You are on page 1of 8

PEMBENTUKAN KATA TERBITAN

Terdapat empat bentuk kata dalam bahasa Melayu iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar, merupakan salah satu cara pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu. Malahan, bahasa Melayu adalah antara bahasa di dunia yang membentuk banyak perkataannya menggunakan proses pengimbuhan. Dengan ciri ini, bahasa Melayu tergolong ke dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Proses pembentukan kata dengan cara ini adalah dengan menggabungkan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan. Imbuhan merupakan morfem terikat, iaitu bentuk yang tidak dapat wujud secara bersendirian. Bentuk ini hanya membawa makna apabila digabungkan dengan morfem bebas, iaitu kata dasar. Imbuhan digandingkan dengan kata dasar dalam empat keadaan, iaitu mendahului (awalan), mengikuti (akhiran), mengapit (apitan) dan menyisipi (sisipan) kata dasar. Proses penggabungan dua morfem tidak setara ini disebut proses pengimbuhan.Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Definisi kata terbitan Kata terbitan pula ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan, iaitu mendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Kebanyakan daripada kata dasar yang menerima imbuhan terdiri daripada morfem bebas, manakala imbuhan terdiri daripada morfem terikat. Misalnya dalam bahasa Melayu mendukung (men- + dukung), dipukul (di- + pukul), makanan (makan + -an) dan biarkan (biar + -kan). Manakala contoh dalam bahasa Inggeris pula ialah, quickly (quick + -ly), dan kindness (kind + -ness).

Jenis-jenis imbuhan Berdasarkan keadaan-keadaan imbuhan itu digandingkan, maka wujudlah empat jenis imbuhan, iaitu masing-masing dikenali sebagai awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan sambung umpamanya, dapat dijadikan bersambung (awalan), sambungan (akhiran), disambungkan (apitan) dan sinambung (sisipan). Malahan, bentuk sisipannya dapat pula menerima awalan dan apitan, iaitu bersinambung, bersinambungan, dan kesinambungan.Imbuhan dalam bahasa Melayu pula terdiri daripada imbuhan kata nama, imbuhan kata kerja, dan imbuhan kata adjektif. Imbuhan-imbuhan ini tidak sahaja dapat bergabung dengan kata dasar tunggal dan kata akar tertentu, tetapi juga dengan kata dasar terbitan dan kata dasar majmuk. Kata terbitan berawalan Kata terbitan berawalan dapat dibahagikan kepada awalan kata nama, awalan kata kerja, dan awalan kata adjektif. Contohnya dapat dilihat dalam jadual di bawah :Awalan kata nama Pe- (pelari, perakus) Awalan kata adjektif Ter- (terbesar, terputih) Awalan kata kerja Diper- (diperisteri, dipercepat) Per- (perasap, perbara) Ke- (ketua, kelipat) Juru- (juruukur, juruwang) Pen- (pendatang, pencari) Bentuk-bentuk bagi pen- ; Pem- (pembuat, pembawa) Peng- (penggali, pengkhianat) Penge- (pengebom, pengetin) Te- (teruncing, terendah) Se- (secantik, sebaya) Ber- (berjalan, berganti) Ter- (terjebak, tercetus) di- (diatur, ditimbang) Men- (mendaki, mencadang) Bentuk-bentuk bagi men- ; Me- (melawan, menyikat) Mem- (membawa, memfitnah) Meng- (menggali, mengikut)

Menge- (mengecat, mengetut) Maha- maharaja, mahasiswa) Pra- (prasejarah, prakata) Be- (beraja, berasa)

Kata terbitan berakhiran Bagi imbuhan jenis akhiran ,dalam bahasa Melayu hanya terdapat untuk kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contohnya :Akhiran kata nama -an (pakaian, jahitan) -wan (sasterawan, usahawan) -man ( budiman, seniman) -wati (seniwati, olahragawati) -isme (komunisme) -in (hadirin, muslimin) -at (hadirat, muslimat) -ah (ustazah, sultanah )

Bagi akhiran kata kerja, hanya terdapat dua imbuhan iaitu i dan kan. Kedua-dua akhiran ini membentuk kata kerja transitif. Kata kerja yang diimbuhkan dengan -i dan kan tanpa awalan hadir dalam dua jenis ayat iaitu ayat pasif dan ayat suruhan. Contoh bagi akhiran kata kerja kan ialah buatkan manakala bagi akhiran kata kerja i ialah turuti. Kata terbitan berapitan Sementara itu, kata terbitan berapitan digolongkan kepada 3 iaitu apitan kata nama, apitan kata kerja, dan apitan kata adjektif. Terdapat empat jenis apitan bagi kata nama iaitu peN--an, pe--an (pedalaman), pel--an (pelajaran), dan ke--

an (kelainan). Imbuhan apitan bagi peN--an terbahagi kepada lima bentuk iaitu pem--an(pembuatan), pen--an (pentakrifan), peng--an (penggunaan), penge-an (pengesahan), dan pe--an (pelaksanaan). Apitan kata nama pe--an menunjukkan makna tempat sesuatu dikerjakan atau tempat yang khusus.contohnya petempatan bermaksud kawasan penduduk ditempatkan. Apitan kata nama per--an pula membawa makna tempat seperti perhentian, dan membawa makna hal yang berkaitan dengan kata dasar. Contohnya persengketaan membawa maksud hal bersengketa. Bagi apitan kata nama ke--an, biasanya apitan ini bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata kerja, dan kata adjektif untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak serta membawa maksud hal yang terkandung dalam kata dasar. Apitan kata kerja pula, terbahagi kepada lapan belas bentuk. Bentukbentuknya adalah seperti berikut :Me--kan (memainkan, menakutkan) Mem--kan (membaikkan ) Menge--kan (mengetinkan ) Ber--an (berjauhan, berlanjutan) Men--i (mencurigai, mendendami) di--i (dimulai, didekati) Diper--i (diperingati, diperbaharui) Memper--i (memperingati) Men--kan (menzahirkan, mendermakan) Meng--kan (menggunakan ) Ber- -kan (beralaskan, berlaukkan) di--kan (dibiarkan, dipisahkan) Meng--i (mengekori, menggauli) Diper--kan (diperlihatkan) Memper--kan (memperdengarkan) Ke--an (kehujanan, kehausan)

Apitan kata kerja men--kan membentuk kata kerja transitif aktif daripada semua golongan kata dasar. Contohnya mensyaratkan, meninggikan, dan menjatuhkan.sementara itu, apitan kata kerja di--kan merupakan bentuk pasif bagi apitan men--kan. Contohnya, bentuk aktif ialah melakukan. Apabila apitan di-kan ditambah pada kata dasar, perkataan tersebut menjadi bentuk pasif iaitu dilakukan. Apitan kata kerja ber--an pula membentuk kata kerja tak transitif.

Akhiran kan dalam apitan ini ialah kependekkan kata sendi nama akan yang mewakili kata sendi nama yang lain seperti dengan, pada dan tentang. Contohnya, berdasarkan bukti membawa maksud berdasar pada bukti Apitan kata kerja men--i membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata kata dasar dalam semua golongan. Bentuk pasif bagi apitan ini ialah apitan kata kerja di--i. Apitan kata kerja memper--i pula membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata-katayang pada umumnya kata kerja tak transitif berawalan ber- . contohnya bersenjata mempersenjatai. Bentuk pasif bagi apitan ini ialah apitan kata kerja diper-...-i. Umumnya, apitan kata kerja memper--kan membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata nama dan kata kerja. Apitan kata kerja memper--kan tidak boleh diimbuhkan pada kata adjektif. Apitan kata kerja diper--kan merupakan bentuk pasif bagi apitan ini. Bagi imbuhan apitan untuk kata adjektif pula, hanya terdapat satu bentuk apitan iaitu ke--an. Kata adjektif yang terbentuk dengan apitan ini membawa makna bersifat seperti yang tersebut pada kata dasar. Contohnya, kemelayuan bermaksud bersifat melayu. Kata terbitan bersisipan Akhir sekali, kata terbitan bersisispan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga bentuk iaitu sisipan kata nama, sisipan kata adjektif, dan sisipan kata kerja.sisipan yang membentuk kata nama ialah -el-(kelingking), -er-(seruling), dan em-(kemuncup). Kata nama terbita dengan sisipan membawa maksud sesuatau yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Bentuk-bentuk sisipan kata adjektif pula ialah -el- (selerak), -er- (gerodak),em- (semerbak), da in-(sinambung). Akhir sekali, hanya terdapat satu sispan kata kerja iaitu el-. Contohnya, jelajah dan gelegak. Tidak terdapat banyak sisipan kata kerja dalam bahasa Melayu, namun kata nama dan kata adjektif yang bersisipan boleh menjadi kata kerja melalui proses pengimbuhan.

HALAMAN PENGAKUAN

SAYA AKUI BAHAWA HASIL KARYA YANG DISEDIAKAN INI ADALAH HASIL CIPTAAN SAYA SENDIRI, BUKAN DICIPLAK ATAU DIPLAGIAT DARIPADA SUMBER YANG BELUM/PERNAH DITERBITKAN

TANDATANGAN

(SYARAFINA MOHD SALIM)

(NORJAMILAH AB RAHMAN)

(HAZIRAH MOHD ABDUL WAHID)

PENDAHULUAN Bahasa Melayu sememangnya kaya dengan tatabahasa dan kosa kata yang pelbagai. Bunga-bunga dalam ayat Bahasa Melayu juga turut menarik perhatian bukan sahaja rakyat tempatan malahan para pengkaji bahasa dari negara lain turut berminat untuk mendalami Bahasa Melayu. Dalam tugasan kali ini, kami dikehendaki mengkaji dan menghuraikan tentang pembentukan kata terbitan dan binaan ayat tunggal. Kata terbitan terbentuk dari proses pengimbuhan. Proses pengimbuhan pula adalah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Sementara itu ayat tunggal merupakan ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, yakni ayat yang terdiri daripada satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Ayat tunggal juga dikenali ayat selapis. ayat tunggal terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan manakala predikat pula ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Selain daripada tatabahasa, dalam tugasan ini juga, kami dikehendaki mengkaji tentang unsur kebudayaan Melayu. Unsur kebudayaan Melayu merupakan aspek yang sangat luas memandangkan kaum Melayu memang terkenal dengan budaya dan adat resam yang tinggi. Antaranya termasuklah adat berkhawin, berkhatan, khatam Al-Quran, bercukur dan sebagainya. Selain itu, berdasarkan ketiga-tiga tajuk kajian tersebut, kami dikehendaki mengkaji skrip drama yang diberi bertajuk Ayam. Di dalam skrip drama kanak kanak tersebut, kami telah mengesan kata terbitan, ayat tunggal dan unsur kebudayaan Melayu. Kata terbitan dan ayat tunggal yang terdapat dalam skrip drama tersebut di kelaskan dalam bentuk pengurusan grafik yang menarik.

You might also like