You are on page 1of 7

TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING

Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet Amerika Syarikat.

Model ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikn jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran.

Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada.

Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruangan kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan

mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan ianya menghasilkan faedah yang baik.

Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan, kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang Mengapa dan Bila sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu.

Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan.

MATLAMAT TGFU Memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan Pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan Model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan

KEBAIKAN MODEL :

Antaranya permainan

ialah yang

ia

dapat

memberi

peluang

kanak-kanak umur

meneroka tahap

telah

diubahsuai

berdasarkan

dan

pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada, ia mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai

permainan yang diubahsuai secara berperingkat. KELEMAHAN MODEL

Antara kelemahannya ialah kanak-kanak mungkin akan keliru kerana pengubahsuaian permainan ini mungkin akan mengubah sifat asal sesuatu permainan itu dan peralatan yang digunakan juga mungkin tidak

bersesuaian untuk permainan tersebut.

Teaching Games for Understanding (TGfU) adalah berasaskan idea Bunker dan
Thorpe (1982). Matlamat utama TGfU ialah supaya murid dapat memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Mengikut Model Bunker dan Thorpe (1982), terdapat empat kategori dalam permainan kanak-kanak. Keempat-empat kategori dersebut adalah sasaran, pukulan, jaringan /dinding dan serangan / kawasan.

Jenis-jenis permainan kanak-kanak dan kategori mengikut Bunker & Thorpe:

Sasaran Ten Pin Bowling Bowling Padang Dart Memanah

Pukulan Sofbol Baseball Kriket

Jaring / Dinding Ping Pong Badminton Bola Tampar

Serangan Kawasan Ragbi Bola Sepak Bola Jaring Bola Keranjang Hoki

Kategori permainan model TGFU

Terdapat empat kategori permainan yang terkandung dalam model TGFU ini. Antaranya ialah:

Target / sasaran Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata Contoh: bowling, archery, golf

Striking / Fielding Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan Contoh: baseball , softball, cricket

Net / Wall Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang Contoh: badminton, squash, table tennis

Invasion / Serangan Permainan berpasukan Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata Contoh: soccer, basketball, handball MODEL BUNKER & THORPE

PERMAINAN KANAK-KANAK 1. Mengikut Model Bunker dan Thorpe (1982), terdapat dua kebaikan permainan untuk kanak-kanak. a. Membantu meningkatkan kemahiran asas motor seperti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan atau tanpa alatan. b. Membantu meningkatkan kemahiran khusus sukan seperti melontar, menangkap, menyepak, dan sebagainya.

2. Untuk memastikan pengurusan dan pengelolaan permainan kanak-kanak berkesan dan selamat, guru perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: Sebelum permainan tetapkan tarikh dan waktu. merancang prosedur permainan. menyediakan kawasan dan tanda tempat permainan. senarai dan mengasingkan alat-alatan yang diperlukan menyediakan peraturan permainan. menyediakan kad-kad/borang-borang catatan/skor. menetapkan sistem pemarkahan (jika perlu).

Semasa permainan melaksanakan aktiviti memanaskan badan dan regangan memberi penerangan dan demonstrasi. alat-alatan menarik dan mencukupi. alat-alatan disusun dengan baik dan di sudut yang selamat.

alat-alatan digunakan dengan cara yang betul. kawasan permainan sesuai dan selamat. pakaian sesuai dan kemas. kanak-kanak mematuhi arahan. melaksanakan permainan secara sistematik, teratur dan terkawal.

Selepas permainan semua alat-alatan disimpan di tempat asal. memastikan kawasan permainan bersih dan kemas. kanak-kanak berbaris dan berjalan balik ke kelas. membuat refleksi dan kajian semula (post-mortem).

You might also like