Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kajian Tindakan Pelajaran Jawi

Kajian Tindakan Pelajaran Jawi

Ratings: (0)|Views: 1,359 |Likes:
Published by Murni Hashim

More info:

Published by: Murni Hashim on Apr 27, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/15/2014

pdf

text

original

 
 1
 Kajian Tindakan
 – 
KRA 3013
Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
 
Membaca Dan Menjawikan Perkataan Rumi Murid Tahun 2 Dengan
 
Menggunaan Sifir Jawi, Jadual Daftar Ejaan Jawi-Rumi
 
Dan Jadual Kelompok Huruf Jawi
 Oleh:Murni Binti HashimSK Raja Chulan, Desa Cempaka, Ipoh.
ABSTRAK 
 
 Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam penulisan dan pembacaan jawi. Peserta kajian terdiri daripada sembilan orang murid Tahun 2 Cerdik dan 2 Cemerlang kumpulan sederhana. Melalui ujian, dan pemerhatian, jelaslah murid-murid ini mengalami masalah-masalah tersebut dan ianya menguatkan semangat sayauntuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah itu. Oleh yang demikian,kajian tindakan ini dijalankan dengan tujuan mencari pendekatan terbaik menggunakan formula yang paling mudah bagi membantu murid menulis jawi dengan menggunakan sifir  jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi. Dapatan kajian inimenunjukkan murid-murid yang selama ini tidak tahu dan kurang tahu menulis perkataan jawi dan tidak tahu menyambung huruf-huruf jawi mampu melakukannya dengan penuhkeyakinan. Perubahan sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak yakinkepada kemampuan diri dapat diatasi dengan baik sekali. Dapat dirumuskan, kemahiranmurid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang sesuai dengantahap mereka. Amalan penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam pengajarandan pembelajaran bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malahmenggilap kreativiti dan inovasi guru. Bahkan ianya turut membantu mengubah amalan pengajaran saya dan seterusnya membantu mengubah persepsi murid bahawa mata pelajaran jawi bukanlah satu mata pelajaran yang sukar. Untuk cadangan kajian lanjutan, saya mencadangkan agar kaedah ini dapat diperluaskan dengan cara menggunakan sifir  jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi ini untuk menulisrumi dalam jawi agar murid tidak terlalu bosan dan mampu menarik perhatian mereka.
 
 2
 Kajian Tindakan
 – 
KRA 3013
1.0 PENGENALAN
Seperti yang diketahui, tulisan jawi dahulunya merupakan satu medium komunikasi yang penting sebelum merdeka dan sesudah merdeka. Terdapat banyak bukti penggunaan tulisan jawidigunakan pada zaman dahulu seperti batu bersurat, surat-surat jual beli dan sebagainya, terdapat juga surat khabar yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Tullisan jawi juga menjadi mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah pada zaman dahulu. Namun kebelakangan ini, didapati penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi berkurangan. Tiada lagi surat khabar dalamtulisan jawi yang ada hanya sisipan yang dicetak satu minggu sekali sahaja. Bagi mata pelajaranPendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dan menyebabkan tulisan jawi dianak tirikan, kerana soalan-soalan yang dicetak juga menggunakan tulisan rumi. Namun begitu, tulisan jawi diberi nafas baru oleh kerajaan bermula dari pemerintahan Tun Abdullah HajiAhmad Badawi yang mula memperkenalkan jQAF di sekolah-sekolah rendah bertujuan untuk memantapkan tulisan jawi, al-Quran dan fardhu ain. Murid-murid yang lemah penguasaan jawi akandibimbing dalam kumpulan kecil. Buku-buku teks Pendidikan Islam dan Jawi juga dalam tulisan jawi dan yang terkini penggunaan tulisan jawi sepenuhnya dalam Kurikulum Standard SekolahRendah (KSSR) bagi kedua-dua mata pelajaran ini. Justeru itu, bagi memastikan tulisan jawi initidak terkubur, suatu usaha yang bersepadu secara berterusan harus dilakukan oleh guru bagimemastikan murid-murid benar-benar bersedia dan tertarik dengan tulisan jawi ini dan juga agar tulisan ini kembali semula menjadi medium komunikasi ke seluruh pelusuk nusantara seperti zamandahulu. Oleh itu, saya akan memjalankan kajian tindakan untuk memastikan murid boleh membacadan menulis dalam tulisan jawi.
 
3
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
 Saya ditugaskan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di SK Raja Chulan hampir lapantahun. Pada awal tahun 2013, saya diamanahkan mengajar kelas 2 Cerdik dan 2 Cemerlangkumpulan sederhana seramai 9 orang. Mereka bergabung kelas dan murid-murid ini dinilai berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2012. Secara purata, gred yang diperolehi olehmereka dalam Pelajaran Jawi ialah C- ke B-.Apabila saya mengajar Pelajaran Jawi, saya telah mendedahkan kepada mereka mengenaihuruf hijaiyah dari huruf 
alif 
hingga huruf 
 ya
di dalam bahasa Melayu seperti huruf 
alif 
adalah untuk huruf A dan begitulah seterusnya. Saya perhatikan murid saya tidak mampu mengingat penggunaanhuruf jawi tersebut dalam tempoh yang lama. Mereka hanya mampu mengingat dengan baik kurangdari seminggu, selepas itu kebanyakkan dari mereka akan melupakannya. Daripada maklum balasmurid, mereka merasakan Pelajaran Jawi ini agak sukar dan ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi di dalam kelas.Dari segi pembacaan jawi kurang mendatangkan masalah, mereka boleh membaca walaupunmerangkak-rangkak, apabila menulis perkataan rumi ke jawi murid tidak dapat menulis dengan baik dan betul dari segi ejaan, huruf yang boleh bersambung dan tidak boleh disambung. Namun,memang tidak dapat dinafikan terdapat juga beberapa orang murid yang pintar dalam Pelajaran Jawiini.Oleh yang demikian, saya cuba merujuk permasalahan ini kepada rakan sekerja yangmengajar murid pemulihan Jawi. Hasil dapatan daripada perbincangan tersebut, dapatlah sayasimpulkan bahawa pendekatan pengajaran yang saya lakukan untuk murid yang lemah terdapat beberapa kelemahan. Ini kerana saya mengajar mereka sama tahap seperti saya mengajar murid yang boleh menguasai dan juga seratus peratus mengikuti sukatan pelajaran yang dibekalkan tanpa melihatkemampuan murid itu sendiri.Kajian ini dilakukan adalah untuk memastikan murid Tahun 2 kumpulan sederhana dapatmenguasai tulisan jawi menjelang tahun 2014. Kajian ini juga mengambil kira tahap kemampuandan kelemahan murid-murid Tahun 2. Diharap kajian ini akan dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi di kalangan murid SK Raja Chulan dan secara tidak langsungnya dapat

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
Ummu Aiman liked this
1 hundred reads
yenying liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->