You are on page 1of 49

PENGHASILAN PROJEK KEMAHIRAN HIDUP

DISEDIAKAN OLEH:

SABRINI BINTI ABDUL NASIR.

PENGENALAN

Reka cipta adalah penghasilan produk baru atau pengubahsuaian produk yang mempunyai nilai komersial dan memenuhi keperluan serta kehendak pengguna. Reka cipta mampu melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan inventif serta mampu menyumbang kearah kemajuan teknologi.

PENGENALPASTIAN MASALAH

Pengenalpastian masalah merupakan asas dalam pembuatan produk baru atau produk sedia ada. Pengenalpastian masalah mampu membantu seseorang mengeluarkan produk yang berkualiti dan mesra pengguna. Pemikiran kreatif dan inovatif hasil pengenalpastian masalah membolehkan seseorang mengeluar pelbagai produk baru dan meningkatkan produk sedia ada serta mampu memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Di rumah sewa saya berkongsi bilik dengan kawan saya. Setiap hari saya sering menghadapi masalah untuk mencari alat tulis dan barang yang dipinjam oleh kawan saya kerana meja tulisnya selalu bersepah. Saya juga mengalami masalah penyimpanan memo. Kawan saya telah membeli laci menyimpan barang kecil yang diperbuat daripada plastik. Namun barang yang disimpan dalam laci tersebut sukar untuk dicari apabila dia memerlukannya.

MENGUMPUL MAKLUMAT DAN DATA

Maklumat dan data sangat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Data merupakan maklumat terperinci mengenai sesuatu masalah yang boleh diperoleh daripada katalog, lembaran spesifikasi dan manual produk. Maklumat pula berkaitan dengan produk pasaran, reka bentuk dan sumber teknologinya. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan data dan maklumat. Antaranya ialah :-

Lawatan

SoalSelidik

Pemerhatian

Pembacaan dan Penyelidikan

MENGUMPUL MAKLUAT DAN DATA

Melayari Internet

Pengalaman Sendiri

Bimbingan Guru

Mengumpul maklumat dan data

Pengalaman sendiri

Situasi yang pernah dialami merupakan maklumat yang paling sesuai untuk mengumpul maklumat dan data.

Pembacaan dan penyelidikan

Maklumat yang diperoleh daripada bahan-bahan bacaan seperti akhbar, bukubuku, majalah, jurnal, cakera padat, mikro filem dan sebagainya.

Soal slidik

Mengedarkan soal selidik yang berkaitan masalah yang dihadapi untuk diisi oleh responden. Ia juga boleh dilakukan secara temu bual.

Melayari Internet

Menggunakan komputer dan pembekal khidmat internet (ISP). Pengguna perlu tahu alamat laman web yang diperlukan. Maklumat yang dipaparkan boleh dibaca, disimpan dan dicetak sebagai rujukan.

Lawatan

Melihat sendiri keadaan dan kawasan di mana maklumat boleh diperoleh. Murid akan memperoleh pelbagai maklumat seperti reka bentuk sesuatu produk, bahan-bahan yang digunakan, keberkesanan produk, pasaran produk dan cara pemasaran yang digunakan.

Bimbingan guru

Guru sebagai sumber rujukan dan pembimbing untuk memudahkan proses mendapat maklumat, idea dan khidmat nasihat.

Pemerhatian

Memerhatikan sesuatu produk di pasaran atau di sekolah bagi mendapatkan maklumat tentang kesesuaiannya, saiz dan reka bentuk.

MENGANALISIS MAKLUMAT

Setelah maklumat diperoleh dan dikumpulkan, kita perlu menganalisisnya untuk mendapatkan suatu rumusan. Maklumat yang relevan kepada penghasilan projek akan dikaji dari segi kekuatan dan kelemahan serta dibuat perbandingan.
Menganalisis maklumat perlu dibuat dan keputusan harus direkod. Bantuan boleh diperoleh daripada guru. Kita boleh memilih masalah yang memerlukan penyelesaian. Keputusan untuk memilih masalah yang perlu diselesaikan bergantung kepada keadaan, keutamaan, kesesuaian dan kepentingan kepada pengguna. Berikut adalah contoh yang diberikan dalam aspek penyimpanan.

Produk A Produk / Perkara

Produk B

Produk C

Saiz

400 x 150 x 240 mm

200 x 150 x 150 mm

240 x 150 x 150 mm

Kelebihan

Boleh digunakan untuk menyimpan alat tulis yang pelbagai

Alat tulis yang disimpan lebih kemas

Sesuai dan teratur untuk menyimpan alat tulis

Kekurangan

Ruang menyimpan alat tulis agak terhad.

Ruang yang kecil.

Ruang menyimpan terhad

Kapasiti

Boleh memuatkan pensil

Boleh memuatkan pensil dan alat tulis

Ketebalan cakera padat tidak melebihi 10 mm

Pilihan warna

Pelbagai

Pelbagai

Merah, hitam, putih, coklat

Bahan

Plastik

Kayu

Logam, PVC, kayu

Ciri-ciri istimewa

Menarik sebagai hiasan,


boleh dicat

Reka bentuk kemas, sesuai


ditempatkan di ruang yang kecil

Mudah dibersihkan, boleh


dicat semula, kemas.

MENYENARAIKAN PELBAGAI IDEA DAN PENYELESAIAN MAKLUMAT

Idea terhadap penyelesaian masalah boleh diperoleh melalui pelbagai cara. Dalam hal ini, perbincangan dan sumbang saran merupakan langkah terbaik kerana kita akan mendapat pelbagai alternatif untuk mereka cipta, keperluan dan teknik pembuatan dan sebagainya.

Oleh itu saya telah mencipta satu produk iaitu kotak serbaguna.

bagaimana cara produk itu akan dibuat?

mengapa produk itu dikeluarkan?

Bilakah produk itu akan dikeluarkan?

PENYELESAIAN MASALAH
Dimana produk boleh dipasarkan? - Kepada siapa produk itu akan ditujukan - Produk dikeluarkan untuk siapa?

Apakah produk yang akan dikeluarkan untuk menyelesaikan masalah?

ALTERNATIF PENYELESAIAN MASALAH

PEMILIHAN IDEA

Pemilihan idea ialah proses di mana kita perlu memilih salah satu daripada pelbagai pilihan yang ada. Pemilihan idea ini sangat penting kerana idea yang dipilih perlulah mampu dibina dan mempunyai ciri yang menarik minat pengguna. Menilai dan Memilih Idea Yang Paling Sesuai Bagi setiap idea penyelesaian masalah yang dikemukakan, kita perlu meneliti kelebihan dan kelemahan idea tersebut. Setiap aspek penting perlu diketahui seperti: Keupayaan kendiri dari segi fizikal dan kemudahan sedia ada. Pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Bahan dan komponen yang sesuai, mudah didapati dengan kos yang rendah dan tidak membebankan. Cara pembuatan produk yang mudah dan sesuai. Kepentingan produk boleh menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan pengguna. Mesra alam.

PEREKAAN PROJEK

PERANCANGAN PEMBINAAN PROJEK

Perancangan pembinaan projek perlu dilakukan dengan sistematik. Perancangan pembinaan projek juga dapat menjimatkan bahan, masa dan kos.

Bahan dan Kesesuaiannya


Kesesuaian bahan dan alatan perlu dipertimbangkan ketika membuat perancangan pembinaan projek. Bahan yang dipilih juga perlu sesuai dengan ketahanan projek dan bernilai komersial. Penggunaan bahan perlu dikenal pasti sama ada bahan tersebut adalah :

Bahan

Mounting Board

Kayu

PVC

Papan lapis

Kertas las, syelek, paku dan glu

Memilih Alatan Alatan yang akan digunakan bergantung kepada teknik pembinaan yang akan dilakukan. Teknik pembinaan adalah kerja-kerja yang melibatkan beberapa proses :
Proses
Mengukur dan menanda

Alatan tangan yang digunakan


Pita pengukur, pensel, pembaris keluli, sesiku L, tolok serong

Memotong

Gergaji tangan, gergaji putting, gergaji lengkung halus

Membentuk

Pahat tepi serong, kikir parut

Mencantum

Tukul kuku kambing, tukul Warrington, gandin kayu

Kemasan

Berus cat, berus syelek, pengikis, penyembur cat

Membuat Jadual Kerja dan Mengira Kos Pengeluaran Jadual kerja disediakan untuk memastikan kerja yang dirancang disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.

Aktiviti / Minggu Mengenal pasti masalah Mengumpul maklumat dan data Menjana idea, melakar dan memilih projek Perancangan dan pembinaan projek Pemasangan, pengujian dan pengubahsuaian

Dokumentasi Persembahan

PEMBINAAN, PENGUJIAN DAN PENGUBAHSUAIAN PROJEK

Pembinaan projek perlu dilakukan berdasarkan lukisan kerja. Pengujian dan penilaian projek adalah untuk memastikan projek yang dihasilkan berkualiti, menepati kehendak pengguna dan berfungsi dengan betul.

Mengukur, menanda dan memotong Proses mengukur perlu dilakukan berdasarkan kertas projek menggunakan alat pengukur seperti pita pengukur, pembaris keluli dan sesiku L. Proses pengukuran mestilah tepat.

Membina dan mencantum bahagian projek Proses membina dan mencantum melibatkan kerja mengglu, memaku dan memasang skru dan meribet. Bahan dan alatan yang digunakan mestilah sesuai dengan pembinaan yang akan dibuat.

LANGKAH 1

LANGKAH 2

LANGKAH 3

LANGKAH 4

LANGKAH 5

LANGKAH 6

LANGKAH 7

Memeriksa dan Menguji Sambungan dan Pemasangan

Penggunaan rak ini hanya mengambil ruang kecil dan boleh diletakkan di atas meja. Ia boleh memuatkan memo, pemadan, pengasah pensil dan lain-lain alat tulis. Bahagian PVC berbentuk silinder mempunyai pelbagai kegunaan selain meletakkan pen dan pensel. Kotak kayu kecil yang berada pada rak alat tulis ini boleh menyimpan pemadam dan pen.

Membuat Kemasan.
Kemasan dibuat untuk beberapa tujuan seperti : Menghasilkan permukaan yang licin dan cantik. Melindungi permukaan projek. Memudahkan kerja pembersihan. Selamat untuk digunakan.

Bahan kemasan

Pelarut

Syelek

Thinner

HASIL PROJEK

Serba guna

murah

KELEBIHAN PRODUK

kemas

praktikal

SEKIAN TERIMA KASIH.

You might also like