You are on page 1of 11

TARIKH : 25 OKTOBER 2012 ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

LAPORAN PROGRAM PERSEDIAN AWAL REMAJA

PENGENALAN Peringkat baligh merupakan fasa yang penting dalam kehidupan seseorang individu. Kanak-kanak akan menghadapi perubahan yang besar apabila mereka mencapai peringkat baligh dan seterusnya memasuki alam dewasa. Walaupun ini berlaku secara semulajadi, pengetahuan tentang perubahan ini dan isu-isu yang berkaitan dengannya adalah sesuatu yang harus dipelajari dan difahami. Selain daripada perubahan fizikal dan emosi, Perubahan yang lebih penting yang akan dihadapi oleh semua anak-anak ialah tanggungjawab selepas baligh kerana anak-anak ini sekarang adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala dosa dan pahala berhubung segala perbuatan mereka. Malangnya, seringkali anak-anak ini tidak disediakan dari awal untuk menghadapi perubahan besar ini. Selain itu, isu-isu penting seperti pengetahuan seks amat jarang dibincangkan. Kebanyakan ibu bapa berasa agak malu untuk berbincang dengan anak-anak mereka tentang isu seperti ini. Akibatnya, anak-anak ini menggunakan sumber-sumber lain seperti kawan-kawan mereka dan media massa untuk memenuhi rasa ingin tahu mereka. Apabila membicarakan tentang pendidikan seks, ramai yang melihatnya dari sudut fizikal atau lahiriah semata-mata. Dalam Islam, aspek seksual sentiasa dibincangkan seiring dengan tanggungjawab agama dan amalan Islam sebagai satu cara hidup. Inilah yang perlu ditekankan kepada anak-anak dari awal untuk membentuk umat yang bertaqwa. Anak-anak perlu dipupuk kecintaan kepada Allah swt sedalam-

dalamnya dan kecintaan untuk melaksanakan tanggung jawab mereka sebagai khalifah di muka bumi. Dengan ini timbullah keperluan untuk mengadakan kefahaman tentang proses baligh kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan. Isu-isu yang bersangkutan khususnya pendidikan seks akan dibincangkan secara lebih menyeluruh dan merangkumi aspek fizikal dan spiritual.

TUJUAN Persedian awal Remaja di jalankan bagi membekalkan murid dengan beberapa perkara sebagai persedian kepada murid untuk menghadapi zaman remaja yang amat mencabar.

OBJEKTIF Objektif Program Persediaan Awal Remaja adalah seperti berikut; Memberi pendedahan kepada murid-murid dalam menempuhi alam remaja. Dapat membuat persediaan diri dengan lebih awal untuk menempuhi alam remaja dengan penuh yakin. Dapat menerima dan memahami akan perubahan fizikal, mental dan emosi diri dengan sebaik mungkin. Tahu menjaga keselamatan diri dan menjaga adab sopan. Tahu menjaga kebersihan diri dan kesihatan diri dengan sempurna.

SASARAN
Murid Tahun 4,5, dan 6 SK Haji Ramli

BUTIR-BUTIR PROGRAM
Tarikh program 25 Oktober 2012 Tempoh perlaksanaan 3 jam (09.00a.m 12.00p.m) Tempat program Makmal Sains & Makmal Komputer SK Haji Ramli

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT PENGERUSI NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 11 SETIAUSAHA AHLI JAWATANKUASA

: : : : : :

PN HJH SITI EISHAH BT HJ SHAKARANI


GURU BESAR SK HAJI RAMLI

PN HJH HAMIZAN BT ARIFFIN


PK HEM SK HAJI RAMLI

EN ZOLKIFLE B AHMAD
PK PENTADBIRAN SK HAJI RAMLI

PN NORAIN BT HJ MAT SAID


PK KOKURIKULUM SK HAJI RAMLI

PN MURSHU HAIL BT MUHAMAD 1. EN. ANUAR B. HASSAN 2. PN ROHANI BT ABDUL HAMID 3. PN NORHAYATI BT SALLEH 4. CIK FADLIYANA BT MOHD FATHIL

09.00 pagi

Ceramah Awal Remaja oleh Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Kedai Empat (Makmal Komputer & Makmal Sains )

10.30 pagi 10.50 pagi 11.00 pagi 11.10 pagi 11.20 pagi 11.40 pagi 11.50 pagi 12.00 tgh

Rehat Murid berkumpul di Dewan Terbuka Ucapan aluan Pengerusi Majlis Bacaan Doa Ucapan Guru Besar Pn Hjh Siti Eisah bt. Hj Shakarani Ucapan Pegawai Kesihatan Penyampaian Cenderamata Bersurai

PERJALANAN PROGRAM
Murid berkumpul di Dewan Terbuka sebelum mengikuti slot ceramah Awal Remaja. Slot ceramah diadakan di dua tempat yang berlainan di mana murid lelaki ditempatkan di makmal Sains manakala murid perempuan ditempatkan di makmal komputer Slot ceramah bagi murid perempuan disampaikan oleh Pn Norahiza, Jururawat Kesihatan Klinik Kesihatan Kedai Empat manakala slot bagi murid lelaki disampaikan oleh En. Mohd Ariff selaku Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kedai Empat.. Selesainya ceramah, murid berehat dan berkumpul semula untuk upacara penutup di Dewan Terbuka. Sebagai pembuka majlis, Ustaz Anuar b Hassan dijemput untuk membacakan doa memohon agar majlis diberkati. Sebagai tanda merasmikan program, Pn Hjh Siti Eisah bt Hj Shakarani, Guru Besar SK Haji Ramli diberi laluan untuk menyampaikan ucapan penuh bermakna kepada murid-murid berkaitan program. Majlis diteruskan dengan ucapan rumusan oleh En Mohd Ariff, Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan diikuti majlis penyampaian sijil dan cenderamata kepada penceramah.

PENUTUP
Program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang di dalam kertas kerja yang telah disediakan. Kerjasama dari semua guru amatlah baik dalam pelaksanaan program ini. Adalah diharapkan dengan segala input yang diperolehi dalam program ini dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pada masa akan datang. Program persediaan awal remaja ini diharapkan banyak membantu murid dalam mempersiapkan diri sebelum melangkah ke fasa remaja yang penuh dengan cabaran.

Laporan disediakan oleh ;

....................................... ( MURSHU HAIL BT MUHAMAD )

UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

BACAAN DOA OLEH USTAZ ANUAR

GURU BESAR BERSAMA PEGAWAI KESIHATAN

UCAPAN PENUTUP PN GURU BESAR

RUMUSAN WAKIL PEG. KESIHATAN

MURID MURID MENDENGAR UCAPAN PN GURU BESAR DAN PEG. KESIHATAN

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA KEPADA PENCERAMAH

You might also like