You are on page 1of 23

TEKNIK MENJAWAB KERTAS PENULISAN UPSR

Oleh : Cikgu Fizah, SK Setiawangsa, Kuala Lumpur

TIGA BAHAGIAN YANG WAJIB DIJAWAB

BAHAGIAN A -MEMBINA LIMA AYAT BERDASARKAN GAMBAR -- 10 MARKAH - MASA :15 MINIT

BAHAGIAN C - MENULIS LIMA NILAI DALAM SATU PERENGGAN - 20 MARKAH - MASA : 20 MINIT

BAHAGIAN B -TIGA SOALAN ( JAWAB SATU SOALAN SAHAJA) - 30 MARKAH - MASA : 40 MINIT

BAHAGIAN A
1. Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan - Baca soalan dan fahami arahannya. - Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang diberi.

2. Kenal pasti aktiviti atau kata kerja dalam gambar. - Bulatkan gambar yang menunjukkan aktiviti / kata kerja / perbuatan

3.Teliti Bahan - Teliti gambar yang terdapat dalam soalan - Kenal pasti tema / tajuk yang diberi - Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam soalan - Tulis aktiviti- aktiviti yang ada pada gambar

4. Membina Ayat - Bina lima ayat (nomborkan 1-5). - Bina ayat-ayat tentang maklumat tersurat. - Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada maklumat yang ada pada bahan grafik. - Boleh menamakan watak. - Susun ayat mengikut keutamaan isi.

5. Menyemak Semula - Semak dengan membaca semula ayat. - Tulisan anda hendaklah jelas dan kemas.

CONTOH 1. Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan akitiviti dalam gambar di bawah.

1 4 2 3

WATAK

AKTIVITI

KETERANGAN Kenapa? sebab Di mana? tempat Apa? alat yang digunakan

Dua orang murid


Aminah Seorang murid Fatimah Siti

menggantung

langsir tingkap yang baru.

menyapu sampah menampal nota mencuci tingkap menyusun kerusi dan meja

supaya kelas menjadi bersih. di bahagian hadapan kelas. menggunakan sehelai kain. supaya kemas dan teratur.

CONTOH 2. Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan akitiviti dalam gambar di bawah. 1 4 5

1. _________________ menghulurkan ___________ kepada _____________________________ 2. Puan Ani _____________ wang daripada dompetnya untuk ______________________________ 3. __________________ memerhatikan ________________ yang sedang _____________________ 4. Encik Ali _____________ sebiji _______________ menggunakan __________________________ 5. _______________________________________________________________________________

CONTOH 3. Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan akitiviti dalam gambar di bawah

1
2

5 WATAK AKTIVITI KETERANGAN ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

CONTOH JAWAPAN 3. Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan akitiviti dalam gambar di bawah 1. Seorang murid lelaki membuang sampah ke dalam sebuah tong sampah.

2. Abu makan di meja kantin pada waktu rehat bersama rakan-rakannya.

3. Murid-murid beratur di kantin untuk membeli makanan pada waktu rehat.

4. Stacy membeli makanan pada waktu rehat di sekolahnya.

5. Mila berjalan sambil membawa makanan menuju ke arah meja makan.

PANDUAN MENJAWAB BAHAGIAN C


Pengenalan Calon diminta untuk membuat rumusan berdasarkan bahan yang diberikan dalam bahagian ini. Calon ada diberikan rangsangan atau situasi dalam bentuk petikan, puisi, rencana dan sebagainya. Calon diminta untuk membuat rumusan dalam lingkungan 50 perkataan. Perkara yang perlu dicari daripada petikan ialah seperti Nilai Murni, Amalan Baik, Faedah dan juga Pengajaran daripada rangsangan atau situasi yang diberikan tadi.

LANGKAH-LANGKAH MENJAWAB BAHAGIAN C

1. Baca arahan dan petikan yang diberi dengan teliti 2. Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan nilai murni, amalan baik, faedah atau pengajaran.

3. Kenal pasti nilai / pengajaran yang terdapat dalam ayat yang telah digariskan.
4. Tulis semula nilai murni / pengajaran / amalan baik dengan memberi huraian berdasarkan ayat yang terdapat dalam petikan. 5. Tulis jawapan nilai / pengajaran / amalan baik beserta huraian dalam SATU PERENGGAN.

Contoh Soalan.

Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh dalam petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Hassan dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Ketika itu, dia terlihat seorang buta cuba hendak melintas jalan. Tanpa membuang masa, Hassan segera memimpin orang buta itu melintas jalan . Kemudian, Hassan ke seberang jalan untuk menaiki bas. Semasa hendak menaiki bas, Hassan rela beratur di belakang . Hal ini kerana dia mahu memberi laluan kepada orang dewasa naik dahulu. Kemudian, barulah dia menaiki bas itu. Ketika berada di dalam bas, Hassan melihat seorang ibu tua berdiri terhuyung-hayang. Hassan kasihan melihat ibu tua itu lalu memberikan tempat duduknya . Ibu tua itu amat berbesar hati lantas mengucapkan terima kasih kepada Hassan.

Contoh Soalan 1.

Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh dalam petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Hassan dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Ketika itu, dia terlihat seorang buta cuba hendak melintas jalan. Tanpa membuang masa, Hassan segera memimpin orang buta itu melintas jalan (1). Kemudian, Hassan ke seberang jalan untuk menaiki bas. Semasa hendak menaiki bas, Hassan rela beratur di belakang (2). Hal ini kerana dia mahu memberi laluan kepada orang dewasa (3) naik dahulu. Kemudian, barulah dia menaiki bas itu. Ketika berada di dalam bas, Hassan melihat seorang ibu tua berdiri terhuyung-hayang. Hassan kasihan melihat ibu tua itu lalu memberikan tempat duduknya (4). Ibu tua itu amat berbesar hati lantas mengucapkan terima kasih kepada Hassan.(5)

Nilai prihatin penyabar / berdisiplin menghormati belas kasihan / baik hati menghargai jasa

Keterangan memimpin / membantu orang buta melintas jalan rela beratur di belakang memberi laluan kepada orang dewasa memberikan tempat duduknya mengucapkan terima kasih

TULISKAN JAWAPAN NILAI YANG LENGKAP DENGAN MENGGUNAKAN KATA PEMERI BERIKUT :

M mestilah Contoh jawapan.

H hendaklah

H haruslah

P perlulah

P patutlah

Antara nilai yang diperoleh ialah kita mestilah prihatin terhadap orang buta yang hendak melintas jalan. Kita hendaklah berdisiplin dengan beratur ketika menaiki bas. Kita haruslah menghormati orang dewasa dengan memberikan laluan kepada mereka. Kita perlulah mempunyai sikap baik hati kepada ibu tua yang memerlukan tempat duduk. Kita patutlah menghargai jasa dengan mengucapkan terima kasih.

Contoh jawapan yang mantap.


Antara nilai yang diperoleh ialah kita mestilah prihatin terhadap orang buta dengan membantunya melintas jalan. Selain itu, kita hendaklah berdisiplin dengan beratur ketika menaiki bas . Seterusnya, kita haruslah menghormati orang dewasa dengan memberikan laluan kepada mereka untuk menaiki bas terlebih dahulu. Di samping itu, kita perlulah mempunyai sikap baik hati kepada ibu tua yang memerlukan tempat duduk seperti memberikan tempat duduk kepadanya. Akhir sekali, kita patutlah menghargai jasa dengan mengucapkan terima kasih kepada orang telah berbuat jasa kepada kita.

PENGGUNAAN PENANDA WACANA A S S D A

Antara

Selain itu

Seterusnya

Di samping itu

Akhir sekali

Contoh Soalan 2. Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh dalam petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Sebaik sahaja tiba di tapak perkhemahan, Azman segera memasang khemah. Azim pula menguruskan aktiviti masakan. Kerja-kerja ini dilakukan dengan tolong-menolong sesama mereka. Tengah hari itu, semua anggota pengakap menjamu selera bersama-sama. Masing-masing makan dengan tenang walaupun tidak seselesa makan di rumah. Setelah makan, mereka membasuh pinggan masing-masing. Kemudian, mereka menunaikan solat Zuhur di suatu kawasan lapang. Tepat pukul 2.30 petang, mereka memulakan sesi kembara kendalian pihak pengurusan taman itu. Laluan kembara ini amat mencabar. Namun begitu, mereka tidka merungut dan sentiasa mengikut arahan jurulatih taman itu. Akhirnya, mereka tiba lebih awal daripada yang dijangkakan.

_____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

Contoh Soalan 2.

Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh dalam petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Sebaik sahaja tiba di tapak perkhemahan, Azman segera memasang khemah. Azim pula menguruskan aktiviti masakan. Kerja-kerja ini dilakukan dengan 1.tolong-menolong (bekerjasama) sesama mereka. Tengah hari itu, semua anggota pengakap menjamu selera bersamasama. Masing-masing 2.makan dengan tenang (bersopan / tertib) walaupun tidak seselesa makan di rumah. Setelah makan, mereka 3.pinggan masingmasing (berdikari). Kemudian, mereka 4.menunaikan solat Zuhur (taat / patuh perintah Allah) di suatu kawasan lapang. Tepat pukul 2.30 petang, mereka memulakan sesi kembara kendalian pihak pengurusan taman itu. Laluan kembara ini amat mencabar. Namun begitu, mereka 5.tidak merungut dan sentiasa mengikut arahan (tabah menghadapi cabaran) jurulatih taman itu. Akhirnya, mereka tiba lebih awal daripada yang dijangkakan.

Contoh Soalan 3. Tulis lima pengajaran yang kamu peroleh dalam dialog di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Mazlan Rosman Mazlan Rosman Mazlan Rosman Mazlan : Man, kamu hendak pasang langsir?. Biar saya tolong. Tapi elok hati-hati, bimbang terjatuh sebab tangga tu licin. : Terima kasih, Lan kerana ingatkan saya. Ha, sudah siap pun!. Cantik tak? : Wah, memang cantik, Man!. Tak sia-sialah tenaga dan wang ringgit kita menceriakan kelas selama ini. : Ini semua berkat pertolongan rakan-rakan kita. Tanpa sokongan mereka, harus kelas kita lapang macam kelas usang, betul tak?. : Betul sangat tu. Tapi jangan lupa, kamu juga telah menjalankan tugas dengan baik. Kamu juga tidak sombong dan ambil berat. Sikap inilah yang menjayakan tugas kita. : Selepas ini nanti, saya akan belanja mereka semua. : Jangan bimbang, Man. Saya pun boleh dermakan wabng untuk belanja mereka.

________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN B
Terdapat tiga pilihan soalan . Hanya SATU SOALAN sahaja yang WAJIB dijawab.

Bentuk soalan yang diuji

Karangan berformat umum


Keperihalan Melengkapkan cerita Menyudahkan cerita Karangan fakta Pengalaman

Karangan berformat khusus


Surat kiriman rasmi / tidak rasmi Laporan Berita Catatan Dialog Ucapan / syarahan / ceramah

KARANGAN YANG MANTAP WAJIB ADA

PENDAHULUAN PENUTUP - beri gambaran tentang apa yang hendak disampaikan dalam karangan - JANGAN masukkan ISI dalam pendahuluan. ISI - EMPAT isi utama Isi -> huraian isi -> perkembangan isi -> contoh

- rumusan / kesimpulan / harapan / nasihat tentang keseluruhan karangan

Sebelum menjawab, pastikan anda membaca ketiga-tiga soalan. Gariskan setiap kata kunci yang terdapat dalam soalan untuk memastikan format karangan yang diuji seperti tuliskan perbualan (dialog), sebagai setiausaha anda diminta melaporkan .. (laporan ), mulakan karangan anda. (menyambung cerita) dan sebagainya. Pilih soalan yang mudah untuk anda mengeluarkan isi / idea. ELAKKAN memilih soalan berformat khusus jika anda tidak tahu formatnya. Catatkan / senaraikan rangka karangan pada soalan yang telah dipilih.

Contoh soalan.

Anda seorang pengawas yang ditugaskan di kawasan kantin. Ketika sedang


menjalankan tugas, anda terlihat seorang murid tahap satu yang menangis akibat makanannya tertumpah akibat dilanggar.

Ceritakan tindakan anda untuk membantu murid tersebut.

CADANGAN IDEA. -Sekiranya anda mendapat soalan berbentuk tindakan, pastikan perkara

berikut ada dalam karangan anda :


- menuju / berlari ke arah mangsa / suara / bunyi / kejadian - memberikan bantuan awal - perkembangan tindakan yang diberikan

- menelefon pihak berkenaan

Contoh soalan.

1. Pada musim sekolah yang lalu, anda sekeluarga telah pulang ke kampung.

Ceritakan pengalaman anda sepanjang berada di kampung.

2. Baru-baru ini Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan aktiviti Minggu Bahasa. Sebagai setiausaha anda diminta untuk melaporkan tentang aktiviti tersebut. Tuliskan laporan anda selengkapnya.

3. Ketika berehat di rumah, kamu terdengar suara kanak-kanak


menjerit. Terangkan tindakan kamu.

You might also like