You are on page 1of 22

1.

0 PENDAHULUAN

Pada tahun 2011, saya telah diamanahkan untuk menjalani praktikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II bertempat di Kuala Kangsar. Saya menjalani praktikum selama tiga bulan di sekolah tersebut. Sekolah Sultan Idris II merupakan sebuah sekolah bertaraf kluster. Warga sekolah disini sangat peramah dan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada saya. Semasa pelaksanaan praktikal fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, saya telah ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Jasmani untuk kelas 4 Kenanga. Kelas tahun 4 ini mengandungi sukatan mempelajari bola baling, untuk itu antara kemahiran asas yang mereka perlu kuasai adalah menjaring bola baling.

Van Huss, et, al , (1968) dalam Paul Gamble (2009) menyatakan dalam kajian mereka mengenai kesan latihan memanaskan badan ke atas prestasi membaling bola baseball menunjukkan bahawa memanaskan badan

memperbaiki halaju balingan, tetapi kesannya ke atas balingan tidak ketara. Melalui pemerhatian saya, sebelum percubaan dilakukan murid-murid telah diarahkan untuk melakukan regangan dan latihan memanaskan badan. Sewaktu saya mengajar Pendidikan Jasmani mengenai menjaring bola baling murid Tahun 4. saya rasa sungguh terkejut kerana mendapati walaupun murid-murid telah didedahkan dengan permainan bola baling sebelum ini, tahap penguasaan menjaring bola ke gawang gol masih tidak mencapai tahap yang memuaskan dan pergerakan mereka tidak berkembang. Selain itu, mereka juga banyak melakukan
1

kesilapan yang berulang-ulang. Setelah membuat satu ujian menjaring, iaitu meminta murid untuk menjaring bola baling, saya dapati 12 orang dari 25 orang murid tidak dapat menjaring dengan baik. Apabila saya tanyakan kepada para pelajar bagaimana perkara ini terjadi, dengan mudah mereka menjawab cikgu tidak mengajar pun kemahiran ini... murid-murid saya juga seolah-olah telah patah semangat untuk menjaring dengan tepat. Saya perlu sedari bahawa ramai dikalangan murid saya tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran bola baling. Ini membuatkan saya ingin membuat satu kajian bagaimana perkara ini berlaku.

Apabila saya berbincang dengan guru panitia dan guru kokurikulum bola baling, kami bersepakat bahawa murid tidak serius dalam menjalani aktiviti meningkatkan kemahiran dan mengambil mudah dalam setiap aktiviti. Melalui temubual secara tidak formal dengan murid-murid, kaedah demostrasi sahaja tidak mencukupi untuk meningkatkan ketepatan menjaring. Memandangkan masalah murid-murid dalam menjaring bola baling berpunca daripada kurang kukuhnya mereka dalam latihan memanaskan badan, maka saya mengambil inisiatif ini dengan mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid meningkatkan ketepatan menjaring bola baling yang kurang dikuasai oleh muridmurid.

Unias Dan Dintiman (1979), dalam buku Improve Health and Performance in the Athlete, menyatakan terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa memanaskan badan yang berkaitan adalah paling efektif untuk aktivitiaktiviti ketepatan seperti menjaring. Kemahiran menjaring bola baling merupakan kemahiran yang penting dalam permainan bola baling. Saya berharap, sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengaplikasikan kaedah ini untuk murid-murid yang lain supaya dapat menguasai kemahiran ini juga.

2.0 Fokus Kajian/ Isu Keperihatinan

Masalah yang saya hadapi akan dapat diatasi sekiranya saya menumpukan kepada pengaplikasian sasaran dalam latihan memanaskan badan. Melalui teknik ini, murid-murid yang tidak dapat menjaring dengan baik akan dapat ditingkatkan. Berdasarkan pengalaman, sebelum melakukan sesuatu aktiviti sukan, kita akan melakukan aktiviti senaman ringan iaitu memanaskan badan. Tetapi, latihan memanaskan badan biasa dilakukan hanya untuk menyediakan sistem jantung dan paru-paru serta sistem otot untuk melakukan sesuatu aktiviti dalam persediaan yang optimum. De Vries (1974), menyatakan bahawa memanaskan badan akan meningkatkan suhu darah dan otot-otot yang membolehkan peningkatan prestasi kerana otot-otot akan menguncup dengan lebih pantas. Kecekapan penguncupan otot-otot adalah kerana rintangan kepekatan adalah lebih rendah. Selain itu, hemoglobin akan meleA-==paskan lebih banyak oksigen dalam kadar yang lebih pantas memaksa myoglobin
3

menunjukkan kesan yang sama. Proses metabolik juga akan bertambah manakala rintangan dasar pembuluh darah akan berkurang. Saya ingin mengkaji pengaplikasian sasaran dalam latihan memanaskan badan meningkatkan ketepatan menjaring bola baling.

Weerapong, P., Hume, P. A., & Kolt, G. S. (2004) didalam buku PNF in practice: an illustrated guide (2008), menyatakan bahawa aktiviti memanaskan badan adalah lebih baik daripada regangan dan urutan. Beliau telah menjalankan kajian terhadap 30 orang lelaki yang dipilih secara rawak untuk mewakili kumpulan memanaskan badan, regangan dan urutan otot-otot hamstring diukur dari segi kekejangan pasif, lingkungan pergerakan, kekuatan isometrik maksimum secara sukarela dan kesakitan. Penggunaan otot berkurangan selepas aktiviti memanaskan badan secara spesifik berbanding regangan dan urutan. Memanaskan badan juga menjanjikan pemulihan kecederaan selepas 7 hari sedangkan dua aktiviti lagi memberikan kesan sampingan dalam jangka masa yang panjang.

Jensen dan Morgenegg (1965) dalam Clayne R. Jensen (1972) mendapati bahawa memanaskan badan boleh meningkatkan prestasi gimnastik. Melalui pemerhatian yang saya buat, murid-murid tidak mengambil serius semasa melakukan aktiviti memanaskan badan dilakukan. Sikap murid yang tidak mempunyai sikap intrinsic menyebabkan mereka tidak mencapai prestrasi dan mudah untuk berputus asa. Kesan jika kajian ini tidak dijalankan, murid
4

dikhuatiri untuk tidak lagi berminat untuk mengikuti pembelajaran seterusnya. Objektif pembelajaran pembelajaran seterusnya mungkin tidak tercapai sekiranya murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran menjaring dengan tepat. Muridmurid juga mudah untuk berputus asa. Dengan membantu murid tahun 4 Sekolah Kebangasan Sultan Idris II untuk menguasai kemahiran menjaring bola baling, saya yakin murid boleh menjaring dengan betul dan tepat. Hal ini seterusnya dapat membantu mereka dalam kehidupan serta menyahut seruan kerajaan satu murid satu sukan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am : Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran menjaring dalam permainan bola baling melalui pengaplikasian sasaran latihan pemanasan badan.

Objektif Khusus : 1. Meningkatkan kemahiran motor halus murid. 2. Mengenal pasti kekurangan murid dalam melakukan kemahiran menjaring dalam permainan bola baling. 3. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran menjaring bola baling.

4. Meningkatkan kesedaran intrinsik murid terhadap kepentingan latihan memanaskan badan yang betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN 12 orang murid dari kelas 4 kenanga iaitu 7 orang lelaki dan 5 orang murid perempuan SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar, Perak Darul Redzuan.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Perancangan Tindakan Aktiviti 1 : Set Latihan Menjaring Aktiviti yang dicadangkan adalah latihan menetapkan sasaran menjaring. Definisi : menjaring adalah aksi merejam bola di luar kawasan bulatan D pihak lawan dengan menggunakan sebelah tangan. Rasional : keupayaan melakukan menjaring dengan tepat dapat memastikan pasukan itu memenangi pertandingan atau perlawanan. Objektif : untuk menguji atau menilai keupayaan melakukan kemahiran menjaring. Peralatan : 15 biji bola baling, pita pengukur, pita penanda. Persediaan : a) stesyen ujian untuk ujian menjaring diadakan seperti dalam rajah 1. b) seorang pencatat diperlukan untuk mencatat pada borang skor.

Prosedur : a) Tetapkan sasaran latihan balingan b) Tujuan kepada latihan ini adalah untuk membantu murid berlatih untuk menetapkan teknik balingan c) Membaling pada masa yang sesuai dan ketepatan balingan d) Gunakan tape penanda (kelebaran 5cm) untuk membuat satu gol 2 meters dengan menggunakan 3 meter di atas dinding. e) Buat satu garisan dengan pita penanda sejauh 9 meter. Dan mulakan dari jarak 12 meter dari dinding yang telah ditandakan dengan pita penanda. f) Murid dikehendaki lari 3 langkah. g) Rejam bola ke arah sasaran di penjuru gol yang telah ditandakan. h) Murid akan berjaya sekiranya dapat menjaring lebih dari 6 jaringan.

5.2

Perancangan Cara Mengumpul Data Sepanjang perlaksanaan kajian ini dijalankan, pengumpulan data dibuat melalui proses pemerhatian, ujian pra pos, ujian pos dan temu bual.

5.2.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian terhadap sekumpulan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani permainan bola baling sebelum membuat keputusan untuk membuat kajian. Pemerhatian lebih berfokus kepada kesan latihan memanaskan badan dalam menjaring. Hasil pemerhatian saya, murid yang membuat latihan memanaskan badan dalam keadaan yang tidak serius dan bergurau senda menyebabkan mereka tidak dapat melakukan jaringan dengan tepat. Ini dapat dilihat apabila mereka hanya boleh menjaring dua kali melepasi gawang dalam 10 kali percubaan.

5.2.2 Ujian Pra


8

Ujian pra merupakan ujian awal untuk memperoleh data tinjauan awal bagi mengenal pasti masalah kemahiran menjaring. Semasa ujian pra sebanyak 10 kali percubaan menjaring diberikan kepada setiap murid. Semasa ujian dijalankan, saya meletakkan sasaran untuk murid menjaring ke arah sasaran. Murid berdiri 12 meter dari gawang gol. Murid akan berlari ke arah gol sebanyak tiga langkah dan melakukan kemahiran menjaring. Saya menggunakan borang penilaian menjaring semasa murid melakukan aktiviti menjaring. Apabila ujian selesai dilaksanakan, borang skor akan disimpan dan dianalisa. Keputusan borang skor tidak akan dibincangkan bersama murid. Selesai membuat ujian, saya akan mengajar latihan sasaran memanaskan badan dan mengajar semula teknik menjaring bola baling.

5.2.3 Ujian Pos

Ujian Pos merupakan ujian untuk mendapatkan data dari hasil pembelajaran yang telah dilaksanakan bagi menilai tahap penguasaan murid terhadap kemahiran yang telah diajar. Ujian pos masih menggunakan borang skor. Semasa mereka melakukan ujian tersebut, penyelidik akan mencatatkan skor yang disediakan. Hasil ujian ini akan dibandingbeza dengan ujian pra pos bagi menganalisis sama ada pendekatan yang telah digunakan berkesan atau tidak. Pengumpulan data untuk ujian pos akan dianalisis dan dibandingkan
9

dengan ujian pra. Jika terdapat peningkatan maka ujian dikira berjaya dan mencapai objektif. Sekiranya tidak terdapat peningkatan atau data tidak berubah melalui ujian pos maka pendekatan yang digunakan perlu diubah dan diperbaiki lagi.

5.2.4 Temu bual

Temu bual merupakan salah satu darpada kaedah untuk mendapatkan data bagi kajian yang dijalankan. Data yang dikumpul biasanya tertumpu kepada hasil maklum balas daripada responden terhadap kajian yang dijalankan. Apabila ujian pra dan pos telah dijalankan. Saya akan mengumpulkan murid di dewan terbuka SK Sultan Idris II dan mengedarkan borang temu bual kepada murid. Melalui borang temu bual ini, saya akan mengetahui pendapat dan apa yang mereka rasa semasa melakukan ujian setelah membuat latihan sasaran dalam aktiviti memanaskan badan dalam meningkat ketepatan menjaring mereka.

10

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 5.3.1 Analisis Deskriptif

Analisis dapatan data dilakukan bagi memudahkan tindakan pengesanan dan mengemaskini dapatan yang telah dihasilkan. Dapatan ujian pra dan pos akan dikumpulkan berdasarkan analisis deskriptif bertujuan memberi gambaran tentang data yang diambil seperti min (mean), jumlah (sum), sisihan piawai (standard deviation) varian (variance) dan purata (range).

Penganalisisan data akan dilakukan dengan menjumlahkan peratus yang diperoleh hasil daripada percubaan. Kemudian saya akan membuat sebuah graf untuk melihat perubahan dan pencapaian subjek.

11

5.4

Perancangan Pelaksanaan Tindakan 5.4.1 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bulan Minggu Aktiviti Merancang tindakan pengumpulan maklumat Membuat jadual perlaksanaan 1

Mac 2 3 4 1

April 2 3 4 1

Julai 2 3 4

12

tindakan Mengumpul maklumat awal (pemerhatian)

Temu

bual

tidak formal Menulis proposal kajian Ujian Pos Perlaksanaan latihan sasaran Ujian Pos Kumpul dan

analisis data Menulis laporan

13

SENARAI RUJUKAN

Clayne R. Jensen. (1972). Health education, physical education, and recreation series. USA : Lea & Febiger David L. DeVries. (1980). Teams-games-tournament: the team learning approach . USA : Educational Technology Johnny Unitas. (1979). Improving health and performance in the athlete. USA : Prentice-Hall Mary Phyl Dwight et.al. (1997). Team handball: steps to success. USA : Human Kinetics Paul Gamble. (2009). Strength and conditioning for team sport : sport-specific physical preparation for high performance. USA : Taylor & Francis Susan S. Adler. (2008). PNF in practice: an illustrated guide. Germany : Springer

14

LAMPIRAN

Skrip Temu Bual Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. Soalan Adakah anda berminat terhadap permainan bola baling? Pernahkah anda bermain bola baling? Adakah anda pernah belajar kemahiran bola baling di sekolah? Pernahkah anda menonton perlawanan bola baling? Adakah pengajaran yang dijalankan guru sebelum ini menarik? Adakah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru membantu anda meningkatkan kemahiran menjaring anda? 7. Adakah pengajaran menjaring dengan target meningkatkan kemahiran menjaring anda? 8. 9. Adakah ia menarik minat anda menjalani kemahiran menjaring? Rakan-rakan membantu anda dalam meningkatkan kemahiran Ya Tidak

15

menjaring 10. Adakah anda semakin minat dengan permainan bola baling?

11. Adakah perasaan anda setelah menjalani latihan sasaran dalam meningkatkan kemahiran menjaring bola baling? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 12. Adakah pengaplikasian sasaran dalam latihan memanaskan badan dapat meningkatkan kemahiran menjaring bola baling anda? Nyatakan sebab. ______________________________________________________________ ____________________________________________________________

LAMPIRAN BORANG MAKLUMAT MURID

Nama :__________________________________________________ Umur : __________________________________________________ Jantina :_________________________________________________ Kelas : __________________________________________________ Alamat:__________________________________________________ __________________________________________________ No. telefon :_______________________________________________ Berat : ___________________________________________________ Tinggi : __________________________________________________ Nama Bapa :______________________________________________
16

Pekerjaan Bapa : __________________________________________ Nama Ibu : _______________________________________________ Pekerjaan Ibu : ____________________________________________

LAMPIRAN

3m 0.5 m 0.5 m

2m

9 meters 12 meter

17

Rajah 1

Sumber : Reita E. Clanton, Mary Phyl Dwight. eam handball steps to success : 53

18

LAMPIRAN

BORANG PEMERHATIAN

Nama:_____________________ Jantina :__________umur:____ 0 markah Tidak pernah 1. 2. 3. 4. 5. Berlari 3 langkah Lihat penjaga gol Bawa bola ke atas kepala Rejam di penjuru gol Ikut lajak Jumlah markah sangat jarang jarang kadangkadang agak kerap kerap 1 2 3 4 5

19

SKOR UJIAN MENJARINGKAN GOL SEBELUM AKTIVITI PENGAPLIKASIAN SASARAN DALAM LATIHAN MEMANASKAN BADAN

Subjek 1 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 2

Percubaan 3 4 5

Skor

20

SKOR UJIAN MENJARINGKAN GOL SELEPAS AKTIVITI PENGAPLIKASIAN SASARAN DALAM LATIHAN MEMANASKAN BADAN

Subjek 1 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 2

Percubaan 3 4 5

Skor

21

22

You might also like