You are on page 1of 23

Membina Kepimpinan Dan Kecemerlangan Dalam Diri

Pengenalan Kepada Penganalisaan Tulisan Oleh: Khadijah Ibrahim

Tahukah anda .

Terdapat 6,799,100,000, manusia di dunia ini dan semuanya dilahirkan cemerlang.

Jadi Mengapa Kita Berbeza?


Kita menjadi berbeza disebabkan apa yang kita lakukan dan tidak lakukan setiap hari. Apa yang anda miliki hari ini adalah hasil daripada tindakan anda dimasa lepas.

Bagaimana Untuk Menjadi Yang Terbaik?


Belajar mengenali diri sendiri. Mengetahui kelemahan dan kelebihan diri. Mengakui kelemahan diri anda. Membuat perancangan bagaimana untuk memperbaiki diri dan mempertingkatkan kelemahan diri. Melakukan apa yang telah dirancang sehingga berjaya. Sentiasa membuat penilaian sama ada apa yang dilakukan itu betul dan perlu atau perlu diubah dalam usaha anda memperbaiki diri. Memahami bahawa kepimpinan itu adalah suatu kebolehan yang boleh dipelajari.

Bagaimana Untuk Mengenali Diri Anda?


Menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan berguru. Mendengar maklumbalas daripada mereka yang disekeliling anda terutamanya tentang sifat-sifat anda yang negatif. Belajar melihat hasil daripada perkara-perkara yang anda lakukan atau tidak lakukan sama ada positif mahupun negatif. Memahami sifat-sifat anda yang ditunjukkan oleh tulisan anda sama ada sifat yang positif mahupun yang negatif.

Memahami sifat anda melalui tulisan


Tulisan anda boleh menunjukkan tentang sifat-sifat anda yang sebenarnya. Ini adalah kerana tulisan anda terhasil bukan sahaja daripada tangan anda tetapi juga daripada otak, minda separa sedar, minda sedar, otak, saraf, perasaan dan keadaan sekeliling. Tulisan tangan juga dinamakan tulisan otak kerana ia terhasil daripada bahagian otak yang mengawal pertuturan kita.

Apa Yang Tulisan Anda Boleh Pamerkan


Tulisan anda boleh disamakan dengan gambar X-ray yang akan mendedahkan tentang sifat-sifat anda seperti citarasa, keinginan, cara pemikiran, tahap kematangan, kebolehan bekerja, kecendurungan minat anda dan sebagainya. Contohnya, sifat yang anda boleh lihat daripada tulisan ialah suka menangguhkan pekerjaan. Memang kadang-kadang anda perlu menangguhkan sesuatu pekerjaan tetapi sekiranya ia menjadi suatu kebiasaan; sifat ini hanya akan mendatangkan kemudharatan atau kerugian kepada diri anda.

Sifat Suka Menangguhkan Pekerjaan


Memang kadang-kadang anda perlu menangguhkan sesuatu pekerjaan tetapi sekiranya ia menjadi suatu kebiasaan; sifat ini hanya akan mendatangkan kemudharatan atau kerugian kepada diri anda. Sifat suka menangguhkan pekerjaan ini adalah suatu sifat yang merugikan diri sendiri, majikan dan juga mereka yang disekeliling anda.

Sifat Suka Menangguhkan Pekerjaan


Contohnya, anda sepatutnya layak mendapat kenaikan pangkat tahun ini tetapi disebabkan anda suka menangguhkan pekerjaan yang sepatutnya anda lakukan yang menyebabkan banyak kerja anda terbengkalai maka ketua jabatan anda telah memberikan kelayakan tersebut kepada orang lain. Walaupun anda mempunyai sifat-sifat positif, dengan adanya sifat suka menangguhkan pekerjaan; ia akan menghalang anda daripada mencapai cita-cita anda dan menempa kejayaan.

Bagaimana melihat sifat suka bertangguh di dalam tulisan anda?


Sifat suka bertangguh ditunjukkan oleh huruf t. Palang t ditulis banyak ke sebelah kiri batang t.
Palang t

Batang t

Sifat Suka Menangguhkan Pekerjaan

Sifat Suka Menangguhkan Pekerjaan


Sekiranya 5 10 % (daripada keseluruhan satu mukasurat tulisan) menunjukkan palang t yang ditulis ke sebelah kiri batang t maka si penulis ada memikirkan untuk menangguhkan pekerjaan. Tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dan dorongan, beliau akan melakukan pekerjaan tersebut sehingga selesai dalam masa yang ditetapkan. Sekiranya 50% ke atas (atau kesemua t) palang t ditulis ke sebelah kiri batang t maka si penulis akan menangguhkan semua pekerjaan terutamanya pekerjaan yang sukar atau yang tidak disukainya. Sekiranya ditambah pula dengan si penulis mempunyai sifat memandang rendah pada kebolehan sendiri dan mempunyai pemikiran secara kumulatif, si penulis boleh dikategorikan sebagai malas.

Bagaimana Untuk Membuang Sifat Suka Menangguh Pekerjaan?


1. Hendaklah menyedari dan mengakui anda memiliki sifat ini. 2. Amalkan membuat senarai perancangan apa yang perlu dilakukan pada hari esok sebelum anda masuk tidur pada malam sebelumnya. 3. Mula melakukan apa yang ada di dalam senarai anda pada awal pagi lagi. 4. Lakukan perkara yang paling sukar atau yang paling anda tidak sukai dahulu. 5. Minta bantuan orang lain terutamanya orang yang anda hormati untuk memantau sama ada anda mengikut senarai perancangan anda atau tidak. 6. Mengubah tulisan anda.

Contoh Sifat Lain Yang Boleh Dilihat Melalui Tulisan


Terdapat dua perkara yang biasanya kita ingin mengetahui tentang orang lain:
1. 2. Bagaimana saya mengetahui dia menyukai saya? Bagaimana saya mengetahui dia seorang yang jujur?

Mari kita lihat perkara kedua di atas iaitu tentang kejujuran. Sifat ketidakjujuran juga adalah satu sifat yang boleh menghalang anda daripada mencapai apa yang anda inginkan.

Ketidakjujuran
Menurut kajian terdapat 40 jenis bentuk tulisan yang boleh menunjukkan tentang ketidakjujuran. Hari ini saya akan menunjukkan satu bentuk tulisan yang menunjukkan ketidakjujuran iaitu sifat suka berbohong. Saya akan menunjukkan sifat suka berbohong dalam satu bentuk huruf yang paling mudah dilihat. Oleh kerana sifat berbohong ini adalah suatu bentuk komunikasi maka ia boleh dilihat pada zon hari ini tulisan anda.

Sifat Suka Berbohong


Pernahkah anda berbohong walau sekali dalam hidup anda? Pernahkan anda berbohong sunat? Seseorang itu akan berbohong untuk menyelamatkan diri, menjaga hati, mengelakkan konflik atau mendapat apa yang diinginkan. Berbohong itu adalah suatu sifat yang perlu dielakkan kerana apabila seseorang itu berbohong ia akan terus berbohong untuk menutup pembohongannya yang pertama yang mana akhirnya ia menjadi suatu sifat yang akan memudharatkan diri sendiri dan orang lain.

Sifat Suka Berbohong Di Dalam Tulisan


Sifat suka berbohong boleh lihat di dalam huruf o. Terdapat lengkungan dibentuk di dalam huruf o seperti contoh di bawah:

Contoh Sifat Berbohong Dilihat Di Dalam Tulisan

Sifat Suka Berbohong


Sekiranya terdapat satu sahaja huruf o yang mempunyai dua lengkungan di dalam satu mukasurat contoh tulisan, ini bermakna si penulis bukanlah seorang pembohong tetapi mungkin ia tidak bercakap benar tentang sesuatu perkara pada ketika itu. Sekiranya setiap huruf o dalam satu mukasurat contoh tulisan mempunyai dua lengkungan di dalamnya, maka anda hendaklah berhati-hati dengan si penulis. Sekiranya boleh, maka tidak payahlah anda berurusan dengan si penulis.

Kesimpulan
Untuk menjadi seorang yang cemerlang sekaligus menjadi pemimpin yang baik, anda hendaklah mengenali diri sendiri dan mereka yang disekeliling anda. Apabila anda telah mengenali diri sendiri dengan mendalam, anda akan dapat memperbaiki diri dimana yang perlu yang akhirnya dapat membantu anda mencapai cita-cita dan menjadi insan cemerlang. Penganalisaan tulisan adalah suatu alat yang baik yang boleh digunakan untuk mengenal diri sendiri, mengenali orang lain dan ia juga boleh digunakan di dalam pelbagai bidang contohnya dalam membantu proses pengambilan pekerja baru.

Untuk Mendapat Keterangan Lanjut


Sila layari laman web saya di: http://www.amazingwriting.com Or emel saya ke alamat: kinetic_0102@yahoo.com or khadijah@amazingwriting.com Or menghubungi saya di 012-7260509

Anda Juga Boleh Mendapat Informasi Melalui Buku Saya:

Sekian, moga bertemu lagi, insyaallah


TERIMA KASIH.

You might also like