You are on page 1of 12

MASA

Pepatah Arab ada menyatakan bahawa masa itu ibarat mata pedang jika kita tidak memotongnya dia akan memotong kita. Bayangkanlah betapa pentingnya masa. Masa yang diberi dalam sehari ialah 24 jam tidak lebih dan tidak kurang terpulang kepada individu untuk menggunakannya dengan bijak.

Pengurusan masa seharian amat penting dalam kehidupan kita. Masa untuk makan, berehat, beriadah, solat dan lain-lain haruslah disusun secara teratur agar masa dapat diuruskan dengan bijak dan efektif. Dalam kehiupan sehari-hari kita sebenarnya tidak boleh lari dengan jadual masa yang kita telah tetapkan sehari-hari.Tanpa sedar sebenarnya setiap hari kita telah mengatur jadual masa sendiri. Kita akan tahu bila masanya untuk makan, solat dan sebagainya.

Pengurusan masa yang efektif dapat mempengaruhi intelektual individu Pengurusan masa yang berkesan dapat melahirkan individu yang cemerlang bukan sahaja didunia malahan diakhirat juga. Jika masa tidak diuruskan dengan bijak kita tidak akan dapat meningkatkan prestasi diri dalam bidang akademi.

Solat itu merupakan tiang agama dan mencegah kita daripada melakukan kemungkaran
Melalui solat sahaja kita dapat tahu betapa pentingnya masa. Solat bukan sahaja membentuk disiplin diri agar kita menepati masa malahan solat juga merupakan makanan rohani bagi umat Islam. Kadang-kadang kita lupa bahawa lalai menunaikan ibadah kepada Allah boleh menyebabkan kita diturunkan bala tanpa sedar. Kesusahan yang datang bertimpa-timpa. Hal ini kerana pengurusan masa yang kurang bijak boleh menyebabkan kita menjadi alpa. Aspek kerohanian tidak kita titik beratkan.

Pengurusan masa yang teratur dapat menjadikan seseorang itu tidak terdedah kepada tekanan
Jika seseorang itu menghadapi tekanan dia tidak akan dapat melakukan kerja dengan baik dan hasilnya kurang memberangsangkan. Kerja tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikankerna sesetengah individu suka membuat kerja bertangguh. Ada peribahasa yang menyatakan kerja bertangguh tidak akan menjadi.

Dalam aspek jasmani,

Intihanya, kita hendaklah bijak membahagikan masa dan menggunakannya dengan sebaiknya. Hal ini kerana masa yang telah berlalu tidak dapat dikembalikan semula walaupun kita bergolok bergadai sekalipun. Setiap individu hendaklah tahu bahawa mereka mempunyai jadual masa tanpa mereka sedari. Masa boleh merubah seseorang individu menjadi lebih baik mahupun sebaliknya. Hargailah masa yang ada dan gunakanlah dengan sebaiknya agar kita tidak menyesal kelak.

You might also like