You are on page 1of 9

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Proses perkembangan dan pertumbuhan berlaku dalam keadaan yang saling berkait

dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kualiti mahupun kuantitit. Keseluruhan perubahan ini disebut sebagai penyuburan. Konsep pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kognitif (dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain contohnya seperti ketinggian dan berat badan seseorang dan juga perubahan dalam struktur dan fungsi seperti otot-otot saraf dan kalenjar. Manakala konsep perkembangan membawa maksud suatu perubahan yang bersifat kualitatif atau suatu proses yang melibatkan individu mencapai tahap kematangan contohnya kemampuan seseorang menyebut perkataan mengikut peringkat umur dan juga seseorang yang cenderung kearah yang lebih baik dari segi pemikiran, kerohanian, moral dan sosial.

Teori perkembangan manusia Kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah berbeza antara setiap individu, ini adalah disebabkan oleh pengaruh persekitaran dan baka. Berdasarkan faktor baka, corak perkembangan kanak-kanak diwarisi sejak kecil dan dikawal oleh kod genetik daripada kedua ibubapa. Manakala faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak adalah termasuk latar belakang keluarga, kesihatan dan pemakanan, amalan asuhan kanak-kanak, status sosio-ekonomi serta persekitaran sekolah.

Teori Perkembangan Arnold Gessell Menurut Gessell, faktor baka merupakan penggerak utama terhadap

perkembangan individu. Perkembangan menurutnya berlaku secara dalaman dan mengikut pola serata urutan tertentu yang dikawal oleh kematangan. Oleh kerana perkembangan kanak-kanak ini sudah ditentukan oleh pola, maka tingkah laku kanak-kanak adalah senang untuk diramal. Gessell juga mengutarakan bahawa setiap individu adalah unik dan seharusnya dihormati. Dengan ini kanakkaka mestilah dibenarkan berkembang mengikut tahap perkembangan di mana setiap kanak-kanak itu mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri. Menurut teori perkembangan Arnold Gesell seseorang individu mampu berkembang mengikut tahap umur dari satu peringkat kesatu peringkat mengikut kadar perkembangan sendiri tanpa ada paksaan untuk mencapai perkembangan tersebut. Ini kerana menurut Gesell proses perkembangan individu adalah dikawal oleh kematangan atau fisiologi, selagi kematangan fisiologi tidak dicapai apa saja yang dilakukan tidak akan berjaya. Oleh yang demikian itu, seseorang guru memainkan peranan yang penting dalam membantu murid mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum dan memahami bahawa setiap murid perlu dibenarkan berkembang atau melakukan sesuatu mengikut kadar perkembangan mereka sendiri. Sehubungan itu untuk membantu murid mencapai tahap perkembangan ynag optimum, guru mestilah mengetahui tahap perkembangan murid dan menghormati keupayaan dan keunikan setiap murid. Guru juga dengan tahap perkembangan dan kematangannya. tidak boleh terlalu mendesak murid meakukan aktiviti yang sukar dan tidak bersesuaian

Guru juga harus mengetahui perkembangan yang menyuluruh setiap murid, Dengan pengetahuan ini, barulah guru dapat menyediakan aktiviti dan program yang berkesan untuk para pelajar seterusnya meningkatkan keyakinan kanak- kanak ke arah yang lebih progresif. Sikap guru yang prihatin ini akan dapat membantu murid mencapai tahap perkembangan dan pertumbuhan yang optimum .

Teori Perkembangan Robert Havighust Havighust telah menggariskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah berpaksikan persekitaran. kepada teori sosio budaya dan antrapologi. Beliau juga menegaskan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor Nilai dan institusi setiap sosio budaya ini akan melahirkan personaliti yang berbeza antara setiap individu. Havighust juga telah memperkenalkan tugas perkembangan yang

merujuk kepada sesuatu tugas bermula dari awal kelahiran sampailah ke usia remaja.Menurutnya setiap individu akan melalui perkembangan tugasan ini . Apabila berjaya melakukan tugasan ini kanak-kanak akan berasa gembira dan sebaliknya apabila menemui kegagalan. Teori perkembangan yang dikemumukan ini amat penting untuk membantu meningkatkan tahap perkembangan dan pertumbuhan murid ke tahap yang optimum kerana melalui perkembangan tugasan Havighust ini guru dapat menyediakan objektif yang sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk membantu pelajar kearah tahap perkembangan yang optimum. Guru juga haruslah menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat kanak-kanak seperti pada usia kanak-kanak murid ( 6-12 tahun) murid lebih berminat pada aktiviti yang berbentuk permainan, lakonan

dan lain-lain aktiviti ynag dapat membentuk kreativiti. Dengan aktiviti sebegini murid akan bergerak ke arah perkembangan dan pertumbuhan yang optimum.

KESIMPULAN Manusia dilahirkan dengan sifat semulajadi yang baik dan diibaratkan sebagai kain putih yang boleh dicorakkan mengikut kehendak pemiliknya. Oleh itu masing- masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan berhak untuk di kembangkan potensinya ke arah yang optima dan terus maju. Tahap perkembangan setiap individu adalah berbeza dari pelbagai sudut seperti fizikal, kognitif, emosi dan sosial walaupun masing-masing melalui pertumbuhan yang sama. Setiap individu boleh dikembangkan potensinya mengikut kebolehan dan basebagaimana yang dinyatakan oleh Howard Gardner, manusia mempunyai lapan jenis kecerdasan yang boleh dipertingkatkan iaitu kecerdasan verbal, logical, spatial, muzikal kinestatik, intrapersonal, interpersonal, dan perkembangan murid . Untuk membantu murid mencapai tahap perkembangan dan dan naturalis. Bagaimanapun terdapat juga factor-faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhan peringkat

pertumbuhan yang optimum, guru haruslah menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keupayaan dan kebolehan murid. Apabila guru mengetahui dan mengenali keupayaan murid, beliau dapat mengaplikasi pelbagai kecerdasan dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat boleh meningkatkan keyakinan pelajar seterusnya mengembangkan potensi diri ke

arah perkembangan dan pertumbuhan yang optima. Umpamanya, guru

melibatkan murid yang tergolong dalam kecerdasan logikal dengan aktiviti yang bercorak eksperimen untuk menguji idea-idea mereka di samping menyediakan

ruang dan peralatan yang berkaitan untuk membangunkan kekuatan dan keupayaan murid. Penglibatan mengikut tahap kecerdasan ini dapat melahirkan pelajar tersendiri. Apabila keperluan setiap

yang berjaya mengikut kebolehannya

kepelbagaian kecerdasan ini dipenuhi dan dipraktikkan, murid akan bergerak ke tahap perkembangan dan pertumbuhan yang optimum. Rasionalnya, manusia adalah makhluk yang amat unik dan amat tahap pertumbuhan dan perkembangannya.

berpotensi untuk dikembangkan

Sehubungan itu, apabila semua keperluan dan kepentingan dipenuhi ia akan berkembang dengan baik. Seterusnya menunjukkan keupayaan dan potensinya sebagai warga yang berguna untuk masyarakat, bangsa dan agama.

KAEDAH-KAEDAH YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEWUJUDKAN IKLIM BILIK DARJAH YANG KONDUSIF Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan mewujudkan suasana yang kondusif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Yang dimaksudkan dengan suasana yang kondusif ialah rutin bilik darjah berjalan dengan lancar (bilik darjah bersih dan ceria, susun atur perabot tersusun dan kemas), disiplin kelas terkawal, peggunaan bahan atau sumber pengajaran dengan baik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan terkawal. Salah satu ciri guru yang baik dan efektif ialah guru yang berjaya mengurus bilik darjah dengan baik. Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah adalah berasaskan kepada empat eleman pengurusan iaitu merancang ( guru sebagai perancang ), mengelola ( guru sebagai pengelola), mengarah ( guru sebagai pengarah ) dan mengawal ( guru sebagai pengawal ).

Guru Sebagai Perancang Di dalam bilik darjah, guru berperanan penting sebagai perancang bagi menggerakkan suasana bilik darjah yang kondusif. Guru perlu melihat dari aspek rutin harian, kutipan yuran, kehadiran dan lain-lain. Namun perkara penting adalah yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah melibatkan tujuh perkara : Objektif Bahan atau sumber Stategi/pendekatan/teknik Pemeringkatan isi Aktiviti Kemudahan dan susunan fizikal kelas Penilaian

Guru Sebagai Pensyarah Guru mestilah bertindak sebagai pensyarah dan menjadi pengarah kepada pelajar-pelajarnya : Menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti

berbincang (membentuk kumpulan, membuat laporan), menjawab soalan, mendengar, membaca, mengira dan menulis, serta membuat latihan. Menjalankan rutin harian bilik darjah seperti membersihkan kelas dan mengatur barang yang ada. Mematuhi peraturan dan disiplin keluar masuk kelas, berbaris, ucap selamat, dan lain-lain lagi.

Guru Sebagai Pengawal Guru mengawal beberapa perkara bagi memastikan kelas sentiasa berada dalam suasana yang kondusif. Mereka akan mengawal : Mengawal aktiviti pengajaran dan pembelajaran. a. mengawal pelajar membuat demontrasi atau uji kaji supaya mengikut prosedur uji kaji yang sebenar. b. mengawal pelajar membuat kerja pertukangan. c. Mengawal pelajar dalam aktiviti berkumpulan. d. Mengawal perbincangan supaya tidak menyeleweng daripada tajuk yang dibincang. e. Mengawal pergerakan pelajar. f. Mengawal perhatian pelajar melalui kedudukan guru, mimik muka, nada suara dan lain-lain lagi. Mengawal peraturan dan adab. Guru perlulah mengawal tingkah laku pelajar supaya tidak bertentangan dengan peraturan sekolah amnya dan peraturan bilik darjah khususnya. Kawalan tingkah laku bukan bergantung pada dendaan sahaja. Malah ia juga terletak pada cara guru mendekati pelajar. Namun guru perlulah tegas dan adil. Setelah peranan guru telah jelas dan dapat di aplikasikan, maka kita lihat pula bilik darjah yang boleh memberikan suasana yang kondusif untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan baik. Terdapat beberapa jenis bilik darjah berdasarkan ciri dan fungsinya seperti bilik darjah tradisi, bilik darjah terbuka, bilik darjah bercantum, bilik darjah prasekolah, bilik darjah KBSR/KBSM, bilik darjah multimedia, bilik darjah khas

mata pelajaran. Semua ini perlulah di satukan dalam mengikut keadaan agar pembelajaran dan pengajaran dapat di lakukan dengan kondusif.

RUJUKAN En. Ah Meng, (1996) Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan (semester1) Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. En. Ah Meng, (1994) Psikologi Dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Dr Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, Shahabuddin Hashim. PEDAGOGI : STRATEGI DAN TEKNIK MENGAJAR DENGAN BERKESAN. Kuala Lumpur. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

You might also like