You are on page 1of 35

SEKOLAH KEBANGSAAN LEGEH 17700 AYER LANAS KELANTAN

MAKLUMAT SEKOLAH MISI Sekolah Kebangsaan Legeh unggul dan cemerlang menjelang tahun 2015 VISI Melahirkan murid berjaya dalam akademik, kokurikulum serta membina sahsiah diri dan disiplin yang tinggi bagi memenuhi tuntutan hidup didunia dan kesejahteraan diakhirat, berasaskan transformasi pendidikan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Negara.

IKRAR SEKOLAH

Bahawasanya kami murid SK Legeh berikrar : Akan patuh pada perintah agama kami, Patuh pada undang undang sekolah kami, Kami akan sentiasa menjaga kebersihan, Keceriaan dan harta benda sekolah, Kami akan mentaati ibu bapa, Guru guru yang mendidik kami, Menghormati kakitangan sekolah, Orang yang lebih tua Dan rakan rakan seperjuangan kami. Kami akan menumpukan seluruh tenaga dan fikiran kami Untuk mencapai cita cita kami Dan cita cita sekolah Berlandaskan Visi dan Misi sekolaj. Kami berjanji akan hadir ke sekolah dan belajar bersungguh sungguh demi mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah terpuji kami akan melaksanakan amanah yang diberi demi kegemilangan dan kecemerlangan SK Legeh Insya Allah kami boleh, Insya Allah SK Legeh boleh

LAGU SEKOLAH SK LEGEH BERJAYA

SK Legeh sekolah kami Indah ceria dan harmoni Jadi kebanggaan kami warganya SK Legeh berjaya SK Legeh sekolah kami Megah namamu dihati Usaha jaya jadi pegangan Akhlak mulia berwawasan Keranamu kami sedia bersatu bekerjasama Demi mencapai satu cita Menuju ke era jaya SK legeh berjaya

SENARAI SEMAK TUGASAN PENGAJIAN PROFESIONAL

BIL.

PERKARA

ada

Tiada X

Catatan Berorganisasi Lelaki Siswazah Lakarkan Perempuan Bukan Siswazah

1. Carta Organisasi sekolah 2. Bilangan Guru 3. Kelayakan Profesional Guru 4. Pelan fizikal sekolah 5. Kemudahan sekolah Sudut pembelajaran Dewan Kantin Padang Pusat sumber Makmal sains Makmal komputer Kemudahan kemudahan lain

6. Kata kata hikmah 7. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 8. Rukun Negara

Buat catatan

Bilik darjah Paparan 9. - Jadual waktu - Jadual bertugas - Peraturan Keselamatan Pengawal keselamatan 10. Infrastruktur bangunan , elektrik, alat pemadam api. Maklumat lain yang menarik perhatian 11. anda

BAHAGIAN A TUGASAN PENGAJIAN PROFESIONAL

Pengenalan PBS merupakan pengalaman berasaskan sekolah. Ia juga dipanggil SBE (school based experience). Tetapi ada juga sesetengah orang memanggil ROS (rancangan orientasi sekolah). Program ini di perkenalkan kepada semua pelatih guru sebagai satu pengenalan kepada suasana persekolahan. PBS ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Legeh . Dalam PBS pada kali ini, satu tugasan pengajian profesional telah diberikan kepada guru pelatih mengikut senarai semak yang diedarkan. Antara perkara yang harus dilakukan ialah :

1.0 Carta organisasi sekolah

Guru Besar

Guru Penolong Kanan Kurikulum

PIBG

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pentadbiran

Kurikulum

Pengurusan Kokurikulum

Mengurus hal ehwal murid

Ketua Pembantu Tadbir

Juruteknik Komputer

Pembantu Tadbir

Pembantu Am Pejabat

Pembantu Pengurusan Murid

Pegawai Teknologi Maklumat

Pekerja Kebersihan Swasta

Pekerja Keselamatan Swasta

En. Sauli Bin Hj. Ismail Guru Besar

Penolong Kanan Ehwal Murid En. Mohd Yusoff Bin Che Mat

Penolong Kanan Akademik En. Ahmad Bin Awang

Ahli Jawatankuasa ( Ketua Panitia )

Penolong Kanan Kokurikulum En. Foo Chek Tang

Bahasa Melayu Puan Hasnah Bt Mamat Bahasa Inggeris En. Yusman Eni Matematik En. Roslan Mustapha Sains Pn. Roslinda Bt Ismail Sivik / Kajian Tempatan En. Azman Che Musa Pendidikan Islam / J QAF Pn. Klhakidah Che Ismail Muzik En . Abdul Karim Omar Pjkesihatan Pn. Hasmira Kemahiran Hidup En . Wan Mohd Yusri W. Yaacob Pendidikan Seni En Sukmin Mohamad

2.0 Bilangan Guru


Bilangan guru bagi sekolah kebangsaan legeh ialah seperti berikut :

Lelaki 15 orang

Perempuan 16 orang

3.0 Kelayakan Profesional Guru


Bilangan guru yang profesional bagi sekolah kebangsaan legeh

Kelayakan professional guru Siswazah Bukan siswazah

Lelaki

Perempuan 8 4 11 8

4.0 Pelan Fizikal Sekolah

BLOK B

TEMPAT LETAK BASIKAL

Blok A

TAPAK PERHIMPUNAN SURAU

KANTIN
Blok C MAKMAL KOMPUTER

PRA SEKOLAH 5 TAHUN

Blok D

GARAJ KERETA

PRA SEKOLAH 6 TAHUN PADANG

PONDOK PENGAWAL

PINTU PAGAR

5.0 Kemudahan Sekolah Sudut pembelajaran

Sudut sebagai semua

pembelajaran sudut ilmu

berfungsi dimana berkaitan

maklumat

dengan pelbagai jenis subjek akan ditampal disitu.

Dewan

Dewan Besar merupakan tempat berhimpunnya murid-murid dan guru untuk acara rasmi mahupun acara tidak rasmi seperti

perhimpunan PIBG

Kantin

Kantin merupakan tempat rehat yang terdapat di sekolah. Ia merupakan tempat bagi murid mahupun guru untuk makan dan minum pada waktu yang telah ditetapkan.

Padang

Padang

merupakan

tempat

untuk melakukan aktiviti sukan . Padang sekolah ini sangat luas dan mempunyai padang bola sepak, dan setengah bahagian lagi untuk bola jaring

Pusat sumber

Pusat sumber merupakan tempat untuk murid membaca dan meminjam buku dan terletak di bahagian bangunan pentadbiran di tingkat 3.

Makmal sains

Makmal sains merupakan tempat untuk murid belajar dan melakukan eksperimen atau amali tentang perkarayang dipelajari.

Makmal komputer Makmal komputer akan digunakan apabila guru ingin melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teknologi.

Tempat letak kereta

Tempat letak kereta hanya untuk guru guru dan pelawat sekolah

Klinik

Klinik ini untuk pemeriksaan gigi dan kesihatan murid murid. Terletak di bahagian tepi unit sukan.

Bilik Gerakan

Bilik mesyuarat ini untuk para guru berkumpul untuk mengadakan perjumpaan atau satu mesyuarat tentang perkara perkara yang berkaitan.

Tandas

Tandas terletak di setiap blok di sekolah ini bagi kegunaan

semua murid dan guru.

Ruang rehat

Ruang rehat khas untuk murid murid merehatkan diri selepas aktiviti sukan atau masa rahat untuk menenangkan fikiran dan menghirup udara segar.

Surau

Surau ini dibina untuk murid murid melakukan solat zohor semasa kelas fardu ain.

Stor sukan

Stor sukan ialah tempat untuk menyimpan pelbagai alat sukan. Hanya guru yang dibenarkan masuk dan murid murid hanya dibenarkan masuk jika mendapat kebenaran daripada guru,.

Bilik sal

Bilik sal merupakan biik Self Accesion Learning yang dapat membantu murid membaca buku buku bahasa Inggeris.

Bilik makan guru

Bilik makan ini hanya untuk guru guru sahaja manakala murid murid makan di kantin bersebelahan dengan bilik makan guru ini.

Bilik guru

Bilik ini hanya untuk guru guru meluangkan masa ketika tiada kelas.

Kedai sekolah berfungsi sebagai kedai yang menjual alat alat tulis dan buku tulus kepada murid.

Bilik KSSR berfungsi sebagai bilik simpanan semua dokumen berkaitan dengan KSSR.

6.0 Kata Kata Hikmah

Kata-kata

hikmah

juga

memainkan peranannya yang tersendiri iaitu dapat

memotivasikan murid-murid dan sebagai perangsang untuk

berjaya dalam akademik. Di sekolah ini terdapat pelbagai kata-kata hikmah yang amat bermakna. Kata kata hikmah

kebanyakkan di gantung dan ditampal di dalam kelas.

7.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini ditampal di papan kenyataan . Ini sebagai peringatan kepada murid dan guru bagi mendukung matlamat negara dalam perlembagaan ini.

8.0 Rukun Negara

Rukun Negara ini merupakan perkara wajib yang harus ada disetiap sekolah. Di sekolah ini Rukun Negara ini di tampal di papan kenyataan sahaja.

9.0 Bilik Darjah Gambar bilik darjah Ruang pembelajaran

Murid dapat belajar dengan senang dan selesa dalam kelas. Paparan Jadual waktu

Jadual waktu ini harus dipaparkan dalam kelas supaya guru atau murid tahu tentang waktu pembelajaran.

Jadual tugasan

Jadual tugasan harus ditampal dalam kelas supaya murid tahu tentang tugas tugas masing masing.

Peraturan

Peraturan yang telah ditetapkan oleh guru kelas dalam kelas mereka.

10. Keselamatan Pengawal keselamatan

Pondok pengawal keselamatan ini berhampiran dengan pagar masuk dan dapat mengawal orang keluar dan masuk.

Infrastruktur Bangunan

Bangunan bangunan yang dibina untuk bangunan pentadbiran, kelas, pusat sumber, makmal dan sebagainya.

Elektrik

Infrastruktur sekolah yang lengkap haruslah mengutamakan keselamatan sekolah dan warganya. Pendawaian yang baik dapat mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini.

Alat Pemadam Api

Pemadam api juga merupakan salah satu alat persediaan yang penting untuk menghadapi masalah yang bakal melanda di sekolah.

11.0

Maklumat Lain Pra Sekolah 5 Tahun

Pra Sekolah 6 Tahun

Pra sekolah di sekolah Legeh ini mempunyai dua kelas yang berbeza iaitu kelas untuk murid yang berumur 5 tahun dan 6 tahun.

Kantin

Di satu sudut pihak kantin meletakkan panduan panduan membasuh tangan dan langkah langkah menjaga kebersihan.

12.0

Rumusan

Melalui Pengalaman Berasaskan sekolah pebagai maklumat dan pengalaman yang telah saya perolehi. Melalui pemerhatian, soal selidik, perbincangan dan temu bual telah memberi saya pelbagai input input yang menarik dan amat berguna. Pengalaman Berasaskan Sekolah ini merupakan salah satu pendedahan awal bagi guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini, lantas dapat menerapkan pelbagai nilai dalam diri saya seperti nilai keguruan. Di samping itu, saya juga telah mendapat pengalaman yang berharga bersama murid murid dan juga dapat memberi pendedahan kepada saya tentang tingkah laku, emosi dan perangai seorang murid apabila berada di sekolah. Selain itu, saya juga telah mempelajari cara berkominukasi dengan betul bersama guru guru dan murid murid. Tuntasnya, pengalaman yang telah saya dapati ini amat berharga sekali dan dapat dijadikan panduan kelak ketika saya sudah menjunam dalam bidang pendidikan dengan lebih mendalam.

BAHAGIAN B PENGARUH PERSEKITARAN GURU DAN SEKOLAH MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM PERKEMBANGAN KANAK KANAK

1.0 Pengenalan

2.0 Pengaruh Persekitaran Guru Dan Sekolah Mempengaruhi Perkembangan Kanak Kanak

Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif, dan sosioemosi invididu yang bermula daripada percambahan sehingga ke akhir hayat. Perkembangan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat yang baru yang berlainan daripada sifat yang lebih awal. perkembangan kanak kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran di sekolah dan guru, ini kerana sejak kecil lagi kanak kanak telah diserapkan atau di hantar ke sekolah untuk menimba ilmu. Secara tidak langsung persekitaran sekolah dan guru memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak kanak ini. Dalam perkembangan kanak kanak di sekolah terbahagi kepada empat iaitu : perkembangan fizikal perkembangan emosi perkembangan sosial perkembangan kognitif

setiap bahagianperkembangan mengalami perkembangan yang berbeza bagi setiap murid yang berbeza. Oleh itu, persekitaran atau suasana sekolah dan guru memainkan peranan yang utama dalam sesetengah perkembangan seperti perkembangan kognitif, dan sosial.

2.1 Perkembangan Fizikal

setiap kanak kanak mengalami perkembangan fizikal dan perkembangan fizikal ini berdasarkan pertumbuhan peningkatan dalam saiz seperti perubahan tingi, berat badan, serta gigi. Selain itu, perkembangan fizikal juga merngkumi proses individu memperkembangan kemahiran psikomotor., dan Kemahiran menggunakan anggota badan. Ini menunjukkan bahawa perkembangan fizikal berkaitan dengan tubuh badan murid murid yang sentiasa berkembang ke arah tumbesaran yang baik ataupun tidak. Pengaruh persekitaran merujuk kepada semua pengalaman seseorang yang mereka hadapi di sekolah atau di rumah. Berdasarkan sekolah yang saya kaji, pengaruh persekitaran sekolah dan guru dalam perkembangan fizikal murid murid di sekolah ialah murid murid dapat menguasai kemahiran psikomotor kerana di sekolah murid murid telah belajar tentang mata pelajaran pendidikan jasmani yang lebih menekankan kepada kesihatan dan pergerakan murid ketika melakukan aktiviti aktiviti tertentu. Seterusnya, murid murid juga telah berkembang melalui aktiviti pendidikan jasmani yang telah dilaksanakan dan mereka mampu bermain dengan aktif dalam permainan yang mereka suka seperti bermain bola, berlari dan sebagainya. Selain itu, melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah murid murid telah berkembang melalui perkembangan psikomotor iaitu dapat berlari, melompat, melambung dan membaling bola serta dapat melakukan pergerakan asas seperti tekan tubi, jangkauan melunjur, lompat jauh berdiri dan sebagainya. Seterusnya, pengaruh persekitaran sekolah dan guru juga telah memainkan peranan dalam perkembangan fizikal murid yang melibatkan perkembangan otot otot yang semakin kuat dan penambahan koordinasi badan. Justeru, dapat menguatkan dan membina daya tenaga dan daya tahan dalam diri murid murid. Guru guru di sekolah ini juga telah melaksanakan ceramah, kaunseling yang telah dapat membantu murid tahap 2 tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan remaja yang membantu mereka mengetahui tentang aspek aspek perubahan fisiologi yang berlaku dalam diri mereka. Pengaruh persekitaran sekolah dan guru banyak memainkan peranan penting tanpa disedari kerana ia melibatkan perkembangan diri setiap murid. Tambahan pula, di sekolah murid murid telah melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan fizikal mereka seperti perkhemahan, bermain bola sepak, bola

jaring, berjalan, menaiki tangga yang telah banyak membantu mengembangkan lagi aspek fizikal tubuh badan mereka. Selain itu, pemakanan di kantin sekolah juga boleh memainkan peranan dalam perkembangan tubuh badan murid, contohnya, pemakanan yang tidak shat boleh menyebabkan badan murid tersebut berubah daripada saiz sederhana kepada saiz besar. Kesimpulannya, persekitaran sekolah dan guru di sekolah yang saya kaji ini menunjukkan bahawa suasana sekolah dan guru memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak kanak ini kerana fizikal murid telah berubah dari peringkat umur yang berbeza kesan daripada pengaruh persekitaran sekolah dan guru,

termasuk juga persekitaran di rumah.

2.2 Perkembangan Emosi

Emosi boleh didefinisikan sebagai satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi datang dalam berbagai bentuk seperti gembira, sedih, takut, marah dan sebagainya. Dalam melalui fasa fasa perkembangan ini kanak kanak telah melalui pelbagai emosi dan setiap murid di sekolah mempunyai emosi yang berbeza kerana mereka tidak mengalami perkar yang sama dalam hidup mereka. Dalam persekitaran sekolah dan guru murid murid juga telah berkembang dalam aspek emosi kerana di sekolah yang saya kaji ini pelbagai emosi telah saya temui seperti sedih, gembira, teruja, dan sebagainya. Guru juga telah memainkan peranan penting dalam perkembangan emosi ini kerana murid murid boleh

Rakan Sebaya Rakan sebaya adalah faktor penting dalam mempengaruhi perkembangan individu terutama ketika zaman remaja. Menurut Tang Chee Yee (1990:35),rakan sebaya ialah karib, klik,gang yang mempengaruhi perkembangan sikap, minat, bahasa dan falsafah hidup. Lazimnya rakan sebaya mempunyai usia, cita-cita, minat dan tahap kecerdasan yang lebih kurang sama. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu afektif, sosial, kognitif dan psikomotor. Kanak-kanak belajar bersosialisasi dengan mempelajari perkara-perkara yang boleh diterima dan yang tidak boleh diterima oleh ahli-ahli kumpulan sebaya. Perkembangan kognitif mereka pula akan bercambah kerana terlibat dalam perbincangan dan perdebatan dengan rakan sebaya mereka. Kanak-kanak juga akan mempelajari sikap yang diamalkan oleh rakan sebaya mereka. Contohya; sekiranya rakan tersebut menunjukkan sikap yang positif terhadap pelajaran maka mereka akan cenderung terhadap pelajaran tetapi malangnya jika rakan mereka bersikap negatif dan anti sosial maka ada kecenderungan kanak-kanak ini juga akan turut terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya akan mempengarhi kanak-kanak turut bertingkahlaku sedemikian kerana mereka takut disingkir. Kajian tentang perhubngan rakan sebaya menunjukkan satu trend terhadap saling sokong-menyokong melalui ketaatan dan kemesraan (Douvan dan Gold (1966) dalam Rahil dan Habibah ,2002:152). Kumpulan sebaya ini juga ialah nadi bagi remaja. Kualiti peribadi membuatkan remaja menjadi popular di kalangan mereka. Mereka ini akan ceria, bertenaga, baik budi, mempunyai humor, berinisiatif, mempunyai desakan dan idea bernas (Conger, 1977 dalam Rahil & Habbah, 2002:154), manakala remaja yang terasing di kalangan rakan sebaya mempunyai ciri-ciri bertentangan dengan remaja popular. Sekolah Sekolah memainkan peranan penting dalam perkembangan identiti seseorang kerana mereka banyak menghabiskan masa di sekolah menerusi aktiviti akademik, aktiviti gerak kerja kokurikulum dan menghabiskan kerja tambahan sekolah. Selain itu, mereka didedahkan kepada guru yang sentiasa menekankan pencapaian akademik, motivasi untuk belajar penguasaan kemahiran dan mempertingkatkan kemajuan serta sikap terhadap tanggungjawab, kepimpinan, dan autoriti. Kajian mendapati bahawa remaja mempunyai pola identifikasi yang kukuh dengan ibu bapa, guru, nilai sekolah dan rakan sebaya adalah berkait rapat dengan pencapaian akademik (Rahil & Habibah, 2002:155). Perkembangan mental, sosial dan jasmani seseorang pula boleh dipengaruhi oleh kedudukan tempat mereka bersekolah sama ada di bandar ataupun di luar bandar. Kekurangan kemudahan di sekolah luar bandar seperti elektrik, komputer, internet, perpustakaan yang lengkap dan seumpamanya akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek. Saiz sesebuah sekolah, bilangan pelajar di dalam kelas dan keupayaan guru pula akan memberikan kesan yang

berbeza terhadap perkembangan pembelajaran pelajar. Contohnya, jika bilangan ahli di dalam sesebuah kelas adalah kecil, maka guru akan mudah berinteraksi dengan lebih kerap serta memberi layanan yang sempurna terhadap pelajar. Jadi, pembelajaran akan menjadi lebih berkesan berbanding pelajar yang belajar di dalam kelas yang terlalu ramai. Perbezaan kelas sosial kanakkanak juga akan mempengaruhi corak pergaulan dan sikap kanak-kanak di sekolah. Falsafah hidup yang mereka anuti turut mempengaruhi falsafah sekolah, pengetua serta guru. Pembelajaran pelajar pula akan dipengaruhi oleh sekolah yang mereka hadiri. Bagi sekolah yang hanya mengutamakan akademik, akan menghasilkan pelajar-pelajar yang kurang berminat dalam sukan dan permainan.

You might also like