You are on page 1of 21

SEJARAH ASIA TENGGARA AEEA1102

Soalan 8: Peperangan antara pemerintah/penguasa tempatan telah mempercepatkan kejatuhan dan perpecahan empayar Majapahit. Bersetujukah anda dengan pernyataan ini?

NAMA: NO. MATRIKS: PENSYARAH: TUTOR: MASA:

ALIA NATASHA BINTI AZMI AEY120003 DR. SUPIAN BIN SABTU ENCIK FIKRI KHAMIS, 10-11 PAGI

Pengenalan: Kerajaan Majapahit muncul selepas kemusnahan kerajaan Singasari apabila satu serangan mengejut yang dilancarkan oleh kerajaan Daha. Ketika itu raja kerajaan Singasari adalah Raja Kartanegara. Hal ini menyebabkan berlakulah pertempuran sengit di antara bala tentera Daha dengan panglima tentera kerajaan Sangahari., Salah seorang panglima tentera kerajaan Singasari adalah Raden Wijaya.1 Walaupun pertarungan sengit berlaku di antara kedua-dua bala tentera namun akhirnya tentera Singasari boleh ditewaskan menyebabkan bandar Karaton dapat dimusnahkan dan dibakar. Perang ini juga menyebabkan Raja Kartanegara terkorban.2 Setelah itu Raden Wijaya berundur ke arah utara bagi mendapatkan pelindungan dari kerajaan Madura yang dulu bernaung di bawah kerajaan mertua beliau. Raden Wijaya akhirnya mendapat perkhidmatan dari kerajaan Madura. Setelah itu beliau telah mengatur kembali strategi untuk menuntut balas ke atas kerajaan Daha di atas kematian mertua beliau iaitu Raja Kartanegara. Setelah itu beliau telah membuka penempatan baru dan membawa semua orang Madura tinggal di tempat tersebut. Ketika orang Madura membuka penempatan di kawasan tersebut seorang orang Madura telah makan buah Maja yang pahit rasanya dan mempunyai daun yang berduri. Hal ini telah menyebabkan penempatan tersebut dinamakan sebagai Majapahit.3 Dengan itu kerajaan Majapahit diasaskan oleh Raden Wijaya dengan gelaran sebagai Prabu Kertajasa Jayawardana selepas sahaja kehancuran kerajaan Kendiri yang dimusnahkan oleh pasukan tentera dari China (China) dalam Dinasti Ming yang ingin menyerang Prabu Kertanegara namun dapat dipengarui oleh kerajaan Majapahit untuk menyerang Kendiri dan akhirnya kerajaan Kendiri di musnahkan. Setelah itu Majapahit mula berkembang dan muncul sebagai kuasa besar di Asia Tenggara. Mengikut pandangan sarjana Majapahit
1 2

Dr R. Pitono Hardjowardojo, Pararaton, Bhratara Jakarta, 1965. Hlm 37-38. Ibid. hlm 39. 3 Ibid. hlm 44.

mengalami tiga situasi pemerintahan.Pertama adalah zaman permulaan kedua adalah zaman kegemilangan dan yang terakhir adalah zaman kemerosotan. Zaman kegemilangan Majapahit bermula ketika di bawah pemerintahan Hayam Wuruk. Beliau merupakan anak kepada Puteri Djajawisnuwardani dengan Kertawardana.4 Sebelum kelahiran beliau, lahir seorang lagi yang akan menjadi nadi kegemilangan Majapahit iaitu Mangkubumi Gajah Mada yang memainkan peranan penting dalam keagungan kerajaan Majapahit. Hayam Wuruk yang mengunakan gelaran Rajasanegara merupakan pemerintahan yang keempat Majapahit yang bermula pada tahun 1328 masihi sehinggalah 1389 masihi.5 Zaman pemerintahan Hayam Wuruk yang dibantu oleh Mangkabuminya Patih Gajah Mada mengalami puncak kegemilangan di mana seluruh pelusuk nusantara di bawah naungan kerajaan Majapahit dan termasuklah selat Melaka. Dengan bantuan kebijaksanaan Mangkabuminya, Majapahit dapat menyatukan seluruh kerajaan di Nusantara termasuk Pahang, Palembang, dan Temasik.6 Namun beliau telah meninggal dunia semasa Majapahit diambang kemegahan, iaitu pada tahun 1363. Gajah Mada telah jatuh sakit kerana usianya telah lanjut, berita ini menyedihkan Hayam Wuruk kerana akan kehilangan seorang perdana menteri yang menjadi kemegahannya. Setelah kematian perdana menterinya yang bijaksana maka politik kerajaan mula mengalami perubahan kerana jawatan selama ini yang dipegang oleh Mengkabuminya tidak ada waris yang mampu menggantikan beliau, maka jawatan selama ini dipegang olehnya dibahagikan kepada beberapa jabatan untuk diperintah oleh para pegawai Majapahit. Setelah itu bermulanya kelemahan kerajaan Majapahit dan sudah mula berlaku kepincangan politik. Pada tahun 1389 masihi merupakan titik tolak kepada kemerosotan kerajaan Majapahit

Muhammad Yamin, Gadjah Mada, Pahlawan Persatuan Nusantara ,Cetakan Ketujuh, PN Balai Pustaka Jakarta, 1972. Hlm 22. 5 H. Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jajasan Prapantja Jakarta, hlm 49. 6 Muhammad Yamin , Gajah Mada . Hlm 50.

apabila Prabu Rajasanegara (Hayam Wuruk) telah meninggal dunia.7 Kemangkatan Hayam Wuruk menjadikan kekuasan Majapahit semangkin tidak menyerlah akibat bermulanya perebutan takhta kerajaan dan kepincangan politik. Selepas kemangkatan dua tokoh yang agung dalam kegemilangan kerajaan Majapahit iaitu Mengkabuminya Gajah Mada (1364 M) dan Prabu Rajasenegara (Hayam Wuruk 1389 M) maka bermulalah zaman kemerosotan Majapahit yang akhirnya membawa kepada keruntuhan kerajaan Majapahit dan berakhirnya kerajaan Hindu-Buddha di Jawa. Hal ini membuktikan bahawa faktor peperangan bukanlah faktor utama yang menyebabkan kejatuhan Majapahit. Maka, kenyataan mengenai peperangan yang menyebabkan kejatuhan Majapahit adalah tidak benar sama sekali. Kematian dua orang pemimpin yang bijaksana telah menyebabkan empayar Majapahit mulai goyah dan diikuti dengan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kejatuhan empayar ini.

Ibid. hlm 80.

FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN MAJAPAHIT. Kematian Gajah Madah dan Hayam Wuruk Kematian Gajah Madah pada tahun 1364 masihi adalah titik tolak kepada kemerosotan politik di pusat pemerintahan Majapahit. Sebelum beliau meninggal dunia keadaan Majapahit yang begitu gemilang sekali kerana sistem pemerintahannya yang sistematik. Namun setelah beliau meninggal dunia, maka jawatan beliau tidak ada yang mampu memikul dan terpaksa dibahagikan kepada beberapa jabatan. Hal ini menggambarkan bahawa tiada yang mampu memegang jawatan Gajah Madah. Kematian beliau menyedihkan Prabu Hayam Wuruk sebelum wafat kerana tiada yang sepertinya. Hal ini menyebabkan jawatan Gajah Madah dipimpin oleh empat orang pegawai kerajaan, iaitu Warda Menteri (menteri Sapuh), Bernama Pu Tading, Tumenggug (mantjanegera) Pu Nala, Menteri Anom Patih dan Perdana Menteri.8 Perkara ini mengambarkan bahawa selepas kemangkatan Gajah Madah, politik kerajaan Majaphit mengalami perubahan yang begitu besar. Majapahit terpaksa berusaha mencari yang terbaik untuk mengantikan jawatan yang ditinggalkan oleh Gajah Madah dan kesan dari kejadian tersebut, maka bermulalah kemerosotan Majapahit walaupun tidak lagi nyata sehinggalah kemangkatan Prabu Hayam Wuruk. Dalam keadaan Majapahit yang menghampiri kemerosotan akhirnya bermula selepas kematian Hayam Wuruk pada 1389 masihi setelah dua puluh lima tahun kematian Gajah Madah.9 Kematiannya akhirnya membawa kepada kemerosotan Majapahit setelah tahta kerajaan baginda wariskan kepada menantunya yakni Wikramawardana.10 Hal ini mengakibatkan bibit -bibit pergolakan politik bermula walaupun pada mulanya tidak berlaku.
8 9

Muhanmmad Yamin , Gajah Mada . Hlm 79. Ibid. hlm 80. 10 Ibid. hlm 81.

Sehinggalah timbul persoalan siapa yang berhak menguasai takhta kerajaan dari anak silirnya Wirabumi. Kelemahan Raja Selepas Hayam Wuruk Selepas kemangkatan Hayam Wuruk pada tahun 1389 masihi maka pemerintahan kerajaan diwarisi oleh raja yang tidak berkalibar lagi. Pengganti takhta kerajaan sesudah Hayam Wuruk adalah Wirakramawardani yang memerintah dari tahun 1389 masihi sehinggalah tahun 1429 masihi merupakan menantu kepada Hayam Wuruk.11 Semasa pemerintahan Wirakramawardani politik kerajaan mula merosot akibat rasa tidak puas hati dari segelintir keturunan Rajasanegara. Perang saudara mula meletus akibat Wirabumi tidak mengiktiraf perlantikan Wirakramawardani.12 Perang yang tercetus ini mengakibatkan kepincangan politik Majapahit dan menyebabkan kawalan terhadap negeri naugan kurang diambil perhatian oleh raja Majapahit yang akhirnya membuka jalan kepada penubuhan kerajaan baru yang tidak lagi bernaung kepada pemerintahan Majapahit. Hal ini dibuktikan dengan pembebasan Palembang dari kekuasaan majapahit.13 Serta kemunculan Melaka pada kurun ke 15 masihi. Hal ini menunjukan kelemahan raja Majapahit menyebabkan banyak negeri tidak lagi mengiktiraf kerajaan majapahit dan cuba untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Akibat daripada perang saudara di antara Wirabumi dan Wirakramawardani menyebabkan Wirabumi terbunuh pada tahun 1406 masihi dan bandar Wirabumi ditawan. Namun perang tersebut menyebabkan kematian pegawai china. Hal ini menyebabkan hubungan dengan kerajaan China mula renggang, walaupun maharaja China dapat diredakan dengan wang ganti rugi yang dibayar oleh Wikramawardani untuk menebus kematian
11 12

R. Atmodarminto, Babad Demak, dalam tefsir Sosial - Politik , Millennium Publisher, 2000. Hlm 35. DGE Hall, Sejarah Asia Tenggara , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1979.Hlm 115. 13 Ibid.

pegawai cina dalam perang tersebut.14 Pada tahun 1429 masihi raja Wikramawardani meninggal dunia dan tampuk pemerintahan diwarisi oleh anak beliau iaitu Ratu Suhita (14291447 M). Semasa kerajaan Ratu Suhita berlaku satu pemberontakan yang dipimpin oleh Bhre Daha. Ini menunjukan kelemahan kerajaan yang mengakibatkan wujud pemberontakan untuk mengulingkan kerajaan.15 Selepas kematian Ratu Suhita tahta pada tahun 1447 masihi takhta kerajaan diterajui oleh Raja Kertavijaya yang merupakan saudara lelaki Ratu Suhita. Ekonomi kerajaan Majapahit semakin lembab akibat kelemahan kerajaan Majapahit sendiri ini kerana banyak kawasan yang dulunya menjadi nadi ekonomi majapahit mula tidak berhubung dengan bandar pentadbiran Majapahit seperti Kalimantan Timur dan Palembang. Majapahit kemudian diperintah oleh Seri Radjasawardana pada tahun 1451 masihi sehingga 1453 masihi, namun selepas kematian beliau tiada waris yang memerintah kerajaan Majapahit menyebabkan Majapahit tidak beraja. Dicatitkan bahawa ketika tahun 1453 sehingga 1456 masihi Majapahit tidak mempunyai Raja sehinggalah kemunculan Hiang Purwawisjesa.16 Namun semasa pemerintahan beliau Majapahit memindahkan pusat pemerintahan ke Tumapil. Baliau memerintah selama sepuluh tahun (1465-1466). Selepas itu kerajaan Majapahit diperintah oleh beberapa orang raja sehinggalah tiga orang raja yang terkini yang memimpin takhta kerajaan Majapahit iaitu Bera Widjaja yang berkuasa di Majapahit yang dikenali sebagai Prabu Adipati Udara dan Prabu Maharadja Adipati Unus. Pemerintahan pusat semankin lemah apabila ketenteraan Majapahit mula lumpuh kerana tidak mampu menepis serangan dari luar lagi, ini menunjukkan betapa lemahnya raja ketika ini memerintah Majapahit. Perkara ini dibuktikan semasa serangan yang

14 15

Ibid. hlm 116. Ibid. hlm 118. 16 Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jajasan Prapantja Jakarta, hlm 66.

dilakukan oleh Demak dalam era pemerintahan Bera Wijaya tidak mampu untuk menepis serangan tersebut yang menyebabkan kota Majapahit di diruntuhkan.17 Sehubungan dengan itu juga, kelemahan raja-raja Majapahit yang terakhir yakni Bera Wijaya adalah tidak mampu lagi mengawal perairan di Selat Melaka. Pemerintah Majapahit ketika ini jelas kelihatan lemah apabila terpaksa membuat perjanjian dengan Melaka pada tahun 1518 masihi. Hal ini menunjukkan kemerosotan Majapahit apabila melakukan perjanjian dengan kerajaan yang dulunya bernaung dibawa kekuasaan Majapahit.18 Perkara ini jelas menunjukkan bahawa selepas zaman keemasan era pemerintahan Hayam Wuruk maka waris pemerintah kerajaan yang lemah lagi tidak bijaksana dalam menangani permasalahan politik Majapahit menyebabkan kerajaan ini mulai hilang kewibawaan sehinggalah pemerintah terakhir sebelum dimusnahkann oleh kerajaan Demak. Akhirnya kerajaan Majapahit jatuh dan tidak dapat diselamatkan lagi. Pergolakan Politik dan Perang Saudara Faktor seterusnya yang membawa kepada kemerosotan kerajaan Majapahit adalah disebabkan oleh perang saudara yang berlaku selepas kematian Hayam Wuruk. Perang saudara yang dikenali sebagai perang Paregreg akibat daripada persoalan waris yang lebih layak memimpin kerajaan Majapahit. Perang saudara ini berlaku akibat daripada keinginan untuk menduduki takhta kerajaan. Semasa Hayam Wuruk masih hidup, beliau telah mewasiatkan bahawa selepas beliau wafat takhta kerajaan akan diterajui oleh menantu beliau yakni Wirakramawardana suami kepada puteri Kasumawardani.19 Namun Hayam Wuruk juga meningalkan waris dari selirnya yang bernama Raja Wirabumi yang ditempatkan di sebelah timur Jawa. Maka wujudlah dua keluarga dari keturunan yang sama. Hal ini

17

Ibid, hlm 70. Ibid 19 Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jajasan Prapantja Jakarta, hlm 62.
18

menyebabkan berlaku pergolakan politik di antara kuasa pusat yang diperintah oleh Wirakramawardana dan kuasa peringkat daerah yang diperintah oleh Wirabumi dan akhirnya tercetus perang saudara.20 Wirabumi tidak mengiktiraf kuasa kerajaan pusat kerana Wirakramawardana hanyalah menantu Hayam Wuruk, sedangkan beliau adalah anak dari selir dari Prabu Hayam Wuruk. Maka terjadilah pergolakan antara dua buah keluarga yang berterusan sehingga tercetuslah perang saudara pada tahun 1404 masihi sehingga 1406 masihi yang dikenali sebagai perang Paregreg.21 Dalam perang ini Wirakramawardana banyak mendapat sokongan dalam mempertahankan kerajaannya sehinggalah kematian Wirabumi di tangan Raden Gadjah yang berpangkat Ratu Achirbaja.22 Walaupun Wirakramawarda memperolehi kemenangan namun ia memberi impak besar apabila mulanya hilang pengaruh pusat kepada daerah-daerah naugan Majapahit dan lahir dendam dari keluarga pihak Wirabumi.23 Kesan daripada perang saudara menyebabkan lahir perasaan dendam dari sebelah dari ahli keluarga Wirabhumi. Keadaan ini dibuktikan semasa Ratu Suhita menaiki takhta kerajaan Majapahit pada tahun 1429 masihi telh berlaku masaalah kerajaan berat sebelah kerana golongan yang dulu melawan Wirabumi telah ditindas manakala orang yang membunuh Wirabumi yakni Raden Gajah dibunuh.24 Hal ini menunjukkan berlaku dendam di kalangan keluarga pemerintah kerajaan yang mengakibatkan kerajaan pusat tidak lagi aman.

20 21

Ibid. Ibid. hlm 63. 22 Ibid. hlm 64. 23 Hasan Djafar, Girindrawarddhana Beberapa Masalah Majaphit Akhir, Yayasan Dana Pendidikan Buddha Nalanda, Jakarta, 1978. Hlm 46. 24 Muhammad Yamin, Gadjah Mada, Pahlawan Persatuan Nusantara. Hlm 84.

Pemberontakan Selepas sahaja pemerintahan Wirakramawardana tahta kerajaan diterajui oleh Ratu Suhita. Maka semasa pemerintahan baliau telah berlaku satu pemborontakan untuk mengulingkan kerajaan. Pemberontakan tersebut yang diketuai oleh Bhre Daha.25 Ketika pemerintahan Ratu Suhita pemberontakan ini membawa kesan yang besar kepada kota pemerintahan. Apabila pemberontakan berlaku di pusat pemerintahan menyebabkan kawalan ke atas daerah takluk berkurangan kerana lebih tertumpu kepada masalah untuk menyelesaikan masalah pemberontakan tersebut. Hal ini menyebabkan kemerosotan kerajaan Majapahit apabila kurang penguasan ke atas negeri takluk. Pertukaran Pusat Pemerintahan Pemerintah kerajaan Majapahit yang kerap menukar pusat pemerintahan menjadi faktor kepada kemerosotan Majapahit. Pada tahun 1451 masihi, Rajasawardhana telah memindahkan pusat pemerintahan di Fahuripan. Sesudah pemerintahan beliau, iaitu era pemerintahan Raja Phre Wengker beliau telah memindahkan ibu negeri Majapahit ke Tumapel pula.Selepas itu Bhre padan Salas bertindak memindahkan ibu negeri Majapahit ke Daha pada tahun 1468 M.26 Kekerapan pertukaran pusat pemerintahan ini mengakibatkan kawalan ke atas daerah naungan juga tidak menentu dan hal ini telah membawa kepada kelemahan kerajaan majapahit seterusnya membawa kemerosotan kerana tiada pusat tetap sebagai kota pemerintahan kerajaan.

25 26

DGE Hall, Sejarah Asia Tenggara.Hlm 118. Marwati Djoened Poesponegoro, Sejarah Nusantara Indonesia , jilid II, Kuala Lumpur, 1984.Hlm 442.

Pengaruh China Terhadap Negeri Naungan Majapahit Kerajaan China ketika ini adalah dibawah tampuk kerajaan Dinasti Ming, walaupun China tidak melibatkan diri dalam soal politik kerajaan di Asia Tenggara namun pengaruhnya banyak mempengaruhi negeri-negeri naugan kerajaan majapahit. Pada tahun 1369 sehingga tahun 1383 Majapahit menghantar utusan kepada Maharaja Cina tetapi pada masa yang sama Palembang juga menghantar perutusan kepada Maharaja Cina.27 Akibat daripada itu China mengiktiraf kedua-dua kerajaan tersebut, lalu utusan membawa surat pengiktirafan kepada Palembang telah dihantar. Namun Majapahit tidak menerima hakikat tersebut kerana Palembang ketika itu di bawah naungan Majapahit, lalu menyerang Palembang dan menghancurkan kota kerajaan tersebut serta membunuh utusan China setibanya sahaja ke Palembang.28 Selepas pemerintahan Hayam Wuruk, takhta kerajaan diwarisi oleh menantu beliau iaitu Wirakramawardana telah berlaku konflik pemerintahan pusat iaitu di antara Majapahit (Wirakramawardana) dengan kawasan yang dipimpin oleh anak Hayam Wuruk yakni Wirabumi. Menjadi permasalahan kepada kerajaan Majapahit apabila kedua-duanya diiktiraf oleh Maharaja China.29 Akibatnya Wirabumi tidak pernah mengiktiraf raja Wirakramawardana dengan mengambil tindakan tidak datang menghadap di Bandar Karaton. Maka hal ini menyebabkan tercetusnya perang saudara yang mengakibatkan kematian Wirabumi. Ini merupakan kali kedua China menyebabkan berlaku konflik kerajaan Majapahit. Sehubungan dengan itu pengaruh China juga menyebabkan nageri naungan Majapahit tidak lagi mengiktiraf kerajaan Majapahit, hal ini terjadi pada abad ke 15 masihi apabila

27

DGE Hall, Sejarah Asia Tenggara.Hlm 113. Ibid. 29 Ibid. hlm 115.
28

kerajaan di Kalimantan yang maju dalam bidang perdagangan (wujudnya pelabuhan) telah mula mengadakan hubungan dengan China dan pada masa yang sama mereka menghantar ufti kepada kerajaan Majapahit.30 Perkara ini menunjukkan negeri naugan mejapahit telah mula cuba mendapatkan pengiktirafan untuk membebaskan diri daripada kawalan kerajaan Majapahit. Di samping itu hubungan dengan Majapahit juga mula renggang apabila kemunculan Melaka pada abad ke 15 masihi. Di mana China telah aktif menjalinkan hubungan dengan Melaka sehinggakan utusan tidak lagi dihantar ke Majapahit. Perkembangan Islam Keruntuhan kerajaan Hindu Majapahit juga akibat daripada munculnya agama islam di Majapahit dan sekitar Nusantara. Kedatangan agama islam ke Asia Tenggara menjadi pendorong kepada kemunculan kerajaan islam di Sumatera. Dalam keadaan majapahit yang semakin tenat kerana tidak mampu lagi berbuat apa-apa untuk mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan Hindu pada abad ke 13 masihi. Islam yang mula tersebar ke Jawa dibawa oleh para pedagang dan para pendakwah dari Asia Barat dan Gujerat di sebelah barat India.31 Perkembangan islam di Jawa telah bermula dengan rakyatnya sendiri kerana rakyat banyak terdedah kepada golongan peniaga yang memerlukan khidmat mereka. Dikatakan rakyat jelata yang berkerja di pelabuhan dan kapal para peniaga telah menerima islam lebih awal kerana mereka berkerja sebagai kelasi dan juragan kapal.32 Agama hindu yang menjadi agama rasmi bagi kerajaan Majapahit semakin hilang pengaruh kerana perkembangan agama islam. Semakin banyak kawasan yang berkembang seperti Gersik, Sidadu, Tanjong Tokong,
30 31

Ibid. hlm 117. R. Atmodarminto, Babad Demak, dalam tefsir Sosial - Politik , Millennium Publisher, 2000. Hlm 38. 32 Ibid, hlm 39

Djepara, Demak, dan Bentan yang menganuti agama islam.33 Perkembangan daerah-daerah ini akhirnya tidak lagi mengiktiraf kerajaan Majapahit. Perkembangan agama islam ini semakin mencabar kedaulatan Majapahit kerana terbukti apabila tuntutan Majapait ke atas sebuah pelabuhan yakni pelabuhan Perlak yang terletak di hujung pulau di Utara Timur Laut berhampiran dengan Hujung Intan yang didiami secara majoriti telah memeluk islam dan tidak mengiktiraf lagi pelabuhan tersebut di bawah naungan Majapahit.34 Tuntutan yang dilakukan majapahit untuk mendapatkan pelabuhan tersebut yang diduduki oleh penganut-penganut agama Islam tidak berjaya namun sebalikya yang berlaku iaitu telah menentang kerajaan Majapahit. Perkara ini menunjukkan betapa lemahnya kerajaan Majapahit apabila tidak mampu untuk menyekat kemasukan islam ke daerah naunganya suatu ketika dahulu. Ini dibuktikan dengan kemunculan Demak sebagai kuasa islam yang pertama di pulau jawa yang telah berasa cukup kuat untuk melakukan serangan ke atas Majapahit. Pada tahun 1478 masihi pasukan tentera islam Demak telah melakukan serangan ke atas kota pemerintahan Majapahit yang menyebabkan kekalahan Majapahit.35 Peristiwa tersebut memburukan lagi kerajaan Majapahit apabila kawasan taklukanya di tetapkan dan diperkecilkan hanya disekitar jawa timur sahaja pada abad ke 15 masihi. Perkembangan agama islam di Jawa akhirnya mencabar kewibawaan agama Hindu yang dianuti oleh kerajaan Majapahit. Agama hindu mula hilang pengaruh di kalangan rakyat jelata kerana amalan kasta. Dalam agama hindu sistem kasta adalah amalan yang diwarisi oleh seseorang. Oleh itu, kerajaan di kalangan golongan bangsawan mempunyai kasta yang tinggi berbanding dengan golongan lain termasuk rakyatnya sendiri. Amalan ini

33 34

Muhammad Yamin, Gadjah Mada, Pahlawan Persatuan Nusantara. Hlm 86. Brian Harrison, Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1966. Hlm 58. 35 Ibid. hlm 66.

menyebabkan berlaku ketidakpuasanhati di kalangan golongan bawahan terhadap sistem ini. Dengan perkembangan islam yang disebarkan oleh para pedagang, maka ia mudah diterima oleh penduduk tempatan kerana ajaran yang terdapat dalam islam itu sangat mudah. Kerajaan Majapahit semangkin suram apabila terdapat golongan pemerintah majapahit telah memeluk islam, ini menandakan bahawa pengaruh agama hindu sudah hilang di kalangan pemerintah sendiri. Kemunculan Demak Kerajaan Majapahit hanya tinggal atas nama sahaja di Pulau Jawa pada tahun saka 1400 yang bersamaan dengan 1478 masihi apabila serangan dari Demak tidak dapat ditepis lagi oleh tentera Majapahit yang telah rapuh.36 Namun penyelidikan oleh para sejarawan menyatakan bahawa sebelum Demak menyerang Majapahit, ada kerajaan Hindu yang lain menyerang iaitu waris dari kerajan Kendiri (Daha). Girindrawardana bertangungjawab ke atas Majapahit apabila beliau menyerang pada tahun 1478 masihi yang mengakibatkan kematian Prabu Brawijaya di keraton.37 Namun serangan tersebut tidak memusnahkan kota Majapahit, tetapi tenteranya telah lemah, setelah itu barulah Demak menyerang Majapahhit dan memusnahkan kota Majapahit. Kerajaan Demak yang dietuai oleh Raden Fatah telah menewaskan pertahanan Majapahit, banyak faktor yang membawa kepada kemenangan Demak kepada Majapait selain serangan yang dilancarkan oleh kerajaan Hindu lain. Faktor-faktor yang membawa kepada kemenangan Demak adalah disebabkan oleh fungsi Demak dapat menguasai perdagangan di dua pelabuhan utama iaitu pelabuhan Japara dan gerisik.38 Dengan menguasai pelabuhan ini menyebabkan Demak menguasai kawasan dataran penanaman padi yang

36 37

Hasan Djafar, Girindrawarddhana Beberapa Masalah Majaphit Akhir . Hlm 91. R. Atmodarminto, Babad Demak, dalam tafsir social politik , Hlm 116 38 DGE Hall, Sejarah Asia Tenggara.Hlm 336.

terbentang luas di kawasan tersebut.Kekuasan kerajaan Demak diteruskan oleh waris Raden Fateh yakni Pati Yunus baliau tidak memerintah lama lalu digantikan oleh saudaranya iaitu Teranggana.cSemasa pemerintahan Teranggana Demak diambang kegemilangan dan telah mengunakan gelaran sultan.39 Kemunculan Demak sebagai empayar islam di tanah Jawa menyebabkan Majapahit semakin terhimpit dalam situasinya yang semakin kelam. Majapahit kini tidak mampu lagi mempertahankan kewibawaanya dari serangan luar. Semasa pemerintahan raja yang terkini Majapahit, yakni Raja Udara pada tahun 1518 masihi majapahit diserang oleh Dipati Yunus yang berkuasa di Demak yang meruntuhkan pusat Negara Majapahit.40 Perkara ini menunjukkan Majapahit tidak lagi berdaya untuk mempertahankan kerajaanya walaupun dari serangan kerajaan kecil yang tidak mempunyai tentera yang ramai, ini mengambarkan kemeosotan Majapahit yang tidak mampu dibantu lagi. Keruntuhan kerajaan Hindu di Jawa juga akibat dasar yang dilaksanakan oleh Demak yakni meluaskan pengaruh agama islam ke seluruh pulau Jawa. Pengganti Dipati Yunus yakni Teranggara telah meluaskan lagi empayar Demak ke seluruh pulau jawa. Perluasan empayar Demak juga banyak dibantu oleh para Ulama yang menjadi negarawan dan hulubalang kerajaan Demak. Hulubalang yang terkenal adalah Sunan Gunung Jati, beliau datang dari Pasai dan mengahwini saudara Teranggara setelah menunaikan Haji di kota Mekah.41 Beliau menjadi wakil pemerintah untuk meluaskan di persisir barat pulau Jawa. Semasa pelabuhan Ceribun dan Bantan di bawah pengaruh kerajaan-Buddha yang bernama Pajajaran. Beliau telah menguasai pelabuhan tersebut dari kerajaan Hindu. Hal ini menunjukkan peranan kerajaan Demak yang di bantu oleh hulubalang yang berkaliber manjadikan Kerajaan Hindu (Majapahit) tidak mampu bertahan lama apabila peranan yang
39 40

Ibid. hlm 337. Muhammad Yamin, Gadjah Mada, Pahlawan persatuan Nusantara. Hlm 88 41 DGE Hall, Sejarah Asia Tenggara.Hlm 337.

dimainkan oleh kerajaan islam Demak. Hal ini menunjukkan kemunculan kerajaan islam Demak di Pulau Jawa sendiri menjadi faktor keruntuhan kerajaan Majapahit. Kemunculan Demak Kemunculan Melaka pada tahun 1400 masihi juga antara faktor kepada kemerosotan dan keruntuhan kerajaan Majapahit di Jawa. Melaka yang diasaskan oleh waris dari raja Palembang iaitu Parameswara merupakan anak Sang Aji telah membebaskan diri dari lingkungan kerajaan Majapahit setelah beliau berkeyakinan akan dapat mewujudkan semula kerajaan Srivijaya apabila Majapahit mula jelas kelihatan kemerosotannya, beliau merupakan wakil kerajaan Majapahit untuk memerintah Palembang dan beliau adalah menantu kepada Hayam Wuruk.42 Parameswara yang telah melepaskan diri dari kekuasaan majapahit dengan melakukan penyucian diri yang dikenali sebagai abheseka . Melalui penyucian tersebut Paramiswara telah menggelarkan dirinya sebagai Sri Tri Buana yang membawa makna Maharaja Tiga Alam.43 Dengan itu tentera Majapahit menyerang beliau ketika di Palembang, Beliau melarikan diri ke Temasik (pulau Singapura) untuk mendapatkan perlindungan dari pemerintah temasik yang merupakan wakil kerajaan Ayudhiya di Thailand.44 Namun beliau akhirnya berpindah ke Muar apabila di serang oleh tentera Ayudhiya kerana beliau telah membunuh pemerintah Temasik ketika itu. Sampai di muara di Bertam lalu mendirikan kerajaan di sana.45 Setelah beberapa lama akhirnya Melaka telah muncul sebagai satu kerajaan yang unggul di selat Melaka. Ia terkenal sebagai pusat perdagangan kerana fungsinya sebagai pelabuhan entreport. Lebih mengukuhkan lagi kerajaan Melaka apabila hubungan dengan China termeterai, hal ini menyebabkan tiada kerajaan lain yang berani menyerang Melaka
42 43

Pengajian Malaysia, Sejarah Tanah Melayu , international Law Book servies, 2010.Hlm 9. Ibid. 44 Barbara Waston Andaya dan Leonard Y. Andaya, sejarah melaysia, Edisi Bahasa Melayu, Macmillan Pableshers (M) Sdn Bhd, kuala Lumpur, 1988. Hlm 38. 45 Ibid

ketika itu termasuklah Majapahit. Kunjungan wakil Maharaja Yung-Lo ke Melaka pada tahun 1404 masihi mengukuhkan kedudukan Melaka apabila kuasa besar yang terdapat di Asia terutamanya Siam ketika itu yang meluaskan kekuasaannya ke Tanah Melayu diberi amaran agar tidak menganggu kerajaan Melaka.46 Perkara ini menandakan bahawa ketika ini kerajaan Majapahit telah hilang pengaruh di Selat Melaka dalam kegiatan perdagangan. Melaka yang terkenal dengan pelabuhan entrepotnya menyebabkan ekonomi Majapahit sudah merundum kerana pelabuhan yang dibawah kekuasaan Majapahit tidak lagi menjadi perhatian oleh para peniaga setelah banyak peniaga telah tertumpu ke Melaka. Kerajaan Melaka bertambah kukuh lagi apabila kerajaan Melaka ketika itu memeluk agama islam dengan mengunakan gelaran Sulatan Iskandar Shah. Perkara ini menyebabkan Melaka muncul sebagai pusat penyebaran agama islam dan pusat intelektual di selat Melaka. Akhirnya Majapahit sendiri mengakui kerajaan Melaka, hal ini menandakan Majapahit tidak lagi berdaya mempertahankan kedudukannya sebagai satu empayar kuat di selat Melaka. Majapahit yang telah berdamai dengan Melaka melalui perjanjian pada tahun 1518 masihi menandakan kerajaan Majapahit telah mengiktiraf kerajaan Melaka sebagai satu kuasa baru yang terletak di Selat Melaka. perkara ini mengambarkan kelemahan kerajaan Majapahit sehingga terpaksa melakukan perjanjian dengan kerajaan baru yang dulunya dibawah naungan Majapahit pada suatu ketika dahulu. Bencana Alam Sehubungan dengan itu faktor yang membawa kepada kemerosotan dan keruntuhan Majapahit adalah disebabkan oleh faktor alam semulajadi. Proses alam semulajadi menyebabkan bencana besar kepada kerajaan Majapahit. Digambarkan dalam bahawa telah berlaku gempa bumi yang berlaku pada tahun saka paksa dalam gaganahut bulan 1362
46

Ibid. hlm 48.

bersamaan dengan 1440 masihi.47 Namun selepas beberapa tahun kejadian yang sama berlaku, iaitu selepas kematian Bhra Panjang. Digambarkan terjadinya gunung yang runtuh berlaku dalam tahun saka welut 1373 bersamaan 1451 tuhun masihi.48 Kejadian alam semulajadi ini mengancam kerajaan Majapahit kerana membawa banyak bencana. Kejadian letusan gunung berapi seperti yang dicatatkan telah berlaku pada tahun saka kayambarasagareku 1403.49 Ini jelas mengambarkan keadaan alam semula jadi yang mengancam Majapahit. Dicatit juga keadaan yang berlaku di penghujung pemerintahan Suhita, telah berlaku beberapa kali letusan gunung berapi.50 Perkara ini jika diselidik melalui ilmu geologi pusat pemerintahan kerajaan majapahit termasuk dalam lingkaran api pasifik. Bencana alam berlaku kerana proses yang berlaku terhadap geologi kerak bumi secara semulajadi. Kejadian gempa bumi dan gunung berapai secara automatiknya akan membawa malapetaka yang besar kerana kesan letusan gunung berapi itu sendiri. Ini jelas menunjukkan bahawa bencana alam turut mempengaruhi kemerosotan dan keruntuhan kerajaan Majapahit sesudah pemerintahan Hayam Wuruk. Bencana alam ini menjadi ancaman besar kepada ekonomi dan kepercayaan masyarakat terhadap kerajaan Majapahit ketika ini. Dari segi ekonomi bencana alam seperti gunung berapi dan gempa bumi yang dilakarkan telah berlaku menyebabkan semua kegiatan penduduk terancam. Selain nyawa meraka terancam kegiatan harian mereka juga terganggu, Letusan gunung berapi yang mengeluarkan banyak debu dan abus panas memusnahkan semua tenaman penduduk tempatan, hal ini menyebabkan ekonomi kerajaan majapahit merosot disamping tiada pedagang datang melawat pelabuhan majapahit.

47 48

Drs R. Pitono Hardjowardojo, Pararaton. Hlm 58 Ibid 49 Ibid. hlm 59. 50 Prof HM Yamin, Tatanegara Majapahit. Hlm 66.

Dari segi kepercayaan rakyat pula, apabila berlaku bencana terhadap kawasan pemerintahan seorang raja maka raja berkenanan telah hilang kewibawaan untuk memerintah dan akan digantikan oleh raja lain. Maka melalui keparcayaan tersebut rakyat tempatan mula tidak mengiktiraf kerajaan kerajaan Majapahit sehinggakan berkurangnya penduduk kerajaan Majapahit ini dibuktikan dengan lemahnya sistem pertahanan kerajaan Majapahit akibat kekurangan angota tentera sehingga tidak mampu menepis serangan dari kerajaan kecil yang baru muncul di sekitar Jawa sendiri. Kesimpulannya Kesimpulannya, kelemahan pemerintahan raja-raja sesudah Hayam Wuruk pada 1369 masihi merupakan faktor utama membawa kepada kemerosotan dan keruntuhan kerajaan majapahit. Kelemahan kerajaan untuk mengembangkan dan mempertahankan empayar Majapahit menyebabkan keluasan empayar Majapahit semakin mengecil. Perkara ini menandakan majapahit yang tinggal nama sahaja selepas itu. Majapahit hanya tinggal nama dalam keagungan empayarnya kerana seratus tahun selepas Hayam Wuruk kerajaan Majapahit tidak pernah lagi mengembangkan kerajaannya namun sebaliknya berlaku, iaitu kerajaan terus jatuh dan jatuh sehinggalah kehancurnya ke tangan demak. Melalui kelemahan kerajaan Majapahit menyebabkan wilayah-wilayah naungan majapahit membebaskan diri dan lebih menyedihkan lagi apabila wilayah naugan Majapahit sendiri yang memusnahnya bukan dari kerajaan luar seperti Thailand. Perkara ini menunjukkan betapa rapuhnya kerajaan Majapahit setelah mencapai zaman keemasanya. Disokong oleh faktor-faktor lain yang membawa kepada kemusnahan Majapahit seperti pergolakan politik dan perang saudara. Malalui peperangan sesama kerajaan menyebabkan wujudnya kerajaan baru, kerana disebalik kesibukan dalam perang saudara, ia memberi ruang kepada negeri naungan bagi mengukuhkan kedudukanya ini dibuktikan dengan pembebasan Palembang dari kekuasaan majapahit. Pemerintah Palembang ketika itu Parameswara telah berkeyakinan untuk

menbebaskan diri kerana majapahit tidak lagi berkuasa ke atas negeri beliau.sehinggalah citacita beliau tercapai setelah perpindahannya ke Melaka pada abad ke 15 masihi. Islam yang dibawa masuk oleh pedagang dari luar menjadikan agama hindu mulai pudar dari kalangan penduduk tempatan. Perkembangan islam yang tak mampu disekat oleh kerajaan Majapahit menyababkan agama hindu hilang di bumi Jawa buat selama-lamanya. Selain itu faktor yang membawa keruntuhan majapahit disebabkan oleh faktor alam persekitaran sendiri. Disamping perubahan dasar luar china juga yang mula regang hubungan dengan majapahit menjadi penyebabkan kemorosotan majapahit. Kerajaan china telah mengiktiraf Melaka sebagai satu kuasa di selat Melaka dan memberi perlindungan politik di asia tenggara. Maka dengan itu majapahit tidak menjadi perhatian maharaja cina apabila Melaka menjadi pusat entrepot di asia tenggara. Perkara ini jelas menunjukkan faktor dalaman yang di sokong oleh faktor luaran menyebabkan kemerosotan dan keruntuhan kerajaan majapahit yang berakhir pada tahun 1526 masihi dan merupakan kerajaan hindu yang terkini.

BIBLIOGRAFI 1. Dr R. Pitono Hardjowardojo, Pararaton, Bhratara Jakarta, 1965. 2. Hall DGE, Sejarah Asia Tenggara , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1979. 3. H. Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jajasan Prapantja Jakarta, 4. Hasan Djafar, Girindrawarddhana Beberapa Masalah Majaphit Akhir, Yayasan Dana Pendidikan Buddha Nalanda, Jakarta, 1978. 5. Harrison Brian, Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1966. 6. Muhammad Yamin, Gadjah Mada, Pahlawan Persatuan Nusantara , cetakan ketujuh, PN Balai Pustaka Jakarta, 1972 7. Marwati Djoened Poesponegoro, Sejarah Nusantara Indonesia, jilid II, Jakarta, 1984. . 8. Pengajian Malaysia, Sejarah Tanah Melayu, International Law Book Series, 2010. 9. R. Atmodarminto, Babad Demak, dalam tefsir Sosial - Politik , Millennium Publisher, 2000 10. Waston Barbara Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia , Edisi Bahasa Melayu, Macmillan Publishers (M) Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1988.

You might also like