• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Bayu Dingin Mediterraneanoleh Zaid AkhtarBERITA jam lapan sedang ke udara. Pandangannya ditumpukan ke skrin kaca.Perhatian diberikan segenapnya. Menyorot inti utama berita. Berita yangberlegar-legar dalam skop yang itu juga. Topik yang sentiasa menjadipertikaian. Tidak pernah berkesudahan.Dia mengerutkan dahinya. Sesekali mendengus. Muak denganperkembangan yang disampaikan. Liputan sidang damai yang sedangberlangsung di Tel Aviv di antara Yasser Arafat dan Perdana Menteri IsraelBenjamin Netanyahu. Pertemuan diplomasi yang sudah termakruf akannatijahnya. Ucapan kedua-duanya juga diselang-selikan dengan sedutanbeberapa siri sidang damai yang telah lalu, yang tidak pernah mendatangkanmanfaat bagi Islam.Melambat-lambatkan kebangkitan!Remote-control ditekan. Televisyen padam serta merta. Tubuh yangletih disandarkan ke sofa lembut. Matanya melilau mengitari ruang tamu. Didepan ada almari. Di atasnya ada televisyen, piala, medal, bunga, dan susunanbuku. Sebuahradio tua mengisi di sudut kanan. Di dinding, ada foto berbingkai. GambarMasjidil Aqsa di Baitul Maqdis. Ziyad merenung kubah kuning keemasan yangseakan-akan maya. Lama. Tidak semena-mena rindunya terhadap Quds tanahairnya semacam melimpah.“Jangan engkau kuatkan azam untuk mendatangi melainkan yang tiga ini:Masjidil Haram, Masjidil Aqsa, dan Masjidku ini.”Suara uzur bapanya menuturkan hadis itu memancing tumpuannya. Buku yang sedang dibaca segera dikatup. Ziyad menghadapi bapanya. Memandangwajah tua yang putih bersih.“Bapa teringatkan Quds?” sapanya. Dia melihat mata lelaki ituberkaca.Syeikh Mahfodz tersenyum.“Aku sedih. Umat Islam sekarang tak dapat melakukan apa yang disabdaoleh Rasulullah SAW,” luahnya, bernada kesal.
 
Matanya yang agak terperosok ke dalam meneliti mashaf al-Quran yang lusuh.Menghayati maknanya barangkali. Bapanya seorang ulama. Seorang tokohmujahid yang kehilangan tanah air dan telah dilupakan.Ziyad terus memandang bapanya yang lumpuh. Menanti-nanti kalimat yang bakal terluah. Dia tahu; bila bapanya berkeadaan begitu, ada sesuatu yang ingin diberitahu. Mungkin tentang mimpinya yang semakin gharibkebelakangan ini. Bapanya pernah bermimipi Perang Teluk akan terjadi. Danmimpi bapanya terbukti benar.Syeikh Mahfodz mulai membaca ayat-ayat suci al-Quran. Matanyaterpejam. Dia hafiz. Ziyad hanya mendengar. Surah al-Isra', ayat satu hinggalapan. Dibaca secara tartil. Sayu.“Quds adalah kiblat asal kita sebelum diubah ke Kaabah.” Dia menutupmashaf. “Masjidil Aqsa sudah sebati dengan jiwa aku. Aku membesar di situ.Belajar di situ. Madrasah tarbiah yang telah membentuk sakhsiahku.”Ziyad mengangguk. Dia tahu asal-usul meraka. Sejarah bapanyamenentang penjajahan Yahudi. Bapanya berasal dari Rafat di Tebing Barat.Tetapi dibesarkan di pinggir Masjidil Aqsa. Sejak berhijrah ke Jordan,bapanya tidak pulang-pulang ke Palestin. Kesemua ahli keluarganya terbunuhdalam perang, kecuali dia dan adik lelakinya yang masih menetap di sana.“Mengapa bapa? Ada yang tak kena?” Ziyad terus menyoal. Dia sedarbapanya mahu mengungkapkan sesuatu.Syeikh Mahfodz menatap wajah anaknya dalam-dalam. Kemudianmengangkat tangannya. Ziyad merapati bapanya. Lantas memeluk lelaki itu.“Aku mahu kau juga jadi seorang pejuang.”Air mata bapanya membasahi bahu. Air mata seorang bekas pejuang yang tua dan lumpuh. Dia mengerti bapanya amat kesal kerana menjadipelarian ke Jordan, sementara adiknya masih lagi berjihad. Keadaan waktu itu yang mendesak, yang memaksanya lari ke Jordan. Mereka tiada senjata untukmelawan. Sekadar membiarkan leher disembelih Yahudi tanpa sebarangikhtiar, bukan caranya.Sebab itulah yang membawa bapanya ke sini. Biarpun
 
telah beberapa dekad ia berlalu, namun semangat jihad itu masih sepertidulu.Bayu padang pasir yang berhembus menggoyangkan langsir. Ziyadkembali dari imbauan lampau. Dia mengesat birai matanya yang sedikit basah.Terngiang-ngiang pesan bapanya di gegendang. Hajat bapanya yang mahu diamenjadi pejuang; menyambung sisa-sisa perjuangannya sewaktu muda dulu.Dua minggu selepas peristiwa itu, bapanya meninggal setelah angin ahmarnyamenyerang lagi. Itu empat tahun yang lalu. Sekarang dia mahasiswa tahunakhir Kuliyyah Siasah Universiti Yarmouk, Irbid. Pengajian politiknya akanberakhir musim panas ini. Tetapi, akhir-akhir ini dia seringterpanggil.Bayangan Masjidil Aqsa acapkali mengganggu tidurnya.Kerinduannya terhadap bumi berkat itu semakin membara. Mungkin perlu diamenziarahi Palestin buat kali pertama.Thariq yang muncul dari dapur menghidupkan radio. Di tangan kanannyasepinggan humus dan falafil. Tangan kirinya menatang teko dan roti. HabibiYa Nural Ain dendangan Amru Dhiyab sedang berkumandang. Keheningansegera terisi. Ziyad menceber. Irama arab cukup dibenci. Faudho.“Sudah berapa kali aku kata, usah ingat dia lagi. Nawwal tak sesuaidengan kau. Dia Masihi.Pegangan kita jauh berbeza.” Thariq mengomel.Ziyad menggeleng-geleng. Kesal dengan anggapan itu. Adiknya yang satuini memang sering menuduhnya menggilai Nawwal – gadis Kristian yangmenjadi rakan sekuliah.“Apa kena kau ni? Aku dah lupakan dia,” tegasnya. Dia mencubit roti, laludicecah dengan humus sebelum disuap ke mulut. Thariq mencapai majalah Al-Mujtama'. Menatap sekali imbas ilustrasi muka depan. Kemudian menyelakhelaian demi helaian.“Aku nak ke Quds cuti musim bunga ini.”Thariq masih leka membaca. Telinganya gagal menangkap jelas apa yangdituturkan. Ditambah suara Amru Dhiyab yang lantang.“Aku akan ke Quds sebelum semester musim panas ini,” luah Ziyad sekalilagi.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...