You are on page 1of 4

ISTANA MENANTI' KOMSAS TINGKATAN 1

Tema novel: kisah keberanian tiga orang sahabat membongkar misteri peninggalan sejarah Watak utama Fadhil, Ramasamy, Ah Seng: murid tingkatan 3 (usia 15 tahun). Mereka melambangkan ikatan perpaduan kaum, selain memiliki naluri ingin tahu yang kuat. Semangat patrotisme dalam diri mereka juga begitu kuat. Watak sampingan Tuk Ngah: berusia hampir 80 tahun. Senang berkongsi pengalaman hidup dan kisah sejarah negara dengan remaja. Suka melayan tiga sahabat itu bagi mengisi kesunyian hidup berdua dengan Nenek Timah, justeru semua anak cucu tinggal berjauhan. Khairil: Pemuda 30 tahun yang mendakwa sebagai pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM). Sama-sama terperangkap dengan tiga sahabat di istana dan ditawan oleh kumpulan Dolah, 'pejuang' berfahaman komunis. Lebih matang dan tenang untuk menghadapi situasi cemas. Dolah: ketua kumpulan bekas komunis yang datang ke puncak Gunung Datuk dengan menyamar sebagai pelancong asing. Misi Dolah ialah untuk menggali semula peti besi yang mengandungi khazanah yang dirampas dari tentera Jepun yang dianggarkan bernilai RM1 juta. Dia bekas sahabat Tuk Ngah yang pernah lari ke negara China sebelum dibenarkan pulang semula ke Malaysia. Encik Karim / Mak Joyah: ibu bapa Fadhil. Encik Karim seorang kerani. Tidak dimaklumkan tentang Tuk Ngah menemankan ekspedisi tiga sahabat. Cekap dalm tindakan. Encik Leong / Puan Lily: ibu bapa Ah Seng. Encik Leong ialah peniaga runcit Encik Shanti / Puan Mary: ibu bapa Ramasamy. Encik Shanti penoreh getah Pak Busu: penduduk kampung yang ternampak 'pelancong asing' yang mencurigakan menghala ke istana. Ikut serta dalam gerakan mencari. Peka / bijak menghubung kait maklumat. Nenek Timah: isteri Tuk Ngah. Dari awal lagi tidak setuju dengan rancangan tiga sahabat itu. Memberi amaran tentang kewujudan puaka dan kawasan terbiar yang bahaya, serta tiada yang istimewa. Pak Senik: ketua Kampung Ulu Seperi: Bertanggungjawab. Mencadangkan bantuan polis. Sarjan Mokhtar: ketua balai polis Kampung Ulu Seperi. Berwibawa dan berpengalaman luas dalam tugas. Tegas tentang syarat gerakan mencari untuk lelaki dewasa sahaja. Ketua Polis Daerah Rembau: berucap dalam majlis kesyukuran. Memuji penduduk kampung sehingga penjenayah berbahaya dapat diberkas. Menteri Besar Negeri Sembilan: menyampaikan hadiah penghargaan kerajaan. Memuji kecekapan polis.

Sinopsis novel Novel mengisahkan keinginan tiga orang sahabat, iaitu Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy, untuk membongkar misteri istana lama di puncak Gunung Datuk kerana tertarik dengan cerita sejarah oleh Tuk Ngah. Perjalanan mendaki mengambil masa dua jam, sambil mereka berehat di sebuah jeram yang cantik. Mereka terperangkap di dalam sebuah bilik istana dan bergabung dengan Khairil yang turut terperangkap. Mereka cuba keluar menerusi sebuah terowong, tetapi bertembung dengan sekumpulan penjenayah. Mereka dipaksa menggali sebuah lubang dan akhirnya menemukan sebuah peti besi yang penuh 'harta karun' yang didakwa milik Dolah, ketua kumpulan penjenayah. Mereka ditinggalkan sehingga gerakan mencari oleh polis dan penduduk kampung menemukan mereka. Pada mulanya pasukan mencari hendak berundur sementara malam sudah larut, tetapi Tuk ngah tiba-tiba muncul untuk menceritakan hal sebenar. Penjenayah tidak sempat bolos. Akhirnya, satu majlis kesyukuran diadakan dengan dihadiri oleh Menteri Besar dan ketua polis daerah. Binaan plot Permulaan / pengenalan: Perkembangan: Konflik / pergolakan: Klinaks / puncak: Peleraian:

Perwatakan berani: Tiga sahabat tetap mahu mendaki puncak Gunung Datuk walaupun dikatakan berpuaka patriotik / semangat cinta negara: menghargai mata pelajaran Sejarah. Tiga sahabat sudi mendengar kisah sejarah daripada Tuk Ngah yang sudah lanjut usia. mesra / ramah: Tuk Ngah sedia melayan kanak-kanak. Dia juga sanggup menemani ekspedisi mendaki gunung walaupun tidak segagah dahulu. bijak / panjang akal: Tuk Ngah bersembunyi sambil memerhatikan pergerakan penjenayah di luar istana. Tiga sahabat dan Khairil cuba melengahkan masa ketika menggali lubang. tegas: Sarjan Mokhtar hanya membenarkan 4 orang wakil penduduk kampung masuk ke balai membuat laporan. Kemudian, anggota gerakan mencari hanya dianggotai oleh lelaki dewasa. peka / prihatin: Pak Busu mengaitkan kehadiran pelancong asing yang mencurigakan dengan kehilangan tiga sahabat. Pak Senik juga cepat bertindak supaya laporan polis segera dibuat. sedia membantu / menolong: penduduk kampung menyertai gerakan mencari.

Latar masyarakat masyarakat murid sekolah masyarakat warga tua masyarakat kampung masyarakat pihak berkuasa keselamatan masyarakat penjenayah

keberanian menempuh cabaran / kesukaran / ujian / situasi cemas semangat cinta kepada negara / menghargai khazanah sejarah bangsa keramahan / kemesraan dalam komunikasi / antara generasi kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah / mencari jalan untuk membuat keputusan / pilihan ketegasan dalam tugas / memberi arahan

masyarakat yang berani masyarakat yang patriotik / cintakan negara masyarakat yang ramah / mesra masyarakat yang bijak / panjang akal masyarakat yang tegas masyarakat yang peka / prihatin masyarakat yang sedia membantu / menolong Nilai murni: keberanian, cinta negara, keramahan / kemesraan, kebijaksnaan, ketegasan, kepekaan / keprihatinan, bantu-membantu / tolong-menolong Persoalan Kita hendaklah tegas dalam tugas / memberi arahan Kita hendaklah ramah / mesra dalam komunikasi / antara generasi Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan masalah / mencari jalan untuk membuat keputusan / pilihan kepekaan / persekitaran keprihatinan terhadap sesuatu peristiwa /

saling membantu / menolong dalam sesuatu keadaan / tugas Pengajaran Kita hendaklah berani menempuh cabaran / kesukaran / ujian / situasi cemas semangat cinta kepada negara / menghargai khazanah sejarah bangsa

Kita hendaklah peka / prihatin / mengambil berat terhadap sesuatu peristiwa / persekitaran Kita hendaklah saling membantu / menolong dalam sesuatu keadaan / tugas kbkk Unsur saspens: pintu bilik istana tiba-tiba terkunci dan tiga sahabat terpernagkap : kemunculan ribuan ekor tikus di laluan terowong : penjenayah mengugut untuk melepaskan tembakan Peristiwa kebetulan: tiga sahabat tiba di puncak ketika kumpulan penjenayah sudah berada di istana Keistimewaan tajuk novel: berunsur sejarah, serta menimbulkan keinginan pembaca untuk mengetahui kisah yang bakal disampaikan oleh pengarang Permulaan novel yang menarik: Gambaran tentang minat yang sama oleh berbilang generasi tentang sejarah negara Pengakhiran novel menepati jangkaan pembaca: Tiga sahabat, Tuk Ngah dan Khairil terselamat. Dolah dan anak buah diberkas. Masing-masing menerima balasan / kesudahan yang setimpal.

You might also like