You are on page 1of 2

Tugas Harian Pengawas

Memastikan peraturan dan undang-undang sekolah dipatuhi oleh semua pelajar. Menaik dan menurunkan bendera. Mengurus dan mempengerusikan perhimpunan rasmi / pagi sekolah. Menyambut dan memberi khidmat kepada pelawat tidak rasmi. Membuat laporan kepada pihak sekolah tentang masalah yang dihadapi. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak sekolah.

1) Ketua Pengawas
- Menjadi pemimpin /ketua kepada semua pengawas - Sentiasa memperlihatkan kepimpinan / ketokohan sebagai pengawas - Mempengerusikan mesyuarat pengawas dan perjumpaan pengawas. - Merancang aktiviti-aktiviti badan pengawas. - Memastikan semua tugasan dan arahan dipatuhi oleh semua pengawas.

2) Penolong ketua pengawas


- Membantu dan bekerjasama dengan ketua pengawas menjalankan tugas yang telah diamanahkan. - Mengambil alih tugas ketua pengawas semasa ketiadaan ketua pengawas.

3) SETIAUSAHA
- Mencatat minit mesyuarat. - Mengemaskinikan rekod kedatangan harian dan mesyuarat / perjumpaan pengawas. - Membantu mengagihkan tugas kepada pengawas-pengawas. - Membuat pengumuman mesyuarat exco atau mesyuarat / perjumpaan rasmi. - Mengemaskini jadual tugas mingguan. - Mengatur mesyuarat. - Mengemaskini papan kenyataan pengawas. - Membuat laporan setiap aktiviti yang dijalankan. - Merekod kesalahan disiplin pengawas. - Membuat analisis kedatangan pengawas.

4) BENDAHARI
- Menerima semua wang kutipan yuran badan pengawas. - Menjaga dan mengawal kewangan badan pengawas. - Menjaga penyata kewangan badan pengawas. - Mencatat dan mengemaskini dokumen wang masuk dan keluar setiap bulan. - Memastikan semua wang keluar adalah sama dengan jumlah wang yang diterima

You might also like