You are on page 1of 2

REFLEKSI MINGGUAN ASMA AZYYATI BINTI ABUSENIE 920625 13 5960 MINGGU KELAPAN: KEPIMPINAN Pada hari selasa bertarikh

kh 21 Februari 2012 kuliah telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Abdullah. Pada kuliah ini saya telah mempelajari tajuk Kepimpinan. Pada kuliah yang telah diadakan pada minggu ini, saya telah didedahkan mengenai definisi kepimpinan dan gaya kepimpinan. Setiap kelompok manusia, tidak kira kecil atau besar, perlu mempunyai ketua atau pemimpin. Seseorang menjadi ketua atau pemimpin melalui lima cara iaitu, dilantik atau dipilih secara rasmi, diwarisi melalui keturunan atau keluarga, dipilih secara demokratik, dipilih secara autokratik, dan dipilih secara tidak formal. Saya telah mengetahui mengenai gaya kepimpinan seseorang iaitu bersifat Autokratik, Demokratik, dan Laissez-faire. Ciri ciri pemimpin autoktratik ialah perhubungan berbentuk sehala dan sentiasa mengarah orang bawahan, orang bawahan tidak diberi peluang mengemuka dan menyuarakan pendapat atau cadangan mereka serta memberi pujian secara pribadi atau kritikan. Ciri-ciri pemimpin demokratik pula ialah ketua sebagai pemudah cara, ketua memberi kebebasan kepada kepada ahli ahli dan ketua melibatkan semua ahli dalam sesuatu aktiviti atau keputusan. Ciri-ciri pemimpin Laissez-faire pula ialah ketua memberi kebebasan sepenuhnya kepada ahli, ketua tidak menentukan tugas dan ketua memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada ahli. Implikasi tajuk ini kepada diri saya sebagai bakal guru ialah saya haruslah menanam semangat ingin menjadi pemimpin yang baik, ikhlas dan bertanggungjawab ke atas amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya. Pada pandangan saya, guru perlulah sentiasa berusaha memajukan dirinya sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama.

Selain itu, guru juga haruslah menyedari tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dilaksanakan dengan sempurna dan ikhlas agar segala yang disumbangkan kepada dunia pendidikan tidak akan sia-sia. Secara keseluruhannya, setelah mempelajari tajuk ini saya berasa sangat seronok dan yakin untuk menjadi pemimpin suatu hari nanti. Saya akan berusaha untuk memupuk semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan, dan hormat-menghormati antara ketua dan ahli-ahli dalam sesebuah persatuan tersebut.

You might also like