• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Nil Mengalir Songsangoleh Zaid AkhtarISham,Nil masih lagi mengalir tenang, sekalipun hakikatnya tidak pernah redadengan kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyatnya. Aku sepertiNil itu. Khabarku masih baik. Cuma hidungku ini masih selesema bahana ributpasir Khamasin yang mengamuk di Kaherah dua minggu lalu. Langit kemerah-merahan sebelum menjadi gelap-gelita. Hatta, ramai yang menyangka kiamatakan berlaku pabila siang bertukar malam serta-merta.Sememangnya aku harus terkejut menerima kunjungan warkahmu beberapahari yang lalu. Empat tahun tanpa sebarang berita memaksa aku beranggapanbahawa engkau tidak lagi mengenangi diri ini. Ya, zaman menengah yang manis- sebelum bergelar mahasiswa - telah kita tinggalkan. Kini aku menghampiritahun akhir pengajian. Tinggal di Hayyu Sabi'e bersama dua orang temanku.Kalut juga memikirkan panggilan pulang yang kian menjelang datang. Harapanayah ibu, keluarga, orang kampung, sewaktu mahu berangkat ke sini dulu,semakin acap terngiang. Dan sewajarnya aku tertarik dengan suratmu yangmasih semesra dulu. Banyak persoalan yang kaulontarkan - terutama tentangBumi Kinanah ini.Sekadar yang kumampu, akan kuberitahu. Lantaran, sekalipun telah lebihseribu hari aku di sini - selaku seorang wanita - tidak semua tempat wajarkujejaki. Kehidupanku berlangsung sekitar Hayyu Sabi'e, Hayyu Thamin,Hayyu A'shir, Kaherah, dan universiti. Mahu bicara tentang apa ya?Membalas keluhanmu di dalam surat terhadap senario pemimpin arab, biarlahaku menyentuh tentang fenomena di sini, terutama sejarah negara ini.Sejarah Republik Arab Mesir yang bermula apabila berlakunya revolusipimpinan Gamal Abdul Nasser. 23 Julai 1952 adalah tarikh keramat yangmenyaksikan tumbangnya institusi beraja kuku besi selama ini. Beliau matiawal 70-an, seterusnya digantikan oleh Anwar Sadat yang menandatanganiPerjanjian Camp David sebelum menemui ajalnya di tangan pengiringnyaKhaled Islamboli - harga yang harus dibayar di atas perjanjian tercela itu.Pun begitu, Al-Azhar kekal unggul sebagai institusi ilmu Islam terulung sejaksatu mileneum.
 
Biarpun menghadapi serangan pemikiran Barat yang menggila, yang cubamenggugat kestabilannya, namun para ulama tetap bersatumempertahankannya. Siswazah-siswazah berketrampilan masih berjayadihasilkan saban tahun untuk kembali memimpin umat di segenap pelosokdunia. Sehingga ke hari ini, Muhammad Sayid At-Tantawi masih lagimenerajui al-Azhar. Ah, tokoh Syeikhul Azhar yang seorang ini.Barangkali kerana fatwanya yang sering kontroversi, para pelajar lebihmengenang kepergian Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawie yang tawadukitu. Sebetulnya aku baru saja selesai imtihan. Bukan lagi Daur Mayu macamdulu, tapi Al-Azhar sudah beberapa tahun mempraktikkan sistem semester.Cuti ini tidak ke mana-mana. Masa akan kuhabiskan dengan menghadiri kelas-kelas tafaqquh di samping menyertai program-program persatuan. Kala dalampengajian inilah sebaik-baik masa untuk menyiapkan diri menghadapimasyarakat kelak. Setagal lagi, ada tanggungjawab yang menanti. Jadi, usahterlupa, aku ingin mendengar cerita-ceritamu pula dari Lembah Urdun.Menikmati hasil kepekaanmu meladeni senario pergolakan di rantau sebelahsini.NilofarKaherah29 Jun 1999Sham masih terkasima apabila menerima surat bercop Madinah Nasr,Kaherah itu. Semacam tidak percaya. Penantiannya selama ini berakhir juga.Dia tersenyum sendiri. "Alhamdulillah. Ada harapan…," bisiknya perlahan,antara dengar dengan tidak. Wajah lembut menawan bermata jeli segeramemenuhi ruang mata. Dia belum betah melupakan kemesraan silam, apalagimembiarkan ia terpadam. Uzair yang ralit membaca, sempat menangkapkalimat itu. "Harapan apa?" Sham menunjukkan sampul surat bercorak papirusbuatan Mesir. Uzair masih lagi belum faham. Tanpa sebarang jawapan, dengansenyuman yang masih melebar, Sham menghadapi monitor, dan terus sahajamembalas:
 
Nil,Terima kasih. Aku juga tidak percaya engkau masih menganggapku sebagaisahabat, walaupun sekian lama terpisah jauh.Aku masih lagi mengenang dunia persekolahan yang riang. Yang nyata, jarakbukanlah pemisah yang berupaya mengasingkan kita. Nostalgia silam masihterkulum kemas. Aku bersetuju dengan kata-katamu. Ya, seharusnya kita yang berada di Timur Tengah peka dengan kemelut rantau yang senantiasabergelora ini. Jadikan ia iktibar paling mahal dalam rangkaian pengalamansepanjang hayat. Aku tertarik amat dengan perbicaraanmu tentangPerlembahan Nil dan sosiopolitiknya. Walaupun ringkas, namun padat intinya.Tetapi, apa kurangnya di Bumi Isra' ini? Mungkin engkau hanya mengenaliJordan sebagai negara yang rajanya berketurunan Rasulullah SAW, dan punyapermaisuri yang demikian jelita. Sejarahnya, sosiopolitiknya, masa depannya,tidak seindah yang disangka. Malah khalayak selalu disogokkan denganpenipuan dan lakonan yang bersinambungan. Jordan asalnya tidak wujud. Yangada hanyalah Sungai Jordan yang terletak dalam Palestin. Namun, sejurusberlakunya Revolusi Besar Arab, dan tersungkurnya Khilafah Uthmaniyyah ditangan Kamal Attaturk, sejarah asalnya tidak boleh dipakai lagi.Hasil penjajahan Barat dan perpecahan arab, negara-negara di Asia Baratwujud begitu pesat. Maka, muncullah Arab Saudi, Jordan, Syria, Lebanon, danPalestin (belum dicampur negara-negara di Teluk). Dan semestinya tidakramai yang ambil tahu penyelewengan fakta sejarah ini malah tidak mengenalisiapa sebenarnya pengasas negara Jordan ini - Syarif Hussin. Seperkara lagi,negara bersistem monarki ini, terlalu kerap bertukar Perdana Menteri.Melucukan. Serasanya, hingga kini jumlahnya hampir mencecah angka 40sejak kemerdekaan Jordan pada 1946. Pimpinan yang tidak serasi denganpolitik rajanya, akan dicantas bila-bila masa.Aku bermastautin di Irbid, bandar ketiga terbesar di negara ini, 40 km darisempadan Jordan-Israel. Penempatan yang hampir dengan kampusmembolehkan kami berjalan kaki ke kuliah. Dengan jumlah pelajar Melayu yang kian susut tahun demi tahun, tidak sukar untuk kami mengenali setiappenuntut di sini. Dan semestinya kefasihan Lughah Arabiah lebih terjamin
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...