You are on page 1of 1

IKLIM Iklim Sekolah Kebangsaan Setapak ini boleh dikatakan baik.

Suasana pembelajaran di sini amat teratur dan murid-murid patuh kepada arahan guru. Terutama sekali sewaktu perhimpunan pagi diadakan. Mereka senang dikawal dan tidak selalu membuat bising. Apabila ditegur sekali mereka akan patuh dan terus memberikan tumpuan kepada majlis. Sekolah ini juga menerapkan elemen kerohanian yang tinggi. Setiap kali sebelum rutin harian mereka bermula dan tamat, mereka akan membaca doa beramai-ramai yang diketuai oleh wakil murid yang menggunakan pembesar suara yang terdapat di pejabat sekolah. Pembesar suara ini jelas kedengaran di seluruh kawasan sekolah. Suasana di bilik guru tidak semeriah sekolah-sekolah yang lain yang pernah saya lawati sebelum ini. Ini kerana bilangan guru yang sedikit dan mereka sibuk berada di kelas masing-masing untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Staf sokongan di sekolah ini juga amat peramah dan sangat membantu guruguru untuk mendapatkan bantuan. Antara contoh termasuklah pekhidmatan fotokopi disediakan secara percuma dan diseliakan oleh seorang pembantu am pejabat. Yang menjadi kebanggaan dan keterujaan guru-guru di sini ialah mereka diserikan dengan keletah dan gelagat pelajar-pelajar pendidikan khas inklusif yang ditempatkan di sekolah ini. Sekolah Kebangsaan Setapak ini menempatkan pelajar pendidikan khas seperti autisme, hyper aktif dan lain-lain lagi. Sememangnya keistimewaan yang terdapat pada murid-murid ini kita boleh nikmati dan amati. Pelajar arus perdana juga amat menghormati pelajar-pelajar inklusif ini. Perasaan sayu apabila melihat mereka bermain bersama dan saling bantumembantu dalam sesi persekolahan. Pengalaman dan suasana sebegini mungkin tidak dapat diperolehi di mana-mana kebanyakan sekolah. Secara keseluruhannya, iklim sekolah ini amat teratur dan hampir sempurna walaupun hanya sekolah berstatus kurang murid. Status ini bukan penghalang buat pentadbiran sekolah memastikan mereka iaitu murid menerima pendidikan yang terbaik. Salutasi penuh hormat buat pentadbiran, guru-guru dan murid sekolah ini.

You might also like