You are on page 1of 15

ISI KANDUNGAN

NO. 1.0 PENGENALAN 1.1 1.2 Amalan-Amalan Bilik Darjah Yang Tidak Efektif Amalan Guru Di Dalam Bilik Darjah Dalam Pengajaran Matematik 1.3 1.3.1 2.0 Keresahan Pelajar Tingkatan 4 Mempelajari Matematik Punca-Punca Keresahan Dalam Kalangan Pelajar 3 3 3 4 4 KANDUNGAN M/SURAT 1 2

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2.1 Topik Yang Menimbulkan Keresahan Pelajar Melalui Pemerhatian Guru 2.2 2.3 2.4 Pendekatan Pembelajaran Koperatif Oleh Guru Matematik Membantu Mengurangkan Keresahan Pelajar Temubual Berstruktur Bersama Pelajar

6 7 7

3.0 4.0

PERBINCANGAN KESIMPULAN RUJUKAN

9 12 13

1.0

PENGENALAN Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan

bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknoloji maklumat dan komunikasi (TMK). Pelbagai kekangan dan permasalahan akan ujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru berhadapan dengan tiga cabaran yang besar iaitu kerenah pelajar, memastikan hasil pembelajaran tercapai dan hambatan masa. Guru yang berwibawa bijak bertindak sebagai penyelesaian masalah, memperjelaskan objektif-objektif setiap perkara yang melibatkan bilik darjah termasuk pengajaran dan pembelajaran serta penilaian (pentaksiran), keceriaan, dan pengurusan pelajar sebagai pelanggan utama. Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang ujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan. Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan pelajar-pelajar. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan pelajar bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap pelajar dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif.

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four

1.1

Amalan-Amalan Bilik Darjah Yang Tidak Efektif

i.

Pendekatan guru yang tidak konsisten terhadap kurikulum dan pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran guru kurang kepada pendekatan `berpusatkan pelajar. Pengajaran guru lebih kepada sebagai luahan ilmu pengetahuan sahaja. Keadaan ini memyebabkan pelajar kurang berfikir untuk menganalisis isu dan masalah.

ii.

iii. Guru juga mempunyai jangkaan yang rendah terhadap pelajar-pelajar dalam sekolahsekolah SES rendah. Keadaan ini mungkin berlaku di sekolah-sekolah luar bandar.

iv. Penekanan kepada pengawasan dan arahan mengenai amalan harian dan aktiviti yang tidak selaras, tidak dibincangkan, tidak mencabar pelajar dan tidak mempunyai rangka kerja yang jelas.

v.

Tahap interaksi yang rendah antara guru dan pelajar. Guru lebih menumpukan masa kepada kerja-kerja perkeranian, pelajarpelajar tidak diselia dan pelajar kurang mengambil bahagian dalam tugasantugasan mereka.

vi. Pelajar menganggap guru mereka sebagai tidak mempedulikan mereka, tidak memuji, membantu atau menganggap belajar itu penting.

vii. Bilik darjah yang bising dengan banyak pergerakan yang tidak berkaitan dengan pembelajaran. Guru tidak dapat mengawal kelas dengan baik terutama guru-guru yang tidak terlatih atau guru ganti.

viii. Guru kerap menggunakan kritikan dan maklum balas yang negatif. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar akan merasa rendah diri terhadap pelajar-pelajar lain. Pelajar akan mengasingkan diri daripada pembelajaran dan minat untuk belajar matapelajaran akan merosot.

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four

1.2

Amalan Guru Di Dalam Bilik Darjah Dalam Pengajaran Matematik

Mengikut saranan Brooks dan Brooks (1993) dalam buku The Case For Constructivist Classrooms, lima praktis yang biasa diamalkan oleh guru matematik adalah i. Guru menyampaikan pengetahuan matematik dan pelajar dihasratkan meniru apa-apa yang disampaikan. ii. iii. iv. v. Guru bergantung pada buku teks sebulat-bulatnya dalam pengajarannya. Pembelajaran secara koperatif jarang atau tidak dilaksanakan. Kemahiran berfikir di kalangan pelajar tidak diberikan keutamaan. Pelajar tidak digalakkan untuk membina pengetahuan tetapi dikehendaki menguasai pengetahuan matematik yang mantap dan tetap.

1.3

Keresahan Pelajar Tingkatan 4 Mempelajari Matematik Umumnya adalah diketahui bahawa mata pelajaran matematik sangat tidak disukai

oleh sebahagian pelajar-pelajar sama ada di peringkat rendah ataupun menengah. Keresahan merupakan suatu perasaan yang subjektif, dan ia merupakan simptom psiko-psikologikal. Akibat daripada rasa kebimbangan yang keterlaluan, pelajar sukar memberi tumpuan sewaktu sesi pembelajaran, menjadi pelupa, berpeluh dan selalu berdebar sewaktu kelas sedang dijalankan. Mereka yang mempunyai tahap keresahan yang tinggi akan sentiasa mengelak untuk menghadiri kelas ataupun tidak menyiapkan kerja rumah dengan memberikan pelbagai alasan.

1.3.1 Punca-Punca Keresahan Dalam Kalangan Pelajar Punca-punca utama yang dianggarkan adalah: i. ii. pencapaian ketika di sekolah rendah dalam matematik adalah lemah. pelajar kurang keyakinan diri bila berhadapan dan mempelajari mata pelajaran matematik. iii. pendedahan kepada suasana 'kematematikan' yang kurang memberangsangkan di sekolah untuk menimbulkan minat pelajar terhadap matematik. iv. latihan matematik tidak dilakukan dengan secukupnya atau tidak dihabiskan oleh pelajar. v. kegagalan guru dalam menanamkan minat di kalangan pelajar 3

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four

terhadap matematik. vi. kurang kecenderungan terhadap matematik di kalangan keluarga pelajar di mana suasana di rumah pelajar yang tidak merangsangkan pembelajaran matematik. v. Guru tidak mengajar untuk memahami konsep tetapi menghafal langkah kerja

2.0 2.1

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Topik Yang Menimbulkan Keresahan Pelajar Melalui Pemerhatian Guru 2 orang responden yang terdiri daripada guru Matematik tingkatan 4 (sekolah sama)

dipilih bagi mengikuti kajian soal selidik. Soal selidik adalah menggunakan skala likert dimana guru hendaklah memberikan skala kepada setiap topik dalam tingkatan 4 yang menimbulkan keresahan kepada pelajar mereka semasa mempelajari topik tersebut. Ia adalah berdasarkan pemerhatian dan kajian guru terhadap 10 orang pelajar yang terpilih. Petunjuk : 1 = susah 2 = keliru 3 = boleh faham 4 = senang

BIL Standard Form 1

TOPIK

SKALA 1 2 3 4

Understand and use the concept of standard form to solve problems. Quadratic Expressions And Equations

Understand and use the concept of roots of quadratic equations to solve problems. Sets Understand and use the

concept of subset, universal set and the complement of a set.

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four

Mathematical Reasoning Perform operations 4 involving the words not or no, and and or on statements. The Straight Line 5 Understand the concept of gradient of a straight line in Cartesian coordinates Statistic Represent and interpret 6 data in histograms with class intervals of the same size to solve problems. Probablity 7 Understand and use the concept of probability of an event to solve problems. Circle III 8 Understand and use the concept of tangents to a circle. 4 3 3 10 2 3 5 1 1 8 4 6

Guru baru sahaja memulakan pembelajaran topik Circle III. Berdasarkan jadual, didapati pelajar mengalami keresahan apabila mempelajari topik Circle III. 4 orang (40%) memilih bahawa topic ini susah dipelajari. Walaupun pelajar baru sahaja memulakan pembelajaran namun sudah timbul keresahan dalam kalangan mereka untuk mempelajari topik itu dengan lebih lanjut lagi. Kebanyakan pelajar mengalami kesukaran memahami konsep tangen yang mewakili bulatan.

Topik yang senang adalah topik Probablity. Berdasarkan temubual bersama guru mata pelajaran, guru tersebut hanya mengambil masa seminggu untuk menghabiskan tajuk-

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four

tajuk dalam topik itu beserta latihan dan pengukuhan. 100% pelajar memilih skala 4 bagi topik tersebut. Bab 5 iaitu The Straight Line juga mendapat pilihan tertinggi pelajar. Seramai 8 orang (80%) pelajar didapati senang untuk mempelajari topik itu dan mereka tidak merasa bimbang untuk mempelajarinya. Bagi topik Set pula, seorang pelajar dilihat sangat sukar untuk memahami topik itu. Dia mengalami kekeliruan memahami, menggunakan seterusnya mengaplikasikan symbol itu ke dalam bentuk gambarajah Venn. Manakala 3 orang (30%) boleh memahami topik itu tetapi perlukan lebih usaha lagi. 6 orang lagi tidak mempunyai masalah mempelajari topik Set.

2.2

Pendekatan Pembelajaran Koperatif Oleh Guru Matematik Walaupun tiada penyelidikan yang komprehensif dilaporkan di Malaysia, tetapi

berdasarkan laporan guru-guru sekolah menengah, praktis tersebut di atas diamalkan oleh kebanyakan guru matematik. Kadang-kadang saya berasa hairan mengapa guru matematik asyik mengamalkan praktis tradisi walaupun kementerian Pendidikan Malaysia telah menaja, membiayai dan menganjurkan kursus-kursus seperti konstruktivisme, pembelajaran koperatif dan kolaboratif, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan tujuan membolehkan guru mengubah amalannya dalam bilik darjah. Kebanyakan guru tidak yakin untuk melaksanakan perubahan dalam bilik darjah selepas mengikuti kursus dan memang juga disebabkan ketiadaan tindakan susulan diambil oleh pihak penganjur. Komitmen dan kesudian berkorban sangat diperlukan dalam kalangan guru untuk menjayakan sebarang projek yang dikemukakan oleh kementerian. Bagi menjayakan sebarang projek atau program guru yang proaktif, bermotivasi dan bernai menanggung risiko intelek untuk melaksanakan perubahan amalan dalam bilik darjah sangat diperlukan. Jaya gagal sesuatu projek terletak sebulatbulatnya di atas bahu guru. Hasil kajian T. H. Gan dan Wong (1995) mendapati bahawa Pembelajaran Koperatif mempunyai kesan yang positif terhadap sikap murid dalam pembelajaran matematik. T. H. Gan (1999) menyatakan murid berpendapat bahawa pendekatan Koperatif adalah seronok kerana ia memenuhi keperluan untuk berinteraksi bersama, mewujudkan suasana belajar yang lebih terjamin dan bebas dari tekanan, beliau juga mencadangkan bahawa pembelajaran

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four

koperatif sesuai sekali digunakan untuk menangani masalah penguasaan kemahiran asas matematik bagi murid-murid pelbagai tahap pencapaian.

2.3

Membantu Mengurangkan Keresahan Pelajar Merujuk kepada penyelidikan meluas yang telah dijalankan di luar negeri, didapati

proses pengajaran-pembelajaran dengan pendekatan pembelajaran koperatif adalah lebih berkesan untuk meningkatkan pencapaian akademik dibanding dengan pendekatan tradisional (Davidson, 1985). Menurut Slavin (1980), Sharan (1980), Johnson, Johnson, dan Holubec (1990) dan Pensri & Krongthong (1992), selain dari pencapaian akademik, pembelajaran koperatif juga membawa kesan yang positif dalam hubungan sosial antara kaum serta sikap dan minat terhadap pembelajaran. Kagan (1994), mendapati pendekatan pembelajaran koperatif membantu murid menjadi kurang gelisah dalam pembelajaran kerana sokongan yang terjamin dari ahli kumpulan. Davidson (1990) telah membuat ringkasan. terhadap banyak kajian oleh pengasas pembelajaran koperatif dan menyatakan lebih dari 40% kajian tersebut menunjukkan pencapaian murid adalah jauh lebih baik dengan pendekatan pembelajaran koperatif. Menurut Professor Hartman (1997) dari Teori Interaksi Sosial Vygotskys menyatakan apabila murid belajar secara kopeartif dalam kumpulan, mereka akan dibantu oleh rakan sebaya dan dapat bekerja lebih rapat untuk mencapai potensi diri masingmasing jika dibanding dengan pembelajaran secara diri. Sekaligus ia dapat membantu mengurangkan keresahan dalam kalangan pelajar semasa mempelajari Matematik.

2.4

Temubual Berstruktur Bersama Pelajar Temubual berstruktur ini dijalankan secara rawak semasa rehat dan dibuat dengan

bantuan guru sekolah menengah berkenaan. Seramai 5 orang pelajar dipilih untuk menjawab temubual. Merujuk kepada temubual berstruktur yang dibuat, berikut adalah jawapan yang diberikan oleh pelajar. (a) Adakah anda suka guru yang mengajar Matematik? Pada awal pembelajaran, 2 orang guru menyatakan mereka tidak suka guru yang mengajar Matematik manakala 3 orang lagi menyukai guru itu mengajar. Selepas topik selanjutnya, pelajar tersebut mula menyukai guru mengajar Matematik kerana guru itu sangat mudah untuk dibawa berbincang dan bersikap suka membantu.

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four

b)

Adakah anda suka belajar mata pelajaran Matematik? Semua pelajar tersebut suka belajar matematik semasa awal tahun dan topik pertama.

Apabila memasuki topik kedua, mereka mula resah dan kurang yakin dengan pencapaian mereka dalam matematik. c) Adakah anda seronok menjawab soalan yang dibincangkan bersama guru ? Pelajar bersetuju sangat seronok apabila guru bersama-sama membincangkan soalan semasa di dalam kelas. Selain mereka dapat mengajukan pertanyaan, mereka juga boleh berkongsi pendapat dan idea dengan rakan-rakan lain. Ia mengurangkan ketegangan pembelajaran. d) Adakah anda boleh berasa susah hati atau risau apabila guru memulakan topik baru? Pelajar juga bersetuju bahawa setiap kali guru memulakan topik baru mereka akan berasa susah hati dan risau tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik kerana mereka baru sahaja melalui pengalaman pembelajaran yang susah pada topik sebelumnya. e) Adakah anda bermotivasi untuk belajar Matematik? 3 orang pelajar bersetuju bahawa mereka bermotivasi untuk belajar matematik kerana mereka mempunyai buku rujukan lain selain buku teks untuk membantu mereka belajar dengan lebih baik. Selain itu mereka juga mengambil tuisyen di luar sekolah. Manakala 2 orang pelajar mengatakan mereka kurang bermotivasi untuk belajar kerana tiada rujukan tambahan memandangkan suasana di rumah yang bising menyukarkan mereka untuk menumpukan perhatian terhadap latihan yang diberikan oleh guru. g) Adakah anda suka membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru? Pada awal pembelajaran pelajar menyatakan mereka suka membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Pada topik seterusnya semakin ramai pelajar yang mula tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Ini adalah kerana soalan yang diberikan adalah susah walaupun pelbagai rujukan digunakan tetapi mereka masih tidak memahami konsep yang dipelajari (bagi tajuk tertentu).

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four

3.0

PERBINCANGAN

Berdasarkan hasil kajian, didapati pengunaan pembelajaran koperatif dalam sesi P & P sememangnya dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar dalam mata pelajaran Matematik. Hasil dapatan daripada kajian ini akan dapat memberi penyelesaian kepada persoalan-persoalan kajian berikut :

a).

Bagaimanakah prestasi pelajar dalam topik yang susah dalam mata pelajaran Matematik tingkatan 4 melalui pembelajaran koperatif? Prestasi pelajar dalam penguasaan kemahiran bagi topik susah dalam mata pelajaran

Matematik melalui pembelajaran Koperatif telah meningkat. Ini boleh dilihat melalui hasil kerja rumah dan beberapa ujian pendek yang diberikan guru. Dalam ujian pertama bab Set, jumlah pelajar yang lulus adalah 33.3% atau 10 orang pelajar manakala 66.7% atau 20 orang pelajar pula gagal dalam ujian ini. Dalam ujian kedua bab set, jumlah pelajar yang lulus adalah 60.7% atau 18 orang pelajar manakala 39.3% atau 12 orang pelajar pula gagal dalam ujian ini. Bilangan pelajar yang lulus telah meningkat sebanyak 8 orang atau 27.4%. Kaedah pembelajaran koperatif menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (aktiviti) dan pemikiran iaitu minds-on (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Perkara ini boleh meningkatkan prestasi pelajar kerana aktiviti hand-on merupakan aktiviti yang digemari oleh pelajar.

b).

Adakah pelajar berminat atau bermotivasi dalam kemahiran matematik lain melalui pembelajaran koperatif? Berdasarkan kepada jawapan Borang Temubual Berstruktur didapati pelajar-pelajar

berminat dan bermotivasi mengikuti mata pelajaran Matematik setelah guru menggunakan pembelajaran koperatif dalam pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan 4. Ini boleh dilihat dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar. Unsur motivasi di atas menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran koperatif dapat menghapuskan perasaan takut kepada mata pelajaran tersebut dan menjadikan pembelajaran tersebut lebih menyeronokkan (Noor Azizah, 2002).

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four

c).

Apakah maklum balas pelajar terhadap pembelajaran matematik yang mereka perolehi melalui pembelajaran koperatif? Berdasarkan kepada Borang Soal Selidik yang dijalankan, maklum balas pelajar

terhadap P & P bagi mata pelajaran Matematik yang menggunakan pendekatan pembelajaran Koperatif amat memuaskan. Pelajar-pelajar lebih cenderung menyatakan pendekatan pembelajaran koperatif yang dijalankan bagi topik Set dan Quadratic yang sukar boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Penilaian adalah langkah yang wajar dalam prosedur pengajaran (Isahak dan Koh, 1982). Menurut mereka, penilaian membolehkan guru mengukur keberkesanan

pengajarannya secara menyeluruh dan menentukan kesan suatu aktiviti pengajaran yang tertentu. Untuk melihat keberkesanan P & P ini maka soal selidik yang dibuat akan menjawab persoalan tersebut sama ada pendekatan pembelajaran koperatif yang dijalankan ini menarik minat pelajar atau memuaskan hati pelajar.

d).

Bagaimanakah tingkah laku pelajar dalam melakukan aktiviti pembelajaran

yang berkaitan melalui pembelajaran koperatif? Berdasarkan kepada pemerhatian guru, didapati tingkah laku pelajar dalam mata pelajaran Matematik melalui perubahan yang amat baik di mana pelajar-pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif terhadap mata pelajaran ini. Ini boleh dilihat melalui pemerhatian sepanjang pembelajaran koperatif ini dilaksanakan. Murid kurang menunjukkan keresahan semasa mempelajari matematik kerana mereka berasa seronok dan sentiasa bermotivasi untuk belajar. Di samping bimbingan dan bantuan daripada guru mata pelajaran, mereka juga dapat berkongsi maklumat dan meluaskan pemikiran KBKK dengan melihat kepada idea-idea rakan lain yang melaksanakan pengiraan atau penyelesaian matematik. Mengikut Sweeney (1982) berpendapat bahawa kepimpinan guru dalam bilik darjah mempunyai kesan yang positif terhadap hasil pembelajaran dari segi akademik, sikap dan tingkah laku. Kajiannya mendedahkan tujuh faktor utama yang mendorong kepada keberkesanan pengajaran seseorang guru, iaitu berketerampilan, suasana pembelajaran yang tenteram, masa yang mencukupi, peralatan yang mencukupi, penghargaan yang tinggi terhadap pelajar, pengesanan kemajuan pelajarnya dan penyeliaan pengajaran yang berkesan. Currie (1869) berpendapat bahawa kualiti hubungan antara guru dengan pelajar mempunyai

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four

10

kesan terhadap kesediaan pelajar mengambil bahagian dalam kelas. Beliau berpendapat bahawa, jika hubungan positif wujud antara guru dengan pelajar, ini akan membuat seseorang pelajar itu berusaha dan bekerjasama dengan guru.

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four

11

4.0

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kajian ini telah dapat memberikan gambaran yang baik untuk Panitia Matematik dan guru matematik khususnya tentang kepentingan dan kebaikan pembelajaran secara koperatif bagi membendung masalah keresahan dalam kalangan pelajar tingkatan 4. Pendekatan pembelajaran koperatif terbukti dapat meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran di sekolah menengah. Alasan ini sejajar dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji terdahulu yang menunjukkan bahawa kadar pembelajaran dan pemahaman manusia dapat dipertingkatkan dengan menggunakan pendekatan koperatif dalam suatu persekitaran pembelajaran. Persekitaran ini akan membenarkan manusia melihat, mendengar, berinteraksi dan beraksi.

Dengan kaedah pembelajaran koperatif dalam matematik juga khususnya topik yang sukar, para pendidik akan dapat meningkatkan lagi inovasi mereka dalam proses penyampaian maklumat. Rangsangan yang diberikan oleh rakan kumpulan dalam proses pembelajaran dapat meningkatkan minat pelajar khususya untuk topik sukar seperti Set dan Circle. Teknik pembelajaran yang disediakan oleh pendidik secara tidak langsung mempengaruhi setiap insan yang didik. Kaedah ini menyempurnakan kaedah pembelajaran yang telah digunakan oleh pendidik sebelum ini. Justeru itu, kajian ini boleh dijadikan sebagai penduan kepada pendidik yang mengajar subjek matematik di sekolah-sekolah menengah khususnya peringkat rendah untuk memperbaiki kaedah pengajaran mereka.

Pendekatan kaedah koperatif ini juga dijangkakan bukan sahaja sesuai untuk topik dalam tingkatan 4 tetapi juga topik-topik lain dalam matematik tingkatan 1 hingga 5. Dengan hasil yang didapati dalam kajian ini, diharapkan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan satu masyarakat yang suka bekerjasama dan berkongsi kejayaan akan dapat direalisasikan secara tidak langsung. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh daripada pihak pentadbir sekolah dan komitmen yang jitu dari pihak pendidik maka tidak mustahil segala masalah yang wujud pada masa ini dalam menyelesaikan masalah pelajar terhadap topik-topik dalam matematik sebagai teknik pengajaran akan dapat diatasi dengan baik.

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four

12

RUJUKAN

Cheah, L. N. & June M. L. Poon (1989/99). Efficacy of Cooperative Learning Among Malaysian Secondary School Students. Journal of School of Educational Studies, 16, (pp 13-27). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Damon, W. (1984). Peer education: The Untapped Potential. Journal of Applied Development Psychology 5: 331-343. Deutsch, M. (1949). A Theory of Cooperative and Competition. Human Relations 2:129-152.

Isahak Haron dan Koh Boh Boon (1982). Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi. Cetakan keempat. Universiti Malaya : Utusan Publications & Distributors

Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Holubec, E. J. (1993). Cooperation in the Classroom (6th Ed.). Edina, MN: Interaction Book Company.

Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1989). Cooperation and Competition: Theory and Research. Edina, MN: Interaction Book Company.

Kagan, R. Herttz-Lazarowitz, C. Webb & R. Schmuck (Eds), Learning to cooperate, cooperate to learn (pp.211-230). New York: Plenum.

Khalid Johari (2003). Penyelidikan dalam Pendidikan (Konsep dan Prosedur). Kuala Lumpur : Prentice Hall.

http://azaiza.blogspot.com/2011/04/kesan-pembelajaran-koperatif-ke-atas.html

http://www.jstor.org/discover/10.2307/1466831?uid=3738672&uid=2129&uid=2&uid=70&u id=4&sid=56297723933

http://math.utpa.edu/icpse.html

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four

13

You might also like