlukan rawatan yang khusus. Ia menjejaskan kehidupan yang harmoni bagi individu dan keluarga mereka, organisasi, masyarakat dan negara. Ketagihan telah dikategorikan kepada dua iaitu sebagai ketagihan terhadap bahan dan juga ketagihan terhadap bukan bahan yang juga dikenali sebagai ketagihan amalan' atau behavioral addiction.

Ketagihan terhadap bahan lebih ketara dan lebih dikenali dalam masyarakat dan ia meliputi ketagihan terhadap bahan terlarang seperti dadah, arak dan juga rokok. Ia mendatangkan kesan keseronokan yang diperolehi setelah diambil melalui proses penghadaman. Manakala ketagihan amalan pula amat jarang dikenali masyarakat, namun ia tetap wujud dan semakin berleluasa dalam masyarakat. Kesan keseronokan dan ketagihan yang diperolehi bukan melalui proses penghadaman, tetapi dengan cara yang lain seperti menerusi penglihatan atau penghiduan. Oleh itu, tidak hairanlah kerana terdapat sesetengah individu yang mendapat keseronokan yang mengakibatkannya menjadi ketagih untuk menghidu gam, menghidu bau pakaian, ketagih kepada bau buku dan benda-benda pelik lain serta sebagainya.

Amat perlu juga untuk difahami adakah ketagihan internet itu berbeza dari jenis-jenis ketagihan yang lain seperti ketagihan terhadap bahan-bahan terlarang seperti dadah, arak dan alkohol? Amat menarik juga untuk mengetahui mengapa internet itu boleh menyebabkan ketagihan kepada sesetengah orang dan tidak kepada semua orang walaupun mereka turut sama-sama menggunakan internet? Adakah perbezaan ini disebabkan oleh faktor genetik dan personaliti, atau persekitaran, didikan dan asuhan keluarga atau pun pengaruh dan tekanan dari rakan sebaya dan masyarakat?

Mengapa ketagihan ini muncul selepas wujudnya era internet, dan adakah ia tidak akan berlaku jika tiada internet seperti apa yang kita lihat sekarang? Atau adakah benar wujud ketagihan terhadap internet sebagai satu jenis penyakit ketagihan, atau sekadar omokan semata-mata? Banyak kajian yang telah dilakukan dalam bidang ini bagi menjawab semua persoalan tersebut. Pertamanya ialah ketagihan terhadap bukan bahan atau non-substance addiction yang juga dikenali sebagai behavioral addiction ini sebenarnya memiliki ciri-ciri dan simptom yang sama seperti yang berlaku pada ketagihan akibat dari penyalahgunaan bahan (substance use disorder).

Dalam kes ketagihan internet umpamanya, ia akan turut mendatangkan kesan tolerance seperti yang dialami akibat dari penyalahgunaan bahan, iaitu di mana seseorang itu berasa perlu untuk kekal secara dalam talian bagi tempoh waktu yang tertentu bagi memenuhi keseronokan hanya untuk berada dalam talian dan bagi mengelakkan rasa kekosongan dan kebosanan jika mereka tidak berada dalam talian bagi tempoh tersebut. Mereka juga turut mengalami desakan jiwa, mental dan emosi untuk mengekalkan keseronokan dalam berinternet. Untuk mengekalkan keseronokan berinternet, mereka akhirnya menjadi terdesak untuk memanjangkan tempoh waktu dalam talian, yang akhirnya menambah kesukaran bagi mereka untuk berpaling dari internet dan faktor keseronokannya. Di samping itu, mereka juga akan mengalami sindrom waithdrawal iaitu akan berasa tidak selesa, cemas, bimbang dan juga kemurungan jika tidak dapat berdampingan dengan

internet untuk sesuatu tempoh. Selain dari itu, keadaan ini amat sukar untuk mereka kawal, dan akhirnya mendatangkan kesukaran dalam kehidupan mereka akibat dari penggunaan dan kebergantungan secara berlebih-lebihan terhadap internet.

Kajian juga menunjukkan bahawa individu yang mengalami ketagihan internet terdiri daripada pelbagai latarbelakang usia, baik golongan remaja, mahupun yang telah berusia. Namun hakikatnya, golongan remaja masih mendominasi masalah ketagihan ini. Manakala majoriti penduduk dari negara-nagara asia merupakan penagih internet yang tegar, berbanding para penduduk di negara Eropah dan Amerika, dengan negara China dan Taiwan merupakan negara yang paling tegar. Muncul pelbagai andaian mengapa situasi ini berlaku begitu ketara di negara sebelah Asia. Antaranya ialah kejutan budaya yang berlaku akibat dari kesan teknologi internet, dan ramai daripada mereka yang terdedah kepada kemudahan internet adalah golongan muda-mudi yang masih membesar dan belum mempunyai pemikiran yang matang dalam kehidupan. Sebab lain pula seperti perhubungan dan ikatan kekeluargaan yang amat longgar sesama ahli keluarga, memiliki kemahiran perhubungan sosial yang lemah, pengaruh negatif dan tekanan oleh rakan sebaya yang mempunyai kecenderungan internet yang sama, dan sebagainya. Terdapat juga satu lagi kajian dalam Jurnal AsiaPasific Psychiatry keluaran April 2012, yang menunjukkan bahawa faktor personaliti telah mendedahkan seseorang itu untuk berisiko tinggi menjadi ketagih apabila berhadapan dengan internet. Faktor personaliti itu ialah neurotisisma, psikotisisma dan penggunaan melampau mekanisma bela diri yang tidak matang. Bukan internet yang sebenarnya menyebabkan ketagihan, tetapi terdapat ciri-ciri yang menjurus kepada gangguan mental yang mendorong seseorang itu untuk terpengaruh dan akhirnya menjadi ketagih kepada internet. Ketagihan penggunaan internet dalam kalangan remaja sekolah menengah Perkembangan teknologi maklumat pada masa kini mendorong setiap orang untuk menggunakan setiap aplikasi yang ditawarkan. Penggunaan internet yang dahulunya hanya di dalam komputer kini telah meluas kepada telefon membolehkan pengguna untuk mengakses maklumat dengan hanya di hujung jari.

Kebanjiran penggunaan aplikasi internet tanpa wayar pada hari ini yang mana terdapat di kafe, restoran. lapangan terbang serta restoran makanan segera menjadikan pengguna lebih mudah untuk mengakses maklumat di mana saja mereka berada.

Ini termasuklah percubaan untuk menggunakan pelbagai jenis rangkaian sosial seperti facebook, Twitter, Myspace dan freindster yang mana menjadi salah satu aplikasi yang paling diminati oleh pengguna. Kegunaan yang pelbagai serta mudah menjadikan ramai dalam kalangan remaja terutamanya terjebak dalam ketagihan menggunakan laman sosial dan juga internet. Hal ini telah mengundang pelbagai masalah terhadap golongan remaja yang mana masih mentah.

Pelbagai kes telah dilaporkan mengenai mangsa kepada laman sosial ini. Antaranya ialah menurut Norman Sawi(2010), mendapati bahawa laporan hasil kajian di China memberitahu bahawa terdapat perbuatan memukul diri sendiri, menarik rambut dan membakar kulit masing-masing adalah satu perbuatan bahaya yang dilakukan akibat dari ketagihan internet.

Namun, beberapa kes turut juga berlaku di Malaysia akibat penyalahgunaan internet. Akhbar Harian Metro (17 Oktober, 2010) melaporkan terdapat beberapa kes yang terjadi berkaitan jerat siber. Berikut adalah pengakuan mangsa yang berumur 13 tahun tetapi pernah terjerat seawal 11 tahun akibat pendedahan Internet sejak kecil lagi oleh keluarganya:

"Saya jadi obses bersembang di ruang maya hingga sanggup tidak turun makan. Balik Sekolah terus mengahadap komputer, berjam-jam pun tak jadi masalah. Seronok ada ramai kawan sebab di umah selalu sunyi. Masa itu pun saya ada lebih 2,000 kawan di ruangan Friendster. Kebanyakan tak pernah jumpa bersemuka pun. Dalam ramai-ramai, ada juga beberapa lelaki cuba mengurat dengan menghantar ayat cinta dan saya akui seronok..

Ini merupakan salah satu mangsa jerat internet yang mana mudah mempercayai rakan laman sosial kerana kekurangan perhatian dari ibu-bapa. Sesungguhnya, kebanyakan mangsa laman sosial ini adalah mereka yang kekurangan kasih sayang keluarga yang menyebabkan mereka mudah terpengaruh sterusnya menjadi mangsa internet.

ADAKAH anak-anak anda khususnya yang berusia belasan tahun, rela menghabiskan masa berkurung di dalam bilik melayari Internet khususnya laman sosial seperti Facebook (FB) daripada keluar bermain bersama rakan-rakan mereka?

Mungkin ada ibu bapa yang melihat perkembangan ini sebagai satu yang positif memandangkan anak-anak mereka tidak lagi keluar dan dapat mengelakkan mereka terjebak dengan pengaruh yang buruk.

Apakah dengan perkembangan terbaru seperti ini ia merupakan satu perkara dan petanda baik kepada anak-anak remaja kini yang diyakini lebih terarah untuk memilih budaya aktiviti yang sihat?

Namun sebenarnya, ketagihan Internet atau khususnya penggunaan laman sosial ini sekiranya berlarutan pastinya memudaratkan kepada perkembangan interaksi sosial anak-anak remaja berkenaan.

Ini diakui oleh Pakar Perunding Psikiatri Universiti Malaya, Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, yang memberitahu, remaja dan kanak-kanak memerlukan kemahiran berkomunikasi dan bersosial dengan masyarakat bagi membentuk perkembangan kognitif mereka.

Justeru, golongan ini perlu ada skil kemahiran sosiall bagi menyesuaikan diri bersosial dengan masyarakat dan ini tidak akan didapati sekiranya mereka hanya banyak menghabiskan masa berinteraksi menggunakan laman-laman sosial.

''Apabila kita berinteraksi di laman sosial tanpa berkomunikasi secara bersemuka dengan individu, bagaimana seseorang insan itu mendapat pengalaman kehidupan bermasyarakat.

''Ini pastinya akan menimbul kesukaran terhadap seseorang individu itu apabila diperlukan di kalangan masyarakat mungkin ketika memulakan kerjaya mereka nanti," jelasnya.

Dalam pada itu Dr. Muhammad Muhsin berkata, laman sosial sebenarnya adalah tempat yang paling banyak bagi penggunanya meluahkan perasaan negatif seperti kemarahan, kekecewaan, dendam dan sebagainya yang sekiranya menjadi ikutan remaja berkenaan pastinya bakal membentuk personaliti negatif dalam kehidupan mereka.

''Sukar untuk mengendalikan masalah sekiranya tiada kemahiran untuk berinteraksi dengan manusia.

''Remaja hari ini lebih senang memilih laman-laman sosial untuk berinteraksi menyebabkan pergantungan penyelesaian masalah tidak dapat diberikan jalan penyelesaiannya dan individu berkenaan terdedah pula kepada budaya mendapatkan maklumat secara kurang tepat," katanya.

Ini berlaku sebagai contoh katanya, ada yang meminta jalan kepada masalah yang sedang dilalui, namun ada di kalangan rakan-rakan di laman sosial itu memberikan jalan yang salah sebagai punca penyelesaian seperti menggunakan najis dadah atau membunuh diri sebagai salah satu jalan terakhir.

Apa yang menakutkan, remaja si pengguna laman sosial tadi pula 'menyedut' segala-galanya apa yang diusulkan oleh rakan-rakan di laman sosial tadi menyebabkan mereka boleh terjerumus ke dalam satu fakta yang memberikan impak yang terpesong.

Begitu juga dengan wujudnya budaya-budaya songsang yang turut mempengaruhi menerusi laman sosial tadi selain pencemaran penggunaan bahasa yang teruk, seperti selanga, bahasa ringkas SMS dan bahasa rojak.

''Apabila golongan ini menyerap fakta dan panduan yang disalurkan menerusi laman sosial itu tanpa mendapatkan pandangan daripada ibu bapa atau mereka yang lebih 'berakal' menyebabkan pengaruh unsur-unsur negatif itu semakin tersimpan dalam sanubari mereka," Dr. Muhammad Muhsin yang mengakui ada di kalangan mereka sanggup menghabiskan masa berjam-jam di kafe siber untuk melayari Internet apabila tidak mendapat peluang itu di rumah.

Katanya, pengguna yang menggunakan laman sosial keterlaluan boleh dikatakan sebagai ketagih.

Menurut beliau, ini adalah satu penyakit alaf baru yang biarpun belum dikategorikan sebagai 'penyakit' di negara ini tetapi masalah ketagihan Internet atau penggunaan laman sosial pasti mempunyai keburukan.

Jelasnya, di Korea Selatan, sudah ada langkah-langkah pencegahan di peringkat sekolah terhadap golongan ketagihan Internet seperti ini.

Selain ada intervensi di peringkat sekolah jika dilihat menganggu pembelajaran, golongan ini akan dirujuk kepada bahagian kesihatan dan badan-badan kesihatan luar untuk mendapatkan bimbingan kaunseling.

Justeru Dr. Muhammad Muhsin mengharapkan banyak lagi kajian dilakukan di peringkat universiti mahupun pengajian tinggi lain dalam melakukan penyelidikan di peringkat nasional terhadap unsurunsur ketagihan Internet dan laman sosial ini sama ada ia melibatkan masalah sosial, kesihatan, pendidikan dan perkembangan kognitif anak-anak remaja di negara ini sebelum keadaan ini bertambah buruk.

Begitu juga unsur-unsur negatif lain seperti laman pornografi dan terpengaruh pula dengan perjudian di laman-laman berkenaan.

Apabila ditanya mengapa golongan ini mudah untuk terjerumus sebagai pengguna laman sosial, dia menegaskan, selain mudah, murah dan rangkaian jaringannya banyak penggunanya, mereka dapat bersosial sebagai komuniti komputer.

Dalam pada itu Dr. Muhammad Muhsin menjelaskan, anak-anak yang tidak akrab dengan ibu bapa mereka serta adik-beradik akan bergantung sepenuhnya dengan Internet dan bersosial dengan rakan-rakan menerusi laman sosial.

Remaja dan kanak-kanak yang menghabiskan masa keterlaluan di laman sosial boleh menyebabkan pelajaran mereka terganggu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluar ga&pg=ke_03.htm#ixzz2PwbgE3Qz Utusan Melayu (M) Bhd

PENGENALAN

Kita sedia maklum bahawa tugas dan tanggungjawab polis, terutamanya dalam membanteras jenayah dan menjaga keamanan, kini lebih berat dan jauh lebih rumit. Pembangunan negara yang begitu pesat, terutamanya di bandar, menyebabkan jenayah harta benda seperti kes meragut beg, menyamun serta merompak semakin meningkat. Pemodenan dari segi teknologi melahirkan pelbagai jenis jenayah yang tidak pernah terdengar beberapa tahun dahulu. Contohnya, jenayah kolar putih yang melibatkan penyalahgunaan teknologi canggih berkomputer, semakin berleluasa. Gejala sosial semakin teruk jika dibandingkan masa dahulu. Kegiatan kong-kongsi gelap, samseng sekolah, kutu rayau, pengedaran dadah dan maksiat, serta keganasan rumahtangga, semakin membimbangkan. Ini semua menjadi cabaran harian kepada pihak polis.

PELAYARAN WEB NEGATIF

Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedah memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa. Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela. Sebagaimana firman Allah dalam alQuran yang bermaksud Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji .

Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling. Material berkaitan sex begitu mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi dan ilustrasi pornograksi dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur seksual. Kewujudan berbagai bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup insaniah sebagaimana yang diajar oleh Islam. Pendidikan Islam jelas mencegah umat dari terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Pendidikan akhlak menurut Islam ialah pembentukan jiwa dan peribadi muslim yang mampu menjaga dan menjauhi amalanamalan buruk termasuk melayari laman web lucah. Impak kepada gejala ini maka merebaklah bermacam penyakit sosial akibat ketagihan seks seperti perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS, Homoseksual dan Lesbian, penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di kalangan remaja.

Menurut laporan akhbar dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya pada tahun 2005, ramai remaja sudah melakukan hubungan seks dalam menjalinkan perhubungan mereka. Malahan ada yang merakamkan untuk simpanan peribadi dan disebar untuk umum melalui internet dan telefon peribadi menggunakan teknologi 3G. Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Universiti Malaya dan sebuah syarikat swasta5 pada tahun lalu mendapati 13 peratus remaja berusia 15 hingga 21 tahun pernah mengadakan hubungan seks sebelum. Kajian itu mendapati 76 peratus daripada respondennya remaja lelaki manakala 61 peratus membabitkan remaja perempuan. Dalam kajian lain Kementerian Kesihatan terhadap remaja bersekolah berumur 13 hingga 18 tahun mendapati 1.8 peratus daripadanya mengaku pernah terbabit dalam aktiviti seks.Walaupun isu seks bebas remaja membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan, permasalah lebih besar sering melingkungi kaum hawa.

PERMASALAHAN REMAJA

Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di cyber caf ,internet caf dan telefon tangan. Program seperti chatting,

permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka. Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikut mereka. Kawalan dan penjagaan yang berterusan perlu bagi menjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah gejala sosial. Hal ini mencabar pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan orang ramai terhadap masalah pelajar yang mengunjungi pusat internet di waktu persekolahan dan selepas persekolahan. Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber caf, tidak ada kawalan keluarga dan berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja. Hal ini menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusatpusat internet. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya. Pusat Kajian E-Komuniti. FSSKUKM.

JENAYAH INTERNET

Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Namun kesemua peringkat penggunaan komputer seperti internet adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah internet yang biasa kita dengar adalah seperti penggodam. Penggodam ialah seorang yang mencipta dan mengubah suai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah pengaturcaraan komputer, pentadbiran, dan urusan-yang berkaitan dengan keselamatan. Dalam pengaturcaraan komputer, penggodam ialah seorang pengaturcara yang menggodam atau mencapai matlamat dengan menggunakan satu siri pengubahsuaian untuk mengeksploit atau melanjutkan kod atau sumber melalui internet.

Jenayah Internet juga boleh dikategorikan sebagai boleh memalukan sesetengah orang, contohnya seperti seseorang itu menyebarkan tentang sesuatu perkara yang boleh memalukan sesetengah pihak. Jika penggunaan web atau internet disalah gunakan maka akan menimbulkan banyak kerugian kepada golongan manusia. Penggunaan teknologi informasi yang diaplikasikan dengan internet atau pun web dalam segala bidang seperti e-banking, e-commerce, e-government, eeducation dan banyak lagi telah menjadi sesuatu yang lumrah. Internet telah menciptakan dunia baru yang dinamakan cyberspace iaitu sebuah dunia komunuikasi berlandaskan computer yang menawarkan perkhidmatan yang baru berbentuk virtual (tidak langsung dan tidak nyata).

Perkembangan internet yang semakin hari semakin meningkat baik teknologi dan penggunaanya dan mempunyai banyak kesan positif dan negatif. Untuk yang bersifat positif, banyak manfaat dan kemudahan yang didapat dari teknologi ini, misalnya kita dapat melakukan transaksi dengan ebanking, e-commerce juga membuat kita mudah melakukan pembelian maupun penjualan suatu barang tanpa mengenal tempat. Mencari referensi atau informasi mengenai ilmu pengetahuan juga bukan hal yang sulit dengan adanya e-library dan banyak lagi kemudahan yang didapatkan dengan perkembangan Internet. Tentunya, tidak mungkin akan terpingir bahawa teknologi Internet membawa kesan negatif yang ada. Internet atau pun web juga membawa keburukan yang bersifat konvensional seperti pengancaman, pencurian dan penipuan kini dapat dilakukan dengan menggunakan media komputer secara online dengan resiko tertangkap yang sangat kecil oleh individu ataupun kelompok dengan akibat kerugian yang lebih besar. Seperti seorang penggodam dapat masuk ke dalam suatu sistem jaringan perbankan untuk mencuri informasi E-commerce ada baik buruknya, seperti yang dilakukan oleh sekelompok pemuda di Medan yang memasang iklan di salah satu website terkenal Yahoo dengan seolah-olah menjual kereta mewah Ferrary dan Lamborghini dengan harga murah sehingga menarik minat seorang pembeli dari Kuwait. Perbuatan tersebut dapat dilakukan tanpa adanya hubungan terlebih dahulu antara penjual dan pembeli.

HAK PERIBADI

Kepelbagaian teknologi komunikasi, daripada asas hinggalah paling canggih kini menjadi keperluan hidup. Mengapa tidak, banyak urusan harian boleh dilakukan dengan mudah hasil kepesatan teknologi. Namun, tidak semua individu menjadi pengguna teknologi mengikut kaedah atau cara betul. Tidak dinafikan, segelintir pihak menyalahgunakan telefon bimbit dan laman sosial di internet untuk menganiaya atau menceroboh hak peribadi orang lain dengan menipu, mengganggu, menuduh dan menabur fitnah. Selain faktor pengguna sendiri yang menyeleweng, gejala negatif berhubung penyalahgunaan teknologi ini boleh berpunca daripada kealpaan sesetengah pihak terhadap implikasi buruk andai tidak berhati-hati menggunakan teknologi.Apabila pengguna tidak menyedari etika, batasan dan risiko penggunaan teknologi komunikasi yang digunakan, tidak mustahil mereka sendiri akan terdedah dengan risiko menjadi pihak dianiaya atau terjebak dalam kes penyalahgunaan teknologi.

Di Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjadi badan yang mempunyai kuasa serta bertanggungjawab dalam bidang kawalan industri teknologi dan multimedia.Berteraskan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, SKMM bertanggungjawab melaksana dan mempromosikan dasar kerajaan dalam sektor komunikasi dan multimedia. Suruhanjaya ini berperanan mewujudkan rangka kerja kawalan baru terhadap setiap cabang industri ini.Sejak akhir-akhir ini, budaya menyebar khidmat pesanan multimedia (MMS) baik dalam bentuk paparan gambar atau video dilihat makin menjadi-jadi. Kita bimbang senario ini memberi kesan kepada generasi muda yang mudah terpengaruh dengan kegiatan tidak sihat.Penyedia perkhidmatan sentiasa digalak memperkenalkan teknologi baru. Ini termasuk perkhidmatan MMS yang membolehkan pengguna menghantar dan menerima gambar serta video ringkas menerusi

perkhidmatan jalur lebar. Penggunaan teknologi komunikasi yang canggih semakin berkembang dari semasa ke semasa. Teknologi ini adalah neutral. Baik atau buruknya bergantung kepada cara ia digunakan.Kita perlu meletakkan teknologi komunikasi dalam perspektif yang betul.

Ia sememangnya satu peralatan tapi ia mempunyai pelbagai tujuan penggunaan. Kalau baik tujuannya, maka baiklah peralatan komunikasi itu. Jika buruk, maka buruklah ia.Dalam konteks evolusi komunikasi kini, kesan penggunaan telefon bimbit bagi tujuan menghantar MMS bergantung kepada pengguna. Jika MMS yang dihantar adalah gambar atau video yang tidak baik atau memalukan, yang patut dipersalahkan adalah pengguna, bukannya telefon bimbit atau teknologi berkenaan. Perlu diingatkan, setiap kesalahan membabitkan teknologi komunikasi pada ruang dunia elektronik atau internet adalah seperti kesalahan yang dilakukan di dunia nyata. Pesalah boleh didakwa atau dibawa ke mahkamah jenayah atau sivil. Contohnya, penyebaran atau penjualan MMS yang tidak baik mungkin boleh dikategorikan sebagai jenayah dan boleh didakwa mengikut Kanun Keseksaan atau Akta berkaitan seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kemudahan mengakses Internet secara global dan pertambahan jumlah pengguna Internet setiap hari membuka ruang komunikasi tanpa sempadan dan kemudahan berkongsi apa juga bentuk fail. Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia turut menerima perkembangan rangkaian teknologi digital dan platform media baru. Sayangnya, kurang kajian tempatan yang dilakukan untuk mengkaji subjek media baru ini. Sebenarnya, di kebanyakan laman sosial, ada kaedah mengawal maklumat peribadi. Pengguna diingat menggunakan kaedah kawalan ini supaya mereka dapat mengawal siapa antara rakan mereka yang boleh melihat maklumat peribadi di laman terbabit. Usah salahkan orang lain kalau pengguna sendiri tidak melakukan kawalan. Peruntukan undang-undang sedia ada dan kod etika yang dibangunkan adalah mencukupi untuk menangani isu ini. Forum Pengguna atau CFM (Communications and Multimedia Consumer Forum) dan Forum Kandungan atau CMCF (Communications and Multimedia Content Forum) memainkan peranan penting dalam membantu memupuk sikap kawal selia kendiri di kalangan rakyat.

Selain itu, beberapa program kesedaran awam dianjurkan. Kedua-dua forum ini menyediakan saluran untuk aduan; mengendalikan pertikaian dan rungutan pengguna; mencadangkan tatacara penyelesaian pertikaian alternatif dan mengelakkan kes mahkamah jika anda rasa terpedaya dan mungkin juga boleh membantu mencadangkan tatacara pembayaran pampasan untuk pengguna.Dalam persekitaran pelbagai sumber dan media kandungan baru serta aplikasi yang diperkenalkan pemberi perkhidmatan, kawalan kendiri adalah satu pendekatan yang difikirkan sesuai dalam konteks ini. Antara asas penting untuk menjayakan kawalan kendiri adalah pengetahuan dan maklumat di kalangan pengguna mengenai cara berinteraksi dengan teknologi dan perkhidmatan yang disediakan serta hak dan tanggungjawab mereka. Pengguna tidak seharusnya memikirkan mereka boleh berbuat sesuka hati tanpa batasan atau tanggungjawab. Mereka perlu sensitif kepada sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum serta peruntukan undang-undang yang sedia ada. Kawalan kendiri dan pelaksanaan tanggungjawab di kalangan semua

peringkat masyarakat adalah pendekatan paling sesuai untuk mewujudkan budaya sihat dan positif dalam penggunaan media dan teknologi.

LONGGOKAN SIARAN BARAT

Kesan-kesan negatif daripada pengaruh dunia tanpa sempadan begitu dirasai dengan kewujudan siaran televisyen berbayar daripada luar negara. Anak muda kita hari ini seolah-olah telah hilang jati diri budaya sendiri dan lebih berbangga dengan budaya luar. Setiap hari kini kita sering dilemparkan dengan nilai-nilai budaya luar dengan penyiaran rancangan drama, filem dan muzik terutamanya daripada Negara barat. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapanya pada 2 Ogos 2005, stesen TV mesti mengambil kira hasrat kita untuk membina negara dan bangsa sesuai dengan cita rasa kita, yang mengikut kehendak dan acuan kita sendiri. Pada pendapat kami, nilai jati diri yang kuat boleh dipupuk kepada generasi muda masa kini dengan menggunakan cara yang sama seperti oleh pengaruh luar yang mudah meresap masuk kepada mereka iaitu melalui siaran televisyen. Ini kerana, melalui siaran TV jugalah semua nilai-nilai positif boleh disemai. Semua itu sebenarnya boleh dipupuk dengan penyiaran semula khazanah budaya dan hiburan yang pernah disiarkan di Negara ini. Penyiaran semula khazanah seni negara meliputi siaran drama, rancangan hiburan, rancangan budaya, filem dan dokumentari yang pernah diterbitkan oleh RTM. Maka itu memerlukan satu stesen TV yang mengkhususkan kepada penyiaran bahan tersebut di mana melakukan penyiaran berkala konsisten.

KEHIDUPAN SOSIAL REMAJA

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.

Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara

tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda. Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah budaya lepak. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah.

PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik. Justeru, bolehlah dikatakan bahawa puncapunca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.

Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersukasuka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Sikap ibu bapa juga yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan

tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral. Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa. Selain itu, pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini.

Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.

CARA MENGATASI MASALAH

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan yang diberi iaitu peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik.

Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Pendekatan akademik boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Selain itu, mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Saranan seterusnya ialah penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajarpelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

KESIMPULAN

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

UALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe, katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB.

Berita Selanjutnya Sila Baca SINI

INFO TAMBAHAN: Apa sahaja perlu ada had dan kadarnya, begitulah juga dengan Facebook. Andainya melebihi had dan kadar, maka bahayalah yang menanti. Ambil contoh mudah, kalau kita memandu melebihi had dan kadar yang ditetapkan, tentu padah menanti. Paling tidak,wang akan melayang gara-gara speed trap.

Malah dalam beramal ibadah pun ada had dan kadarnya. Berlebih-lebihan takut nanti terkeluar dari sunnah dan cendorong ke arah bidah. Kalau kita rujuk sejarah awal islam, kita dapati Nabi Muhammad S.A.W melarang dan menegur sikap sesetengah sahabat yang ingin memusatkan perhatian kepada ibadat dengan melakukan puasa setiap siang hari dan bersolat setiap malam dan menjauhi wanita. Kata Nabi S.A.W "Adapun saya, berpuasa dan makan, shalat dan tidur dan menikahi wanita.

Kembali kepada tajuk, Saya paparkan kembali kata-kata ini(seingat saya ia kata-kata Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi) Media umpama pedang yang tajam. Andainya digunakan untuk berjihad, jadilah ia alat berjihad. Tapi, andainya digunakan untuk merompak, maka jadilah ia alat untuk merompak. . Jadi di sini, FB berupaya menjadi ALAT yang boleh dimanfaatkan sekali gus mendapat redha-NYA. Namun ia juga boleh menjadi ALAT yang memudaratkan yang boleh mengundang murka-NYA.

Tentang ketagihan Facebook yang melanda pelajar-pelajar, ia memang membimbangkan, apatah lagi mereka cenderung untuk menjadikan Facebook ALAT yang memudaratkan yang boleh mengundang murka-NYA. Mereka lupa had dan kadarnya, jadi yang perlu dilakukan ialah menyedarkan mereka tentang had dan kadar tersebut.

Bagaimanakah caranya?

Itu yang perlu difikirkan oleh semua. Baik ibu bapa, pendidik, pemimpin, ulama, pemikir dan sesiapa sahaja yang prihatin.

You might also like