You are on page 1of 9

KE ARAH KESEDARAN ISLAM SEMULA

Suatu Perkembangan Yang Membahayakan Umat Islam.

Suatu pengaruh dan fahaman yang merosakkan umat Islam ialah menularnya
fahaman sekular dalam masyarakat Islam. Pengaruh sekularisma ke atas negara-
negara Islam dikatakan bermula dari abad ke 18M hinggalah ke abad ini.

Suatu contoh yang jelas di zaman moden ini ialah apa yang telah berlaku kepada
Daulah 'Othmaniyyah Turki dimana telah diadakan pembaharuan undang-undang
dengan memasukkan undang-undang yang bukan daripada al-Quran dan as-
Sunnah.Undang-undang ini datangnya daripada "code" orang-orang barat semenjak
Zaman Renaissance lagi.Ia telah menjayakan sekularisasi. Pengaruh tersebut
semakin lama semakin menyeluruh memasuki semua bidang hidup hingga menye-
babkan soal-soal kehidupan harian terpisah daripada dasar-dasar kerohanian Islam.
Unsur barat itu diterima dengan alasan menjalankan pemodenan, pembangunan
serta kemajuan.

Di Tanah Melayu, ketika zaman penjajahan British, sekularisasi dalam bidang


pentadbiran mulai berlaku dalam abad 19M dengan termeterinya Perjanjian Pangkor
(1874).

Sekularisasi terus berjalan hingga ke abad ini. Meskipun terdapat beberapa


perubahan namun sekularisasi semakin menebal hinggakan Din Islam itu
dipersempitkan menjadi amalan peribadi bukan lagi menjadi sistem pengatur
kehidupan ini.

Perkembangan ini sangat membahayakan umat Islam yang memegang amanah Allah
S.W.T. untuk menegakkan melaksanakan kehidupan Islam dan nilai-nilainya
berdasarkan tauhid.

Pendewaan Nilai-nilai Barat.

Sebahagian masyarakat Islam kini juga sedang menghadapi bahaya kerana


mendewakan idea-idea barat buatan manusia. Hal ini amat membimbangkan kerana
dikhuatiri mereka akan termasuk ke dalam golongan yang disifatkan dalam firman
Allah S.W.T.:

1
Terjemahannya:
“ Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan
selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam; padahal
mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan selain
Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan “
(Surah At Taubah ayat 31)

Mujahid Sa'id Hawwa telah memberikan penjelasan dalam kitabnya, Jundu Allah
Thaqafatan Wa Akhlaqan, bahawa Imam Tarmizi meriwayatkan bahawa 'Adi Bin Hatim
at-Ta'i datang berjumpa Rasulullah S.A.W. sedang baginda membaca ayat tersebut.
'Adi berkata kepada Rasulullah S.A.W.: "Sesungguhnya Ahli-ahli kitab itu tidak pernah
menyembah pendita-pendita mereka". Maka Rasulullah S.A.W. berkata kepada 'Adi:
"Ya!, sesungguhnya mereka mengharamkan ke atas ahli Kitab sesuatu yang halal
serta menghalalkan sesuatu yang haram dan mereka (Ahli Kitab) mematuhinya,
maka itulah bentuk penyembahan kepada mereka (pendita-pendita) tersebut."

Mujahid Sa'id Hawwa menjelaskan lagi bahawa jika dilihat kepada realiti masyarakat
Islam kini ternyata bahawa mereka melaksanakan hukum-hukum selain daripada
hukum Allah S.W.T.

Di kalangan orang ramai terdapat berbagai sikap dan pandangan. Ada yang berterus
terang mengajak kepada perlaksanaan hukum lain selain hukum Allah S.W.T. Ada
yang bertindak sedemikian secara bersembunyi. Ada yang berpendapat bahawa
hukum-hukum Islam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan. Ada yang berpuas hati
dengan sistem kufur yang berjalan hingga jika diajak untuk merubahnya maka ia
enggan. Ada yang mempersendakan dan mengejek apabila diajak kembali kepada al-
Quran dan as-Sunnah. Tidak kurang juga yang ada menyatakan bahawa kerja-kerja
untuk melaksanakan hukum-hukum Islam itu telah ketinggalan zaman serta tidak
bertamadun lagi. Sikap-sikap sedemikian amat merbahaya serta dibimbangkan akan
termasuk ke dalam golongan yang difirmankan oleh Allah S.W.T. :

Terjemahannya:
"Tidakkah kamu melihat mereka yang menyangka mereka itu beriman dengan apa
yang ditanzilkan kepada engkau (Muhammad) dan apa yang telah ditanzilkan
sebelum engkau, mereka mahu berhukum kepada Taghut (sistem selain Islam)
sedangkan mereka diperintahkan menolak Taghut, dan syaitan itu mahu
menyesatkan mereka sesesat-sesatnya."
( Surah an-Nisa': ayat 60.)

Kejahilan Masyarakat Tentang Hakikat Islam.

Menurut Asy-Syahid Dr. Abdul Qadir 'Audah di dalam kitabnya, Al-Islam Wa


Audha'una as-Siyasiyyah, bahawa semua orang Islam di dunia ini mengaku
beragama Islam dan kebanyakan mereka berbangga dengan nama tersebut. Tetapi
dukacita sekali kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat Islam yang
sebenarnya. Islam tidak ada hubungan dengan hati mereka meskipun ada hubungan
dengan tutur kata mereka.

Kejahilan dengan Islam telah membawa mereka jauh daripada hukum-hukum Islam
.Mereka menolak hukum-hakamnya menyebabkan berlaku keruntuhan umat Islam itu
sendiri.

Sebenarnya Islam adalah satu sistem hidup pilihan Allah S.W.T. Ini telah ditegaskan
oleh Allah S.W.T. dalam firmanNya :

3
Terjemahannya:-
“ Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih
orang-orang yang diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada
mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir
terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat HisabNya. “
(Surah ali ‘Imran ayat 19)

Terjemahannya:
“ Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan)
yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh,
yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu
menyembelihnya dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan
(diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasih dengan
anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah berputus asa
untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan
takutlah kepadaKu. Pada hari ini Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah
Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam itu menjadi agama
bagimu. Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa,
sesungguhnya Allah Maha Pegampun lagi Maha Penyayang. “
(Surah al Maa-idah ayat 3)

Allah S.W.T. sama sekali tidak menerima sistem hidup yang lain daripada sistem
hidup Islam. Hal ini telah diterangkan oleh Allah S.W.T. dalam firmanNya :

Terjemahannya:-
"Sesiapa yang mencari selain daripada al-Islam sebagai Din (cara hidup), maka
sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak terdiri daripada
golongan orang yang rugi."
(Surah Ali 'Imran: ayat 85).

Terjemahannya:-
" Maka (Zat yang demikian) itulah Allah Tuhan kamu yang sebenarnya; maka tidak
ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu
dipalingkan (dari kebenaran) ? “
(Surah Yunus: ayat 32).

Allah S.W.T. juga tidak mengutuskan seseorang rasulNya melainkan dengan


kebenaran dan al-Kitab . Firman Allah S.W.T.:

5
Terjemahannya:-
“ Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa
kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah
wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang(orang-orang yang
tidak bersalah) , kerena (membela) orang-orang yang khianat “
(Surah An Nisaa’ ayat 105)

Terjemahan:
"Dialah yang mengutuskan RasulNya (dengan membawa) pertunjuk (al Quran) dan
dengan Din yang benar untuk dimenangkan Nya atas segala agama, walaupun
orang-orang musyrik tidak menyukai "
(Surah at-Taubah: ayat 33.)

Jika demikian sifat Islam maka mengapa masih kedapatan ramai yang masih
mencari-cari sistem yang lain daripada sistem Islam? Sesungguhnya mereka yang
menolak sistem Islam yang merupakan jalan menuju Allah S.W.T., menolak al-Quran
dan menukar gantinya dengan ideologi-ideologi yang lain, maka mereka sebenarnya
telah diselaputi dengan kegelapan dan kesesatan.Mereka jahil terhadap hakikat Islam
itu sendiri. Kejahilan itu membawa mereka yakin terhadap ideologi-ideologi seperti
demokrasi , kapitalisme barat, yakin komunisme dan sosialime Timur,meskipun
mereka mengaku percaya kepada Allah S.W.T. Kejahilan menyebabkan ada yang
menyatukan Islam dengan ideologi-ideologi lain seperti melaungkan demokrasi Islam
dan sosialis Islam dengan harapan supaya diterima oleh masyarakat. Sebenarnya
penamaan tersebut bererti menzalimi Islam,sedangkan Islam bersih daripada
penamaan-penamaan tersebut. Islam adalah Islam.Tidak ada sistem tiruan dan
cedokan daripada mana-mana sistem lain.Ia tidak boleh sama sekali disamakan
dengan mana-mana sistem kerana ia ditanzilkan oleh Allah S.W.T.

Mesti Kembali Kepada Sumber-Sumber Islam Yang Sahih.


Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi telah menekankan dalam kitabnya, al-Hill al-Islami Faridhah
Wa Dharurah, bahawa kita mesti kembali kepada sumber Islam yang suci lagi bersih
iaitu Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.Kita mesti kembali kepada fahaman Islam
yang sebenarnya sepertimana yang ditanzilkan oleh Allah S.W.T, kepada Rasulullah
S.A.W. serta yang difahami oleh para sahabat r.a. serta pengikut-pengikut mereka.

Dalam hal ini Mujahid Fathi Yakan juga telah menjelaskan dalam kitabnya, Musykilah
ad-Da'wah Wa ad-Da'iyah, bahawa kita perlu menimba kefahaman dari al-Quran dan
Sunnah Rasulullah S.A.W. serta Sirah an-Nabawiyyah. Juga amat perlu kita merujuk
kepada kitab-kitab yang muktabar semoga kita jelas mengenai konsep yang sebenar
mengenai Din al-Islam. Ini meliputi hukum-hakam, perundangan,'aqidah,'ibadah dan
haluan hidup individu,masyarakat dan negara.

Tumpuan yang berat mestilah diberi kepada al-Quran al-Karim yang disifatkan
sebagai cahaya hati dan sistem hidup kita.Penerimaan ayat-ayat al-Quran hendaklah
disifatkan seperti kita sedang menerima wahyu (perintah Allah S.W.T.).Dengan itu,
barulah kita merasai bahawa al-Quran itu menghalakan perintahnya kepada kita
dalam semua hal. Barulah Al-Quran akan berkesan kepada jiwa dan menghasilkan
natijah.

Kembali Kepada Generasi Awal

Kita perlu melihat kembali kepada generasi awal Islam yang telah dijelaskan di dalam
kitab-kitab muktabar seperti Ma'alim Fi at-Tariq ( Sayyid Qutb ) dan Maza Khasira
ad-'Alam Bi Inhitat al-Muslimin ( Abu al-Hasan Ali al-Husni an-Nadawi ) di mana
generasi tersebut dikenali sebagai Generasi al-Quran yang hanya mengambil sistem
yang ditanzilkan oleh Allah S.W.T. sahaja. Mereka tidak mencipta sistem hidup
menurut kehendak nafsu mereka sendiri. Mereka faham adalah punca kezaliman,
kesesatan dan kejahilan adalah akibat kehidupan tanpa hidayah dari Allah S.W.T.
Mereka tidak secara meraba-raba memilih jalan hidup, sistem politik dan corak sosial.
Mereka telah menerima wahyu dari Allah S.W.T. bagi menerangi serta memandu jalan
hidup mereka.

Generasi tersebut sebenarnya telah menjalani latihan dan tarbiyyah yang lama di
bawah pimpinan Rasulullah S.A.W. berpandukan wahyu Allah S.W.T. sebagai sumber
pembentukan hingga lahir peribadi-peribadi Muslim yang berjiwa tauhid, tidak
terpengaruh atau dipengaruhi oleh nilai tamak keduniaan .Mereka hanya

7
bermatlamatkan keredhaan Allah S.W.T. semata-mata. Kehidupan jahiliyyah sudah
tidak bernilai lagi bagi mereka. Mereka hanya menyerah kepada panggilan Iman di
bawah arahan Rasulullah S.A.W. pada hal mereka sedar bahawa mereka akan
menghadapi ancaman daripada masyarakat jahiliyyah di sekeliling mereka. Mereka
faham bahawa
orang-orang
mu'min pasti diuji
keimanan mereka. Firman Allah S.W.T:

Terjemahannya:
" Apakah menusia itu menyangka bahawa mereka itu akan dibiarkan mereka
berkata: Kami telah beriman. sedangkan mereka tidak lagi diuji. "
(Surah al-Ankabut: ayat 2).

Generasi pertama Islam itu telahpun berjaya menghapuskan al-Ghurbah al-Awwal.


Kita generasi sekarang wajiblah pula bekerja untuk menghapuskan al-Ghurbah ath-
Thaniyah. Hal ini pernah ditegaskan oleh Prof. Muhammad Qutb dalam suatu
ceramahnya yang bertajuk Falana'rif Haqiqah Islamina.

Umat Perlu Dibangunkan Mengikut Kehendak Allah

Kita tidak boleh memahami Islam hanya sekadar melihat sepintas lalu amalan hidup
ummat yang mengaku Islam hari ini.Sekarang, Islam telah dikelirukan. Masyarakat
Arab 14 abad yang lalu juga tidak dapat melihat kebenaran kerana kebenaran itu
telah dikelirukan oleh sifat-sifat fujur yang menguasai manusia itu sendiri.

Raslullah S.A.W. telah diutuskan dengan membawa kembali nilai yang betul terhadap
Islam, manusia dan kehidupan melalui jalan Iman kepada Allah S.W.T. Melalui Imanlah
kita akan dapat menilai alam, manusia dan kehidupan ini dengan betul.

Perlu diyakini bahawa mana-mana umat yang tidak diproses mengikut saluran yang
Allah S.W.T. kehendaki tentulah tidak dapat melahirkan natijah hidup Islam .

Kita tidak gemar untuk bercakap banyak dalam hal ini, tetapi oleh kerana ketiadaan
Ummah yang benar-benar menghayati Islam maka kita perlu memberi kefahaman
serta kesedaran Islam sebenar. Kita tidak menafikan bahawa di sana-sini ada
individu-individu melakukan amalan Islam, tetapi tidak dinyatakan dalam satu
Jamaah. Untuk mendapatkan kefahaman dan kesedaran itu kembali,maka perlulah
kita kembali kepada proses tarbiyyah yang pernah berjalan di bawah pimpinan
Rasulullah S.A.W. atau yang disebut sebagai Madrasah Rasulullah.

Wallahu A'alam
M17kul/msword/ver 6.0

You might also like