You are on page 1of 7

PENGERTIAN MATEMATIK DAN PERANANNYA Pengertian dan definisi Matematik:

Matematik?
Matematik merupakan bahasa Matematik merupakan corak dan pola Matematik merupakan kajian tentang perkaitan atau hubungan Matematik merupakan kajian seni Matematik merupakan cara berfikir Matematik merupakan Aritmetik, Algebra, kalkulus dan Trigonometri (pengiraan)

Matematik merupakan bahasa:

Sharma(1992) dalam Noraini Idris (2001: hlm 109) mendefinisikan Matematik sebagai satu bentuk bahasa kerana Matematik melibatkan komunikasi antara konsep dan simbol. Matematik boleh dikatakan sebagai bahasa kedua bagi seseorang individu selepas bahasa ibundanya seperti Kantonis, Tamil, Melayu dan Inggeris. Hal ini demikian kerana dalam perkembangan tahap pengetahuan kanak-kanak, mereka akan mempelajari bentuk, saiz, ruang, jarak, pola dan masa. Kesemua konsep dan simbol ini melibatkan bahasa Matematik yang mudah. Contohnya: Hasil tambah (4 + 3 = 7). Matematik merupakan satu bentuk bahasa telah membantu kita untuk mengetahui bahawa nilai 7 akan diperoleh melalui hasil tambah nilai 4 dan 3 (4 + 3).

Matematik merupakan corak atau pola:

Pattern is a fundamental element of Mathematics. Mathematics also has been described as the Science of pattern. (Paul Swan) A Mathematician is like a painter or poet, is a maker of patterns. If his patterns are more permanent than theirs, it is because they are made with ideas. (G. H. Hardy, A Mathematicians Apology) Leonard M. Kennedy, Steve Tipps dan Art Johnson (2008: hlm 359) menyatakan bahawa Matematik adalah satu bentuk corak yang cantik. Mereka juga menyatakan bahawa Matematik adalah satu jalan untuk menggambarkan acara dan peristiwa di

seluruh dunia. Contoh yang mereka buktikan adalah dalam prime and composite numbers, nombor genap dan nombor ganjil, dan square numbers.

1 1

4 2

9 3

16 4

25 5

36 6

Pola atau corak adalah suatu perkara yang berulang. Pola ini juga akan mewujudkan suatu hubungan. Hubungan adalah suatu yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara. Kedua-dua perkara ini penting bagi memudahkan kita menjangkakan perkara seterusnya yang akan berlaku. Contohnya: Nombor 37 adalah satu nombor ajaib dan boleh menghasilkan hasil darab yang menarik sekiranya didarab dengan gandaan 3.

3 x 37 = 111 6 x 37 = 222 9 x 37 = 333

Matematik merupakan kajian tentang perkaitan dan hubungan:

The principal use of the analytic art is to bring Mathematics problems to equation. (Dr. Halley, Methods of finding the roots of an equation without any previous reduction) Matematik dikatakan sebagai kajian tentang perkaitan kerana Matematik banyak menggunakan rumus atau persamaan bagi menggambarkan sesuatu konsep. Selain itu, sesuatu nilai atau hasil akan turut berubah (meningkat/menurun) sekiranya wujud sesuatu nilai yang berubah (meningkat/menurun).

Contohnya: Luas permukaan segiempat = panjang x lebar

Sekiranya nilai panjang meningkat, maka luas permukaan sesuatu segiempat juga akan turut meningkat. Sebagai buktinya;

4 cm 2 cm 4 cm x 2 cm = 8 cm

8cm 2 cm 8 cm x 2 cm = 16 cm

4 cm x 2 cm = 8 cm 8 cm x 2 cm = 16 cm

Begitu juga dengan contoh ini. Luas sfera = 4/3 r. keluasan sfera akan diperoleh dengan menggunakan rumus 4/3 r.

Matematik merupakan kajian seni:

Menurut Claude P. Bruter (2004: hlm 1), Matematik amat berkait rapat dengan bidang seni. Oleh kerana itu, Matematik dianggap sebagai satu seni yang sangat halus. The connection between mathematics and art goes back thousands of years. Mathematics has been used in the design of Gothic cathedrals, Rose windows, oriental rugs, mosaics and tilings. (http://www.ams.org/mathimagery/) Berdasarkan ayat di atas, jelaslah di sini bahawa Matematik amat berkait rapat dengan bidang kajian seni kerana Matematik digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah pemasangan mozaik dan jubin.

Mozaik kaca berbentuk geometri Iran, abad ke 20 Masihi/abad ke 14 Hijrah

Matematik merupakan cara berfikir:

Berfikir secara Matematik adalah satu cara berfikir yang menggunakan konsep, kemahiran dan kaedah Matematik dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Ramai orang yang menghadapi sesuatu masalah, akan berusaha untuk mendalami dan menganalisis keadaan atau punca masalah sebelum menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk menanganinya. Ada yang menggunakan rajah atau jadual untuk mengumpul maklumat dan ada juga yang menggunakan analogi untuk mencari punca masalah. Berfikir secara logik merupakan perkara yang penting dalam Matematik. Menerusi Logik, kita maksudkan dua kaedah menaakul iaitu:

Penaakulan

Induktif

Deduktif

1) Penaakulan secara Deduktif: Penaakulan ini bermula dengan sesuatu perkara yang umum membawa kepada sesuatu keputusan yang lebih terperinci. Contohnya, kita mungkin memikirkan sesuatu teori sebelum mula mendalami perkara tersebut dengan membuat hipotesis yang dapat dijalankan ujian terhadapnya. Seterusnya kita terus membuat pengumpulan data. Akhirnya, kita menjalankan ujian terhadap data dengan tujuan mengesahkan hipotesis yang ada. 2) Penaakulan secara Induktif: Penaakulan ini bergerak daripada pemerhatian yang teliti kepada teori atau generalisasi. Kita bermula dengan mencari corak atau pola, menetapkan hipotesis yang mungkin, dan kemudian berakhir dengan membuat rumusan atau kesimpulan atau teori. Matematik merupakan Aritmetik, Algebra, kalkulus dan Trigonometri (pengiraan)

Aritmetik, algebra, kalkulus, trigonometri dan yang lain memerlukan pengiraan. Terdapat pelbagai teknik, kaedah dan cara dalam Matematik bagi mendapatkan penyelesaian kepada pelbagai masalah.

Matematik merupakan rekreasi atau alat dalam kehidupan seharian

Dalam kehidupan seharian, Matematik digunakan secara meluas. Hal ini meliputi segala aktiviti dan kerja-kerja dalam kehidupan termasuklah perbelanjaan, pertukaran wang, mengukur jarak, masa dan lain-lain. Kita juga semestinya mengaplikasikan Matematik dalam menyelesaikan masalah yang abstrak ataupun praktikal. James dan James dalam Gary Urton (1997: hlm 5) mendefinisikan Matematik sebagai pengajian yang logik mengenai bentuk, susunan, kuantiti, dan hubungan beberapa konsep. Matematik juga kerap kali dibahagikan kepada tiga bidang iaitu algebra, analisis dan geometri. Mereka juga mendefinisikan Matematik sebagai pengajian dan perkembangan prinsip-prinsip Matematik untuk kepentingan sendiri dan akan berguna pada masa hadapan berbanding dengan kegunaan semasa dalam mana-mana bidang.

PERANAN MATEMATIK
Mencari Koordinat Bidang ICT Bidang Perniagaan Bidang Sains Bidang Muzik Bidang Seni

1) Mencari Koordinat: In geometry, the barycentric coordinate system is a coordinate system in which the location of a point is specified as the center of mass, or barycenter, of masses placed at the vertices of a simplex (a triangle, tetrahedron, etc). Barycentric coordinates are a form of homogeneous coordinates. The system was introduced (1827) by August Ferdinand Mbius. Matematik turut digunakan dalam mencari koordinat sesuatu tempat. Hal ini jelas dilihat melalui tajuk geometri dalam Matematik. Geometri telah berkembang meliputi kepada geometri koordinat yang sememangnya amat berguna dalam kajian edaran planet dan lintasan zarah-zarah nukleus. Kini, penggunaan geometri turut digunakan bagi mencari kedudukan sesuatu tempat menerusi Global Positioning System (GPS) di dalam telefon mudah alih.

2) Bidang ICT: Dunia maju kini amat menekankan penggunaan ICT seperti komputer. Oleh yang demikian, peranan Matematik amat penting bagi melancarkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Sistem binari kod yang telah dicipta oleh Samuel F. B. Morse telah membuktikan bahawa Matematik

amat diperlukan dalam ICT. Sistem binari kod ini telah menyumbang kepada sistem pengiraan secara berkomputer. Binari kod ini juga menggunakan sistem nombor base-2 bagi mewakili nilai angka dengan menggunakan simbol 0 dan 1.

3) Bidang Perniagaan: Jual beli amat sinonim dalam dunia perniagaan. Jual beli juga menggunakan Matematik dalam membolehkan manusia membuat pengiraan dalam perniagaan. Seseorang yang buta Matematik pasti akan menghadapi masalah dalam urusan jual beli. Mereka mungkin tidak dapat membuat sebarang bayaran ke atas setiap pembeliannya. Sebelum wujudnya undang-undang dan prinsip Matematik, manusia menggunakan sistem barter bagi tujuan perniagaan. Sistem ini dilakukan melalui pertukaran sesuatu barangan dengan barangan yang lain. Akan tetapi, sistem barter ini tidak dapat diteruskan kerana keperluan manusia meningkat dari semasa ke semasa. Sebagai gantinya, prinsip dan undang-undang Matematik di bina bagi membolehkan manusia meneruskan jual beli dalam perniagaan.

4) Bidang Sains: Para Saintis menjadikan Matematik sebagai tunggak utama dalam memahami sesuatu kejadian dan bagaimana untuk menjelaskan kejadian tersebut. Contohnya untuk memahami kejadian siang malam, pasang surut, gerhana matahari dan sebagainya.

5) Bidang Muzik: Bagi bidang muzik pula, ahli pemuzik menjadikan Matematik sebagai satu alternatif yang menarik dalam menghasilkan nada-nada yang merdu. Operasi Matematik jelas dilihat dalam not-not muzik yang dihasilkan. Setiap not yang dihasilkan mempunyai frekuensi yang tersendiri dan berbeza antara not yang lain. Ahli pemuzik yang dapat menghasilkan lagu yang merdu sememangnya

mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang Matematik dan Muzik. Disebabkan hal ini, lagu yang dihasilkan mempunyai not yang begitu menarik.

6) Bidang seni: Bentuk-bentuk yang dihasilkan dalam bidang seni boleh dilihat daripada bentuk-bentuk geometri yang dipelajari dalam Matematik.

Rujukan: 1) Mark Alber, Bei Hu & Joachim Rosenthal (1997). Current and Future Directions in Applied Mathematics. United States: Birkhauser. 2) Noraini Idris (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 3) Paul Swan. Patterns in Mathematics. R. I. C Publications. 4) http://en.wikipedia.org/wiki/Mathematics 5) http://611mte.mycikgu.net/Semester%201/Nota%20Portal/MTE3102%20Mathematics%20Educ ation%20Curriculum/resources/378.htm

You might also like