Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
BULETIN BULANAN TRANSFORMASI KEMENTERIAN PELJARAN MALAYSIA

BULETIN BULANAN TRANSFORMASI KEMENTERIAN PELJARAN MALAYSIA

Ratings: (0)|Views: 1,258|Likes:
Published by Mohd Fazli
-
-

More info:

Published by: Mohd Fazli on May 02, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/19/2013

pdf

text

original

 
 
 Anjakan isu #126 April 2013
ISU #1, 26 APR 2013
 
Dalam isu ini:
1.
 
Sekapur sirih: Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud2.
 
Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Aspirasi Sistem3.
 
100 Hari Pertama Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan
Sekapur sirih: Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud
Saya berbesar hati memperkenalkan Anjakan, buletin bulananuntuk memastikan semua warga pendidik mendapat maklumatstatus terkini pencapaian Pelan Pembangunan PendidikanMalaysia (PPPM). Saya berharap Buletin ini sedikit sebanyak dapat dijadikan wadah kepada warga Kementerian untuk memahami danmenilai tahap kemajuan masing-masing dalam pelaksanaan inisiatif.PPPM adalah perjalanan 13 tahun (dari tahun 2013-2025) dalam usaha untuk membangunkan sistem yang memberi akses universal kepada pendidikan yang berkualiti, berekuiti, lagi menggalakkan perpaduan dengan cekap.Perjalanan sepanjang 13 tahun ini memerlukan momentum yang besar dankejayaan kita dalam masa 100 hari pertama pelaksanaan sejak Januari 2013telah menyuntik semangat bagi mencapai kejayaan yang lebih besar.Sejak permulaan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, sayatelah mengunjungi banyak sekolah dan daerah, khususnya di Sabah danKedah yang merintis Program Transformasi Daerah. Saya beriltizam untuk meneruskan lawatan turun padang di masa hadapan, dan berharap dapatmengunjungi daerah dan sekolah anda. Semasa kunjungan, saya akanmenitikberatkan dua perkara yang penting, iaitu kepentingan turun padang;dan gabungan sokongan dengan akauntabiliti.Selepas lawatan, saya semakin yakin bahawa kita akan berjaya melaksanakanPPPM dengan baik. PPD yang turun padang dengan kerap untuk memahamiisu dan menyokong sekolah telah menunjukkan kejayaan yang menakjubkan.Saya bertekad untuk menyokong PPD dengan membekalkan data yangdiperlukan, jurulatih sekolah khususnya untuk setiap daerah, dan sebagainya.Tetapi, jika kita masih gagal meningkatkan keberhasilan murid, maka kitasemua haruslah bertanggung jawab.Oleh itu, saya menyeru semua pihak supaya memberikan sokongan kepadaguru untuk meningkatkan keberhasilan murid kita. Semoga segala yangdiusahakan demi bangsa dan negara ini akan diberkati Allah s.w.t. Sekian,terima kasih.
 
KPM dalam berita
 
100 hari Pelan PembangunanPendidikan Malaysia membanggakan
Utusan Malaysia, April 2013
Timbalan Perdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin hari ini mengumumkanpelaksanaan 100 hari PelanPembangunan Pendidikan Malaysiamembuahkan hasil yang dapatdibanggakan.Beliau berkongsi enam inisiatif awaldaripada 100 inisiatif yang menjadikeutamaan untuk dilaksanakan padatahun ini.1. Pelancaran 1Agenda KPM2. Penubuhan PADU3. Pelancaran dan pengagihan saranaibu bapa4. Pengujian guru bahasa Inggerismelalui Cambridge Placement Test.5. Pelaksanaan program rintis programtransformasi daerah
6.
Penyediaan video e-guru
 
Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia 
 
 
 Anjakan isu #126 April 2013
Memahami kandungan Pelan PembangunanPendidikan Malaysia: Aspirasi Sistem
Pendidikan berkualiti masih merupakansatu jaminan terbaik untuk berjaya dimasa hadapan. Kajian telahmenunjukkan bahawa pendidikan berkualiti di peringkat awal kehidupanmembawa kepada pendapatan yangtinggi dan meningkatkan mobiliti sosio-ekonomi, membolehkan kita untuk memenuhi wawasan menjadi negara berpendapatan tinggi.Sejak negara mencapai kemerdekaan,komitmen kerajaan dalam penyediaanpendidikan tidak pernah surut.Kerajaan sentiasa meletakkan agenda pendidikan sebagai agenda utamanegara. Malaysia telah membelanjakan sebanyak 3.8% daripada KeluaranDalam Negara Kasar ke atas pendidikan, satu jumlah yang besar berbandingdengan purata negara OECD sebanyak 3.4%.Dengan pelaburan yang besar, negara kita telah mencapai akses kepadapendidikan yang hampir menyeluruh. Namun begitu, kita masih ketinggalandari segi kualiti berdasarkan pentaksiran antarabangsa PISA dan TIMSS.Sebagai contoh, prestasi murid berusia 15 tahun di Singapura, Korea Selatan,dan Hong Kong adalah tiga tahun terkehadapan berbanding dengan prestasimurid di sekolah kita.Oleh itu transformasi pendidikan ini amat penting selari dengan hasrat untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang2020. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah disediakan untuk mencapai 5 aspirasi iaitu:1.
 
100% enrolmen daripada prasekolah hingga Tingkatan 5 menjelang2020;2.
 
Negara dalam kelompok sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik dunia dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA dalam 15tahun;3.
 
50% pengurangan dalam jurang pencapaian bandar-luar bandar,sosio-ekonomi dan gender menjelang 2020;4.
 
Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dannilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian; dan5.
 
Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikutperuntukan sedia ada.Pelan Pembangunan boleh dimuatturun di:http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-Eng.pdf  
 
Sarana ibu bapa, sekolah dilancar 
 
Berita Harian, Feb 24
Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolahperingkat kebangsaan dilancar hari inisebagai inisiatif untuk menyatukan setiappihak berkepentingan termasuk ibu bapadan masyarakat bagi melahirkan modalinsan yang berkualiti global melaluisekolah.Sarana Ibu bapa mengandungi empatelemen iaitu penyediaan suasanapembelajaran di rumah, interaksi sosialdengan anak, komunikasi dengan anakdan sokongan terhadap kecemerlangananak.Sarana Sekolah pula mempunyai enamelemen iaitu iklim sekolah, komunikasiberkesan, sokongan terhadap kejayaanmurid, tanggungjawab bersama,keputusan bersama, kerjasama dengankomuniti dan kumpulan sokongan ibubapa.
 
Diperhatikan di sekolah
 
Paparan dashboardmenonjol membolehkanperbincangan prestasidilakukan serta merta -
SMK Mahsuri,Langkawi, Kedah
 Sudut membaca berhawa dinginmenggalakkan murid untuk membaca -
SMK Merpati, Sandakan, Sabah
 Ruang bermain di dalamkelas menggalakkan muriduntuk bermain danmembaca pada masalapang mereka -
SMK Padang Sanai,Padang Terap, Kedah
 
1Impian 1Agenda Peribadiku
 
Datuk Dr. Amin bin Senin
Timbalan Ketua PengarahPelajaran Malaysia
Saya terasa amat kagumsemasa lawatan kerja saya bersama TanSri KPPM ke Sabah. PPD di Sabahsedang menggunakan data yangterperinci dan relevan untukmengenalpasti punca isu yang merekahadapi, lalu membina pelan tindakanuntuk menanganinya. Tahniah!
Emelkan 1Impian 1Agenda peribadi anda dan kami akan menerbitkan yang terbaik setiap bulan.
 
 
 
 Anjakan isu #126 April 2013
100 Hari Pertama Pelaksanaan Pelan PembangunanPendidikan
10 April adalah hari ke-100 perjalanan 13 tahun transformasi sistempendidikan di Malaysia. Pada hari tersebut, Timbalan Perdana Menterimerangkap Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin merasmikan sambutan 100 hari pertama di SMK Jalan Empat, BangiKemajuan yang kukuh pada 100 hari pertama adalah penting untuk membinakeyakinan dan momentum, serta membuktikan keupayaan sistem untuk melaksanakan transformasi pendidikan. Pada 100 hari pertama, Kerajaantelah memperoleh 6 pencapaian berikut:1.
 
Pelancaran 1Agenda yang menyatukan inisiatif-inisiatif Kementerianuntuk mencapai aspirasi di dalam PPPM 2013-2025;2.
 
Penubuhan PADU sebagai unit pelaksanaan untuk 1Agenda;3.
 
Pelancaran dan pengedaran sarana ibubapa dan sekolah;4.
 
Pengujian kemahiran semua Guru Bahasa Inggeris dan memulakanlatihan peningkatan kemahiran bagi mereka yang memerlukan;5.
 
Rintis Program Transformasi Daerah di Sabah dan Kedah; dan6.
 
Pelancaran perpustakaan video e-Guru untuk membolehkan aksesuniversal kepada teknik pengajaran terbaik di dalam kelas.Langkah terus dilakukan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan selama 13tahun ini.
Inisiatif Bulan Ini
 –
e-Guru
 
Inisiatif e-Guru menyediakan aksesuniversal kepada perpustakaan videoteknik pengajaran terbaik. Perpustakaanvideo ini akan merangkumi 12 aspek SKPMmerentasi 4 subjek teras. 5 video pertamatelah dimuatnaik dan akan berkembangkepada 50 menjelang akhir tahun.
3 langkah mudah untuk menonton video di e-Guru 
Langkah 1: layari EduwebTV(http://eduwebtv.com/v2/home) dan klikpautan e-GuruLangkah 2: pilih kategori video yang andaberminatLangkah 3: pilih video yang anda ingintonton
Layarilah portal e-Guru dan rujukanlah guru yang anda minat untuk difilemkan.
 
Sembang pendidik 
TPM merasmikan Majlis Pencapaian 100 HariPelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->