You are on page 1of 8

Ketaksamaan Peluang Pendidikan

merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang antara Bandar dengan Luar Bandar; jurang antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. YB DatoSeri Hishamuddin Tun Hussein Perutusan Tahun Baru 2006 4.1 Kelas Sosial Konsep kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan sehari-hari, kelas sosial bolehlah dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Antara contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi kepada dua golongan iaitu : Bourgeoise ~ masyarakat yang memilik punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran Proletariat ~ masyarakat yang tidak memiliki perkara diatas, sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja

Institusi sosial merujuk kepada konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yang menjadi kebiasaan atau satu pola hubungan sosial yang mempunyai suatu matlamat sosial yang tertentu. Antara contoh institusi sosial yang utama ialah institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dan lain-lain. Konsep mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Dalam sistem yang lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yang bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku . Konsep diskriminasi atau ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etknik terhadap anggota atau kelompok etnik yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Ini merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila prejudis dan stereotaip dalam sesbuah masyarakat. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk sama ada berbentuk individu atau kumpulan etnik dan mencapai

tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesbuah kumpulan etnik. Dalam pendidikan, ketaksamaan peluang pendidikan juga merupakan satu bentuk dsikriminasi yang perlu dielakkan. Diskriminasi dan ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak munculnya kelas sosial masyarakat dari system feudal lagi. Rakyat bawahan atau marhain dan golongan pembesar dan istana menerima system pendidikan yang berbeza. Pihak penjajah kemudiannya meneruskan dasar yang sama, yang mana anak-anak pembesar dan pentadbir diberi peluang untuk belajar disekolah yang dikhaskan untuk kumpulan mereka. AKhirnya golongan pmbesar ini mewariskan kecerdikkan mereka kepada anak-anak mereka, sebaliknya anak petani dan orang kampong terus ketinggalan dalam bidang pelajaran. Ketaksamaan peluang pendidikan masa kini meliputi kemudahan mendapatkan guru, bahan-bahan rujukan da peluang kerjaya selepas tamat belajar. Dalam membincangkan konsep kelas sosial kita tidak terlepas daripada kejadian sosial inequaliti atau ketidaksamaan sosial yang merujuk kepada ketaksamaan peluangpeluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial yang berbeza akibat system stratifikasi. Rohand Meighan (1986) menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Max Weber mengatakan ada lima kelas sosial iaitu golngan atasan atau orang kaya dan ahli korporat. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua adalah kumpulan pertengahan atasan iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakkan terdiri daripada golongan pembesar yang menguruskan pentadbiran negara. Golongan ketiga adalah pertengahan bawahan yang mana mereka terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil serta pekerja kolar biruyang berpendidikan SPM dan PMR. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah langsung melalui pendidikan formal. Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Beliau mendapati kedua-dua hubungan adalah positif, iaitu semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka. Kajian ini membuktikan bahawa tahap pendidikan yang secukupnya perlu diberikan kepada murid agar tahap ekonomi mereka juga terus bertambah baik. Rusli Md Zain (1998), dalam kajiannya melaporkan terdapat hubungan positif diantara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah seperti tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada. Murid yang berada tentunya menerima peluang pendidikan yang lebih baik. Tahap kesihatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid. Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah dan keadaan persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan. Struktur keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes perceraian, tahap pendidikan ibubapa, pengaruh luar terdiri dari masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukkan kelas social dalam masyarakat. Selain lokasi yang berkaitan terus dengan social, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini juga akan memberikan impak terhadap pencapaian murid termasuklah penyediaan kemudahan fizikal untuk murid belajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang secara ketara terhadap tahap sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-30, dalam perancangan ini, semua rakyat diberikan peluang yang sama untuk menerima perubahan dalam system pendidikan negara. Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan dalam pelunag pendidikan, masih ada sekolah yang belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam dan ada yang tidak cukup untuk menjanakuasa terutamanya bagi pengunaan teknologi maklumat (ICT). Terdapat juga sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid atau dipanggil SKM, iaitu sekolah yang

enrolmennya kurang dari 250 orang. Hampir 90% SKM berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti tiada perjawatan guru pemulihan. Penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakkanya berada jauh di pendalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan. Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada pihak sekolah-sekolah dikawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan luar bandar. Program pembestarian sekolah yang sedang dijalankan juga menyediakan sekolah luar Bandar dilengkapkan dengan makmal computer, bilik computer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar Bandar dan pendalaman, pust akses akan dibina. RM 1 bilion disediakan KPM bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pendidikan seperti ; - Rancangan Makanan Tambahan - Kumpulan Wang SImpanan Pelajar Miskin - Bantuan Makanan Asrama - Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid - Jaket Keselamatan - Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya - Skim Pinjaman Buku Teks - Skim Baucer Tuisyen - Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti - Asrama Harian Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran, analitikal dan intelektual sebagai keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insane tanpa mengira kelas social murid berkenaan, Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek membaca, menulis dan mengira serta peperiksaan kerana budaya pembelajaran sebenarnya lebih luas. Rakyat negara ini perlu digalak memburu maklumat daripada menerimanya secara pasif. Rakyat digalakkan bersikap terbuka pada idea baru dan berlainan. Rakyat harus meningkatkan pembangunan dalam budaya analitikal. Murid perlu dilatih banyak merenung dan faham apa, bagaimana dan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Jika kita mahukan pembangunan modal insane, kita harus memiliki komuniti yang mengamalkan budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar dan berfikir dan setiap kelas social perlu diberikan hak yang sama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. 4.2 Jantina Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelakian. Pemilihan ini secara langsung menjadi ketaksamaan pendidikan terus dalam masyarakat kita. Dalam zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Sifat dan perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk secara social dan juga budaya.

Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan cirri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan. Siti Rohani Yahya (1989,1998) melihat secara makro penyertaan tenaga kerja dalam proses pembangunan. Menurut beliau, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian. Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita hampir sama dengan yang disumbangkan oleh lelaki, maka adalah wajar bagi murid perempuan diberikan peluang pendidikan yang sama. Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, terutama di sekolah vokasional dan teknik dan juga di institusi pengajian tinggi, khususnya di politenik. Mengikut kajian, kebanyakan ruang dan peluang untuk berjaya dimonopoli oleh golongan perempuan. Dalam kajian Shamsulbahriah (1989), berdasarkan data sekunder kajian beliau mendapati wujud ketaksamaan gender dalam proses pembangunan ekonomi negara Malaysia. Oleh yang demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika melaksanakan pengajaran dalam kelas. 4.3 Kumpulan Minoriti Kumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. Jumlah ini sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lai. Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan seperti masyarakat pendalaman kaum Asli, Kadazan, Murut dan sebaginya. Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibubapa mereka. Kumpulan minoriti yang boleh dikatakan bersifat negatif disekolah adalah yang sering suka ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok, budaya lepak, gengsterism dan lain-lain lagi. Walaupun mereka ini kumpulan minoriti tetapi tingkah laku mereka mampu menggugat keharmonian sekolah. Kumpulan minoriti yang bersifat positif pula adalah kumpulan ulat buku, suka mencari maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dan sebagainya. Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan. Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti tidak akan terus mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan membentuk satu situasi yang membantutkan suasana pembelajaran di sekolah. 4.4 Murid Keperluan Khas Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr Chua Tee Tee (9182) merupakan satu program pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani dan social atau emosi. Terdapat anggapan negative samada anak mereka itu normal atau berkeepeluan khas. Terdapat dua kategoti murid berkepeluaran khas iaitu kategori masalah dan kategori masalah khusus. Murid berkeperluan khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan kecerdasan purata dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan program sekolah biasa. Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelas menunjukkan kepada kita bahawa majority kanakkanak pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa. Oleh itu mereka memerlukan pendidikan khas. Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak menafaatkan sepenuhnya system pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh itu,

guru harus memberi focus terhadap masalah sosio-emosi mereka. Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi kanak-kanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Sebagai golongan minority, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri mereka. Antaranya, konsep kendiri seperti fobia, perkembangan nilai dan moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi. Faktor persekitaraan seperti maslaah berkomunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini, maslaah keluarga, maslaah tidak dapat menyesuaikan diri dengan system persekitaran dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. Sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka (Woitaszewski, 2003). Terdapat tujuh (7) kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan Khas iaitu; kerencatan mental bermasalah pembelajaran kecelaruan tingkah laku cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi cacat penglihatan cacat fizikal pintar-cerdas dan berbakat istimew

Kanak-kanak berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku iaitu tingkah laku terbias. Mereka ini mempunyai tingkah laku yang suka menentang autoriti, tidak mematuhi peranan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang. Kanak-kanak golongan ini adlah hiperaktif atau hiperkinetik. Mereka juga mempunyai sifa pengongkongan dalaman. Kadang-kadang mereka juga bersifat pendiam, sensitive, pasif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung serta sering melakukan tindakan luar kawalan. Murid keperluan khas juga didapati menghadapi tingkah laku ketidak-matangan yang agak ketara. Kurang menumpukan perhatian dalam pelajaran, tidak minat belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri. Dikatakan juga mempunyai tingkahlaku antisocial. Mereka ini sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti memeras ugut, mencuri dan ponteng. Kirk and Kirk (1994) berpendapat murid keperluan khas berbeza dari murid biasa dari segi mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), social (interaksi dan komunikasi interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan). Terdapat juga murid berkeperluan khas kerana proses perkembangan yang lewat, hiperaktif dan pintar-cerdas dan berbakat. Murid berkeperluan khas yang lain seperti ADHD tanpa hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactiviti Disorder). Murid ini kurang memberi perhatian, kurang mengekalkan perhatian lama dalam penglibatan setiap aktiviti dan tidak menyempurnakan tugasan yang diberikan. Terdapat pula murid ADHD dengan hiperaktiviti-impulsif. Murid ini menunjukkan tanda-tanda kurang senang

duduk diam-diam, suka berkeliaran, aktif, menunjukkan inpulsiviti dan sering menggangu orang lain. Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak tercicir dari arus pendidikan perdana dan seterusnya mewujudkan ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat. Modifikasi environmental dan behavioural environmental merupakan kaedah untuk menangani kumpulan ini. Murid ini biasanya ditempatkan berdekatan guru, yang menghadkan ruangan terbuka untuk mengurangkan kesempatannya bertingkahlaku negative. Guru juga boleh mengurangkan ransangan dan hanya membenarkan murid bergerak di suatu kawasan tertentu sahaja. Melalui tingkah laku behavioural, guru boleh memberi arahan dengan jelas; mengurangkan kerja tugasan, pecahkan tuagsan kepada unit kecil serta elakkan memberi kerja atau latihan ulangan. Guru hanya menyediakan kerja tambahan sekiranya murid telah menyelesaikan kerja lebih awal. Guru disarankan memberi peneguhan positif dari negative. Guru perlu menyediakan program latihan social bagi murid ADHD supaya mereka dapat terus belajar dan bersaing seperti murid normal lain. Akta Pendidikan Khas 1996 telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakan kemudahan Pendidikan Khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid serta tindakan lain bagi mengembangkan pendidikan khas. Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK. Dalam tahun 2005, sebanyak 32 program Pendidikan Khas Intergrasi untuk murid bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa. Kanak-kanak kurang upaya memasuki system pendidikan KPM seawall umur 4 atau 4 tahun lebih; agensi lain yang turut terlibat adalah Kementerian Kesihatan atau Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 4.5 Isu-Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Orang Asli

Orang Asli merujuk kepada msayarakat yang kebanyakanya tinggal di dalam atau pinggir hutan. KAdar keciciran yang sangat tinggi dala kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi. Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaatdan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002). Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum. Statistik 2005 , jumlah orang Asli adalah 141, 230 orang. Majoriti ekonomi orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Dari segi agama, sebahagian besar orang Asli beragama Animisme. Dari segi pendidikan, epncapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia. Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasaran yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan, masih tidak diadakan. Biasanya pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini terhenti sebelum sampai ke perkampungan orang Asli. Di sekolah pula, bekalan elektrik tidak mencukupi, prasaran seperti kipas, bilik darjah yang selesa tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat orang Asli. Disamping itu, golongan bijak pandai kurang dalam kalangan mereka kerana tiada sifat persaingan yang sihat dalm aspek kemajuan pendidikan dalam masyarakat orang Asli. Mungkin juga terdapat anak-anak orang Asli yang tidak bersekolah kerana membantu keluarga keluar mencari makan seharian suntuk. Tempat kediaman pula terlalu jauh dari sekolah dan bandar. Taraf sosio-ekonomi mereka juga agak

rendah, penyediaan tenaga pengajar agak sukar kerana mencari tenaga pengajar yang benar-benar berjuang demi pembangunan orang Asli begitu kurang diberi perhatian. Kemunduran orang Asli dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustafa Omar, 2004). Munurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan orang Asli masih berada ditahap yang rendah dimana kadar keciciran yang dicatatkan pada tahun 1998 adalah tinggi iaitu 45 % dan kadar buta huruf 49.2 % (kadar nasional 6.4 %). Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan tiada ilmu terutama berkaitan perniagaan menyebakan mereka sering ditipu peraih semasa menjual hasil hutan dan pertanian kerana biasanya harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah sehingga menyebabkan pendapatan orang Asli terus merosot dan berterusan hidup dalam serba kekurangan. Pribumi (Indigenious)

Indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan Sarawak . Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum, mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal. ekonomi, social dan budaya. Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh. Penan dan Kelabit. Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggaal jauh dipendalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Mereka masih taksub kepada system kehidupan masyarakt yang telah mereka bina sejak dari dulu lagi. Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious kerana system pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air belum menyentuh system belajar asli (indigenious learning system) masyarakat tradisional. Sistem belajar asli memiliki banyak aspek positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Masyarakat indigenious masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka. Dalam system belajar orang asli masyarakat indigenious ini, proses belajar seseorang akan mencakupi empat hal. Dalam belajar, manusia akan mengalami sesuatu cara yang nyata, memikirkan secara konseptual, mengamati sesuatu sambil merenung dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas. Hal ini bertitik tolak dengan proses belajar dalam konteks masyarakat yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif. Dalam masyarakat ini, proses yang dialami adalah ilmu pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata. Dalam system belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya. Pendalaman

Faktor berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pendalaman ialah kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu bidang. Pertumbuhan pusat urban yang lembab turut memberi kesan kepada system pendidikan di kawasan berkenaan. Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pendalaman juga kurang memberangsangkan. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru. Pengunaan bahasa sendiri oleh murid setempat turut menyulitkan pengajaran dan pembelajaran dan guru harus cuba mempelajari dan mengunakan bahasa tempatan bagi menarik minat mereka untuk belajar disampin meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka. Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian murid, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran murid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia

Ketiga (RMK-3): ..merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara kaya dengan yang misikin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid, secara tidak langsung menjadi sebagai satu halangan kepada murid untuk menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tidak tertarik pergi kesekolah untuk memajukan diri mereka sendiri. Sikap ibubapa pendalaman yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak dan diri mereka sendiri yang tidak berpelajaran turut memberi kesan.

Sumber : Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur. Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1 Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/ Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu Teori Perhubungan Etnik http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik %20di%20IPTA/Bab%202.pdf Warisan Budaya Malaysia ~ Adat Resam http://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htm Kembali

Dibina pada Disember 1, 2009 oleh dan dikemaskini pada Disember 6, 2009 oleh Pengendali@2006

You might also like