You are on page 1of 10

BULETIN

SESI 2008
2008--2009
JPP 2008-
2008-2009
KITA MENJANA NILAI & SKOR
KMNS
KMNS
http://www.kmns.matrik.edu.my/

Karnival Kokurikulum
Matrikulasi

K
olej Matrikulasi Negeri Sembilan pada tahun ini menjadi
tuan rumah untuk Karnival Kokurikulum Matrikulasi
(KAKOM) kali ke-8 yang berlangsung dari 9 Ogos hingga
14 Ogos 2008. Sebanyak sebelas kontinjen dari sembilan kolej ma-
trikulasi dan dua kolej MARA beraksi untuk mengharumkan nama
kolej masing-masing. Pelbagai acara dipertandingkan antaranya
bola sepak, badminton dan kawad kaki. Johan keseluruhan pada
tahun ini sekali lagi jatuh kepada Kolej Matrikulasi Labuan yang
mengumpul pingat terbanyak. Kolej kita pada kali ini hanya men-
dapat tempat ketujuh keseluruhan.

© 2009 Hakcipta Terpelihara KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN


BULETIN KMNS
KITA MENJANA NILAI & SKOR

Biro Penerbitan & Penerangan (P&P) di


bawah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) dengan kerjasama Unit Buletin & Papan Kenyataan KMNS ber-
jaya menghasilkan buletin sulungnya bagi sesi 08/09. Banyak acara penting yang berjalan di kolej ini da-
pat dirakam untuk dikongsi bersama seluruh warga KMNS. Disamping itu, pihak Biro Penerbitan & Pener-
angan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya dalam PSPM semester-2 yang
akan berlangsung tidak lama lagi. Semoga semua mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat
meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Pihak Biro Penerbitan & Penerangan mengharapkan kerjasama semua pihak terutama daripada
pihak pentadbir, pihak pendidik, dan para pelajar untuk menyalurkan sebarang maklumat atau laporan
tentang aktiviti masing-masing kepada kami. Hal ini kerana, sumbangan tersebut dapat kami gunakan
sebagai bahan penulisan untuk tatapan semua.

Akhir kata, diharap Buletin KMNS akan terus diterbitkan pada masa yang akan datang seterusnya
dapat dijadikan dokumentasi dan sumber rujukan aktiviti KMNS.

Al
Al--Fatihah

P
ada tahun ini KMNS telah kehilangan seorang
pelajar yang telah menyumbang bakti dan
menabur budi di kolej ini. Allahyarham Mu-
hammad Sharom Bin Ahmad Fuat, H2P5, telah kembali
ke Rahmatullah ketika berkhidmat sebagai seorang
sukarelawan KAKOM 2008. Beliau meninggalkan kita
pada 13 Ogos 2008 di Hospital Tengku Ampuan Naji-
hah, Kuala Pilah dan dikebumikan di tanah pekuburan
berhampiran rumah beliau di Felda Tembangau 2, Pa-
hang. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh
hambaNya ini. Al Fatihah...
Allahyarham Muhammad Sharom
BULETIN KMNS
KITA MENJANA NILAI & SKOR

SELAMAT DATANG
KE KMNS

P
ada 12 Mei 2008, Isnin - Pendaftaran pelajar baru Program
Satu Tahun (PST) di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
(KMNS) berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar dan
telah bermula seawal pukul 7.45 pagi serta telah ditamatkan secara
rasmi pada sekitar pukul 4.40 petang. Seramai sekitar 2300 orang
pelajar dari seluruh negara telah mendaftar untuk melanjutkan pela-
j a r a n d i K MN S p a d a s e s i i n i.

Proses pendaftaran untuk kali ini telah dibahagikan kepada tiga sesi,
iaitu sesi pagi, tengahari dan petang. Pendaftaran pada kali ini juga
menyaksikan perubahan besar telah dibuat di mana para pelajar terus
ditempatkan di asrama sebaik selesai proses pendaftaran. Kaedah
baru ini digunakan untuk mengurangkan jumlah kenderan yang
berada di dalam kawasan kolej kerana kawasan padang yang pada
tahun-tahun sebelum ini digunakan sebagai tempat letak kereta, ma-
sih lagi dalam proses penambahbaikan.

Aktiviti Minggu Suai Mesra pula bermula tepat pukul 5.00 petang
pada hari yang sama. KMNS mengucapkan selamat datang kepada
semua pelajar sesi 2008-2009.
BULETIN KMNS
KITA MENJANA NILAI & SKOR

Sambutan Hari Guru


KMNS

S
ambutan hari guru peringkat kolej telah berlangsung
pada 11 Jun dengan meriahnya dengan bertemakan
“Guru Cemerlang Negara Terbilang”. Sambutan ta-
hun ini diserikan dengan persembahan kugiran yang dianggo-
tai oleh pensyarah-pensyarah kacak KMNS dan kemuncaknya
adalah ikrar dan nyanyian lagu Guru Malaysia oleh para guru
seterusnya diikuti upacara memotong kek dan penyampaian
hadiah. Kudapan minum pagi yang disediakan oleh pihak kafe
kolej pun enak sekali...

Pilihanraya Kolej
2008/2009

S
ekali lagi di KMNS, satu sesi pilihan-
raya telah diadakan pada 13 Jun 2008
di Dewan serbaguna (DSG). Pilihan-
raya ini bertujuan untuk memilih wakil Jawa-
tankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Matri-
kulasi Negeri Sembilan (KMNS) seramai 20
orang sahaja. Pemilihan bermula pukul 12
tengahari dan berakhir sekitar pukul 3.30
petang. Hampir kesemua pelajar KMNS telah
menggunakan hak mereka untuk memilih
wakil JPP. Semua keputusan telah dikeluar-
kan menjelang pukul 5.30 petang.

Pengarah di sana sini


BULETIN KMNS
KITA MENJANA NILAI & SKOR

Larian KAKOM

K
arnival Kokurikulum Matrikulasi
(KAKOM) semakin menghampiri dan
sinomin dengannya ialah Larian KAKOM
yang dilakukan secara serentak Disemua Kolej Ma-
trikulasi KPM. Pada tahun ini, 26 Julai 2008, Larian
KAKOM diadakan dengan meriah sekali di Kolej
Matrikulasi Negeri Sembilan. Sebelum larian ber-
mula, pihak kolej mengambil kesempatan ini untuk
mengadakan aktiviti senamrobik yang melibatkan
semua warga KMNS. Sebaik sahaja aktiviti senam-
robik selesai, semua warga KMNS mengambil tem-
pat masin-masing dan larian dimulakan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

S
Sambutan Hari Kebangsaan / Kemerdekaan peringkat Kolej Matrikulasi
Negeri Sembilan (KMNS) telah diadakan dengan jayanya pada 27 Ogos
2008 (Rabu) bertempat di Dataran Bestari KMNS. Acara sambutan ini
yang dihadiri oleh semua warga KMNS termasuk staf bukan akademik dan pelajar
bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu kebesaran Negeri Sembilan dan
lagu rasmi KMNS. Perhimpunan ini disemarakkan dengan bacaan sajak, persem-
bahan nyanyian oleh kumpulan koir KMNS dan juga ucapan oleh Tuan Pengarah
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Acara yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini
berakhir dengan meriah
pada pukul 9.30 pagi.
BULETIN KMNS
KITA MENJANA NILAI & SKOR

Program Homestay
di USU, Medan

B
ahagian Matrikulasi, Kementerian Pela-
jaran Malaysia telah mengadakan satu
program Inapan Desa (Homestay) di Uni-
versitas Sumatera Utara (USU), Medan, Indonesia
pada 25-30 Ogos 2008. Program ini disertai sera-
mai 42 pelajar dari Kolej-kolej Matrikulasi KPM,
Kolej MARA
Kulim dan
Kolej MARA
Kuala Ner-
ang untuk menjadi duta-duta matrikulasi di universitas berkenaan. Ketika di
USU peserta dibawa melawat ke beberapa fakulti iaitu Fakultas Kedoktoran,
Fakultas Kedoktoran Gigi, Fakultas Farmasi, Fakultas Teknik dan Fakultas Eko-
nomi untuk melihat cara pengajaran & pembelajaran di USU serta menanya-
kan bagaimana lepasan matrikulasi KPM boleh melanjutkan pengajian ke fa-

Program Motivasi
Bestari

P
rogram anjuran Pembimbing Rakan Dinamik
(PRD) telah diadakan selama 2 hari bermula
pada 12 September 2008. Antara objektifnya
ialah memberi motivasi kepada pelajar KMNS sebagai
persediaan menghadapi PSPM semester 1 dengan
harapan mereka lebih bermotivasi untuk menghadapi
cabaran-cabaran matrikulasi yang akan datang. Selain
ceramah motivasi, aktiviti pameran oleh beberapa
agensi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan
Klinik Kesihatan Kuala Pilah telah diadakan.
BULETIN KMNS
KITA MENJANA NILAI & SKOR

Sedekad Program
Matrikulasi

S
empena pelancaran Sambutan 1 Dekad Program
Matrikulasi yang telah diadakan di Kolej Matrikulasi
Melaka (KMM) bermula 26 Jun 2008 hingga 28 Jun
2008, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) (dan kolej-
kolej matrikulasi lain) telah memenuhi jemputan tuan
rumah dengan membuka bilik pameran di KMM untuk
menunjukkan kejayaan KMNS semenjak KMNS dibuka.
KMNS telah menghantar wakil PR, wakil Buletin dan juga
lima pegawai dari Unit Arkib untuk menjayakan pameran
ini. Bilik pameran mula dibuka pada 27 Jun 2008 sekitar
pukul 9 pagi dan telah dikunjungi oleh ramai orang, terma-
suk para pelajar daripada sekolah-sekolah berhampiran.
Lawatan ke pusat pameran oleh Pengarah BMKPM dan
pengarah-pengarah kolej-kolej matrikulasi telah diadakan
pada hari Sabtu 28 Jun 2008, sekitar pukul 2.30 petang.

Pameran Sains 2009

Pameran Sains 2009 telah diadakan pada 27 Mac 2009 hingga


29 Mac 2009 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Pusat Sum-
ber KMNS.

Pameran ini membabitkan tiga mata pelajaran iaitu mata pela-


jaran Kimia, Biologi dan Fizik. Pameran ini mendapat sambu-
tan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga KMNS.
BULETIN KMNS
KITA MENJANA NILAI & SKOR

Majlis Iftar Jam’ie Bersama PRD

S
atu jamuan berbuka puasa bersama PRD telah diadakan pada 12 September 2008. Turut hadir ialah
Tuan Pengarah, Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, pensyarah-
pensyarah jemputan serta wakil-wakil pelajar seperti ketua blok kediaman, ketua praktikum dan juga
ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Majlis diadakan sebaik sahaja berakhirnya Program Motivasi Bestari
yang juga dianjurkan oleh Unit Kaunseling & Kerjaya. Majlis ini juga menjemput 5 orang kaunselar dari Kolej
Matrikulasi Johor, Kolej Matrikulasi Melaka dan Kolej Matrikulasi Pahang.
Majlis dimulakan sebaik sahaja azan Maghrib kedengaran tepat pada pukul 7.19 petang. Selesai sau-
dara Abdul Muhaimin bin Shahriman (F6P5) membacakan doa ringkas, para tetamu mula menjamah juadah.
Ucapan terima kasih dan kesyukuran sempat diberikan oleh kaunselar KMNS, Pn. Zaidah binti Hussin atas ke-
sudian para jemputan hadir dan menyempurnakan majlis. Selesai berbuka, majlis diakhiri dengan pemberian
cenderahati oleh pihak kolej kepada penceramah jemputan. Upacara pemberian ini disempurnakan oleh Tuan
Pengarah diiringi Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar.

Persediaan KAKOM KMNS


BULETIN KMNS
KITA MENJANA NILAI & SKOR

MINI KAKOM KMNS


Pihak Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telah mengadakan
satu aktiviti sukan yang dikenali dengan nama MINI KAKOM
2009. Aktiviti sukan ini cuba untuk melibatkan semua pelajar
KMNS sama ada di dalam aktiviti sukan itu sendiri atau pun di
dalam penganjuran sukan-sukan.

Aktiviti ini secara umumnya dijalankan pada hari Sabtu 7 Feb-


ruari 2009 dan 14 Februari 2009. Antara aktiviti yang di-
jalankan ialah pertandingan badminton, bola keranjang, bola
jaring, merentas desa dan kebudayaan.

Sambutan daripada para pelajar adalah sangat menggalakkan.

Bengkel Portal
Bengkel Portal untuk para pensyarah yang dipilih
khusus telah diadakan pada 18 Februari 2009 hingga 20
Februari 2009 bertempat di Makmal Komputer 7 Kolej
Matrikulasi Negeri Sembilan. Setiap unit menghantar
dua orang wakil untuk menghadiri bengkel ini. Tenaga
pengajar untuk bengkel ini
ialah Encik Nizam dari Unit
Sains Informatik dan Encik
Dani Asmadi dari Unit Kimia.

POTONG DAN HANTARKAN BAHAGIAN INI KE ALAMAT


DI MUKASURAT BELAKANG
…………………………………………………………………………..

BORANG PENDAFTARAN ALUMNI KMNS


DI BELAKANG
Buletin KMNS sekarang di Blogspot!
Selaras dengan perkembangan semasa, Buletin KMNS kini telah bermastautin di Blogspot dalam usaha untuk men-
yampaikan berita / laporan berkaitan dengan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dengan lebih pantas.

Bermula sesi ambilan 2009-2010, ang-


gota JPP KMNS yang berkait secara
langsung dengan bulletin dan berita
akan diberikan “approval” untuk
menulis berita atau laporan secara
terus ke Blogspot Buletin KMNS
Online. Berita akan disunting oleh
moderator buletin.

Buletine secara “online” ini adalah


hasil usaha UAP Buletin KMNS dengan
kerjasama pihak JPP yang berkaitan.

Buletin KMNS Online boleh dilayari di


http://buletin-kmns.blogspot.com/

UNTUK BAKAL ALUMNI KMNS!

Penghujung semester dua telah hampir tiba. Untuk memudahkan pendaftaran anda sebagai ahli alumni Kolej
Matrikulasi Negeri Sembilan, sila luangkan sedikit masa untuk mengisi borang di bawah. Borang yang telah
dilengkapkan bolehlah dihantar kepada:

U/P ALUMNI KMNS, UNIT HAL EHWAL PELAJAR


KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
JALAN SENALING, 72000 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Salinan borang ini juga diterima. Atau, anda boleh menghantar butiran anda (sebagaimana di bawah) terus ke:

alumnikmns@yahoo.com.my

Semoga anda terus berjaya dalam hidup.

ALUMNI KMNS
NAMA: ………………………………………………………. NO KP: …………………………
ALAMAT: …………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
KMNS SESI: ……………………………………… PRAKTIKUM: ……………………………..
TEL: ……………………………. EMAIL: ……………………………………………………….
UNIVERSITI: ……………………………………………………………………………………..

You might also like