You are on page 1of 4

Contoh IP Berasaskan ASSURE RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh Masa Tahun Bil. Murid Mata Pelajaran Tajuk Isi Pelajaran Pengetahuan Sedia Ada

: 25 Jun 2008 : 8.15 9.15 pagi ( 60 minit ) : 4 Zamrud : 25 orang : Kajian Tempatan : Jenis dan Bentuk Rumah : Jenis Rumah : Murid telah mengetahui jenis rumah dan bentuk rumah yang ada di kampong mereka.

Objektif Pengajaran

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: Mengenalpasti jenis dan bentuk rumah yang ada di Malaysia. Menghasilkan Satu Peta Minda menerangkan 3 ciri rumah tradisional dan 3 ciri rumah Bunglow dengan menggunakan borang pengurusan grafik. 90% murid dapat melakarkan reka hiasan dalaman di atas plan lantai bagi satu jenis rumah yang mereka pilih.

Nilai Murni

: Bekerjasama, Bertolak ansur dan Bersesuaian.

Bahan Bantu Mengajar

: 5 Keping Gambar Foto, Kertas Lukisan,Perisian Sims Pen Pelbagai Warna,Borang Pengurusan Grafik dan Komputer serta LCD

Bahan Rujukan Kemahiran Berfikir Langkah Keselamatan

: Buku Teks dan Risalah(Flayers) : Banding beza, Menjana dan Mengkategori : Guru menasihati pelajar supaya menjaga keselamatan Peralatan yang digunakan.

Contoh IP Berasaskan ASSURE

LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI MURID

CATATAN

Set Induksi ( 5 minit )

Permainan Teka Silang Kata

Murid secara rawak, diminta kehadapan meja guru bagi mengambil satu sampul arahan untuk mendapat tip bagi menjawab soalan pertama teka silang kata.

Murid diminta menyata dan menuliskan jawapan pilihan mereka diruang disediakan dipapan Hitam.

Murid secara rawak diminta meneruskan aktiviti 1 dan 2 di atas secara berterusan sehingga selesai kesemua soalan yang ada pada Teka Silang Kata tersebut.

Murid diminta menceritakan jenis dan bentuk rumah yang mereka diami bersama keluarga.

Langkah 1 ( 15 minit )

Jenis-Jenis dan BentukBentuk Rumah Kayu Teres Banglow Pangsa Kondominium

Murid dalam 5 kumpulan berlima, diminta memusingkan Roda Kategori Rumah dalam kumpulan masing-masing secara bergilir-gilir.

Material & Media: Roda Kategori Rumah Borang Kategori Kit Pembelajaran Kertas Lukisan Kemahiran Berfikir: Mengkategori Menjana Idea Nilai Murni: Bekerjasama Bertolak Ansur Bersesuaian

Murid dalam kumpulan yang sama diminta menyatakan kategori Rumah yang ditunjukkan oleh Roda tersebut dan mencatatkannya dalam borang kategori yang diedarkan dalam kit pembelajaran.

Murid secara rawak diminta memberikan contoh-contoh rumah mengikut kategori yang ditunjukkan oleh Roda tersebut setiap kali dipusingkan dan lengkapkan dalam Borang Kategori yang dibekalkan.

Murid dalam kumpulan yang sama diminta

Contoh IP Berasaskan ASSURE


membuat lakaran bentuk rumah yang terdapat dalam borang Kategori dengan menggunakan kertas lukisan.

Langkah 2 ( 18 minit )

Spesifikasi Bagi Rumah : Tradisi Kayu Teres Banglow Pangsa Kondominium

Dalam kumpulan yang sama murid diminta melihat 5 gambar foto rumah yang berbeza.

Material & Media: Gambar Foto Kit Pembelajaran Peta Minda Berfikir Kemahiran: Menjana Idea Banding beza Evaluate: Mengesan 4 ciri setiap jenis rumah Menghasilkan Peta Minda Proses Permurnian dengan bimbingan Guru

Murid diminta meneliti resos mengenai ciri-ciri dan spesifikasi setiap rumah di belakang setiap foto yang dibekalkan dalam Kit Pembelajaran dan melengkapkan sekurangkurangnya 4 ciri bagi setiap jenis rumah berasaskan resos tersebut

Murid dalam kumpulan yang sama diminta menghasilkan Peta Minda mengenai Jenis dan Ciri-Ciri rumah.

Wakil setiap kumpulan diminta untuk membuat pembentangan dihadapan kelas sambil melakukan proses pemurnian maklumat bagi tugasan masing-masing dengan bimbingan guru.

Langkah 3 ( 18 minit )

Spesifikasi Hiasan Dalaman Bagi Rumah: Tradisi Kayu Teres Banglow Pangsa Kondominium

Murid dalam kumpulan yang sama diminta membuat rujukan cepat melalui Kad Gambar yang dibekalkan dalam Kit Pembelajaran sambil mencatat bentuk-bentuk hiasan dalaman yang menarik perhatian mereka.

Wakil murid diminta menerangkan kepada kelas mengapa mereka memilih hiasan dalaman tersebut sebagai menarik.

Dengan menggunakan Plan Lantai yang telah dilukis dengan Kertas Lukisan, murid diminta membuat lakaran hiasan dalam yang mereka

Contoh IP Berasaskan ASSURE


fikirkan sesuai dengan bentuk rumah yang mereka pilih. Lakaran Hiasan Dalam yang siap hendaklah dipamerkan dihadapan kelas dan dibuat penilaian bagi menentukan lakaran yang terbaik mengikut pandangan pelajar. Semua pelajar diminta secara rawak diminta menyatakan; Mengapa mereka memilih lakaran tersebut sebagai Hiasan Dalam rumah yang terbaik.

Penutup ( 4 minit )

Rumusan Bekerjasama Bertolak ansur Bersesuaian

Murid diminta menyatakan bagaimana cara terbaik untuk berhadapan dengan situasai perbezaan pendapat?

Murid diminta menyatakan pendapat mereka terhadap kesesuaian jenis dan bentuk rumah dengan iklim di Malaysia.

Refleksi : Secara keseluruhannya proses P&P berjalan dengan lancar dan tersusun dengan penggunaan teknik pengajaran yang berkesan dan mengikut keperluan dan kebolehan murid. Murid dapat melakukan semua aktiviti dengan lancar dan tepat dengan bantuan dan bimbingan guru dan ..

You might also like