Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
0Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
30 Pembelajaran Aktif Dalam Pendidikan Islam

30 Pembelajaran Aktif Dalam Pendidikan Islam

Ratings: (0)|Views: 71|Likes:
Published by Fazlee Zubair

More info:

Published by: Fazlee Zubair on May 01, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

05/01/2013

pdf

text

original

 
1
PEMBELAJARAN AKTIF DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN BERKESAN PENDIDIKAN ISLAM
Abdul Jamir Md Saad
1
 Ab. Halim Tamuri
2
 
A’dawiyah Ismail
3
 
1
 
Unit pendidikan Islam, Kolej Mara Banting
2
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
3
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak :
 Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang berkesan merupan suatu isu yang diperbincangkan dan menjadi cabaran kepada guru Pendidikan Islam. Tugas guru semakinmencabar dan sebagai seorang pendidik adalah menjadi tanggungjawab untuk membantu setiap pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Jesteru bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan, para pendidik haruslah bijak serta kreatif dalam memilih danmerancang kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. P&P yang dilaksanakanharuslah sesuai serta dapat menarik minat pelajar untuk mengikutinya. Kaedah pengajaran yang dipilih juga haruslah mengambil kira kecenderungan, kebolehan serta kemampuan peringkat kematangan pelajar bedasarkan peringkat umur dan kemampuan berfikir. Kaedah pengajaran yang baik akan dapat membantu pelajar mengikuti pengajaran dengan baik di samping memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran serta memupuk minat yang mendalamdalam diri pelajar. Sehubungan dengan itu kaedah pengajaran hendaklah dipelbagaikan sertadisesuaikan mengikut tajuk serta tema yang dipilih oleh pendidik. Artikel ini cuba mengupas pembelajarn aktif dalam pengajaran dan pembelajaran berkesan Pendidikan Islam. Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan p&p yang semakin popular dalam era ini. Justeru Guru Pendidikan Islam wajar beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif dalam proses p&p dalam bilik darjah agar dapat mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Kajian ini juga diharapkan dapat mencapai matlamat bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran pendidikan serta menarik minat pelajar mengikuti kursus pendidikan Islam dengan lebihberkesan.
Kata Kunci : Pendidikan Islam, Pengajaran & Pembelajaran, Pembelajaran aktif,Pembelajaran Berkesan & minat pelajar.
 
 
2
Pengenalan
Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang penting dalam membentuk generasi beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan berketerampilan pada masa hadapan. Pendidikan Islam perlu sebagai proses pengisian jiwa atau kerohanian bagi seseorang individu bagi melengkapkandirinya sebagai seorang muslim
kamil 
. Sehubungan dengan itu pengajarannya haruslah dilihat bukan hanya sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja, bahkan perlu kepada penghayatan dan pengamalan terhadap apa yang dipelajari. Para pendidik haruslah bijak dan kreatif dalammemilih serta merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta dapat menarik minat pelajar untuk mengikutinya. Kaedah pengajaran yang dipilih haruslah mengambil kirakecenderungan, kebolehan serta kemampuan peringkat kematangan pelajar bedasarkan peringkatumur dan kemampuan berfikir. Kaedah pengajaran yang baik akan dapat membantu pelajar mengikuti pengajaran dengan baik di samping memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran sertamemupuk minat yang mendalam dalam diri pelajar. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran serta disesuaikan mengikut tajuk serta tema yang dipilih oleh guru supaya dapatmenarik perhatian para pelajar dan memberi impak yang maksima terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diikutinya.Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yangsemakin popular dalam era ini. Guru Pendidikan Islam wajar beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian guru perluada inovasi dan kreativiti dalam imaginasi mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjahuntuk melaksanakan satu set aktiviti pembelajaran aktif. Jesteru kertas ini ingin membincangkanserta mencadangkan beberapa kaedah pengajaran aktif dalam Pendidikan Islam supaya dapatmenjadi suatu alternatif ke arah P&P yang berkesan dalam subjek Pendidikan Islam.
Isu Dalam Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam
Isu yang seringkali dibangkitkan dan menjadi perbincangan dalam Pendidikan Islam ialah berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Persoalan yang seringkali dibangkitkanialah ialah sejauh manakah pendekatan dan kaedah P&P Pendidikan Islam yang dilaksanakan disekolah dapat menarik perhatian pelajar untuk memahami, menilai sendiri dan seterusnyamenghayati serta mengamalkan ajaran Islam ? Begitu juga dengan persoalan sejauh manakah
 
3
 pendekatan dan kaedah P&P Pendidikan Islam ini membuka ruang yang luas bagi melahirkangenerasi Muslimyang kritis dan kreatif serta mampu mengaitkan kepentingan ajaran Islamdengan bidang-bidang yang lebih luas dan realistik dalam kehidupan seharian mereka ? Apakah benar guru-guru Pendidikan Islam masih terlalu menekan pendekatan dogmatik dan jumuddalam pengajaran mereka yang dominan ( Ab. Halim & Nik Mohd Rahimi, 2010 ).Banyak kajian telah dibuat terhadap kaedah atau metodologi yang digunakan oleh guru
 – 
guruPendidikan Islam. Hasil kajian menunjukkan masih ramai guru-guru Pendidikan Islammenggunakan kaedah konvensional atau kaedah pasif dalam pengajaran mereka di dalam kelas.Antaranya kajian yang dibuat oleh Hatifah ( 2000 ), mendapati kaedah kuliah / syarahanadalah kaedah yang sering digunakan dalam proses P&P Pendidikan Islam . Hasil kajianmenunjukkan 80% responden daripada guru-guru Pendidikan Islam menyatakan mereka kerapatau sangat kerap menggunakan kaedah tersebut. Kajian yang dijalankan oleh Ab. Halim (2000) berkaitan dengan pengajaran akhlak di kalangan pelajar Tingkatan Empat di Selangor dan Negeri Sembilan menunjukkan mereka menghadapi masalah dalam pengajaran yangdisampaikan oleh guru Pendidikan Islam. Hasil temubual ke atas 27 pelajar, terdapat 8 orang pelajar menghadapai masalah berikut, Antara Fator yang dikenal pasti ialah :a.
 
Tidak dapat difahami apa yang dipelajari kerana penjelasan yang kurang atau kabur dariguru ( 5 orang pelajar ) b.
 
Mereka tidak dapat mengaitkan apa yang dipelajari untuk diamalkan dalam kehidupanseharian mereka ( 5 orang pelajar)c.
 
Mereka merasa mengantuk , tidak memberi tumpuan dan bosan terhadap pengajaranyang diberikan ( 3 orang pelajar)d.
 
Terdapat guru yang menunjukkan perkara yang tidak baik semasa pengajaran dijalanan (seorang)Perkara yang sama masih berlaku apabila kajian yang dilakukan di beberapa buah negeri diMalaysia pada 2004 , menunjukkan bahawa kaedah syarahan atau kuliah adalah kaedah yang paling popular digunakan oleh guru Pendidikan Islam di dalam bilik darjah ( Ab Halim et al2002). Hasil daripada beberapa kajian yang telah dijalankan tersebut menunjukkan masih ramaiGuru Pendidikan Islam menggunakan kaedah pasif dalam pengajaran mereka di dalam bilik 

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->