You are on page 1of 6

BIBLIOTERAPI

DEFINISI BIBLIOTERAPI

Didefinisikan sebagai penggunaan buku-buku untuk emnolong orang menyelesaikan masalah

Juga merupakan teknik untuk menstruktur interaksi antara terapis dengan klien/ pemudahcara dengan peserta berasaskan perkongsian secara mutual dengan idea literatur yang dibaca

KONSEP BIBLIOTERAPI
Konsep Asas: membaca untuk pengalaman rawatan

Misalnya: digunakan oleh tentera selepas Perang Dunia Kedua iaitu anggota yang cedera melakukan sesi membaca dalam tempoh pemulihan

Idea biblioterapi merangkumi pemilihan bahan membaca untuk klien yang mempunyai pengalaman relevan dengan situasi yang tertulis didalamnya.
Contoh: Kanak-kanak yang bersedih, membaca atau dibacakan buku cerita tentang kehilangan ibunya akan berasa sunyi di dalam hidupnya.

PERLAKSANAAN BIBLIOTERAPI
Melibatkan aktiviti membaca sahaja ataupun dilengkapkan dengan aktiviti perbincangan dan bermain.

SEBAB-SEBAB INTERVENSI BIBLIOTERAPI


Pupuk konsep kendiri positif
Tunjukkan individu bahawa bukan dirinya sahaja/ yang pertama melalui sesuatu masalah Tunjukkan ada lebih daripada satu penyelesaian kepada masalah

Menambahbaik kefahaman tingkahlaku manusia dengan motivasi

Melepaskan tekanan emosi atau mental

Menolong individu membincangkan masalah secara senang hati

Pupuk penilaian dan refleksi kendiri secara jujur

Menimbulkan minat terhadap peristiwa yang berlaku disekeliling

Individu dapat merancang tindakan konstruktif untuk menyelesaikan masalah

PROSEDUR PERLAKSANAAN BIBLIOTERAPI


Samada secara individu atau kumpulan, prosedur adalah sama seperti berikut:
Mulakan sesi dengan memotivasikan individu menyertai aktiviti pengenalan

Menyertai masa yang cukup untuk membaca bahan berkaitan

Membenarkan masa refleksi dan penilaian

Menyediakan masa tindakan susulan untuk mengenalpasti teknik pemudahcara kepada klien mengingat apa yang dibaca

Perlaksanaan penilaian dan membimbing individu kepada penutup (merangkumi penilaian terapis dan penilaian kendiri individu.

You might also like