You are on page 1of 2

Hasanuthin bin Mustafa 900223-08-6723

Tugasan Kebudayaan Melayu banyak mengajar saya erti kehidupan. Saya mempelajari perkara baharu. Walaupun saya berbangsa India Muslim tetapi perkara ini tidak menghalang saya mendalami Kebudayaan Melayu. Banyak perkara baharu dan unik telah saya kenal pasti melalui kajian dan analisis saya. Tugasan saya perlu diselesaikan dalam kumpulan bertiga. Jadi saya bersama saudara Amirul dan Rizal telah mengembleng tenaga serta masa untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh kerana tugasan ini diberikan sewaktu kami berpraktikum, saya menghadapi sedikit kesukaran dalam membahagi masa untuk menyiapkan tugasan ini. Alhamdullilah walaupun pelbagai halangan melanda, tugasan ini dapat juga disiapkan dengan sempurna. Perkara baharu yang saya pelajari melalui drama Keris Hitam Bersepuh Emas ialah keagungan seni silat gayung dalam masyarakat Melayu. Tingginya martabat silat dalam kalangan masyarakat Melayu membuat saya kagum dengan seni ini. Setiap lelaki wajib mempelajari silat kerana lelaki merupakan ketua keluarga. Mereka bertanggungjawab melindungi kaum wanita, mempertahankan keluarga dan menjaga hak mereka. Selain itu, masyarakat Melayu sering mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Contohnya menghasilkan kraf tangan yang menarik seperti tulisan khat, perhiasan serta tulisan-tulisan yang bermakna yang mampu menaikkan semangat. Seni tangan memang wujud melalui bakat tetapi tanpa bakat juga kita boleh menghasilkan kraf tangan yang menarik. Hanya berbekalkan usaha yang gigih yang mustahil pun mampu jadi kenyataan. Itu yang saya belajar daripada drama ini. Pengajaran yang berguna pula kepada saya ialah menjauhi amalan berjudi, menyalahgunakan kuasa serta menggunakan wanita bagi tujuan tidak baik. Perkara negatif seperti ini harus saya jauhi dan tegah. Tiada manfaat yang akan saya perolehi

melalui perkara-perkara negative sebegini. Menjauhinya adalah langkah yang paling bijak. Akhir kata segala nilai dan pengajaran yang saya temui akan saya jadikan teladan dan tauladan bagi memajukan lagi diri saya pada masa akan datang. Selain itu saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Roshani Bt. Abdullah kerana idea serta dorongan beliau membolehkan kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada rakan yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam kami menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

You might also like