You are on page 1of 5

KURA-KURA

Ciri-ciri:

Haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas reptilia. Tubuh kura-kura dilindungi oleh kerangka khas yang terbentuk dari rusuk mereka. Saiz kura-kura berbeza dari beberapa sentimeter sehingga dua meter. Tempoh hayat yang panjang dan hidup lama, sesetengah kura-kura diketahui hidup selama melebihi 150 tahun.

Makanan
Makanan utama kura-kura adalah tumbuhan yang hidup dalam air seperti kangkung dan sawi.

Pembiakan
Sebagai reptilia, kura-kura membiak dengan cara bertelur di dalam sarang yang dibinanya.

Jenis kura-kura
Terdapat pelbagai jenis kura-kura di Malaysia, antaranya adalah :1. Kura-kura Besar 2. Kura-kura Daun 3. Kura-kura Dendang Hitam 4. Kura-kura Duri 5. Kura-kura Gergasi 6. Kura-kura Panjang 7. Kura-kura Siput 8. Kura-kura Telinga Merah 9. Kura-kura Arang 10. Kura-kura Kayu 11. Kura-kura Bukit

Jenis Kura-Kura

Kura-kura duri

Kura-kura daun

Kura-kura gergasi

Kura-kura siput

Kura-kura telinga merah

Kura-kura bukit

ARNAB
INFO ARNAB Nama Latin : Oryctolagus cuniculus Panggilan untuk betina dewasa : Doe Panggilan untuk jantan dewasa : Buck Panggilan untuk anak : Kittens Bilangan anak : 4-12 Berat waktu lahir : 30 80 gm Tempoh buka mata : 10 hari Purata berat : Jantan 1 5 kg / Betina 1 8 kg Tempoh henti menyusu : 4-7 minggu Suhu badan : 103.3-104F; 38-40C Kadar denyutan jantung : 130-325 denyutan seminit Kadar pernafasan : 32-60 tarikan nafas seminit Paling lama hidup : 19 tahun Mempunyai 18 jari kaki : 4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan Warna bulu : Lebih dari 150 warna Waktu aktif : Awal pagi dan malam

INFO MENARIK MENGENAI ARNAB Jangka hayat arnab boleh mencapai 8-12 tahun, dan mungkin lebih lama Arnab adalah haiwan yang suka bergaul. Arnab adalah teman yang baik di rumah. Arnab akan menghasilkan bunyi purr seperti kucing bila gembira dan senang hati. Seperti Kucing dan anjing, arnab juga perlu di kembiri (Spay/Neuted) untuk kesihatan dan juga bagi mengawal perilaku matang. Arnab bukan seperti kucing yang suka dipeluk dan digendong, mereka lebih selesa duduk di sisi anda di atas lantai, dan mendapat usapan mesra dan manja dari anda. Arnab amat sukakan permainan. Kotak kad board, plastic berwarna , bola berloceng adalah antara permainan digemari. Arnab amat gemar mengunyah. Jadi sediakan badan untuk mereka mengunyah seperti potongan blok kayu. (atau mereka akan mengunyah harta benda anda). Arnab hendaklah dijauhi dari bahaya seperti, pemangsa, kabel elektrik dan telefon, racun atau tumbuhan beracun dan suhu yang melampau.

Jenis-Jenis Arnab:

Jenis angora

Jenis Lion Head

Jenis Holland Loops

Ayam Serama
Ayam Serama (juga dikenali sebagai Ayam Serama Malaysia) adalah sejenis baka ayam katik yang berasal dari Malaysia semenjak 50 tahun lepas.

Ciri-ciri umum
Ayam Serama merupakan ayam teringan di dunia. Biasanya bawah dari 500g, tetapi dengan ayam yang lebih kecil bawah 250g telah dibiakkan di negara asalnya Malaysia. Ayam Serama bercirikan oleh bentuk badan tegak mereka, dada penuh, bulu ekor ditegakkan dan rapt pada badan dan sayap mendatar dipegang hampir mencecah tanah.

Pembiakan
Secara keseluruhan ayam Serama adalah ayam yang agak mudah untuk membiak. Selepas bertelur ia mengambil masa lebih kurang 19-21 hari untuk anak ayam terbentuk dan menetas. Anak ayam lebih lemah pada suhu sejuk berbanding baka lain kerana bandingan saiz badannya yang kecil. Selepas menetas ia mengambil masa 16-18 minggu untuk ayam matang dan mencapai titik di mana ia sendiri sudah boleh mula bertelur. Kebersihan yang baik, tatarajah pengeraman dan penternakan stok induk adalah kritikal bagi kejayaan. Saiz am telur tidak terlalu besar, saiz telur biasanya antara 2 hingga 3 biji telur puyuh biasa atau 4 hingga 6 biji bagi telur Serama yang menyerupai saiz dan ketumpatan dengan sebiji saiz telur ayam piwaian. Ayam yang lebih kecil kemungkinannya bertelur yang lebih kecil tetapi terlalu kecil untuk berkembang

You might also like