Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
E. Mencegah Mungkar Al-Akbar

E. Mencegah Mungkar Al-Akbar

Ratings: (0)|Views: 51 |Likes:
Published by IMM

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: IMM on Apr 01, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

text

original

 
MENCEGAH AL- MUNGKAR AL- AKBAR DANMENEGAK AL -MAKRUF AL- AKBAR 
TITIK TOLAK DAKWAH
Dakwah Islamiyyah mempunyai matlamat dan jalan yang jelas. Titik tolak dakwah Islamiyyah ialahmemerangi mungkar terbesar (al-mungkar al-akbar) sekaligus menegakkan makruf terbesar (al-makruf alakbar). Peranan dakwah Islamiyyah yang utama ialah meruntuhkan sistem jahiliyyah daripada mempimpinalam dan menggantikannya dengan pimpinan Allah s.w.t.
CITA-CITA SEORANG MUSLIM
Pendakwah perlu membebaskan diri mereka daripada cengkaman jahiliyyah. Pendakwah tidak boleh berkompromi dengan jahiliyyah yang kini menguasai segenap bidang dan tempat. Pendakwah perlulah berusaha untuk meruntuhkannya hingga ke akar umbi. Bagi pendakwah yang meredhai sistem kuffar adalah merupakan satu kekufuran.Pendakwah hendaklah berazam dan beriktiqad merubah diri mengikut Islam. InsyaAllah, seterusnya pendakwah hendaklah berazam merubah masyarakat mengikut acuan Islam.Hassan al Hudhaibi berpesan : “
dirikanlah daulah Islam dalam diri kamu, nescaya ia akan berdiri dalamnegaramu
. “
USAHA SECARA JAMAAH
Pendakwah yang bercita-cita untuk mengembalikan Sistem Wahyu yang selama ini diketepikan. SistemIslam telah digantung daripada berfungsi dalam individu dan masyarakat. Pendakwah bertugas mengangkatdiri dan saudara-saudara lain melepasi batas sistem jahiliyyah kerana pendakwah yakin Islam milik Allahs.w.t, tinggi dan tidak layak bagi sistem lain mengatasinya.Islam adalah amanah Allah s.w.t kepada manusia. Islam adalah amanah yang tidak mampu dipikul olehmakhluk lain. Amanah Kubra (besar) ini tentulah tidak dapat dilaksanakan seorang diri. Rijal Aqidah(pemuda beraqidah) mestilah berada dalam satu barisan tersusun sepertimana dituntut oleh Allah s.w.tdalam firmanNya1
 
Terjemahannya:-
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur  seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh
“ (Surah Ash Shaff : 4)Tuntutan ayat ini telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w 14 abad yang silam. Berpandukan petunjuk Allah s.w.t, baginda telah menyusun barisan para sahabat dalam rangka memerangi jahiliyyah yang berbentuk cara hidup.
RASULULLAH S.A.W MENGHAPUSKAN MUNGKAR TERBESAR 
Ketika mana Rasulullah s.a.w diutuskan, sistem hidup jahiliyyah memerintah seluruh dunia. Makkah tidak terkecuali daripada mengamalkan Sistem Jahiliyyah, iaitu mungkar terbesar. Sistem tersebut menolak Allahs.w.t sebagai Ilah dan rabb, penuh dengan kerosakan dan sentiasa mengeluarkan buah-buah kemungkaran.Masyarakat Makkah, kecuali beberapa orang pilihan Allah s.w.t, pada ketika itu leka dan puas dengansistem hidup ciptaan manusia yang hanya memuaskan hawa nafsu. Mereka yang dipilih Allah s.w.t, di bawah pimpinan RasulNya, bangun memikul amanah kubra dan menyelamatkan alam daripada kekuasaan jahiliyyah.Firman Allah s.w.tTerjemahannya:-
 Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung 
“ (Surah Ali‘Imran: 104)
MUNGKAR TERBESAR HARI INI
Pendakwah perlu sedar bahawa pada hari ini mereka juga dikelilingi oleh jahiliyyah sebagai sistem hidupciptaan manusia. Suatu sistem yang menolak Allah s.w.t sebagai Ilah dan Rabb. Inilah mungkar terbesar.Mereka perlu memahami hakikat ini agar tidak tertipu.
KELUAR DARI CENGKAMAN MUNGKAR TERBESAR 
2
 
Kita mestilah membebaskan pemikiran dan hati daripada mungkar terbesar dan berada dalam SistemIslam. Kita mesti keluar daripada kegelapan dan berada dalam cahaya, hanya dengan itu kita akan nampak dengan jelas akan kebenaran dan kebatilan.Sayyidin Omar r.a. sendiri pernah menangis dan ketawa sewaktu mengenangkan dua peristiwa di zaman jahiliyyah. Beliau menangis apabila terkenang beliau telah menanam anak perempuannya hidup-hidup.Beliau ketawa apabila terkenang beliau telah memakan patung sembahannya yang diperbuat daripada buahtamar ketika lapar. Beliau dapat melihat dua perkara yang berbeza itu setelah beliau keluar daripadakegelapan mungkar terbesar dan berada dalam Nur Ilahi.Firman Allah s.w.tTerjemahannya:-
 Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran)kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya
“ (Surah Al Baqarah : 257)
MUNGKAR AL-AKBAR DIPERTAHANKAN OLEH SUARA MAJORITI.
Kini, golongan jahiliyyah terlalu ramai. Golongan yang ramai menolak Islam sebagai satu sistem hidup dimana-mana sahaja. Bagi pendakwah, suara majoriti belum tentu berada di atas kebenaran atau menepatisyara’, lebih-lebih lagi dalam keadaan ummah pimpinan taghut kini.
PERANAN TERPENTING GENERASI PERTAMA
Muhammad Ibn Abdullah s.a.w beserta para sahabat baginda pilihan Allah telah memulakan dakwah inidengan cara memerangi mungkar yang terbesar iaitu memerangi hakikat hidup yang sentiasa menolaAllah s.w.t sebagai Ilah dan Rabb, menolak Islam sebagai ad-Din yang mengatur kehidupan danmengekalkan sistem hidup ciptaan manusia. Baginda mengajak manusia kepada ‘Takrir Uluhiyyah Allahs.w.t’ (menetapkan pengabdian kepada Allah s.w.t) agar benar-benar difahami dan menjiwai kehidupanmanusia. Di atas keteguhan aqidah ini, ditegakkan syariat Islam. Hal ini telah dijelaskan oleh Abdullah IbnUmar r.a:“ Kami adalah satu kaum yang dit datangkan iman sebelum al—quran …”3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->