You are on page 1of 25

SIKAP PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 6 KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID TERHADAP PELAKSANAAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Oleh:

Haryani binti Rozali Masyitah binti Hassan Shifa binti Shoib Siti Zalekha binti Ahmad

Catatan: Penulisan ini merupakan hasil penyelidikan satu kumpulan pelajar Tingkatan 6 KSAH Tahun 2010 seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6. Pelajar-pelajar seperti tercatat di atas telah dibimbing oleh En. Ahmad Fauzi Mohamed (Guru Akademik Tingkatan 6) selaku penyelia kepada kumpulan pelajar-pelajar tersebut.

SIKAP PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 6 KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID TERHADAP PELAKSANAAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

HARYANI BINTI ROZALI MASYITAH BINTI HASSAN SHIFA BINTI SHOIB SITI ZALEKHA BINTI AHMAD

KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID 2010

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan

Kepentingan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) menjadi semakin penting dalam era globalisasi dan k-ekonomi. R&D dalam apa bentuk sekali pun bukan saja dapat meningkatkan daya saing sesebuah negara tetapi juga meningkatkan reputasi sesebuah institusi pendidikan. Aktiviti-aktiviti R&D yang terancang, bersistematik dan bermutu membolehkan institusi

pendidikan di Malaysia bersaing dengan mana-mana institusi pendidikan di negara lain. Justeru itu, mulai tahun 2010 komponen R&D mula diperkenalkan kepada para pelajar Tingkatan 6. Pelajar-pelajar Tingkatan 6 didedahkan dengan ilmu R&D dan mereka diminta membuat penyelidikan dan seterusnya

mengemukakan laporan hasil penyelidikan yang dijalankan. Oleh kerana komponen ini merupakan sesuatu yang baru, tanggapan yang negatif terhadap pelaksanaannya mungkin wujud. Para pelajar seharusnya memperlihatkan sikap yang positif kerana R&D amat signifikan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Menyedari hakikat tersebut, maka satu penyelidikan tentang sikap para pelajar Tingkatan 6 terhadap pelaksanaan R&D di sekolah-sekolah perlu dilakukan. Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) ialah sebuah sekolah di Negeri Kedah Darul Aman yang mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6. Secara statistiknya terdapat 1124 orang pelajar di KSAH pada tahun 2010. Daripada jumlah tersebut 295 orang ialah pelajar-pelajar Tingkatan 6 iaitu 125 orang pelajar Tingkatan 6 Atas dan 170 orang pelajar Tingkatan 6 Rendah.

Jadual 1.1 berikut menunjukkan enrolmen pelajar KSAH secara terperinci seperti pada 31 Mei 2010. Jadual 1.1. Enrolmen Pelajar KSAH pada 31 Mei 2010 Tingkatan 1 2 3 4 5 6 Rendah 6 Atas JUMLAH Kelas 7 7 7 6 5 6 6 44 Lelaki 210 189 206 171 173 79 57 1085 Perempuan 91 68 159 Jumlah 210 189 206 171 173 170 125 1244

Nota. Statistik yang dikemukakan ini berdasarkan kutipan data oleh Kolej Sultan Abdul Hamid pada 31 Mei 2010. Dipetik dari Laman Web KSAH, 2010, 2 Ogos. Hak cipta 2010, Kolej Sultan Abdul Hamid. Sedutan dengan kebenaran Pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid.

1.2

Pernyataan Masalah

Perasaan fobia boleh menjadi penghalang terhadap pelaksanaan sesuatu program baru. Woodrow (disebut di dalam Ahmad Fauzi Mohamed, 2005) menyatakan bahawa selain sokongan, sikap menjadi penentu kejayaan sebarang program dalam pendidikan. Menurut Dorinina (disebut di dalam Jusni Nasirun, 1995), kebanyakan penyelidik mendapati bahawa fenomena kerisauan merupakan salah satu faktor yang telah mengurangkan

keberkesanan penyerapan sesuatu program baru di dalam bilik darjah.

Dalam perkembangan berkaitan, Woodrow (disebut di dalam Ahmad Fauzi Mohamed, 2005) menegaskan bahawa sikap positif menjadi faktor utama untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan sesuatu program. Justeru itu, gambaran yang komprehensif tentang sikap para pelajar Tingkatan 6 terhadap pelaksanaan R&D amat diperlukan. Penyelidikan ini perlu untuk memperolehi maklumat tersebut. 1.3 Tujuan Penyelidikan

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji penerimaan para pelajar Tingkatan 6 di KSAH terhadap pelaksanaan R&D. Justeru itu, penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengetahui sikap pelajar-pelajar tersebut terhadap

pelaksanaan R&D di Tingkatan 6. Dapatan penyelidikan ini boleh dijadikan rujukan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan komponen tersebut. 1.4 Signifikan Penyelidikan

Walaupun baru dilaksanakan di Tingkatan 6, bidang R&D bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia pendidikan. Hakikatnya, R&D telah dilaksanakan secara meluas di semua IPT di negara ini. Penyelidikan ini ialah kajian sistematik dan akan menghasilkan data emperikal berhubung dengan tanggapan para pelajar Tingkatan 6 di KSAH terhadap pelaksanaan R&D. Hasil penyelidikan ini penting untuk membantu KSAH mengenal pasti kekangan terhadap pelaksanaan R&D dalam kalangan para pelajar dan seterusnya merancang program pengenalan secara lebih sistematik dan berkesan. Hasil penyelidikan ini juga penting untuk membantu mempercepatkan proses penerapan pelaksanaan komponen R&D di Tingkatan 6.

1.5

Persoalan Penyelidikan

Penyelidikan ini dibuat untuk menjawab persoalan-persoalan berikut: (a) Sejauh manakah tahap keyakinan pelajar Tingkatan 6 terhadap pelaksanaan R&D? (b) Sejauh manakah tahap minat pelajar Tingkatan 6 terhadap pelaksanaan R&D? (c) Sejauh manakah tahap kerisauan pelajar Tingkatan 6 terhadap pelaksanaan R&D? 1.6 Objektif Penyelidikan

Secara amnya, penyelidikan ini ialah untuk menentukan sikap para pelajar Tingkatan 6 di KSAH terhadap pelaksanaan R&D. Justeru itu, objektif penyelidikan ini ialah: (a) untuk menentukan tahap keyakinan pelajar Tingkatan 6 di KSAH terhadap pelaksanaan R&D. (b) untuk menentukan tahap minat pelajar Tingkatan 6 di KSAH terhadap pelaksanaan R&D. (c) untuk menentukan tahap kerisauan pelajar Tingkatan 6 di KSAH terhadap pelaksanaan R&D. 1.7 Definisi Operasional Sikap Sikap dalam penyelidikan ini merujuk tanggapan terhadap tiga dimensi tingkah laku iaitu keyakinan, minat, dan kerisauan terhadap

pelaksanaan R&D. Ketiga-tiga dimensi tersebut digunakan untuk 6

menentukan sikap pelajar Tingkatan 6 KSAH terhadap pelaksanaan komponen R&D. Dalam penyelidikan ini, skor min akan digunakan untuk mengkategorikan sikap pelajar. Pelajar Tingkatan 6 Pelajar Tingkatan 6 dalam penyelidikan ini merujuk kepada pelajar lelaki dan perempuan yang ditawarkan dan sedang belajar di Tingkatan 6 Atas di KSAH pada tahun 2010. Kolej Sultan Abdul Hamid Kolej Sultan Abdul Hamid merujuk kepada sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang terletak di bandar Alor Setar, Kedah Darul Aman. Penyelidikan & Pembangunan Penyelidikan & pembangunan merujuk kepada satu komponen baru yang diperkenalkan dalam pelaksanaan kelas Tingkatan 6 mulai tahun 2010 seperti yang termaktub dalam pekeliling perkhidmatan KP (BPSH-SPDK) 201/005/02 (24) bertarikh 13 Oktober 2009. 1.8 Rumusan

Bab 1 ini telah menjelaskan secara menyeluruh latar belakang penyelidikan. Tinjauan literatur dimuatkan di bab 2, sementara kaedah penyelidikan di bab 3. Di bab 4 pula dibentangkan hasil analisis data dan bab 5 berikutnya dikemukakan rumusan terhadap keseluruhan penyelidikan. Cadangancadangan untuk memperbaiki mutu penyelidikan turut dikemukakan dalam bab tersebut.

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan

Penyelidikan dan pembangunan (R&D) mampu melahirkan generasi kreatif dan inovatif. Setakat ini, belum ada satu kajian khusus yang dibuat tentang sikap pelajar terhadap pelaksanaan R&D di Tingkatan 6. R&D penting sebagai asas pengetahuan dan persediaan pelajar sebelum melangkah ke institusi pengajian tinggi dan merupakan pelengkap kepada kurikulum Tingkatan 6 yang sedia ada. Oleh itu, sikap terhadap pelaksanaan R&D penting untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan R&D dalam kalangan pelajar Tingkatan 6. 2.2 Sikap dan Isu-isu Berkaitan

Menurut Noresah Baharom, et al. (1994) sikap adalah perbuatan atau pandangan yang berdasarkan kepada sesuatu pendapat, fikiran dan lain-lain. Sikap mempunyai nilai dan ditentukan oleh kepercayaan seseorang tentang objek sikap tersebut. Menurut Fishbein dan Ajzen (disebut di dalam Ahmad Fauzi Mohamed, 2005) sikap merupakan suatu sistem yang kompleks yang terdiri daripada dimensi perasaan serta kecenderungan untuk bertindak terhadap sesuatu objek. Sikap ialah tanggapan atau pandangan mengenai sesuatu perkara. Penentuan sikap bergantung kepada tiga perkara iaitu apa yang difikirkan (kognitif), apa yang dilakukan (psikomotor), dan apa yang dirasakan (afektif). Minda dan sikap saling berkait iaitu minda positif akan menghasilkan sikap yang positif serta akan menggerakkan perubahan sikap dan tingkah laku sesuai dengan matlamat untuk mencapai kecemerlangan. Perubahan sikap juga mesti didahului dengan perubahan minda.

Perkaitan hubungan minda dan sikap dapat digambarkan seperti Rajah 2.1 berikut: Minda (+) kejayaan Minda (-) kegagalan Minda (-) Rajah 2.1. Perhubungan Minda & Sikap Minda dan sikap yang positif adalah seperti fikiran terbuka, bermotivasi tinggi, yakin dengan kejayaan, optimis, berdisiplin, imaginatif, sabar menghadapi cabaran, toleransi dengan kegagalan, suka mengkaji, akauntabiliti dan bertanggungjawab. 2.3 Penyelidikan dan Pembangunan serta Kepentingannya Sikap (+)

R&D juga dikatakan sebagai memperolehi pengetahuan baru secara teratur. Bidang tersebut merupakan satu aktiviti berhubung dengan usaha

memperolehi dan menganalisis maklumat untuk mengenal pasti dan menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan adanya R&D, idea dan

pengetahuan baru yang sesuai dapat diperolehi. R&D perlu dilakukan secara sistematik dan saintifik. Fakta-fakta yang diperolehi secara sistematik dan saintifik merupakan fakta-fakta yang jitu dan boleh dipercayai yang boleh digunakan untuk membuat keputusan yang tepat.

2.4

Pelaksanaan R&D dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Keperluan dan kepentingan bidang R&D sememangnya semakin mendesak pada masa kini. Justeru itu, mulai tahun 2010 R&D mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara. Pelajar-pelajar Tingkatan 6 mula

didedahkan dengan ilmu R&D. Mereka kemudiannya diminta melaksanakan R&D dan seterusnya mengemukakan laporan hasil penyelidikan yang dijalankan. Penyelidikan dan kolokium dijadikan sebagai subjek tambahan dan masa yang diperuntukan adalah selama 80 minit minggu. Menurut Zaini Ujang (2007), natijah penyelidikan sama ada dalam bentuk barang, sistem atau perkhidmatan dapat meningkatkan daya saing serta meninggikan reputasi sesebuah institusi pendidikan. Dengan ada aktiviti penyelidikan yang terancang, bermutu tinggi dan berkualiti, penjenamaan pengajian akan meningkat untuk membolehkan kita bersaing dengan institusi pengajian negara lain. 2.5 Rumusan

Dalam bab 2 ini dipaparkan tinjauan literatur tentang sikap terhadap pelaksanaan R&D dan beberapa isu yang berkait rapat dengannya. Walaupun tidak mendalam, namun diharap apa yang dibentangkan memadai untuk memberi gambaran terhadap sikap pelajar dan pelaksanaan komponen R&D di Tingkatan 6.

10

BAB 3 KAEDAH PENYELIDIKAN 3.1 Pendahuluan

Bab ini menerangkan kaedah dan prosedur penyelidikan yang dijalankan. Terdapat sembilan perkara dibentangkan di bab 3 ini iaitu meliputi (a) pendahuluan, (b) reka bentuk penyelidikan, (c) populasi dan persampelan, (d) lokasi penyelidikan, (e) instrumen penyelidikan, (f) prosedur pengumpulan data, (g) analisis data, (h) batasan penyelidikan, dan (j) rumusan. 3.2 Reka Bentuk Penyelidikan

Penyelidikan ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif dan melibatkan penggunaan soal selidik untuk mendapatkan data. Menurut Mohd. Majid Konting (1993) kaedah tersebut merupakan pendekatan yang bersifat logik, saintifik dan khusus serta ukuran yang bersifat kuantitatif mudah diperolehi. Kaedah tinjauan deskriptif didapati amat popular dalam penyelidikan sains tingkah laku. Oleh kerana sikap terhadap pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mempunyai kaitan dengan tingkah laku, maka kaedah tersebut bertepatan. Tambahan pula penyelidikan ini bukanlah bertujuan membuat perbandingan atau mengkaji perkaitan atau mencari sebarang keberkesanan. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat demografi dan menentukan sikap pelajar-pelajar Tingkatan 6 KSAH terhadap pelaksanaan R&D. Penyelidikan ini dikendalikan dalam dua peringkat iaitu: (a) tinjauan awal, dan (b) penyelidikan sebenar.

11

3.2.1 Tinjauan Awal Tinjauan awal dijalankan untuk mengumpul maklumat-maklumat asas tentang pelaksanaan R&D serta pengertian sikap. Dapatan digunakan untuk mentadbir penyelidikan sebenar. Tinjauan awal juga dilakukan untuk mengenal pasti masalah yang akan dihadapi untuk mentadbir penyelidikan sebenar dan membina soal selidik. 3.2.2 Penyelidikan Sebenar Soal selidik diedarkan kepada responden secara terus pada bulan Ogos 2010. Penerangan yang lengkap diberikan kepada semua responden mengenai soal selidik tersebut. Semua responden juga dimaklumkan bahawa penglibatan mereka adalah secara sukarela dan semata-mata bertujuan untuk mendapatkan maklumat serta tidak akan mendatangkan apa-apa kesan terhadap diri mereka. Jawapan mereka akan dirahsiakan dan tidak akan didedahkan secara individu tetapi dibentangkan dalam bentuk laporan. 3.3 Populasi dan Persampelan

Populasi penyelidikan ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 6 Atas dipilih secara rawak sebagai sampel. Semua soal selidik yang diedarkan diterima dan dibuat analisis. 3.4 Lokasi Penyelidikan

Penyelidikan ini dijalankan di KSAH. Lokasi tersebut dipilih memandangkan KSAH mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6. Selain itu, pemilihan KSAH sebagai lokasi juga memudahkan para penyelidik dari segi kos dan logistik. 3.5 Instrumen Penyelidikan

Instrumen yang digunakan untuk penyelidikan ini ialah soal selidik. Skala Likert digunakan untuk mendapatkan respons sampel terhadap pelaksanaan

12

R&D. Instrumen ini dibina sendiri oleh para penyelidik berdasarkan contohcontoh soal selidik yang pernah digunakan untuk mengukur sikap. Pengubahsuaian terhadap contoh-contoh soal selidik dibuat agar ianya menepati objektif penyelidikan. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu (a) Bahagian 1: Maklumat Demografi dan (b) Bahagian 2: Sikap Terhadap R&D. Keseluruhan Bahagian 2 mengandungi 18 pernyataan yang merangkumi maklum balas terhadap tahap dimensi sikap iaitu keyakinan, minat dan kerisauan. Secara terperinci, enam pernyataan dikemukakan bagi setiap dimensi sikap, 3.6 Prosedur Pengumpulan Data

Dua kaedah pengumpulan data telah digunakan untuk penyelidikan ini iaitu (a) soal selidik, dan (b) analisis dokumen. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data, manakala analisis dokumen dilakukan pada peringkat awal penyelidikan bertujuan untuk melihat pelaksanaan R&D di peringkat sekolah. 3.7 Analisis Data

Skor-skor mentah yang diperolehi dikumpul, dihitung dan dianalisis menggunakan Microsoft Excel 2003. Min untuk setiap dimensi akan diperolehi dan seterusnya digunakan sebagai skor untuk menentukan tahap sikap responden terhadap pelaksanaan R&D berdasarkan julat yang ditetapkan. Julat penentuan tahap berdasarkan skor min yang ditetapkan ialah seperti dalam Jadual 3.1 berikut:

13

Jadual 3.1. Skala Penentuan Tahap Sikap Terhadap R&D Tahap Rendah (Negatif) Sederhana Tinggi (Positif) Julat Min 1.00 1.99 2.00 3.99 4.00 5.00

3.8

Batasan Penyelidikan

Penyelidikan ini terbatas kepada aspek yang diselidiki dan berpandukan soal selidik yang disediakan. Ia juga terbatas kepada sampel-sampel yang dipilih sahaja. Namun, para penyelidik tidak dapat memastikan sejauh manakah keikhlasan sampel-sampel dalam memberi respons kepada pernyataanpernyataan yang dikemukakan di dalam soal selidik yang digunakan. 3.9 Rumusan

Bab ini telah menjelaskan tentang keseluruhan kaedah penyelidikan. Tujuh perkara yang berkaitan dengan kaedah penyelidikan telah dibentangkan iaitu reka bentuk penyelidikan, populasi dan persampelan, lokasi penyelidikan, instrumen penyelidikan, prosedur pengumpulan data, analisis data, dan batasan penyelidikan. Penganalisaan data yang dibuat dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2003 dan dapatannya dibentang dalam bab 4 berikutnya.

14

BAB 4 KEPUTUSAN PENYELIDIKAN 4.1 Pendahuluan

Bab 4 ini mengandungi dapatan-dapatan penyelidikan sikap responden terhadap pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Maklum balas responden melalui soal selidik dikumpul dan dianalisis. Secara amnya, hasil analisis dibentang dalam dua bahagian iaitu dapatan mengenai latar belakang dan min dimensi-dimensi sikap yang dikaji iaitu keyakinan, minat dan kerisauan. 4.2 Latar Belakang Responden

Responden penyelidikan ini terdiri daripada 10 orang pelajar Tingkatan 6 Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Dapatan-dapatan tentang latar belakang responden menunjukkan 50% responden adalah pelajar lelaki dan 50% adalah pelajar perempuan. Kesemuanya (100%) terdiri daripada pelajar aliran kemanusiaan, berbangsa Melayu dan sedang menjalankan penyelidikan. 4.3 Analisis Statistik

Analisis statistik dibuat untuk menentukan tahap sikap responden terhadap pelaksanaan R&D. Analisis adalah berdasarkan respons yang diberi mengikut dimensi-dimensi sikap iaitu keyakinan, minat, dan kerisauan. Analisis statistik sikap terhadap pelaksanaan R&D mengikut dimensi-dimensi ditunjukkan dalam Jadual 4.1 berikut.

15

Jadual 4.1. Min Sikap Terhadap Pelaksanaan R&D Mengikut Dimensi (N=10) Dimensi Sikap Keyakinan Terhadap R&D Minat Terhadap R&D Kerisauan Terhadap R&D Keseluruhan Min 3.27 3.38 2.42 3.02

Secara amnya, analisis menunjukkan bahawa min bagi keseluruhan dimensi sikap terhadap pelaksanaan R&D ialah 3.02. Dapatan tersebut menunjukkan min sikap keseluruhan responden adalah pada tahap sederhana kerana berada pada julat min 2.00 3.99. Analisis statistik terperinci menunjukkan bahawa skor min bagi dimensi keyakinan ialah 3.27, dimensi minat ialah 3.38 dan dimensi kerisauan ialah 2.42. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa min ketiga-tiga dimensi sikap iaitu keyakinan, minat dan kerisauan adalah pada tahap sederhana kerana berada pada julat 2.00 3.99. 4.4 Rumusan

Bab 4 ini telah mengemukakan dapatan-dapatan penyelidikan yang berkaitan dengan responden. Semua dapatan yang dikumpul secara kuantitatif yang berkaitan dengan persoalan penyelidikan telah dikemukakan. Rumusan keseluruhan penyelidikan ini akan dibincangkan selanjutnya dalam bab 5 berikut.

16

BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincang, merumus keseluruhan data dan maklumat yang telah dianalisis di dalam bab 4. Beberapa rumusan, dan kesimpulan turut dikemukakan. Turut dibentangkan ialah implikasi hasil penyelidikan serta cadangan untuk meningkatkan mutu penyelidikan pada masa akan datang. 5.2 Perbincangan Hasil Penyelidikan

Analisis dapatan penyelidikan bertujuan untuk menentukan sikap pelajarpelajar Tingkatan 6 Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) terhadap pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Min telah digunakan sebagai skor untuk menentukan tahap sikap pelajar terhadap R&D berdasarkan julat skala seperti yang dikemukakan dalam Jadual 3.1. Tiga tahap sikap ditetapkan iaitu iaitu tinggi, sederhana, dan rendah. Tahap tinggi bermaksud sikap yang positif, manakala rendah pula bermaksud sikap yang negatif. Berdasarkan analisis, dapatlah dirumuskan bahawa didapati pelajar Tingkatan 6 KSAH tidak bersikap negatif terhadap pelaksanaan R&D kerana min keseluruhan (3.02) berada pada tahap julat sederhana ( 2.00 3.99). Walaupun tidak bersikap negatif, namun rumusan juga dapat dibuat bahawa pelajar-pelajar Tingkatan 6 KSAH tidak bersikap positif terhadap pelaksanaan R&D kerana analisis menunjukkan tiada mana-mana dimensi yang berada pada julat min 4.00 5.00. Juga dapat dibuat kesimpulan bahawa para pelajar Tingkatan 6 KSAH mempunyai tahap kebimbangan yang agak ketara terhadap pelaksanaan R&D. Rumusan sedemikian dibuat kerana analisis dapatan menunjukkan skor min dimensi kerisauan iaitu 2.42, walaupun pada 17

julat sederhana adalah merupakan yang paling rendah antara ketiga-tiga dimensi. Berdasarkan rumusan-rumusan tersebut, secara amnya didapati bahawa penyelidikan yang dijalankan ini telah berupaya memberi gambaran tentang sikap pelajar Tingkatan 6 KSAH terhadap pelaksanaan R&D sebagai satu bidang baru. Oleh yang demikian, para penyelidik berpendapat bahawa penyelidikan ini telah berhasil memenuhi tujuan penyelidikan dijalankan. 5.3 Implikasi Penyelidikan

Secara amnya, apa yang dibentangkan dalam penyelidikan ini mempunyai kesan terhadap pelaksanaan R&D di sekolah-sekolah, khusus dalam kalangan para pelajar Tingkatan 6 KSAH. Tidak bersikap negatif yang ditunjukkan bermakna tidak wujudnya halangan terhadap pelaksanaannya. Sikap yang sederhana yang ditunjukkan tidak memadai untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan R&D dalam kalangan para pelajar Tingkatan 6. Analisis dapatan yang menunjukkan sikap yang sederhana harus diberi perhatian dan diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak-pihak yang tertentu. Para pelajar Tingkatan 6 haruslah didorong dan digalakkan untuk menjadikan R&D sesuatu yang penting dan berguna. Justeru itu, pendedahan yang lebih meluas melalui kursus, bengkel atau seminar haruslah diusahakan. 5.4 Cadangan Penyelidikan Lanjutan

Penyelidikan ini mendapati beberapa kelemahan dan batasan yang perlu dibaiki. Untuk tujuan tersebut, dikemukakan beberapa cadangan yang dapat membantu meningkatkan mutu serta keunggulan penyelidikan yang akan datang. Berikut ialah cadangan-cadangan tersebut:

18

(a)

Bilangan responden ditambah dan skop penyelidikan diperluaskan supaya dapatan penyelidikan mempunyai tahap kesahan dan

kebolehpercayaan yang lebih tinggi serta signifikan. (b) Penyelidikan ini juga patut dijalankan ke atas pelajar-pelajar Tingkatan 6 di sekolah lain agar gambaran yang lebih menyeluruh dapat diperolehi. (c) Analisis statistik yang lebih terperinci dengan menggunakan perisian khusus seperti perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) haruslah digunakan agar kewibawaan dapatan penyelidikan dapat ditingkatkan. 5.5 Rumusan

Pengenalan R&D, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6 penting untuk memastikan sistem pendidikan negara setanding dengan pendidikan di negara-negara maju. Dalam perkembangan berkaitan, para pelajar haruslah dibantu untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan secara lebih bersistematik dan bermutu. Sikap para pelajar sama ada positif atau negatif menjadi penentu keberkesanan pelaksanaan R&D dalam pendidikan. Walaupun tidak menyeluruh, hasil penyelidikan ini sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran awal untuk memantapkan pelaksanaan R&D di sekolahsekolah. Hasil analisis dapatan penyelidikan ini juga boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk membuat perancangan yang lebih komprehensif agar kualiti hasil penyelidikan yang dibuat dapat ditingkatkan.

19

BIBLIOGRAFI Ahmad Fauzi Mohamed. (2005). Sikap Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kota Setar Terhadap Komputer. Tesis sarjana tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia, Malaysia. Jusni Nasirun. (1995). Attitudes of Lecturers In Darulaman Teacher Training Institute (IPDA) Toward The Professional Use of Computers. Tesis sarjana tidak diterbitkan. University of Houston, USA. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Pekeliling Perkhidmatan KP (BPSHSPDK) 201/005/02 (24). Bertarikh 13 Oktober 2009. Kuala Lumpur: KPM. Mohd. Majid Konting. (1993). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noresah Baharom., Rusli Abdul Ghani., Mohd. Noor Abd. Ghani., Ibrahim Ahmad., Aziah Tajudin., Salmah Jabbar., et al., ed. (1994). Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Ngah Razali. (1996). Analisis data dalam penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Zaini Ujang. (2007). Empat Mekanisme Merealisasikan R&D. Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia. Dilayari pada 18 Jun 2010, dari http://www.fkkksa.utm.my/index.php/Latest-News/Empat-mekanismerealisasi-R&D.html.

20

Lampiran A INSTRUMEN PENYELIDIKAN SKALA SOAL SELIDIK SIKAP TERHADAP PELAKSANAAN PENYELIDIKIAN DAN PEMBANGUNAN

KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID


05460, Alor Setar, Kedah Darul Aman

SOAL SELIDIK SIKAP TERHADAP PELAKSANAAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN DI TINGKATAN 6

21

Kolej Sultan Abdul Hamid, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Bertarikh: 1 Ogos 2010

Saudara/Saudari,

Soal Selidik Sikap Terhadap Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada saudara/saudari kerana sudi menjadi responden dalam penyelidikan ini. Tujuan penyelidikan ini ialah untuk mengetahui sikap pelajar-pelajar Tingkatan 6 sekolah-sekolah menengah rendah terhadap penyelidikan & pembangunan. 2. Keunggulan penyelidikan ini bergantung kepada ketepatan maklumat yang diberikan. Oleh yang demikian, kerjasama saudara/saudari dipohon untuk memberi respons dengan ikhlas dan jujur. Semua maklumat yang diperolehi akan dirahsiakan dan tidak akan dilaporkan secara individu serta untuk tujuan akademik semata-mata. Tiada sebarang penilaian atau gred akan diberi terhadap respons yang dikemukakan. 3. Untuk pengetahuan saudara/saudari, kami telah mendapat kebenaran daripada Kolej Sultan Abdul Hamid untuk menjalankan penyelidikan ini. Sekian, kerjasama yang saudara/saudari berikan amat dihargai dan diucapkan terima kasih. Yang benar,

HARYANI BINTI ROZALI (KP No: 911202-02-6258) MASYITAH BINTI HASSAN (KP No: 910611-02-5980) SHIFA BINTI SHOIB (KP No: 911117-02-5234) SITI ZALEKHA BINTI AHMAD (KP No: 910221-07-5122)

22

SKALA SOAL SELIDIK SIKAP TERHADAP R&D


Bahagian 1 : Maklumat Demografi Sila respons kepada semua item dengan menanda pada petak yang berkaitan. 1. Jantina: Lelaki Perempuan

2. Bangsa:

Melayu Cina India Lain-lain

3. Adakah anda penuntut Tingkatan 6?

Ya Tidak

4. Adakah anda sedang/pernah menjalankan R&D Tingkatan 6?

Ya Tidak

Bahagian 2 : Sikap Terhadap R&D Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian untuk menentukan sikap anda terhadap pelaksanaan R&D di Tingkatan 6. Setiap satu berkaitan dengan aspek-aspek yang berbeza tentang sikap anda terhadap pelaksanaan R&D. Selepas membaca setiap pernyataan, sila nyatakan tahap persetujuan dengan MEMBULATKAN nombor di sebelah kanan setiap ayat. Sila respons kepada semua pernyataan kerana tiada respons yang betul atau salah.

23

Kurang Bersetuju

Sangat Bersetuju

KEYAKINAN TERHADAP R&D 1. Saya mahir menjalankan kerja-kerja R&D. 2. Saya akan berasa okey ketika menyiapkan tugasan R&D. 3. Saya akan mempelajari bidang R&D secara mendalam. 4. Saya akan cemerlang dalam kerja-kerja menyiapkan tugasan R&D. 5. Saya berpendapat bahawa pelaksanaan R&D tidak menyusahkan. 6. Saya mempunyai kepercayaan yang tinggi bahawa tugasan R&D dapat disiapkan. MINAT TERHADAP R&D 7. Saya berasa selesa ketika melakukan tugasan R&D. 8. Saya berpendapat pelaksanaan R&D adalah sesuatu yang memberangsangkan. 9. Saya berasa teruja untuk berbincang tentang R&D dengan rakan-rakan. 10. Saya akan terus memikirkan tentang masalah pelaksanaan R&D yang tidak dapat diselesaikan selepas berhenti. 11. Saya dapati amat sukar untuk berhenti sebaik sahaja memulakan tugasan R&D. 5 5 5 4 4 4 3 3 3 2 2 2 1 1 1 5 5 5 5 5 5 4 4 4 4 4 4 3 3 3 3 3 3 2 2 2 2 2 2 1 1 1 1 1 1

24

Amat Tidak Bersetuju

Tidak Pasti

Bersetuju

Kurang Bersetuju

Sangat Bersetuju

12. Saya suka cabaran menyelesaikan masalah dengan menggunakan R&D. KERISAUAN TERHADAP R&D 13. Pelaksanaan R&D tidak menakutkan saya. 14. Melakukan tugasan R&D tidak akan membuatkan saya berasa amat gementar. 15. Saya tidak berasa rimas setiap kali haendak melakukan R&D. 16. Melaksanakan R&D tidak membuatkan saya rasa kurang senang dan bercelaru. 17. Saya berasa tidak mampu menyiapkan tugasan R&D yang diberi. 18. Saya yakin tidak akan menghadapi masalah melaksanakan R&D jika tidak bimbing.

5 5 5 5 5

4 4 4 4 4

3 3 3 3 3

2 2 2 2 2

TERIMA KASIH

25

Amat Tidak Bersetuju

Tidak Pasti

Bersetuju

1 1 1 1 1

You might also like