You are on page 1of 17

Panas: Foto Sensasi Anak Fadzilah Kamsah Tersebar, Rahsia "Pakar Motivasi" Itu Terbongkar Jua Akhirnya!

Berita panas yang baru disebarkan oleh Blogger King Jason dan sedang hangat diperkatakan di laman sembang sosial sekarang ini ialah perihal wajah sebenar anak kepada pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah yang langsung tidak mencerminkan keperibadian ayahnya itu. Foto aksi anak perempuan beliau dengan pakaian tidak menutup aurat dan bergaya seksi bersama dua lagi rakan yang lain menyerlahkan kepada rakyat tentang apakah sikap sebenarnya Dr.Fadzillah terhadap Islam sebenarnya. Maka itulah, paparan video yang kami buat berkenaan kritikan beliau terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS kini semakin terserlah. Pakar motivasi yang selama ini dsanjung tinggi oleh seluruh lapisan masyarakat kini nampaknya bakal menjadi seperti Dr.Hassan Ali. Cakapnya tentang Islam hanyalah dibibir semata-mata tetapi hakikat sebenar hanya tuhan yang tahu. Malah, dari kenyataan Dr.Fadzilah tentang tindakan mendoakan kehancuran terhadap UMNO atas kezaliman terhadap rakyat di negara ini yang disanggah oleh beliau menampakkan ke mana hala tuju politik beliau selama ini. Maka itu, dengan tersebarnya foto aksi anak perempuan beliau ia mengesahkan lagi bahawaDr.Fadzilah Kamsah kini bukanlah insan yang digambarkan oleh umat Islam di negara ini. Tidak cukup dengan itu kami juga menerima kiriman foto anak lelaki beliau ketika zaman bercinta (sungguh romantik). Aksi-aksi yang dipaparkan itu langsung tidak mencerminkan mereka adalah anak kepada seorang pakar motivasi yang sering berbicara hal keluarga bahagia, mendidik anak dan sebagainya. Rupa-rupanya, hasil didikan tersebut menyebabkan anak sendiri tidak ketentuan.Patutlah beliau menentang Islam yang dibawa oleh PAS, kerana dirinya sendiri tidak mahu menerima Islam sebenarnya berlandaskan Al-Quran dan hadis. Jika inilah caranya, bukan sahaja umat Islam rosak malahan generasi muda itu sendiri akan punah ranah. Apakah layak beliau menjadi pakar motivasi jika ini caranya?.

Kenyataan beliau tentang Islam hanyalah "indah khabar dari rupa" dan akhirnya inilah yang terjadi apabila dia tergamak membiarkan anaknya sedemikian rupa sedangkan beliau selalu berbicara soal Islam di kaca TV. Apakah pakar motivasi sebegini yang wajar diikuti oleh umat Islam di Malaysia. Justeru, daripada pendedahan yang dibuat ini maka kini "tepuk dada tanya iman". Apakah anda mahu terus menyaksikan dan menyokong beliau atau sebaliknya. Saksikan foto dibawah ini dan berilah komen yang ikhlas apakah ini cara mendidik anak berlandaskan syariat Islam seperti yang dibicarakan oleh pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah selama ini?. Semoga dengan ini segala kekeliruan orang ramai tentang siapakah Dr.Fadzilah Kamsah ini akhirnya terjawab. Bukanlah niat kami untuk menjatuhkan imej beliau, tetapi melihat kepada kenyataannya terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS membuatkan pencarian siapakah sebenar pakar motivasi ini akhirnya berjaya juga. Mana yang baiklah ambillah sebagai panduan dan mana yang buruk jadikan sempadan. Jangan lupa dengarkan semula rakaman video amatur tentang sikap beliau terhadap perjuangan PAS terutamanya berkaitan dengan doa orang yang dizalimi di bawah:-

Kata hikmah dari Dato' Dr. Fazilah Kamsah selama ini:

"Anak mencerminkan sikap ibu bapa..." "Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.." "Bapak borek Anak rintik..." "Bapak kencing duduk , Anak kencing berlari.." Sekarang apa cerita?
[Dari penjelasan yang dibuat oleh beliau dalam video diatas dia ada mengatakan Allah akan membalas kejahatan manusia itu didunia lagi. Malah dia mengatakan bahawa rakyat di negara ini tidak pernah dizalimi, boleh hidup selesa mencari makan. Semua kenyataan ini menampakkan sikap sebenar beliau terhadap Islam itu sendiri. Dia seolah-olah dibutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran. Maka inilah jadinya apabila satu persatu wajar sebenar beliau akhirnya didedahkan. Dia tidak mampu untuk menipu diri sendiri lagi sekarang melainkan membuat kenyataan bahawa dia juga seperti Hassan Ali, perjuangan yang berlandaskan "cari makan" semata-mata atau istilahna "materealistik". Ada maklumat beliau akan menjadi calon BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti, justeru dengan maklumat yang dipaparkan ini kini rakyat sudah boleh menilai wajah sebenar pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah yang sebenarnya. Semoga dengan ini ia dapat menjadi pengajaran kepada lain-lain pakar motovasi atau pendakwah bebas agar lebih berhati-hati membuat kenyataan politik yang boleh memusnahkan masa depan mereka akhirnya. Ini namanya "cakap tak serupa bikin"].

Isnin, 10 Oktober 2011

Petua Murah Rezeki Oleh Dr Fadhilah Kamsah


Assalamualaikum. Entri pesanan dan agama. Aku jumpa artikel ni dalam facebook yang aku nyatakan sumber di bawah. Aku rasa ia berbaloi untuk dikongsikan bersama. Berikut adalah kiriman email yang saya perolehi tentang pesanan Dato Dr. Fadzilah Kamsah. Semoga Allah memberkati dan merahmati pengirim email tersebut juga Dato Dr. Fadzilah Kamsah. Dato Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata: "Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada). Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu" Berdasarkan Hadith Nabi :

Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari
Huraian hadis: - Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah. - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu tampak bersungguh-sungguh) - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah Kesimpulannya: - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (contohnya. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya.) InsyaAllah. Berusaha dan bertawakal. Insya-Allah, rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM (kata Azmil Mustapha). Mari kita cuba. Allahhuakhbar

Kenyataan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah : Ulasan Dari MANHAL PMRAM


11:13 AM | by Qurratul Ilyani

Bismillah ar-Rahman arRahim... Merujuk kepada halaman 6, Harian Metro pada hari Sabtu bertarikh 11 Disember 2010 (link), satu isu telah dipaparkan berkenaan penyelesaian yang dikemukan oleh Datuk Dr. Fadzilah Kamsah kepada seorang wanita yang bekerja sebagai GRO. Wanita yang sedang sarat mengandung itu mengadu tentang dirinya yang tidak mempunyai sumber pencarian rezeki melainkan dengan melacur. Penyelesaian yang diberikan oleh beliau ialah dengan membenarkan wanita tersebut meneruskan kegiatan melacur untuk menyara kos sara hidup setelah bersalin dalam keadaan dia mestilah merasakan tidak redha terhadap perbuatan yang dilakukan sebelum berada dalam keadaan selesa untuk berpindah kepada pekerjaan yang lain. Dalam perbincangan ini, pihak MANHAL PMRAM ingin mengetengahkan beberapa tumpuan utama yang akan dibahaskan. Perkara tersebut ialah : Bahaya Dharurat Penyelesaian mendekati pandangan kepada zin. agama. masalah.

menurut alternatif

BAHAYA

MENDEKATI

ZINA

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Isra ayat ke-32 :

32. dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).

Hadith Nabi S.A.W. melalui Riwayat Imam Bukhari :

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna Telah mengabarkan kepada kami Ishaq bin Yusuf Telah mengabarkan kepada kami Al Fudhail bin Ghazwan dari Ikrimah dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhuma mengatakan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah berzina seorang hamba yang berzina ketika ia berzina dalam keadaan beriman, dan tidaklah mencuri ketika ia mencuri dalam keadaan beriman, tidaklah ia meminum khamr ketika meminumnya dan ia dalam keadaan beriman, dan tidaklah dia membunuh sedang dia dalam keadaan beriman." Kata Ikrimah, saya bertanya kepada 'Ibnu 'Abbas; 'bagaimana iman bisa dicabut padanya? ' ia menjawab; 'begini', sambil menjalinkan jari-jemarinya, kemudian ia keluarkan, 'maka jika ia bertaubat, iman itu kembali kepadanya, ' sambil ia menjalin jari jemarinya. (Hadith ke-6311) Berdasarkan kepada ayat Al-Quran dan hadith nabi S.A.W. di atas, ia jelas menunjukkan kepada kita bahawa zina diharamkan di dalam Islam. Allah S.W.T. mengarahkan kepada umat Islam supaya tidak menghampiri zina, apatah lagi terjebak di dalamnya dengan cara menjauhkan diri daripada unsur-unsur yang membawa kepada maksiat ini. Beberapa perkara disebutkan oleh para ulama sebagai punca ke arah berlakunya zina, iaitu : 1. 2. 3. 4. 5. Pandangan mata. Berdua-duan dengan lelaki / wanita bukan mahram. Percampuran antara lelaki dan wanita (pergaulan bebas). Berhias-hias dan memperagakan kecantikan. Memakai wangi-wangian dan melunakkan suara.

Perbuatan yang disebutkan ini merupakan permulaan kepada maksiat yang lebih besar iaitu zina. Hal ini disebabkan Islam mengajar umatnya menjaga lima perkara : agama, akal, diri, keturunan, dan harta. Allah S.W.T turut menyebutkan balasan

perbuatan

ini

dalam

ayat

68

dan

69,

Surah

Al-Furqaan

68. dan juga mereka Yang tidak menyembah sesuatu Yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa Yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali Dengan jalan Yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan Yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; 69. akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di Dalam azab itu Dengan menerima kehinaan, Zina merupakan salah satu dosa besar dalam Islam disebabkan balasan dan siksaan pedih yang menimpa mereka yang melakukannya diceritakan di dalam AlQuran dan hadith Nabi S.A.W. Baginda menerangkan kepada kita dalam hadith di atas bahawa mereka yang mencuri, minum arak dan berzina tidak akan melakukannya dalam keadaan dia beriman. Seolah-olah gambaran perkara-perkara ini adalah suatu tembok pemisah antara keimanan dan kekufuran. Nauzubillah min zalik. Balasan penzina : Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nuur ayat ke-2 : 2. perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiaptiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman. Hukuman ini dikenakan kepada mereka yang belum berkahwin manakala bagi mereka yang telah berkahwin akan direjam berdasarkan kepada hadith sahih Nabi S.A.W. yang menceritakan perbuatan rejam baginda kepada Maiz dan AlGhamidiah. Tetapi bagi mereka yang telah sedar dan ingin bertaubat perlulah segera menjauhi perbuatan ini agar tidak mendapat laknat dan kemurkaan daripada Allah S.W.T jika mereka tetap meneruskannya. Keadaan ini disebutkan dalam hadith Nabi S.A.W. :

Maksudnya : Dan telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Waki' dan Abu Muawiyah dari al-A'masy dari Abu Hazim

dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ada tiga orang yang mana Allah tidak mengajak mereka berbicara pada hari kiamat, dan tidak mensucikan mereka." Abu Mu'awiyah menyebutkan, "Dan tidak melihat kepada mereka. Dan mereka mendapatkan siksa yang pedih: yaitu orang tua yang pezina, pemimpin yang pendusta, dan orang miskin yang sombong." (Hadith ke-156 riwayat Imam Muslim)

DHARURAT

MENURUT

PANDANGAN

SYARAK

Sesetengah golongan pernah cuba mengaitkan keharusan zina dengan dharurat yang menimpa seseorang. Mereka mengatakan dalam keadaan dharurat individu berkenaan dibenarkan melakukan maksiat dengan melihat kepada kaedah umum yang bermaksud (Dharurat Itu Mengharuskan PerkaraPerkara Haram). Contohnya seorang lelaki yang kebuluran di dalam hutan dibenarkan untuk memakan khinzir yang berada di hadapannya setelah tidak menemui sebarang makanan dengan syarat bahagian yang dimakan itu hanya sekadar mampu memberikannya tenaga.

Namun, para ulama meletakkan garis panduan kepada kita dalam memahami erti dharurat yang sebenarnya : 1. Dharurat ini tidak dapat dibendung dan ditakuti akan membinasakan diri atau anggota badan. 2. Keadaan ini membolehkan perkara haram dilakukan untuk menjaga nyawa individu yang berada dalan keadaan dharurat samada dengan cara memakannya atau menjadikannya ubat. 3. Situasi dharurat tidak mempunyai kaitan dengan maksiat (zina, mencuri dan sebagainya) seperti yang telah disebutkan oleh jumhur ulama, Ibnu Al-Arabi dan sebagainya. (seperti contoh : tidak boleh mengatakan diharuskan berzina / mencuri disebabkan dharurat) 4. Orang yang berada dalam keadaan dharurat tidak mendapati jalan lain untuk menolak kemudharatan yang dihadapinya. 5. Melakukan perkara haram (selepas dharurat) hanya sekadar boleh mengelakkan sesuatu tidak baik berlaku (maksudnya jangan berlebih-lebih).

6. Pasti dalam dirinya bahawa jika dia tidak mengambil sesuatu yang haram untuk menyelamatkan dirinya dia akan kehilangan nyawa atau anggota badan. 7. Pasti bahawa dirinya tidak mengambil bahagian saudaranya yang lain yang juga berada dalam keadaan dharurat. 8. Keburukan jika tidak mengambil perkara yang haram tadi lebih besar daripada keburukan yang bakal menimpa jika dia melakukannya (mengambil yang haram). Oleh itu, perkara ini tidak boleh diambil mudah kerana ia berkaitan dengan keharusan yang Allah berikan sebagai ganti dalam menjaga salah satu daripada lima perkara asas anjuran agama yang telah disebutkan sebelum ini. Jika tidak, keharusan ini akan bertukar menjadi haram dan si pembuatnya terus berada dalam keadaan berdosa.

PENYELESAIAN

ALTENATIF

KEPADA

MASALAH

Setelah melihat kepada pandangan agama dan situasi yang berlaku, pihak kami mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian masalah : 1. Optimis terhadap pengampunan dan rahmat Allah S.W.T.

Allah S.W.T sangat belas kasihan kepada hambanya, mengampunkan kesalahan mereka dan menerima taubat. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Imran ayat ke133 :

133. dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa; Sesuatu maksiat yang dilakukan perlu dihapuskan melalui taubat kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha). Antara syarat bagi taubat ini diterima ialah : 1. Menyesal di atas perbuatan dosa yang telah lalu. 2. Menyucikan diri daripada dosa iaitu memohon pengampunan daripada Allah S.W.T. 3. Berazam tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. 4. Jika kesalahannya itu melibatkan pengambilan harta orang lain maka ia perlu dipulangkan.

Selain

itu,

hadith

Nabi

S.A.W.

pernah

menceritakan

perihal

taubat

Dari Abu Musa Al-Asyari -radhiallahu anhu- dari Nabi -alaihishshalatu wassalambeliau bersabda :

Maksudnya : Allah -Azza wa Jalla- akan senantiasa membuka lebar-lebar tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada siang hari dan Allah senantiasa akan membuka tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada malam hari, dan yang demikian terus berlaku hingga matahari terbit dari barat. (Hadith riwayat Imam Muslim no. 2760) Seorang manusia perlulah senitiasa optimis kepada Allah S.W.T. dalam semua perkara kebaikan yang dilakukan. Begitu juga dengan taubat, walau sebesar mana dosa yang dilakukan ingatlah bahawa Allah S.W.T. maha pengampun lagi penerima taubat. Firman Allah S.W.T. dalam Surah At-Tahriim ayat ke-8 :

8. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahankesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik merabaraba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". Walaupun hukuman di dunia tidak dijalankan, si pembuat dosa perlulah bertaubat dengan penuh kesungguhan kepada Allah S.W.T. agar diampunkan kesalahan yang telah dilakukan. Insha Allah, Dia sangat pengasih dan menerima taubat hambanya. 2. Mengikut jalan penyelesaian yang tidak bertentangan dengan syara Dalam pecahan ini, setiap manusia diajar supaya tidak mengikut suruhan manusia

lain yang mengajak ke arah maksiat. Hal ini pernah disebutkan dalam hadith Nabi S.A.W. :

Maksudnya : Telah bercerita kepada kami Musaddad telah bercerita kepada kami Yahya dari 'Ubaidullah berkata telah bercerita kepadaku Nafi' dari Ibnu 'Umar radliallahu 'anhuma dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Dan diriwayatkan pula, telah bercerita kepadaku Muhammad bin Shobbah telah bercerita kepada kami Isma'il bin Zakariya' dari 'Ubaidullah dari Nafi' dari Ibnu 'Umar radliallahu 'anhuma dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Mendengar dan taat adalah haq (kewajiban) selama tidak diperintah berbuat maksiat. Apabila diperintah berbuat maksiat maka tidak boleh untuk mendengar dan taat". (Hadith ke-2735 riwayat Imam Bukhari) Allah S.W.T. sangat luas rahmatNya, iaitu dengan membenarkan perkara haram itu diambil sebagai ganti kepada dharurat yang berlaku. Jika tidak, kebinasaan akan menimpa diri dan anggota individu ini. Namun, satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah konsep memahami pengertian dharurat dan syarat-syaratnya (seperti yang telah dijelaskan sebelum ini), apabila meletakkan bahawa ia tidak mempunyai ikatan dengan maksiat dan tidak ada alternatif lain dalam menyelesaikannya. Maka jika ia merupakan saranan daripada seseorang dengan di sana masih terdapat jalan lain untuk digunakan (rujuk kepada perbahasan dharurat pada perbincangan sebelumnya), arahan tersebut tidak boleh dipatuhi. Inilah kaedah yang digunakan oleh para ulama pada zaman dahulu dan sekarang. Persoalan : Kalaulah maksiat tidak dibenarkan untuk diikuti dalam keadaan dharurat, bagaimana pula dengan memakan khinzir dalam keadaan dharurat?Adakah dengan memakannya itu tidak dikira sebagai maksiat? Jawapan : Perkara tersebut hendaklah dilihat kepada syarat dan ketetapan dharurat pada perbahasan lalu, iaitu jika ia tidak melakukannya maka perkara ini boleh membawa kepada kebinasaan pada diri dan anggota. Dalam masa yang sama, tidak ada cara penyelesaian lain dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, keburukan yang diterima setelah melakukan perkara itu (memakan daging khinzir

seperti contoh) lebih kecil jika dibandingkan dengan kebinasaan nyawa atau anggota jika dia tidak mengambilnya, maka perkara tersebut dimaafkan. Berbeza dengan kes ini, kebinasaan yang bakal diterima lebih besar jika ia dilakukan iaitu mendapat balasan di dunia dan akhirat seperti yang telah disebutkan dalam ayat Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W. Tambahan pula, pada zaman sekarang masih terdapat banyak lapangan yang boleh diisi sebagai ganti kepada mata pencarian hidup, maka keadaan dharurat dalam situasi ini tertolak. 3. Memohon bantuan daripada kenalan atau pihak berwajib

Islam mengajarkan umatnya supaya saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam perkara kebaikan. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Maidah ayat ke-2 : Maksudnya : dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya). Dalam kes ini, individu berkenaan boleh memohon bantuan kepada kenalan atau pihak berwajib dalam meringankan bebannya. Contohnya, setelah melahirkan anak, dia boleh meminta bantuan kepada mereka yang amanah dan bertanggungjawab untuk menjaga anak tadi apabila berpergian mencari rezeki yang halal bagi menampung kos sara hidup keduanya. Tetapi, yang paling penting si ibu tetap bertanggungjawab kepada anaknya (maksudnya tidak boleh meninggalkan anaknya bersama dengan penjaga tadi lalu menghilangkan diri). Setelah dirasakan dirinya telah stabil untuk meneruskan kehidupan, anak yang dijaga tadi bolehlah terus diseerahkan ke pangkuannya dan dibesarkan menurut panduan agama Islam. 4. Mencari sumber pencarian yang halal,

dalam hadith Nabi S.A.W. ada menceritakan :

: :

Daripada Abu Abdullah an-Numan bin Basyir r.a katanya:Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram(itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat)perkara-perkara yang syubhat, ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya .Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat ,(maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya .Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhat , dia akan jatuh kepada perkara yang haram.Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan ,dibimbangi gembalaannya akan meragut makanan di dalam nya .Ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya .Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging , apabila ia baik , maka baiklah seluruh jasadnya .Apabila ia rosak , rosaklah seluruh jasadnya , ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati. (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim) Dewasa ini, kita melihat pelbagai kemahiran dan bidang telah diterajui manusia dalam banyak aspek. Tambahan pula, kebanyakan daripadanya telah dikomersialkan menjadi suatu bentuk perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan. Namun Islam mengajar kepada umatnya supaya bijak memilih bidang dalam mendapatkan sumber pencarian hidup yang diredhai Allah S.W.T. Berbalik kepada keadaan yang berlaku, pekerjaan GRO bukanlah suatu jalan terbaik dalam mendapatkan sumber rezeki. Sedangkan masih banyak lagi pekerjaan lain yang boleh dilakukan bagi menampung perbelanjaan hariannya. Bahkan jika jalan ini dipilih maka ia telah mengundang kemurkaan dan azab Allah S.W.T. Disebutkan dalam hadith Nabi S.A.W. :

Maksudnya : Telah meneritakan kepada kami Hajjaj telah memberitakan kepada kami Syarik dari Simak dari Abdurrahman bin Abdullah bin Mas'ud dari ayahnya dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Allah melaknat pemakan riba, yang memberi makan, para saksi dan penulisnya." Ia berkata; Beliau juga bersabda: "Tidaklah nampak pada suatu kaum riba dan perzinaan melainkan

mereka telah menghalalkan bagi mereka mendapatkan siksa Allah Azza wa Jalla." (Hadith ke-3618 riwayat Imam Ahmad) Kesimpulan : Tidak dinafikan bahawa nasihat dan bimbingan itu perlu bagi merubah diri seseorang namun biarlah ia diberikan mengikut landasan syara. Jika perkara ini masih mendatangkan kekaburan dan kesamaran, ia boleh dirujuk kepada mereka yang lebih mengeahui tanpa memberikan penyelesaian mengikut hawa nafsu. Kepada mereka yang pernah mengalami situasi ini bolehlah menyampaikannya kepada pihak berkenaan dalam usaha menegakkan yang maaruf dan mencegah yang munkar. Akhir kata, pihak MANHAL PMRAM berharap agar permohonan maaf secara terbuka dan penjelasan semula dapat dibuat oleh pihak Dr. Fadzilah Kamsah berhubung pernyataan yang telah dikeluarkan. Semoga kita mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah S.W.T.

Rujukan

1. Al-Quraan Al-Karim. 2. Sahih Al-Bukhari, karangan Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari. 3. Shahih Muslim karangan Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi. 4. Musnad Imam Ahmad karangan Imam Ahmad ibn Hanbal 5. Wala Taqrabu Az-Zina, karangan Muhammad Abdul Aziz Al-Hallawi. 6. Asbab Halak Al-Umam Wa Sunnatullah fil Qaum Al-Mujrimin Wal Munaharifin, karangan Syeikh Abdullah At-Talidi. 7. Qadhaya Fiqhiah Muasirah (Universiti Al-Azhar), karangan pensyarah-pensyarah Bahagian Fiqh Al-Muqaran, Universiti Al-Azhar. 8. Baina As-Sa'il Wal Faqih, karangan Dr. Muhammad Bakr Ismail.

Disediakan Muhammad Hanif Pemangku Pengerusi Felo MANHAL PMRAM.

oleh, Jamaluddin,

Monday, 9 January 2012

Penceramah No.1 Malaysia (2)

Kehebatan Dato'Dr. Hj. M.Fadzilah Kamsah (DMFK)

Aku adalah peminat kau DMFK... Aku suka kau menyampaikan , aura yang kau miliki untuk memukau sesiapa sahaja yang melihat. Walaupun kau menyampaikan dengan hanya sambil duduk dan bercakap dalam antonasi perlahan.

Tapi, aku bencikan penipuan..aku bencikan pada "munafik".. Aku boleh dikatakan fan kau... disebabkan itu, aku terlalu banyak melihat tentang diri kau.. dan aku sedar kau tak layak untuk disanjung , untuk dihormati, dan untuk dijadikan inspirasi..

Disebabkan DUIT, disebabkan mengejar HARTA dunia yang sementara ni kau sanggup lakukan apa sahaja.. Video ini adalah SALAH SATU penipuan kau..disebabkan komisen yang kau dapat, kau membohong masyarakat yang sangat mengagumi diri kau.. Maka itu, berpusupusu masyarakat membeli KOPI yang boleh menambah kekuatan dan menggalakkan pelajarpelajar untuk minum kopi..supaya besar nanti dapat kencing manis..

Macam mana kau boleh kata kau dah boleh minum kopi dan kopi yang dinyatakan dan seterusnya kopi dapat menambah tenaga??Sedangkan kau sampai sekarang tak boleh minum kopi dan tidak meminati kopi..( sumber diperoleh keluarga yang Mulia Datin syarifah yang terdekat). Hari-hari kau kata jangan membohong,jangan membohong, kau membohong kenapa??

Di riwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda , "Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku."

"Kalau orang alim buat perkara yang harus ,orang awam akan buat perkara yang makruh, kalau orang Alim buat perkara yang makruh, orang awam buat perkara haram, orang awam akan terjerumus ke lembah kekufuran"

Dalam hadis lain,Rsulullah s.a.aw bersabda : "Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar? Kami menjawab : Ya, tentu mahu ya Rsulullah. Rasulullah menjelaskan : Menyengutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua. Oh ya, (ada lagi) Iaitu perkataan dusta." (Riwayat Muttafaq Alaih)

You might also like