You are on page 1of 24

QKM 3013 ORGANISASI/PENTADBIRAN PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN Tugasan 2 Individu Tugasan Melawat atau mengumpulkan maklumat mengenai satu

tu organisasi kesihatan kerajaan/NGO dan menyediakan laporan yang lengkap mengenai struktur organisasi dan aktiviti/program-program kesihatan yang dijalankan.
NITO ANAK TONY D20112055167 AT 05J : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KUMPULAN : UPSI 02

PENSYARAH DR. GUNATHEVAN A/L ELUMALAI FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguhsungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. Gunathevan a/l Elumalai kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

Kandungan Bil Perkara PUSAT DARAH NEGARA Bahagian A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Sejarah penubuhan. Visi, Misi, matlamat dan halatuju. Struktur organisasi. Bidang tugas setiap AJK. Sumber kewangan Aktiviti dan program jangkamasa pendek/panjang Pencapaian Lain-lain sumbangan Kekangan dan masalah yang dihadapi. Bahagian B 10 i. Pandangan mengenai kerelevenan aktiviti dan program-program yang dijalankan. 11 ii. Cadangan penambahbaikan dan lain-lain perkara yang berkaitan. 20 20 1 2 4 6 10 10 16 17 18 Muka surat

PUSAT DARAH NEGARA Bahagian A i. Sejarah penubuhan

Sejarah Perkhidmatan Tabung Darah di Malaysia telah dimulakan oleh sekumpulan

sukarelawan wanita Palang Merah British pada tahun 1955. Pada peringkat mulanya, perkhidmatan ini hanya dibuka pada hari Rabu, jam 5.00 petang sehingga 5.30 petang sahaja yang bertempat di bangunan Hospital Umum Kuala Lumpur. Atas inisiatif ini seramai 25 hingga 44 orang penderma berjaya dikutip pada setiap bulan. Para penderma pada masa itu terdiri daripada anggota polis, tentera dan kakitangan kerajaan. Selepas 15 tahun bermulanya perkhidmatan ini, sebanyak 5,830 unit darah dan tidak kurang daripada 13,860 ujian keserasian berjaya dilakukan. Melihat kepada perkembangan perkhidmatan ini, Tabung Darah telah dipindahkan ke satu bangunan khas di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1971. Bangunan ini dikenali sebagai Pusat Perkhidmatan Darah Kebangsaan dan telah dirasmikan pada bulan April 1972 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan. Pusat Perkhidmatan Darah Kebangsaan yang diletakkan di bawah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia diketuai oleh seorang Pengarah. Beliau adalah bertanggungjawab dalam segala hal perkhidmatan darah yang melibatkan perkara teknikal dan pengurusan. Bermula pada tahun 1975 pula, Pusat Perkhidmatan Darah Kebangsaan telah melaksanakan peranan yang penting dalam penyeragaman peraturan kerja,

metadologi, riagen dan peralatan tabung darah di seluruh Malaysia. Pada tahun 2002, bangunan baru Pusat Darah Negara telah didirikan di Jalan Tun Razak dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Sri Hasmah Mohd Ali. Bangunan ini tersergam indah dan megah sehingga sekarang dalam menjamin dan memastikan pungutan darah yang selamat, bersih dan berkualiti. 1

ii. Visi

Visi, Misi, matlamat dan halatuju

Pusat Darah Negara sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan darah yang mencukupi dan selamat serta menjadi pusat rujukan yang cemerlang di bidang Transfusi Perubatan. Misi Pusat Darah Negara sentiasa berusaha dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti melalui semangat kerja berpasukan, berkhemah, profesional yang didokong dengan sikap menghormati, berilmu pengetahuan terkini dan inovatif serta mempunyai jaringan kerjasama di antara lain-lain institusi sama ada dalam atau di luar negara untuk melakukan penyelidikan dan perkongsian ilmu pengetahuan bagi kesejahteraan pesakit, para penderma darah, individu-individu di dalam penjagaan kesihatan dan masyarakat amnya. Objektif 1. 2. Mewujudkan dan mengekalkan sekumpulan penderma darah yang selamat. Menyediakan darah, komponen-komponen darah yang selamat, mencukupi dan sesuai melalui amalan prosedur saringan serta penstoran mengikut piawaian antarabangsa. 3. Memastikan penjagaan pesakit yang optima melalui penggunaan darah dan produk darah yang sesuai. 4. Mewujudkan dan mengekalkan hubungan kerjasama melalui latihan,

penyelidikan dan pembangunan sejajar dengan keperluan amalan dan teknologi terkini dalam bidang perubatan terkini.

Halatuju Pusat Darah Negara yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab merancang dan memperkembangkan perkhidmatan transfusi darah di peringkat wilayah dan kebangsaan. Pusat ini memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang Perolehan dan Pendermaan Darah, Transfusi Perubatan, Platelet Serologi, Transfusi Mikrobiologi, Hematologi, Immunohematologi, Produksi dan Fraksinasi, Hemostasis, Inventori, Histokompatibiliti dan Immunogenetik, Hemofilia, Kualiti/Biokimia, Darah Tali Pusat dan Pendidikan Kesihatan. Pada peringkat Wilayah Tengah, pusat ini bertanggungjawab mengumpul, memproses dan membekalkan darah dan produk-produk darah bagi kegunaan pesakit di hospital-hospital kerajaan dan swasta untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pusat ini turut bertanggungjawab memproses dan menjalankan ujian saringan darah untuk seluruh negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Barat. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan anggotanya mendapat latihan dan pembelajaran yang berterusan, pusat ini telah menganjurkan dan memberikan latihan di peringkat dalaman, kebangsaan dan antarabangsa melalui kursus, seminar, bengkel dan konferen. Pusat Darah Negara juga memberikan khidmat latihan kepada anggota di hospital daerah, hospital negeri, pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan, Pegawai Perubatan, Pegawai Sains dan pelatih Siswazah Lanjutan Perubatan serta para pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta. Pusat ini juga telah mendapat pengiktirafan akreditasi dari NATA (National Association of Testing Authorities), Australia untuk piawaian ISO/IEC 17025. Harapan dengan pengiktirafan ini pelanggan akan lebih yakin dengan perkhidamatan dan hasil darah yang dibekalkan dari aspek kualiti dan keselamatan.

iii.

Struktur organisasi Carta Organisasi Pusat Darah Negara Pengarah: Pakar Perunding Kaji Penyakit

Pakar Perunding Kanan

Timbalan Pengarah I

Timbalan Pengarah II

Timbalan Pengarah Pengurusan

Bhgn Hematologi

Bhgn Rekrutmen & Publisiti

Bhgn Immunohematologi

Bhgn Histokompabiliti & Immunogenetik

Unit Hematologi

Unit Pendidikan Kesihatan

Unit Red Blood Cell

Unit Histokompabiliti

Unit Biochemistry

Unit Rekrutment

Unit Platelet

Unit Immunogenetik

Unit Rekod Perubatan 4

Unit Transfusi Perubatan

Pusat Koordinasi

Bhgn Hemofilia

Bhgn Perolehan Darah

Bhgn Inventori

Unit Pendaftaran Rekod Penderma

Unit Hemovigilance

Unit Pengurusan Penderma

Unit Look back

Bhgn Hemostasis/ Thrombosis

Bhgn Transfusi Mikrobiologi

Bhgn Kualiti

Bhgn Pengurusan

Pegawai Perubatan Dalam Perkhidmatan & Sarjana Transfusi

Unit Makmal Rujukan Tranfusi Mikrobiologi Unit Serologi

Bhgn Cord Blood

Unit Pengurusan Aset & Unit Latihan

Unit Teknologi Maklumat

Unit NAT

Unit Kegunaan & Unit Perolehan Stor

Unit Sumber Manusia, Pentadbiran & Angkut 5

Unit Kejuruteraan

iv. 1.

Bidang tugas setiap AJK Unit Darah Tali Pusat Bertanggungjawab bagi mengumpul dan memproses darah tali pusat yang didermakan untuk para pesakit yang memerlukan sel stem. Semua pendermaan adalah secara sukarela dan penderma tidak dikenakan sebarang bayaran.

2.

Unit Rekrutmen Penderma dan Angkut Unit Rekrutmen Penderma bertanggungjawab mendapatkan bekalan darah yang mencukupi bagi keperluan pengguna manakala Unit Angkut bertanggungjawab menyediakan kenderaan untuk kegunaan jabatan.

3.

Unit Pendaftaran dan Rekod Penderma Menyediakan perkhidmatan kaunter pendaftaran dan penyimpanan serta pengemaskinian rekod-rekod penderma.

4.

Unit Pengurusan Penderma Mengumpul darah dan produk aferesis daripada para penderma yang menderma darah di Pusat Darah Negara dan sesi pendermaan darah bergerak (mobile blood donation).

5.

Bahagian Transfusi Mikrobiologi Obejktif bahagian ini adalah untuk menyaring darah dan produk darah yang didermakan oleh para penderma untuk memastikan darah itu selamat bagi tujuan transfuse serta bebas dari penyakit yang merbahaya seperti Human Immunodeficiency Virus 1 dan 2 (HIV 1 / 2), Hepatitis B Virus (HPV) dan Hepatitis C Virus (HCV) Syphilis.

6.

Unit Serologi Sel Darah Merah Unit ini menjalankan ujian penjenisan lengkap kumpulan darah bagi penderma 6

dan sebagai pusat rujukan untuk semua kes-kes antibodi yang berkaitan dengan sel darah merah untuk semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak swasta atas permintaan. 7. Unit Serologi Platelet Pusat rujukan untuk semua kes-kes antibodi yang berkaitan dengan platelet untuk semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak swasta atas permintaan. 8. Unit Transfusi Perubatan Menyediakan perkhidmatan ujian pra-transfusi (keserasian darah) kepada Hospital Kuala Lumpur dan klinik-klinik swasta berhampiran yang tidak mempunyai kemudahan ujian itu. 9. Unit Produksi dan Unit Fraksinasi Unit Produksi bertanggungjawab memproses darah kepada produk atau komponen darah manakala Unit Fraksinasi pula menguruskan penghantaran plasma ke CSL Bioplasma di Australia bagi fraksinasi. 10. Unit Pembekalan Bertanggungjawab menyimpan dan membekalkan darah yang telah disaring kepada hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, hospital Universiti, hospital swasta dan klinik-klinik lain yang memerlukan bekalan darah. 11. Unit Hemofilia Bertanggungjawab memberikan khidmat rawatan dan kaunseling kepada pesakit Hemofilia dan masalah pendarahan yang lain. Di samping itu, ia juga bertindak sebagai Pusat Pendaftaran Kebangsaan bagi Hemofilia dan lain-lain masalah pendarahan. 7

12.

Unit Kualiti/Biokimia Unit Kualiti mengkoordinasi dan memantau semua aktiviti kualiti termasuk penjagaan sistem pengurusan kualiti jabatan. Unit Biokimia menawarkan ujianujian diagnostik untuk pemantauan kesihatan penderma aferesia dan pesakit hemofilia.

13.

Unit Pendidikan Kesihatan Memberikan pengetahuan, meningkatkan kesedaran dan menjadikan

pendermaan darah sebagai satu amalan di kalangan orang ramai menerusi media cetak dan elektronik. Ini untuk menyemai sikap menderma darah secara sukarela dan menjadikan pendermaan darah sebagai satu gaya hidup di kalangan warga Malaysia. 14. Unit Hematologi Memberi perkhidmatan diagnostik dalam bidang hematologi kepada Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara dan beberapa hospital kerajaan (melalui temujanji) serta perkhidmatan sokongan terhadap sokongan lain-lain aktiviti Pusat Darah Negara. 15. Unit Hemostasis Bahagian ini menjalankan ujian-ujian asas Koagulasi ujian-ujian yang khusus bagi diagnosis gangguan pendarahan dan ujian penyaringan Thrombofilia. Ia juga bertindak sebagai makmal rujukan kebangsaan bagi kes-kes Hemostasis dan Thrombosis. 16. Unit Histokompatibiliti dan Immunogenetik Menawarkan perkhidmatan tisu Human Leukocyte Antigen (HLA) Kelas I dan II. 17. Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia 8

Mengurus dan mengawal hal-hal pentadbiran, perkhidmatan, keselamatan pembangunan sumber manusia dan pengisian perjawatan bagi anggota Pusat Darah Negara. Melaksana dan memastikan semua arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling kerajaan dilaksanakan dan dipatuhi. 18. Unit Perolehan dan Stor Bertanggungjawab ke atas proses perolehan bekalan dan perkhidmatan di Pusat Darah Negara. Penerimaan permohonan Kerajaan pembelian. (LPO) Proses menjana sistem

pengeluaran

Pesanan

Tempatan

menggunakan

elektronik ePerolehan dan eSpkb sepenuhnya. Memantau pengumpulan kembali nota penghantaran (DO) dan invois ke Unit Kewangan bagi pembayaran. Bertanggungjawab ke atas penerimaan dan pengeluaran stok dari stor utama serta penyimpanan dan mengemaskini keluar masuk stok. 19. Unit Pengurusan Aset Menguruskan semua aset alih kerajaan di kementerian/jabatan di bawah kawalannya meliputi enam aspek utama iaitu penerimaan, pendaftaran, penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira. 20. Unit Teknologi Maklumat Unit ini bertanggungjawab dalam mengurus, menyelenggara dan menyelaras sistem pengkomputeran, memantau penggunaan sistem komputer dan memberi bantuan teknikal berhubung semua peralatan Information Communication Technology (ICT), rangkaian Wide Area Network (WAN) dan Local Area Network (LAN). Unit ini juga bertanggungjawab dalam pengemaskinian laman web, perolehan dan pelupusan peralatan ICT, penggunaan e-mail serta memberi khidmat nasihat berhubung dengan teknologi ICT terkini. Selain itu Unit Komputer turut memantau dan menjaga sistem maklumat tabung darah (Blood Bank Information System - BBIS) yang diguna pakai di Pusat Darah Negara. 9

v. 1.

Sumber Kewangan Peruntukan Pihak Kerajaan Pusat Pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperuntukan sejumlah perbelanjaan untuk Pusat Darah Negara terus beroperasi dan menjalankan aktivitinya pada setiap tahun.

2.

Sumbangan Pihak Swasta Syarikat-syarikat dan pihak swasta yang prihatin telah menyumbang sejumlah dana untuk menjayakan program dan kempen derma darah termasuklah pembelian peralatan bagi kemudahan di pusat ini.

3.

Sumbangan Pertubuhan NGO dan Orang Perseorangan Pertubuhan NGO dan orang perseorangan yang menderma wang bagi membantu menjayakan program atau kempen derma darah yang diadakan di negara kita.

4.

Unit Kewangan Memperuntukan, mengatur dan mengawal penggunaan kewangan dengan cekap dan berkesan untuk membantu memenuhi keperluan perlaksanaan program dan aktiviti jabatan. Memproses baucar-baucar bayaran dengan cepat dan teratur supaya bayaran dapat dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. Mengurus dan mengawal pembayaran gaji dan lain-lain emolumen kakitangan Pusat Darah Negara dengan cekap dan terkawal. Mewujudkan sistem pungutan hasil di Pusat Darah Negara dengan cara yang berkesan dan terbaik untuk mengurangkan amaun tertunggak ke paras minimum.

vi. 1.

Aktiviti dan program jangkamasa pendek/panjang Tatacara Penganjuran Kempen 10

Pihak Pusat Darah Negara sentiasa berusaha bagi meningkatkan jumlah kutipan darah untuk dibekalkan kepada hospital-hospital yang memerlukan darah. Oleh itu, banyak program-program pendermaan darah dirancang dan dilaksanakan oleh pusat ini. Bagi menganjurkan program pendermaan darah yang berjaya dan berkesan, beberapa perkara perlu diberi perhatian: a. Jumlah minima penderma adalah 40 orang. b. Tempat pendermaan: Saiz seluas 20 kaki x 20 kaki minima, selesa, berhawa dingin atau berkipas, terang, mempunyai peredaran udara yang baik dan jauh daripada gangguan bunyi bising. Elakkan tempat yang panas, tersorok, berhabuk dan yang perlu menaiki tangga yang tinggi. Mempunyai kemudahan meletak kenderaan dan memuat turun barang. c. Peralatan: Peralatan yang digunakan bagi proses pendermaan darah akan dibawa oleh pihak pusat. Jamuan ringan selepas pendermaan akan disediakan oleh pihak pusat. d. Pihak penganjur diminta agar dapat menyediakan: Sekurang-kurangnya 8 buah meja dan 20 buah kerusi bagi kegunaan penderma dan kakitangan bertugas , kipas sekiranya tempat yang disediakan tidak berhawa dingin atau di tempat terbuka. Bekalan elektrik dan air bersih. e. Publisiti: Pihak penganjur disyorkan untuk mengumumkan kepada orang ramai mengenai kempen menderma darah yang akan dijalankan ini. f. Poster dan pamphlet: Bagi publisiti kempen pendermaan darah ini akan dibekalkan oleh pihak pusat. Pihak penganjur disyorkan untuk mengumumkan kepada orang ramai mengenai kempen menderma darah yang akan dijalankan dengan menggunakan poster yang dibekalkan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh kempen. Pada hari pendermaan, pengumuman secara lisan atau dengan bantuan sistem makluman awam bolehlah dilakukan untuk mengingatkan orang ramai tentang kempen yang sedang diadakan. 11

2.

Ingin Menganjurkan Kempen Derma Darah Bagi menganjurkan kempen derma darah di lokasi dan kawasan anda, anda bolehlah emelkan maklumat anda di ruangan dalam laman web pusat ini. Pihak Pusat Darah Negara akan menghubungi pihak anda untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih atas kesudian dan keprihatinan anda. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Kempen di talian: 03-2695 5557 / 5558.

3. a.

Aktiviti aktiviti Setiap Unit Unit Darah Tali Pusat Mengambil darah tali pusat dari uri secara ex-utero iaitu pengambilan darah dilakukan selepas uri dikeluarkan dari rahim ibu. Semua darah tali pusat ini diambil dari Hospital Bersalin, Hospital Kuala Lumpur. Menjalankan kerja-kerja memproses dan menyimpan darah tali pusat yang berjaya dikutip. Setiap unit darah tali pusat ini akan diproses oleh seorang kakitangan sahaja bermula dari penerimaan darah tali pusat hinggalah ke penyimpanan.

b.

Unit Rekrutmen Penderma dan Angkut Memastikan bekalan darah adalah mencukupi pada setiap masa dengan mendapatkan bekalan darah yang selamat daripada penderma yang menderma secara sukarela.

c.

Unit Pengurusan Penderma Mengambil darah daripada yang layak melalui pendermaan darah penuh dan aferesis. Menyediakan jamuan ringan dan haematinics kepada penderma selepas proses pendermaan.

d.

Bahagian Transfusi Mikrobiologi Menjalankan ujian saringan darah secara serologi dan ujian nukleik asid terhadap sampel darah penderma yang dikutip oleh Bahagian Perolehan Darah, 12

Pusat Darah Negara. Berperanan sebagai pusat rujukan kepada pusat-pusat penyaringan di seluruh negara bagi penyakit jangkitan melalui transfusi seperti Hepatitis B, Hepatitis C dan HIV 1 dan 2. Menjalankan ujian lanjutan secara serologi dan juga ujian nukleik asid untuk tujuan pengesahan status semua sampel yang diterima dari pusat-pusat saringan seluruh negara. Menjalankan kajian penilaian terhadap reagen-reagen atau peralatan yang mungkin digunakan untuk tujuan penyaringan darah. Menyediakan penilaian spesifikasi dan teknikal ke atas reagen dan peralatan untuk kegunaan pusat saringan di bawah Kementerian Kesihatan bagi tujuan sebut harga atau tender. Bertindak sebagai pusat pengumpulan data dan maklumat kebangsaan mengenai jangkitan HBV, HCV, HIV dan syphilis di kalangan penderma darah. e. Unit Serologi Sel Darah Merah Menjalankan ujian penjenisan lengkap kumpulan darah secara automasi ke atas sampel darah penderma bagi kumpulan darah ABO dan Rh. Menjalankan ujian pengesahan untuk kes-kes rare blood group dan menguruskan rare blood group registry secara bersama dengan unit pengurusan penderma. Menjalankan secara berkala ujian fenotip darah penderma untuk kumpulan darah Rh dan Kidd secara automasi. Menjalankan ujian pengesahan darah penderma RhD negatif. Menjalankan ujian penjenisan lengkap kumpulan darah bagi kumpulan darah ABO dan Rh secara automasi untuk ibu-ibu mengandung, darah tali pusat dari klinik ibu & anak seliaan DBKL dan wad Materniti, HKL. Menjalankan ujian keserasian dan membekalkan darah yang sesuai bagi kes-kes antibodi positif. Menjalankan ujian-ujian fenotip lengkap bagi pesakit yang dijangka menerima pemindahan darah secara berulang. Menjalankan ujian-ujian Coombs bagi keskes Hemolytic Disease of Newborn (HDN), Autiommune Hemolytic Anemia dan Cold Agglutinin. f. Unit Serologi Platelet Menjalankan ujian pengesahan antibodi-antibodi terhadap human platelet 13

antigen (HPA). Menjalankan ujian fenotip platelet secara manual untuk HPA 1. Menjalankan ujian fenotip platelet molecular untuk HPA 1,2,3,4,5,6,15 dan menyertai dua buah program EQAP. g. Unit Transfusi Perubatan Menjalankan ujian-ujian transfusi seperti pengumpulan darah ABO dan RhD, penyaringan antibodi dan keserasian darah. Memantau suhu peti sejuk simpanan darah dan pengembalian semula darah yang tidak digunapakai daripada wad-wad di HKL. Memberi khidmat latihan kepada pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP), Pegawai Perubatan, Pegawai Sains dan JTMP yang mengikuti latihan dan Pelatih Siswazah Lanjutan Perubatan. Mengurus dan mengendalikan inventori darah, plasma, platelet dan Factor Concentrate untuk kegunaan pesakit-pesakit terutamanya di HKL. Memberi khidmat khas seperti penyediaan Flitered Blood dan Irradiated Blood untuk pesakit-pesakit di HKL. Memberi khidmat rundingan bagi Transfusi Perubatan Klinikal dan menyertai dua buah program EQAP. h. Unit Histokompabiliti dan Immunogenetik Ujian pengekstrakan DNA dari sampel darah dan tisu tali pusat serta sampel darah penderma platelet aferesis. Ujian penjenisan tisu Huma Leucocyte Antigen untuk kelas I & II, Low/Medium Resolution Class 1-HLA-A, HLA-B, HLA-Cw dan Kelas II-HLA-DR dan HLA-DQ. i. Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia Melaksana dan memastikan semua arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling kerajaan dilaksanakan dan dipatuhi. j. Unit Kewangan Mewujudkan sistem pungutan hasil di PDN dengan cara yang berkesan dan terbaik bagi mengurangkan amaun tertunggak ke paras minimum. 14

k.

Unit Perolehan dan Stor Memantau pengumpulan kembali nota penghantaran dan invois ke unit kewangan untuk pembayaran.

l.

Unit Pengurusan Aset Memastikan setiap aset yang diterima adalah menepati spesifikasi yang ditetapkan, dalam keadaan baik, sempurna dan selamat digunakan. Memastikan aset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan selamat digunakan. Memastikan Jabatan Kerajaan tidak menyimpan aset yang tidak boleh diguna atau tidak diperlukan. Menguruskan perlantikan Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa & Jawatankuasa Penyiasat. Menjadi urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan aset Kerajaan Kementerian/Jabatan. Menyelaras penyediaan laporan.

m.

Unit Teknologi Maklumat Memantau dan menjaga sistem maklumat tabung darah yang digunapakai di Pusat Darah Negara.

n.

Unit Produksi dan Unit Fraksinasi Menyediakan perkhidmatan viral inactivation ke atas platelet dan plasma. Memberi perkhidmatan penapisan sel darah merah dan membekalkan komponen darah ke Bahagian Inventori.

o.

Unit Pembekalan Membekalkan Fractionated Plasma Product kepada Klinik Haemofilia, Pusat Darah Negara dan semua hospital KKM. Menjalankan radiasi darah dan komponen darah.

p.

Unit Hemofilia 15

Merawat dan mendiagnosa pesakit hemofilia yang dirujuk ke Pusat Darah Negara. Menjadi pusat rujukan bagi pesakit Congenital Bleeding Disorder. Menyediakan rawatan lanjut bagi pesakit-pesakit hemofilia. q. Unit Kualiti/Biokimia Memastikan validasi dibuat bagi semua peralatan kritikal makmal. Menjalankan ujian-ujian pemantauan kawalan mutu ke atas darah dan komponen darah. Memantau suhu penyimpanan dan pengangkutan darah di unit bergerak. Menjalankan ujian-ujian diagnostik biokimia. r. Unit Pendidikan Kesihatan Memastikan aduan penderma, lawatan dari luar, perjanjian bekalan darah dan penerbitan risalah atau poster dilaksanakan pada setiap masa. s. Unit Hematologi Menjalankan ujian diagnosa Hematologi dan melaksana serta menyelaras program NEQAP Hematologi bagi seluruh Malaysia. t. Unit Hemostasis Menjalankan ujian-ujian diagnosa hemofilia dan thrombofilia. vii. Pencapaian Pusat Darah Negara yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab merancang dan memperkembangkan perkhidmatan transfusi darah di peringkat wilayah dan kebangsaan. Pusat ini memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang Perolehan dan Pendermaan Darah, Transfusi Perubatan, Platelet Serologi, Transfusi Mikrobiologi, Hematologi, Immunohematologi, Produksi dan Fraksinasi, Hemostasis, Inventori, Histokompatibiliti dan Immunogenetik, Hemofilia, Kualiti/Biokimia, Darah Tali Pusat dan Pendidikan Kesihatan. 16

Pada peringkat Wilayah Tengah, pusat ini bertanggungjawab mengumpul, memproses dan membekalkan darah dan produk-produk darah bagi kegunaan pesakit di hospital-hospital kerajaan dan swasta untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pusat ini turut bertanggungjawab memproses dan menjalankan ujian saringan darah untuk seluruh negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Barat. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan anggotanya mendapat latihan dan pembelajaran yang berterusan, pusat ini telah menganjurkan dan memberikan latihan di peringkat dalaman, kebangsaan dan antarabangsa melalui kursus, seminar, bengkel dan konferen. Pusat Darah Negara juga memberikan khidmat latihan kepada anggota di hospital daerah, hospital negeri, pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan, Pegawai Perubatan, Pegawai Sains dan pelatih Siswazah Lanjutan Perubatan serta para pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta. Pusat ini juga telah mendapat pengiktirafan akreditasi dari NATA (National Association of Testing Authorities), Australia untuk piawaian ISO/IEC 17025. Harapan dengan pengiktirafan ini pelanggan akan lebih yakin dengan perkhidamatan dan hasil darah yang dibekalkan dari aspek kualiti dan keselamatan. viii. 1. Lain-lain sumbangan Terbitan Pusat Darah Negara Pusat Darah Negara telah menerbitkan beberapa risalah atau dokumen untuk dijadikan bahan rujukan oleh orang ramai. Di antara risalah yang telah dikeluarkan oleh Pusat Darah Negara ialah: a. Panduan Perkhidmatan dan Polisi Operasi Buku panduan ini diterbitkan untuk menetapkan garis panduan yang jelas dan mudah menerangkan polisi operasi Pusat Darah Negara (PDN). Ia menjelaskan prosedur-prosedur perkhidmatan yang disediakan oleh PDN agar dapat membantu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mengelakkan 17

kekeliruan di kalangan pelanggan yang berurusan dengan PDN. b. c. d. Transfusion Practice Guidelines for Clinicians and Laboratory Personnel. Guidelines for the Rational Use of Blood and Blood Products. Management of Haemophilia, Von Willebrand Disease and Other Inherited Bleeding Disorders. 2. Jenis-jenis Pendermaan Pendermaan tidak hanya tertumpu kepada darah merah sahaja malah terdapat komponen-komponen seperti berikut: a. Penderma Whole blood Darah mengandungi komponen-komponen seperti sel darah merah, sel darah putih, platelet dan plasma. b. Pendermaan Aferesis Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali di mana komponen darah yang tidak diperlukan akan dikembalikan ke dalam badan penderma semula. 3. Keistimewaan Penderma Darah Para penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain-lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma. Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005. ix. 1. Kekangan dan masalah yang dihadapi Kepakaran 18

Masalah utama yang dihadapi dalam bidang perubatan di negara kita adalah masalah kepakaran atau kemahiran para pegawai perubatan yang masih sedikit. Malah pihak Kementerian Kesihatan sendiri terpaksa menggunakan doktor pakar dari luar bagi melaksanakan pembedahan dan aktiviti perubatan yang lain. 2. Teknologi Teknologi perubatan yang terdapat di negara kita agak masih kekurangan dan ketinggalan jika dibandingkan dengan negara membangun dan maju yang lain. Kita masih menggunakan peralatan yang agak lama di klinik mahupun di hospital. 3. Kewangan Peruntukan kewangan oleh pihak kerajaan kepada pihak Kementerian Kesihatan yang tidak mencukupi untuk menanggung kos membeli perubatan, peralatan, pengangkutan dan sebagainya telah sedikit sebanyak melambatkan perkembangan dalam meningkatkan tahap kesihatan penduduk. 4. Kakitangan Kebanyakan klinik dan hospital di negara kita masih kekurangan anggota dan kakitangan bagi menguruskan dan bertugas di tempat berkenaan dengan pertambahan jumlah penduduk setiap masa telah menyebabkan kesesakan di semua hospital di negara kita. 5. Lokasi Biasanya, kebanyakan kempen dan program menderma darah hanya diadakan di tempat-tempat tertentu sahaja seperti di kawasan bandar, badan kerajaan dan pihak swasta. Program menderma darah jarang diadakan di kawasan luar bandar atau di kampung kerana mungkin ini akan melibatkan kos pengangkutan dan kemudahan bagi menjalankan aktiviti tersebut.

19

Bahagian B i. Berikan pandangan mengenai kerelevenan aktiviti dan program-program yang dijalankan. Kempen atau program menderma darah adalah suatu aktiviti yang amat relevan dan penting untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam jiwa masyarakat di negara ini. Keperluan dan permintaan terhadap penggunaan darah bagi tujuan kecemasan semasa merawat pesakit adalah satu perkara yang amat kritikal disebabkan pesakit sangat memerlukannya untuk menyelamatkan nyawa mereka. Pertambahan penduduk negara kita yang semakin ramai menyebabkan keperluan terhadap bekalan darah semakin bertambah terutama di musim perayaan apabila kerap berlaku kemalangan di mana pesakit memerlukan darah untuk menggantikan jumlah darah yang hilang. Kekerapan kempen, program, aktiviti dan lain-lain tentang menderma darah adalah amat perlu dilaksanakan termasuklah di kawasan atau tempat yang belum diadakan program seperti ini. Kekerapan program ini akan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menderma darah selain daripada menyelamatkan nyawa orang lain malah ia juga menyelamatkan nyawa mereka melalui pemeriksaan kesihatan dan darah yang dilakukan terhadap penderma darah. Jadi, dengan adanya program menderma darah dan kesedaran orang ramai akan membolehkan bekalan darah di negara kita akan terus mencukupi dan selamat digunakan. ii. 1. Cadangan penambahbaikan dan lain-lain perkara yang berkaitan Menjalankan soal selidik terhadap penderma untuk memastikan darah yang didermakan adalah selamat digunakan. 2. Memberi penerangan kepada penderma yang sesuai sahaja akan diterima menderma darah supaya memahami semua syarat-syaratnya. 3. Memberi khidmat kaunseling dan merujuk penderma kepada pihak hospital untuk tujuan rawatan lanjut bagi pendermaan yang didapati tercemar. 20

Rujukan Guidelines for the Rational Use of Blood and Blood Products. Kuala Lumpur: Pusat Darah Negara. Management of Haemophilia, Von Willebrand Disease and Other Inherited Bleeding Disorders. Kuala Lumpur: Pusat Darah Negara. Panduan Perkhidmatan dan Polisi Operasi. Kuala Lumpur: Pusat Darah Negara. Pusat Darah Negara (2002). Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005, Kementerian Kesihatan Malaysia. Transfusion Practice Guidelines for Clinicians and Laboratory Personnel. Kuala Lumpur: Pusat Darah Negara. http://www.pdn.gov.my

You might also like