You are on page 1of 84

Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

n
Miftah Al-Insyirah
Fi
Lataif Al-'Asyarah
Muallif:
'ABDU DHAIF FAQIR HAQIR
KHAK PAEY BUZURGAN LA SYAIK MISKIN
HADHRAT MAULAWI JALALUDDIN AHMAD
AR-ROWI AN-NAQSHBANDI AL-MUJADDIDI AL-UWAISI
'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi Wali Masyaikhihi
Wali Jami'il Muslimin

KHANQAH NAQSHBANDIYAH
1430 H / 2009 M

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

KANDUNGAN

LATAIF

SEPULUH LATIFAH INSAN


1. QALB
2. RUH
3. SIRR
4. KHAFI
5. AKHFA
6. NAFS
7. ANGIN
8. AIR
9. API
10. TANAH

DAERAH IMKAN

ALAM KABIR DAN ALAM SAGHIR

ALAM AMAR DAN ALAM KHALAQ

GLOSARI: ISTILAH NAQSHBANDIYAH

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

n
BISMILLAHI RAHMAANIR RAHIIM
NAHMADUHU WA NUSOLLI 'ALA RASULIHIL KARIM
AMMA BA'DU;

LATAIF

L ATAIF adalah kata jamak bagi Latifah yang


bererti kehalusan. Allah adalah bersifat Al-
Latif iaitu Yang Maha Halus dan Dia telah
mengurniakan KehalusanNya kepada sekelian Nur
Muhammadiyah. Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menjadikan manusia dengan mengurniakannya
sepuluh Lataif yang halus. Ianya boleh disifatkan
sebagai anggota dalaman Ruhani bagi manusia atau
pancaindera bagi Ruhani. Ianya diibaratkan sebagai
juzuk-juzuk bagi diri Ruhani sepertimana otak,
jantung, limpa, hati, paru-paru dan anggota
dalaman bagi jasad tubuh badan Jasmani.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Konsep seperti ini juga terdapat dalam


sistem kepercayaan sesetengah kaum seperti Hindu
dan China namun dalam perkembangan Tasawwuf,
segala ilmu pengetahuan adalah bersumberkan dari
Al-Quran dan As-Sunnah, manakala penghasilan
Ma’rifat mereka adalah menerusi Muraqabah dan
Musyahadah. Seterusnya Para Masyaikh
memperkembangkan ilmu tersebut menerusi
pengamatan mereka yang dalam serta tahap
Keruhanian yang tinggi.

Mungkin ada yang mendakwa mereka


mengambilnya dari falsafah Yunani ataupun Hindu
atau China namun tiada bukti yang jelas tentang
tersebut cuma dakwaan yang meleset. Para
Masyaikh Naqshbandiyah memperolehi
pengetahuan tentang Lataif adalah menerusi
pengkajian mereka yang mendalam terhadap Al-
Quran dan Al-Hadits serta As-Sunnah dan
mengamalkan Syari’at dengan teguh dan mewarisi
ilmu pengetahuan dari Guru-Guru mereka dengan
pertalian yang kukuh menerusi Silsilah yang benar.

Perkembangan Tariqat dalam diri seseorang


itu secara umumnya melibatkan kesedaran dalam
turutan yang tertentu pada latifah-latifah yang
menjadi pusat perhentian dalam pemerhatian
perjalanan Ruhani dan ianya terdapat dalam diri

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

setiap manusia, amnya bagi sekelian Ummat Nabi


Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Setiap Latifah itu dikaitkan dengan Nabi-


Nabi yang tertentu atau warna-warna yang tertentu
atau anggota tubuh badan yang tertentu atau alam-
alam yang tertentu atau Ma’rifat-Ma’rifat yang
tertentu dan ianya berbeza di antara satu Tariqat
dengan Tariqat yang lain. Perbezaan ini
menunjukkan betapa luasnya Ilmu Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Tugas Para Masyaikh adalah
untuk menghidupkan kesemua latifah-latifah
tersebut pada diri Murid agar latifah-latifahnya
dapat sentiasa berzikir Kehadhrat Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.

Menghidupkan kesemua latifah-latifah ini


dengan Zikrullah adalah merupakan kegiatan
sekelian Para Sufi. Setelah melalui proses ini,
seseorang Salik itu dikatakan sebagai telah
mencapai tingkat kesempurnaan Insan dan menjadi
manusia yang sempurna. Seseorang yang menjalani
Tariqat Tasawwuf adalah wajib menyucikan
kesemua Lataifnya dengan ilmu dan zikir kerana
kesemua latifah adalah bersifat Nur dan sesuatu
yang bersifat Nur hanya boleh disucikan dengan
sesuatu yang bersifat Nur juga.

Ilmu Syari’at, Ilmu Tariqat, Ilmu Ma’rifat


dan Ilmu Haqiqat juga adalah bersifat Nur kerana

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

ianya bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah


dan kedua-duanya bersifat Nur. Zikir juga akan
menghasilkan Nur, jesteru gabungan ilmu dan zikir
dalam diri seseorang itulah yang akan menyucikan
dan menghidupkan kesemua Lataif dalam dirinya.

Para Masyaikh dari Silsilah yang bebeza


telah menyelami Lautan Ilmu Kekuasaan Allah di
dalam Bahrul Qudrah dan telah meneroka tentang
rahsia Lataif ini. Meskipun pengetahuan mereka
tentang Lataif adalah berbeza namun ianya
merujuk kepada maksud yang satu iaitu kembali
kepada Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Guruku yang mulia Hadhrat Khwajah


Khwajahgan Qutub Dauran Maulana Khan
Muhammad Sahib Mudda Zilluhul ‘Ali telah
mengurniakanku dengan kesemua Sepuluh Latifah
dan beliau menyatakan kepadaku bahawa lima dari
Latifah tersebut adalah dari Alam Amar manakala
lima Latifah lagi adalah dari Alam Khalaq. Alam
Amar dan Alam Khalaq adalah alam yang berada
dalam lingkungan Daerah Imkan.

Untuk memahami Tariqat Naqshbandiyah


Mujaddidiyah ini, amat penting untuk kita
memahami tentang Sepuluh Latifah Insan. Semoga
Allah memberikan kita Taufiq dan Hidayah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

SEPULUH LATIFAH INSAN

K ETAHUILAH bahawa di sisi Hadhrat Imam


Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad
Faruqi Sarhindi Rahmatullah ‘alaih dan
sekelian para pengikutnya telah tsabit bahawa pada
setiap insan terhimpun Sepuluh Latifah.

Begitulah juga seperti yang telah dikatakan


oleh Guruku Hadhrat Khwajah Khawajahgan
Maulana Khan Muhammad Sahib Mudda Zilluhul
‘Ali kepadaku bahawa lima Latifah adalah dari
Alam Amar dan lima Latifah lagi adalah dari Alam
Khalaq. Alam Amar dan Alam Khalaq adalah alam
yang berada dalam lingkungan Daerah Imkan.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Lima Latifah Alam Amar itu adalah:

1. Qalb
2. Ruh
3. Sirr
4. Khafi
5. Akhfa

Lima Latifah Alam Khalaq itu adalah:

1. Nafs
2. Angin
3. Api
4. Air
5. Tanah

Ruhaniah setiap insan telah diciptakan


dengan Bayangan Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dan ianya berasal dari Alam Amar. Santapan
Ruhaniah adalah cahaya Nur Allah yang dapat
diperolehi dari Alam Amar menerusi Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam yang mana kedudukannya di
Alam Keruhanian adalah seumpama Matahari di
dalam sistem cakrawala.

Ada dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa


Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Sallallahu ‘Alaihi Wasallam diibaratkan sebagai


cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah
Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam sebagai suatu sumber keberkatan
yang sempurna lagi terpilih.

Kesemua Para Nabi dan Rasul menerima


limpahan keberkatan dari Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam. Sewaktu Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menciptakan rupa bentuk jasmani bagi insan,
dikurniakannya juga lima Lataif Alam Amar di
beberapa kedudukan pada badan manusia dan
mengurniakannya takluk keasyikan.

Adapun bagi Alam Amar, kedudukan


Latifah Qalb itu terletak pada tetek kiri pada
anggaran dua jari di bawah puting dan cenderung
sedikit ke arah ketiak. Kedudukan Latifah Ruh
adalah di bawah tetek kanan pada anggaran dua
jari di bawah puting. Kedudukan Latifah Sirr
adalah pada tetek kiri pada anggaran dua jari ke
arah dada. Kedudukan Latifah Khafi adalah pada
tetek kanan pada anggaran dua jari ke arah dada
dan kedudukan Latifah Akhfa adalah pada tengah-
tengah dada. Allah Subhanahu Wa Ta’ala
mengurniakan takluk keasyikan pada Lataif Alam
Amar ini di tubuh badan manusia.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Takluk Alam Amar ini akan mencapai


peningkatan Ruhani setelah disucikan sehinggalah
kita dapat mengenali diri kita dan asal usul kita
yang merupakan cahaya Nur yang tersembunyi
dalam tubuh jasmani yang gelap dan zulmat ini.
Adapun bagi Alam Khalaq, kedudukan Latifah
Nafs itu adalah di antara kedua-dua kening yang
mewakili otak dan akal manusia. Ia juga merujuk
kepada nafsu seseorang.

Seterusnya adalah Latifah Qalibiyah yang


terdiri dari empat anasir iaitu Tanah, Air, Api dan
Angin. Ia ada pada seluruh bahagian tubuh badan
jasmani manusia. Sepertimana Alam Amar, Alam
Khalaq juga perlu disucikan kerana dengan
menyucikannya akan membawa seseorang itu
kepada peningkatan Ruhaniah, pengenalan diri dan
asal-usul hakikat kejadian diri.

Ruhaniah Para Masyaikh adalah suci dan


sentiasa hidup di sisi Allah sepertimana hidupnya
Para Syuhada di sisi Allah kerana mereka
kesemuanya berjuang di Jalan Allah demi
menegakkan Kalimah Allah setinggi-tingginya.
Mereka adalah orang yang berjaya mencapai
hakikat kehidupan yang kekal di sisi Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

1. QALB

T ITIK kedudukannya pada tubuh badan


jasmani adalah pada anggaran dua jari di
bawah tetek kiri dan cenderung sedikit ke
arah ketiak. Latifah Qalb juga disebut Latifah
Adami adalah dari takluk Alam Malakut yakni
Alam Para Malaikat dan ianya merupakan pusat
‘Arasy Mu’alla Allah Ta’ala di dalam diri Insan.

Latifah Qalb adalah suatu pusat perhentian


di Alam Amar. Sifat yang dikurniakan Allah
dengan Latifah Qalb ialah pendengaran dan ianya
merupakan Tajalli Sifat Allah As-Sami’ iaitu Yang
Maha Mendengar.

Mendengar merupakan suatu sifat utama


Para Malaikat kerana mereka dijadikan oleh Allah
Ta’ala untuk mendengar segala perintahNya dan
taat. Seseorang Salik perlu menggunakan sifat
pendengarannya untuk mendengar seruan Agama
Islam dan mengamalkan Syari’at Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum memiliki


sifat Sami’na Wa Ata’na iaitu mendengar dalam
ertikata yang sebenar yang mana apabila mereka
mendengar sebarang perintah dari Allah Ta’ala dan
RasulNya Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mereka akan
terus mentaatinya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Alam Malakut adalah wilayah Hadhrat Nabi


Adam ‘Alaihissalam dan merupakan tingkatan
langit pertama di atas ‘Arasy. Cahaya Nur dan
limpahan keberkatan dari Hadhrat Nabi Adam
‘Alaihissalam terlimpah pada Latifah Qalb Hadhrat
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
terlimpah kepada sekelian orang yang beriman.

Cahayanya adalah dari langit yang pertama


dan warna Nurnya adalah kekuningan. Seseorang
Salik yang telah sempurna penyucian Latifah
Qalbnya menerusi Tasfiyatul Qalb maka akan
terhasillah padanya Kasyful Qulub yakni
pandangan mata hatinya celik dan memperolehi
Basirah serta Kasyaf iaitu melihat perkara-perkara
yang Ghaib menerusi mata hati.

2. RUH

T ITIK kedudukannya pada tubuh badan


adalah pada anggaran dua jari di bawah tetek
kanan. Latifah Ruh juga disebut sebagai
Latifah Ibrahimi adalah bertakluk dengan Alam
Jabarut yakni Alam Para Roh atau dikenali juga
sebagai Alam Arwah.

Sepertimana Latifah Qalb, Latifah Ruh ini


juga merupakan suatu pusat perhentian di Alam

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Amar. Sifat yang dikurniakan dengan Latifah Ruh


ialah melihat dan ianya juga merupakan Tajalli dari
Sifat Allah Al-Basir Yang Maha Melihat dan As-
Syahid Yang Maha Menyaksi. Melihat dan
menyaksikan adalah sifat-sifat yang Allah Ta’ala
kurniakan kepada Ruh ketika berada di Alam
Amar.

Seluruh Para Roh bersaksi bahawa Allah


Ta’ala adalah Rabb, Tuhan Yang Maha Pemelihara.
Melihat, memerhati dan menyaksi adalah suatu
sifat utama bagi Roh. Sifat ini ada pada diri zahir
iaitu melihat dengan kedua biji mata zahir dan sifat
ini juga ada pada diri batin iaitu menerusi
pandangan mata hati iaitu Basirah.

Seseorang Salik perlu melihat tanda-tanda


kebesaran Allah Ta’ala dan memerhatikan
perjalanan Tariqatnya agar sentiasa selari dengan
petunjuk Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, banyak mengucapkan Selawat dan
membaca Al-Quran.

Alam Jabarut adalah wilayah Hadhrat Nabi


Ibrahim dan Hadhrat Nabi Nuh ‘Alaihimassalam.
Latifah Ruh merupakan tingkatan langit kedua di
atas ‘Arasy. Cahaya Nur dan limpahan keberkatan
dari Hadhrat Nabi Ibrahim dan Hadhrat Nabi Nuh
‘Alaihimassalam terlimpah pada Latifah Ruh
Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Wasallam. Cahayanya adalah dari langit yang


kedua dan warnanya adalah kemerahan. Seseorang
Salik yang telah sempurna penyucian Latifah
Ruhnya akan terhasillah Kasyful Qubur yakni
terbukanya pandangan ghaib tentang alam
kehidupan sesudah mati di dalam kubur. Dia juga
akan dapat berhubungan dengan Ruh-Ruh Para
Masyaikh yang telah meninggal dunia dan
mengambil limpahan kerohanian dari mereka
dengan menziarahi maqam-maqam yang menjadi
tempat pengkebumian mereka.

3. SIRR

T ITIK kedudukannya pada tubuh badan


adalah pada tetek kiri dengan anggaran dua
jari ke arah tengah dada. Latifah Sirr juga
disebut sebagai Latifah Musawi adalah dari
taklukan Alam Lahut yakni Alam Bayangan Sifat-
Sifat Allah Ta’ala dan merupakan suatu pusat
perhentian di Alam Amar.

Sifat yang Allah Ta’ala kurniakan dengan


Latifah Sirr adalah menyentuh. Latifah Sirr adalah
suatu alam di mana tersimpannya segala rahsia-
rahsia tentang Bayangan Sifat-Sifat Allah Ta’ala dan
seharusnya menjadi rahsia bagi seseorang Salik.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Latifah Sirr merupakan tahap di mana


seseorang Salik itu akan mengalami perbualan
dengan Hadhrat Zat Yang Maha Suci di dalam
hatinya di mana dia akan berinteraksi dengan
limpahan cahaya dari Hadhrat Zat dan akan
mendengar suara-suara Ketuhanan.

Alam Lahut adalah wilayah Hadhrat Nabi


Musa ‘Alaihissalam yang telah dapat berkata-kata
dengan Allah dan telah mendengar suaraNya.
Alam Lahut merupakan tingkatan langit yang
ketiga di atas ‘Arasy.

Cahaya Nur dan limpahan keberkatan dari


Hadhrat Nabi Musa ‘Alaihissalam terlimpah pada
Latifah Sirr Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Cahayanya
adalah dari langit yang ketiga dan warna Nurnya
adalah keputihan.

Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid


Alf-Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
Rahmatullah ‘alaih seseorang Salik akan mengalami
Jazbah pada tahap ini iaitu penarikan dan
penyatuan dengan Cahaya Allah Ta’ala. Apabila
dia mengalami Jazbah untuk menuju kepada
Rahmat Allah maka dia digelar Majzub. Dan
menurut beliau, ini merupakan tahap Sukr yakni
Ruhaniah seseorang itu akan mabuk dalam melihat
kebesaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

4. KHAFI

T ITIK kedudukannya pada tubuh badan


adalah pada tetek kanan dengan anggaran
dua jari ke arah tengah dada dan Latifah
Khafi ini juga disebut sebagai Latifah ‘Isawi adalah
bertakluk dengan Alam Bahut yakni Alam Sifat-
Sifat Allah Ta’ala. Ia juga merupakan suatu pusat
perhentian di Alam Amar yang berada di atas
‘Arash Mu’alla. Allah Ta’ala mengurniakan sifat
menghidu beserta dengan Latifah Khafi dan ianya
menampilkan bunyi yang tersembunyi pada
Perkataan-Perkataan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Apabila sesuatu perkataan itu tertulis


terdapat bunyi yang dikaitkan dengannya namun
bunyi tersebut tidak akan didengari melainkan
apabila perkataan itu disebutkan. Maka itulah
bunyi adalah tersembunyi dan terkandung didalam
huruf-huruf pada perkataan tersebut. Ia hanya
menantikan masa untuk terzahir apabila bunyi
huruf-huruf perkataan itu disebutkan.

Seseorang Salik akan memperolehi


pengetahuan dan ilham dengan sentiasa membaca
Al-Quran dan Asma-ul Husna. Salik juga akan
menghidu wangi-wangian ketika berada dalam
kehadiran Hadhrat Zat. Kerana itulah menjadi
Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk


memakai wangi-wangian.

Adapun pada tubuh badan Hadhrat Baginda


Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam sentiasa terbit keringat yang harum
kerana Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
sentiasa berada dalam kehadiran Hadhrat Zat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala pada setiap masa dan
keadaan.

Di Alam Bahut ini terdapatnya rahsia-rahsia


yang tersembunyi tentang Sifat-Sifat Allah Ta’ala
dan ia merupakan wilayah Hadhrat ‘Isa
‘Alaihissalam. Alam Bahut ini berada pada
tingkatan langit yang keempat di atas ‘Arasy dan
cahaya Nur serta keberkatan daripada Hadhrat
Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam yang berada pada langit
keempat itu terlimpah pada Latifah Khafi Hadhrat
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dengan cahaya kehitaman.

Seseorang Salik perlu meninggalkan Sifat


Basyariyat iaitu sifat-sifat kemanusiawian. Menurut
Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh
Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih bahawa
seseorang yang telah mencapai Latifah Khafi, dia
akan mengalami Hairat Sughra yakni ketakjuban
yang kecil kerana dapat merasai Kehadiran Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

5. AKHFA

T ITIK kedudukannya pada tubuh badan


adalah pada tengah dada di antara Latifah Sir
dan Latifah Khafi dan ianya bertaaluk
dengan Alam Hahut yakni Alam Zat Allah Ta’ala.
Latifah Akhfa juga disebut sebagai Latifah
Muhammadi.

Alam Hahut berada pada tingkatan yang


kelima di atas ‘Arash pada Alam Amar. Pada
Latifah Akhfa tersembunyinya rahsia-rahsia yang
lebih dalam tentang Hakikat Zat Ketuhanan Allah
Ta’ala. Alam ini adalah suatu alam yang sunyi di
sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Seseorang Salik akan merasai kehadiran


Hadhrat Zat ketika melakukan sunyi diri dengan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kerana itulah Hadhrat
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam sering bersunyi diri dengan melakukan
Khalwat Saghirah di Gua Hira’.

Alam Hahut merupakan wilayah Hadhrat


Baginda Nabi Besar Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan berada pada
tingkatan langit yang kelima di atas ‘Arasy. Cahaya
Nur serta limpahan keberkatan dari Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

‘Alaihi Wasallam di Alam Hahut itu terlimpah pada


Latifah Akhfanya dengan cahaya kehijauan.

Menurut Para Masyaikh Naqshbandiyah,


hati Ruhaniah seseorang itu adalah biasan dari hati
Ruhaniah Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang disebut Haqiqat
Muhammadiyah.

Hati Ruhaniah ini menampilkan Bahrul


Qudrah yakni Lautan Kekuasaan Allah Ta’ala yang
merupakan sumber kejadian awal sekelian
makhluk. Barangsiapa yang dapat mencapai ilmu
pengetahuan tentang hati, akan mampu mencapai
kefahaman tentang kebenaran Haqiqat Kenabian,
Nur Muhammad dan Haqiqat Muhammadiyah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Limpahan cahaya Nur
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berada di
dalam lautan kekuasaan Bahrul Qudrah itu.

Setiap alam yang berada di Alam Amar


merupakan suatu alam yang lengkap dengan
membawa ciri-ciri yang tertentu. Ada sebilangan
Masyaikh yang mengaitkan latifah-latifah Alam
Amar ini dengan bunyi dan sunyi yang mana
mereka menyatakan bahawa Latifah Qalb, Ruh, Sir
dan Khafi adalah berada pada tingkatan zikir bunyi
manakala Latifah Akhfa pula berada pada
tingkatan zikir sunyi.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Sunyi bererti menjauhkan diri dari sebarang


bentuk bunyi yang bersifat zahir kemudian
menjadikan hatinya sentiasa bersunyian dengan
Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Akhfa
merupakan maqam Fana sehingga seseorang Salik
itu mencapai erti sunyi yang hakiki di mana bunyi
sekelian makhluk juga telah terlenyap.

Apabila telah terlenyapnya segala bunyi


yang tinggal hanyalah sunyi dan sunyi merupakan
suatu bunyi yang tidak diketahui. Lenyapnya bunyi
makhluk tidak bermakna lenyapnya bunyi dari
Hadhrat Zat Yang Maha Suci bahkan akan tetap
terus kedengaran bunyi-bunyian yang bertasbih
memuji kesucian ZatNya. Kesemua bunyi-bunyi ini
adalah bersumber dari Hadhrat Zat Yang Maha
Suci dan mengambil tempat di dalam lautan
kekuasaan Bahrul QudrahNya.

Ada Para Masyaikh yang menyatakan bahawa,


“Sunyi adalah bunyi dari Hadhrat Zat.”

Apabila seseorang Salik maju atas jalan


Tariqat sehingga dia mencapai Fana, Murshid akan
melimpahkan ilmu yang berkaitan dengan alam-
alam di Alam Amar tersebut ke dalam hati
Muridnya.

Antara maksud yang utama adalah untuk


sampai ke pusat perhentian Alam Hahut di Latifah

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Akhfa ini kerana ianya merupakan tempat


persinggahan terakhir bagi Alam Amar dan
merupakan tempat yang tertinggi bagi lautan
kekuasaan Allah Ta’ala di mana Allah Ta’ala mula-
mula menjadikan Nur Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam.

Kelima-lima maqam bagi Lataif yang berada


di dalam dada tersebut merupakan pusat
perhentian dan ianya bagi menyatakan suatu
perjalanan menuju kepada penyatuan dengan
Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusi
cahaya Kenabian Nabi Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam kerana Hadhrat Baginda
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah satu-satunya
manusia yang telah benar-benar mencapai Hadhrat
Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Kemuliaan ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala


kurniakan ketika peristiwa Mi’raj iaitu perjalanan
menaiki tingkatan-tingkatan langit menuju
Kehadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

6. NAFS

K EDUDUKANNYA ialah pada otak dan titiknya


ada di bahagian dahi di antara dua kening.
Taaluknya adalah dengan Alam Khalaq
yakni alam ciptaan yang berada di bawah ‘Arash. Ia
adalah tempat penzahiran ‘Aqal manusia yang
bersifat halus pada otak yang berada di dalam
tempurung kepala.

Perkataan Nafs lazimnya merujuk kepada


diri seseorang atau jiwa pada tahap yang rendah
atau keakuan diri seseorang. Sifat semulajadinya
terdiri dari sifat-sifat kemanusiawian dan
kehaiwanan. Perkataan Nafs juga merujuk kepada
perkataan Nafas yang bererti pernafasan dan
perkara ini merupakan suatu intipati dalam
perkerjaan zikir kerana ia merupakan sumber
tenaga dan menjadi asas sebilangan besar Tariqat.

Sebilangan Para Sufi berpendapat perkataan


Nafs ini merujuk kepada peringkat kejiwaan yang
merangkumi seluruh minda, emosi dan keinginan
dalam diri seseorang.

Menurut Hadhrat Syeikh Shahabuddin As-


Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih, Nafs ada dua
pengertian:

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

1. Nafs Syaik - Iaitu zat dan hakikat


bagi sesuatu benda.
2. Nafs Natiqah - Suatu kehalusan dalam
Ruhaniah manusia yang
disebut Jiwa dan ianya
bercahaya serta
dikurniakan sifat
keakuan. Dengan
cahayanya tubuh badan
menjadi tempat yang
terdedah kepada
berbagai jenis kejahatan
dan kebaikan.

Mengenali Nafs dengan segala sifatnya


adalah sukar kerana ia bersifat seperti seekor
sumpah-sumpah yang boleh bertukar rupa pada
sebilangan keadaan dengan warna yang berbeza.

Mencapai Ma’rifat tentang Nafs dengan


segenap ilmu pengetahuan mengenai sekelian
sifatnya adalah di luar kemampuan sebarang
makhluk. Adalah sukar untuk mencapai Ma’rifat
tentang Nafs sepertimana sukarnya mencapai
Ma’rifat tentang Tuhan.

Nafs diciptakan dengan unsur keakuan diri


dan ia mudah dipengaruhi Syaitan kerana adanya
persamaan sifat angkuh dan bongkak dalam diri
Syaitan dengan sifat keakuan yang ada pada Nafs.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Tujuan Syaitan menghasut Nafs melakukan


kejahatan adalah untuk mengotorkan Qalb kerana
apabila Nafs seseorang itu dikotori, Qalbnya juga
akan turut dikotori. Hubungan Nafs dengan Qalb
adalah dengan kelajuan cahaya dan kedua-duanya
ibarat cermin yang memantulkan cahaya masing-
masing antara satu sama lain.

Latifah Nafs adalah tempat perjalanan


Ruhaniah melalui tingkatan nafsu-nafsu. Ada
sebilangan Masyaikh yang meletakkan tiga
tingkatan nafsu iaitu Nafsu Ammarah, Lawwamah
dan Mutmainnah.

Ada sebilangan Masyaikh yang meletakkan


lima tingkatan nafsu iaitu Nafsu Ammarah,
Lawwamah, Mutmainnah, Radhiyah dan
Mardhiyah.

Ada juga Para Masyaikh yang menetapkan


tujuh tingkatan nafsu iaitu Nafsu Ammarah,
Lawwamah, Mulhammah, Mutmainnah, Radhiyah,
Mardhiyah dan Kamiliyah. Penyucian Latifah Nafs
ini dinamakan sebagai Tazkiyatun Nafs di mana
Para Masyaikh meletakkan berbagai ujian bagi
menguji tahap nafsu Para Murid.

Ujian-ujian tersebut berupa Mujahadah Nafs


bagi menundukkan kakuan diri dan keinginan
hawa nafsu. Sebagaimana yang dinyatakan bahawa

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

terdapat tujuh tingkatan Nafs yang perlu dilalui


oleh setiap Salik seperti berikut:

1. Nafsu Ammarah - Pada


tingkatan ini keakuan seseorang itu berada
pada tahap kehaiwanan iaitu pada
kedudukan yang rendah, tidak mengenali
hakikat diri dan tidak mengenal hakikat
Tuhan, boleh menjadi lebih buas dari
binatang dan sentiasa mengingkari perintah-
perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tahap
nafsu ini berada pada tingkatan yang rendah
dan perlu disucikan dengan Taubat dan
Istighfar untuk menuju pada tingkatan yang
lebih tinggi supaya dimuliakan oleh para
Malaikat. Apabila nafsu Ammarah ini dapat
dikuasai sepenuhnya, peribadi manusia itu
akan menjadi lebih baik dari para Malaikat
setelah dia menjalani latihan penyucian diri
di bawah asuhan seorang Murshid yang
sempurna. Nafsu Ammarah sentiasa
mengajak diri mengingkari Allah dan Rasul,
menurut ajakan Syaitan, bergelumang
dengan dosa-dosa besar dan maksiyat,
bertabiat dan bertingkah laku buruk,
bernafsu seperti haiwan yang buas. Sentiasa
memuaskan kehendak hawa nafsu dan
bersikap mementingkan diri sendiri.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

2. Nafsu Lawammah - Pada


tingkatan ini keakuan seseorang itu berada
pada tahap mula menyedari keingkaran dan
sifat buruk yang ada pada dirinya dan berasa
menyesal apabila melakukan perbuatan yang
buruk dan tidak baik. Dia mula untuk berasa
bersalah kerana menurut keakuan dirinya
semata-mata dan lebih mementingkan diri
sendiri. Dia akan melakukan Taubat dan
Istighfar tetapi akan kembali kepada
perlakuan dosa dan maksiyat kepada Allah
dan Rasul. Kesedarannya baru terbit tetapi
tidak kukuh. Dia perlu menjalani latihan
untuk menerbitkan rasa kesedaran dan insaf
pada setiap masa serta menyerahkan dirinya
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana
jika tidak, dia akan kembali terjerumus
kedalam kancah keburukan.

3. Nafsu Mulhammah - Pada


tingkatan ini keakuan seseorang itu berada
pada tahap yang lebih kerap menyesali
dirinya kerana mengingkari hukum dan
perintah Allah dan Rasul, kesedaran untuk
insaf semakin bertambah tetapi masih belum
mampu meninggalkan perbuatan dosa dan
maksiyat. Dia belum menyerahkan dirinya
bulat-bulat kepada Allah kerana keakuan
dirinya belum Fana atau dimatikan.
Walaubagaimanapun keinginan untuk

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

kembali sepenuhnya kepada Allah terasa


amat dekat. Dia akan diilhamkan dengan
amalan kebaikan yang dapat mendekatan
diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Dengan latihan kerohanian dan asuhan
Murshid dia akan berjaya mematikan
keakuannya. Kerana itu amat penting bagi
Murid untuk mendapat bimbingan Murshid
kerana seseorang itu tidak akan mampu
mencapai penyucian Nafsu Mulhammah ini
dengan bersendirian melainkan melalui
seorang Murshid secara zahir dan batin. Dia
perlu berzikir dengan kalimah Ismu Zat iaitu
Allah Allah sebanyak-banyaknya di dalam
hati sehingga terbit ketenangan.

4. Nafsu Mutmainnah - Pada


tingkatan ini keakuan seseorang itu berjaya
mencapai Fana. Dia berjaya mematikan
keakuan dirinya dan menyerahkan dirinya
kepada Allah subhanahu wa Ta’ala. Apabila
keakuan dimatikan maka akan lahirlah bayi
maknawi dari diri insan. Insan bersifat
pelupa dan apabila keakuan insan itu
dimatikan maka akan lahirlah daripada
dirinya, dirinya yang sebenar yang diertikan
oleh Hadhrat Syeikh Abdul Qadir Jailani
sebagai Tiflul Ma’ani. Pada tahap ini
keimana seseorang itu menjadi semakin
teguh dan kukuh. Dia perlu mendawamkan

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

zikir kalimah Ismu Zat pada setiap latifah


sehingga sempurna Sepuluh Lataif dan kekal
dalam Syuhud. Ruhnya berjaya mencapai
ketenangan pada Nafsu Mutmainnah
dengan berkat limpahan dan asuhan
Murshid.

5. Nafsu Radhiyah - Pada tingkatan ini


keakuan seseorang itu telah diserahkan
sepenuhnya kepada Allah dan dia redha
dengan apa jua yang datang dari Allah.
Tidak mementingkan apa yang telah berlaku
dan apa yang akan berlaku. Dia
menumpukan kesedarannya pada Kehadiran
Zat Yang Suci pada setiap masa. Dia hanya
menjadikan Allah sebagai maksud dan
sentiasa menuntut keredhaan Allah. Dia
sentiasa merasakan dirinya lemah di
hadapan Allah dan sentiasa bergantung
penuh kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Dia mengetepikan segala kepentingan Dunia
dan akhirat demi Allah Ta’ala semata-mata.

6. Nafsu Mardhiyah - Pada


tingkatan ini keakuan seseorang itu telah
tenggelam dalam lautan Syuhud. Dia
menyaksikan Kebesaran Allah dengan
cahaya Musyahadah dan mencapai ‘Irfan.
Dia berenang di lautan Makrifat mengenali
hakikat diri dan hakikat Tuhannya. Ruhnya

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

telah aman damai di sisi Allah Subhanahu


Wa Ta’ala dan jiwanya menjadi lembut
terhadap sesama makhluk dan zahirlah
akhlak yang baik serta mulia dari dirinya.

7. Nafsu Kamiliyah - Pada


tingkatan ini keakuan diri seseorang itu telah
mencapai penyucian yang sempurna dan
berjaya menjadi insan yang sempurna
dengan menuruti segala Sunnah Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam yang mana merupakan
insan yang paling sempurna. Zahir mereka
bersama manusia di dalam khalayak ramai
dan menghadiri majlis mereka namun batin
mereka sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga
memerhatikan limpahan faidhz dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Zikir mereka pada
tingkatan ini adalah sentiasa bermuraqabah.
Penyerahan mereka sempurna dan Allah
menzahirkan Tanda-Tanda KekuasaanNya
menerusi hamba tersebut. Dia menyerah
kepada segala ketentuan Taqdir dan
melaksanakan kewajibannya sebagai hamba
dengan sebaik-baiknya. Ini merupakan
tingkatan para Nabi dan Rasul
‘Alaimussolatu Wassalam dan inilah
merupakan tingkatan para Sahabat
Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in dan
tingkatan sekelian Wali Qutub.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Hadhrat Syeikh Shahabuddin As-


Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan
bahawa terdapat sepuluh sifat buruk yang ada pada
Nafs seperti berikut:

1. Hawa
2. Nifaq
3. Riya
4. Mengaku Tuhan
5. Bangga Diri
6. Tamak
7. Haloba
8. Banyak Ketawa
9. Malas
10. Lalai

Sepuluh sifat buruk Nafs ini adalah berasal


dari unsur-unsur seperti panas, sejuk, lembab dan
kering. Dari sepuluh sifat yang buruk ini terbit
berbagai lagi sifat-sifat yang buruk seperti hasad
dengki, iri hati, bersangka buruk, putus asa dan
sebagainya.

Ada sebilangan Masyaikh yang menganggap


Nafs dan Qalb adalah sama kerana pada
penghujungnya mereka mendapati Nafs
Mutmainnah adalah jiwa yang tenang serta
menganggap jiwa letaknya pada hati. Mereka
menganggap tiada perbezaan antara kedua-duanya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Sebenarnya Qalb dan Nafs adalah dua


perkara yang berbeza tetapi memiliki
tanggungjawab yang sama iaitu untuk disucikan
dari segala sesuatu selain Allah dan menumpukan
ingatan terhadapNya serta menggunakan
kemampuan Qalb dan Nafs untuk Ma’rifat Allah
Ta’ala seterusnya sentiasa menghadapkannya
kepada Wajah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kedua-
duanya merupakan dua pusat perhentian utama
yang mewakili Alam Amar dan Alam Khalaq. Qalb
adalah pusat perhentian bagi Alam Amar dan Nafs
adalah pusat perhentian bagi Alam Khalaq.

Seseorang Salik yang telah sempurna


menempuh Alam Amar bermakna dia telah berjaya
menempuh Daerah Wilayah Sughra yakni daerah
kewalian kecil dan merupakan Alam Bayangan
Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid


Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sarhindi
Rahmatullah ‘alaih, apabila seseorang Salik telah
sempurna menempuh Daerah Wilayah Sughra
maka bermulalah Fana yang sebenarnya dan Salik
akan terus menuju kepada Daerah Wilayah Kubra
yakni daerah kewalian yang besar.

Daerah Wilayah Kubra ini berada dalam


Bayangan Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam iaitu dalam menuruti Sunnah

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ianya merupakan
daerah kewalian Para Nabi dan terdapat tiga
setengah daerah di dalamnya iaitu Daerah Ula,
Daerah Tsaniah, Daerah Tsalisah dan setengah
Daerah Qaus.

Setelah Salik sempurna menjelajah daerah-


daerah ini pada Latifah Nafsnya dia akan
meneruskan perjalanan Ruhaniahnya merentasi
Daerah ‘Ulya iaitu daerah Para Malaikat yang
tinggi kedudukannya di sisi Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.

Seterusnya Salik hendaklah menyucikan


Latifah Qalibiyahnya iaitu anasir yang empat terdiri
dari Tanah, Air, Api dan Angin. Pada tingkatan ini
seseorang Salik tidak lagi memerlukan sebarang
asbab luaran untuk mencapai KehadiranZat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

7. ANGIN

K EDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad


tubuh badan manusia. Angin sifatnya halus
dan tidak kelihatan. Angin yang besar dapat
mengubah keadaan sesuatu tempat dan ia boleh
bergerak ke mana-mana. Unsur Angin terdapat
pada diri manusia secara zahirnya dapat kita

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

perhatikan menerusi pernafasan keluar dan


masuknya udara melalui hidung dan mulut. Udara
Oksigen yang dihirup masuk ke dalam paru-paru
akan diagih-agihkan ke setiap bahagian tubuh
badan.

Angin juga dapat kita rasakan melalui dubur


ketika telah sempurnanya penghadaman. Sifat
Angin pada manusia adalah halus kerana ia
menampilkan keinginan hawa nafsu yang tidak
terbatas dan kecenderungannya menuruti hawa
nafsu. Adakalanya ia dizahirkan menerusi
kesedihan dan dukacita dan adakalanya terzahir
menerusi keinginannya untuk berpindah dari suatu
tempat ke suatu tempat sepertimana angin yang
bertiup dari suatu tempat ke suatu tempat.

8. API

K EDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad


tubuh badan. Api merupakan suatu unsur
yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala gunakan
untuk menjadikan Syaitan dan Syaitan adalah dari
golongan Jin dan mereka adalah dari Api. Unsur
Api juga Allah Subhanahu Wa Ta’ala kurniakan
kepada manusia dan ini dapat di lihat pada ciri-ciri
zahirnya iaitu pembakaran makanan di dalam
perut bagi menghasilkan penghadaman, panas
badan dan demam.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Unsur Api yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala


kurniakan adalah bersifat halus dan ada
terkandung sifat-sifat kesyaitanan dan Jin dalam
diri manusia seperti kemarahan, bangga diri,
bongkak dan takabbur.

9. AIR

K EDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad


tubuh badan. Jasad sekelian manusia adalah
dari Air dan ciri-ciri air itu ada pada
manusia seperti air mata, air liur, air hingus, air
peluh, air mani, air najis dan darah. Air sifatnya
mengalir dan begitulah sifatnya dalam masyarakat,
bergerak ke sana dan ke mari seperti air. Ada sifat
air yang jernih dan ada yang sifatnya seperti susu.

Manusia juga mudah menuruti hawa nafsu


yang jahat dan ada yang boleh menerima
perubahan dan mengubah masyarakat. Ia juga
bersifat pelupa dan cenderung kepada tidur.

10. TANAH

K EDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad


tubuh badan. Jasad jasmani Hadhrat Nabi
Adam ‘Alaihissalam telah dijadikan oleh

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Allah Subhanahu Wa Ta’ala daripada tanah.


Begitulah juga kepada sekelian anak cucu Hadhrat
Nabi Adam ‘Alaihissalam kesemuanya kembali
dikebumikan ke dalam tanah. Adapun sifat-sifat
Tanah itu ada dalam diri manusia seperti
kerendahan hati dan merendahkan diri,
kehormatan, ringkas dan mudah terbentuk.

Terdapat berbaga jenis sifat tanah iaitu ada


yang subur apabila menerima air hujan serta
menumbuhkan rumput, ada tanah yang keras dan
menakungkan air untuk manafaat makhluk yang
lain dan ada jenis tanah yang keras tidak
menakungkan air serta tidak menumbuhkan
rumput.

Begitulah diibaratkan kepada orang yang


menerima limpahan ilmu dari Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, ada yang mendapat manafaat darinya
dan ada yang memanafaatkannya kepada orang
lain dan ada yang tidak memanafaatkannya untuk
dirinya mahupun kepada orang lain.

Sifat Tanah adalah mudah dibentukkan


kepada sebarang bentuk, bijaksana, berperingkat,
kejahilan, kejahatan, kegelapan dan kelemahan.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

P ARA Masyaikh dari Silsilah yang bebeza telah


menyelami Lautan Ilmu Kekuasaan Allah di
dalam Bahrul Qudrah dan telah meneroka
tentang rahsia Lataif ini. Pengetahuan mereka
tentang Lataif adalah berbeza namun merujuk
kepada maksud yang satu iaitu kembali kepada
Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Perbezaan ini mungkin berlaku kerana


mereka menyelaminya dari sudut yang berbeza
dengan pemerhatian yang berbeza. Perkara ini
adalah suatu kelaziman ilmiah kerana dalam ilmu-
ilmu yang zahir juga terdapat perbezaan pendapat
kerana masing-masing mempunyai pandangan
yang berbeza lalu ianya menghasilkan ilmu
pengetahuan yang berbeza dan seterusnya
pengenalan Ma’rifat yang berbeza.

Pengenalan Ma’rifat yang berlainan akan


menghasilkan buah pendapat yang berlainan.
Walaubagaimanapun, sesungguhnya Allah
Subhanahu Wa Ta’ala itu lebih mengetahui dan
Maha Mengetahui tentang segala perbezaan
pendapat, segala ilmu dan segala Ma’rifat. Hasil
segala ilmu dan Ma’rifat adalah dari Allah jua. Dia
yang telah menetapkan sedemikian menurut
kehendakNya. Kerana itulah dikatakan bahawa
segala yang baik dan benar itu adalah dari Allah
dan segala kesalahan dan kesilapan itu adalah dari
manusia yang bersifat hamba. Latifah-latifah yang

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Allah Subhanahu Wa Ta’ala ciptakan adalah


bersifat cahaya Nur dengan warna dan titik
kedudukan yang berbeza-beza.

Para Masyaikh Chishtiyah telah menetapkan


bahawa terdapat 6 Lataif yang perlu disucikan iaitu
Latifah Nafsi, Latifah Qalbi, Latifah Ruhi, Latifah
Sirri, Latifah Khafi dan Latifah Akhfa.

1. NAFSI - Kedudukannya adalah


pada sebelah bawah pusat dan ada di antara
Para Masyaikh yang menetapkan
kedudukannya dalam anggaran dua jari di
bawah pusat serta dikaitkan dengan warna
kuning namun ada yang menyatakannya
sebagai tidak berwarna. Para Masyaikh
Chistiyah menganggap Nafs sebagai nafsu
yang rendah berdasarkan ayat-ayat Al-
Quran dan Al-Hadits. Nafs disamakan
dengan sifat-sifat Kesyaitanan, Keduniaan,
Ketamakan, Kenginan Hawa Nafsu yang
melanggari batasan Allah, mementingkan
diri sendiri dan sebagainya. Maksud
utamanya adalah untuk menyucikan Latifah
Nafs ini dan menukarkannya dari
mementingkan keakuan dirinya kepada
tunduk dan patuh terhadap Allah
Subhanahu Wa Ta’ala menerusi proses
Tazkiyatun Nafs. Nafs yang telah disucikan

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

akan menjadikannya ‘Aqal lalu disebut


sebagai Nafs Natiqah.

2. QALBI - Kedudukannya adalah


pada sebelah kiri dada dan dikaitkan dengan
warna merah namun ada yang menyatakan
warnanya kuning. Pada Latifah Qalbi ini
manusia akan dapat menyaksikan bahawa
amalan kebaikan dan makanan rohaniahnya
adalah Zikirullah. Dengan menghidupkan
Latifah Qalbi seseorang itu akan dapat
mengetahui tentang Alam Jin. Ia juga
merupakan pintu bagi keasyikan dan cinta
terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Perkataan Qalb bererti hati dan menurut
istilah Tasawwuf, ia merujuk kepada hati
Ruhaniah dan dijelaskan dengan berbagai
penjelasan. Ada yang menyatakan ia sebagai
tempat penglihatan batin dan ada juga yang
menyatakan bahawa ia merupakan pintu
‘Ishq iaitu keasyikan terhadap Cinta Allah
Subhanahu Wa Ta’ala namun bagi
sebilangan besar Masyaikh ia merupakan
medan pertarungan antara dua bala tentera
iatu dari Nafs dan Ruh. Membersihkan Qalb
merupakan disiplin yang utama dalam
perjalanan Tasawwuf seseorang Salik. Proses
pembersihannya disebut sebagai Tasfiyatul
Qalb dan maksudnya adalah untuk
menghapuskan segala sesuatu yang

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

menghalangi perjalanan penyucian cinta


terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ada
yang menyatakan bahawa gabungan Qalb
dan Nafs menerbitkan Ruh Haiwani yakni
ruh yang memiliki sifat-sifat kehaiwanan
dan kebinatangan.

3. RUHI - Kedudukannya adalah pada


sebelah kanan dada dan dikaitkan dengan
warna hijau namun ada yang mengatakan
warnanya adalah merah dan berbeza
pendapat tentang kedudukannya. Ada yang
mengatakan bahawa kedudukan Latifah
Ruhi adalah pada tengah dada. Setelah
menghidupkan latifah ini seseorang itu akan
dapat pengenalan tentang Alam ‘Araf iaitu
alam sesudah mati. Makanan rohaniahnya
adalah Hudhur yakni sentiasa berada dalam
Kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Terdapat berbagai penjelasan tentang Ruh di
kalangan Ahli Tasawwuf. Ruh dianggap
sebagai pejuang dalam peperangan
menentang Nafsu dan Syaitan. Ada yang
menganggapnya kekal di sisi Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan ada yang
menganggapnya sebagai suatu yang
diciptakan olehNya. Pengetahuan tentang
Ruh sentiasa mendapat pertikaian semenjak
zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam lagi,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

orang sering bertanya tentang masaalah Ruh.


Para Masyaikh menetapkan amalan yang
berterusan untuk mencapai Tajalli Ruh yakni
penjelasan dan penerangan tentang Ruh.

4. SIRRI - Kedudukannya adalah pada


tengah dada dan ada yang mengatakan
bahawa kedudukan Latifah Sirri adalah pada
sebelah kanan dada dan dikaitkan dengan
warna putih. Ia merakamkan segala perintah
Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk setiap
manusia sepertimana yang telah dicatatkan
di Lauh Mahfuz dan menjadi tempat
tersingkapnya hijab tentang segala hakikat.
Dengan menghidupkan Latifah Sirri
seseorang itu akan mencapai pengenalan
tentang Alam Mitsal yakni alam kejadian
benda-benda yang merupakan biasan dari
pengetahuan yang telah tertulis di Lauh
Mahfuz. Ia merupakan pusat kesedaran bagi
manusia. Perkataan Sirr bererti rahsia dan
pengosongan rahsia dinyatakan sebagai
Taqliyah Sirr pada dasarnya bermaksud
memberikan tumpuan terhadap Nama-
Nama dan Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dengan melakukan zikir secara
berterusan. Pengosongan di istilahkan
sebagai penafian dan memusnahkan segala
kecenderungan keakuan dalam diri manusia.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Gabungan Sirr dan Ruh akan membentuk


Ruh Insani atau digelar Ruh ‘Ayani.

5. KHAFI - Kedudukannya adalah


di tengah antara dua kening dan dikaitkan
dengan warna biru. Ada juga yang
mengatakan bahawa kedudukannya adalah
pada tengah dahi dan dikaitkan dengan
warna hitam. Makanan rohaniahnya adalah
Syuhud dan Fana yakni menyaksikan
Kekuasaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dengan berpegang kepada kebenaran yang
hakiki dan memikiri tentangnya, di samping
mematikan keakuan diri dan tenggelam
dalam Tauhid. Perkataan Khafi bererti
tersembunyi dan bersifat misteri, dalam dan
halus. Ia menampilkan intuisi pada diri
seseorang dengan mengaitkan
kedudukannya sebagai mata ketiga.

6. AKHFA - Kedudukannya adalah


pada atas kepala dan dikaitkan dengan
warna ungu. Makanan Ruhaniahnya adalah
Fanaul Fana yakni langsung tidak menyedari
tentang Fana yang dialaminya. Ia merupakan
Nuqtah Wahidah yakni titik kesatuan di
dalam diri setiap manusia di mana Tajalli
tentang Kebesaran dan Kekuasaan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dilimpahkan secara
langsung. Perkataan Akhfa bererti sesuatu

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

yang lebih tersembunyi dan ada yang


mengatakan bahawa kedudukannya
bertukar-tukar di antara tengah otak dan
tengah dada serta mengaitkannya dengan
warna hijau dan menampilkan pemerhatian
yang dalam pada diri seseorang. Ia telah
merakamkan segala pengetahuan rahsia
tentang alam maya. Dengan memasuki
Latifah Akhfa, seseorang itu memasuki
sistem dan peraturan alam maya lalu
memperoleh pengetahuan rahsia tentang
alam maya. Latifah Akhfa merupaka suatu
kedudukan yang hanya dapat di capai oleh
mereka yang telah menyempurnakan latifah-
latifah yang lain dan ia dikhususkan kepada
mereka yang benar-benar berakal sempurna.
Gabungan Khafi dan Akhfa membentuk Ruh
A’zam atau dikenali sebagai Ruh Sabitah. Ia
merupakan suatu lingkungan cahaya yang
terang yang mana segala maklumat tentang
perkara yang ghaib dan tentang alam maya
disingkapkan. Dia akan menerima limpahan
Ilmu Wajib yakni pengetahuan tentang ilmu
yang telah dipindahkan kepada makhluk
dengan merujuk kepada Sifat-Sifat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala yang mana
denganNya makhluk menikmati persamaan
dan kesesuaian antara satu dengan yang lain.
Pengetahuan ini disebut sebagai Ilmu Qalam

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

yakni pengetahuan tentang pena yang


menuliskan Taqdir.

Menurut Para Mashaikh Chishtiyah lagi


bahawa tingkatan menuju Hadhrat Allah Ta’ala
bermula dari Maqam Nafs dengan membawa
Syari’at Iman, kemudian Maqam Qalb dengan
mengamalkan Tariqat Islam, kemudian Maqam
Ruh dengan membawa Haqiqat Islam, kemudian
Maqam Sirr dengan membawa Ma’rifat Ihsan,
kemudian Maqam Qurb menerusi Fana Fi Rasul
dan seterusnya menjadi seorang Sufi yang menuju
Maqam Wisal.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

DAERAH IMKAN

S
ELURUH Alam Maya Semesta Raya ini adalah
Alam Kabir dan berada dalam Daerah Imkan.
Daerah Imkan atau Daerah Mumkinat adalah
daerah keluasan yang mungkin bagi Alam Kabir
dan ianya terbahagi kepada dua bahagian, atas dan
bawah yang meliputi Alam Amar dan Alam
Khalaq. Separuh bahagian bawahnya adalah
bermula dari ‘Arash sehinggalah ke bawah tanah
dan separuh bahagian atasnya adalah bermula dari
atas ‘Arash sehinggalah seatas-atasnya. Alam Amar
adalah pada separuh bahagian atas Daerah Imkan
manakala Alam Khalaq pula adalah pada separuh
bahagian bawah Daerah Imkan (Rajah 1).

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Akhfa
Khafi

Sirr
DAERAH IMKAN

DAERAH IMKAN
Ruh

Qalb

‘ARASH
ALAM KHALAQ Nafs

Angin

Api

Air
Tanah

Rajah 1

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Pada tubuh setiap insan terdapat hubung


kaitan dengan Daerah Imkan yang terdiri dari Alam
Amar dan Alam Khalaq iaitu pada tubuh Ruhani
dan Jasmani. Alam Semesta jika dilihat menerusi
pandangan batin mata hati, tampil dalam bentuk
suatu bulatan. Bulatan ini dinamakan sebagai
Daerah Imkan atau Daerah Mumkinat atau daerah
yang mungkin dan daerah ini dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu Alam Amar dan Alam Khalaq.
Di tengah-tengah bulatan itu terdapat satu garis
melintang yang membahagikan bulatan itu kepada
satu bahagian berada di atas dan satu bahagian lagi
berada di bawah. Garisan di tengah itu merupakan
‘Arash Mu’alla yang merupakan pembahagi kepada
Alam Amar dan Alam Khalaq. Menurut Hadhrat
Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
Rahmatullah ‘alaih manusia adalah alam kecil.
Apabila Allah Subhanahu Wa Ta’ala menjadikan
manusia, Dia menggunakan kuasaNya untuk
menempatkan latifah-latifah Alam Amar ini ke
dalam dada manusia dan menjadikannya asyik
dengan takluk tubuh badan. Ini adalah kerana
Allah Subhanahu Wa Ta’ala ingin menjadikan
manusia itu sempurna dan dilengkapkanNya
dengan Alam Amar dan Alam Khalaq. Dengan ini
manusia itu disebutkan sebagai Alam Saghir yakni
suatu alam kecil dari Alam Kabir.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

ALAM KABIR DAN


ALAM SAGHIR

M ANUSIA merupakan biasan dalam bentuk


kecil bagi kejadian Alam Maya Semesta
Raya [Kosmos] ini atau disebutkan
sebagai Alam Kabir [Makrokosmos] yang bermakna
alam besar. Sebagai biasan, manusia adalah Alam
Saghir [Mikrokosmos] yang bermakna alam kecil.

Segala apa yang wujud di alam yang kecil


juga adalah wujud di alam yang besar. Namun
demikian, setiap apa yang ada di alam besar tidak
kesemuanya berada di alam kecil. Menerusi alam
kecil, dapat dilihat apa yang ada di alam besar sana.
Walaubagaimanapun, tidak semua manusia yang
dapat melihat alam besar menerusi alam kecil
dirinya.

Di dalam diri manusia itu mengandungi


suatu daya tenaga yang jika ianya dibuka maka
akan membolehkannya melihat Alam Maya
Semesta Raya kerana dia merupakan Alam Saghir
dan menjadi cermin kepada Alam Kabir di dalam
dirinya.

Pada dasarnya, Alam Kabir ini adalah terlalu


besar dan luas sehingga tiada siapa pun yang dapat

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

menyatakan betapakah kadar keluasannya. Para


Masyaikh mentafsirkannya sebagai Daerah Imkan
yang bererti suatu daerah keluasan yang mungkin
baginya. Daerah Imkan Alam Kabir ini terbahagi
kepada dua bahagian iaitu Alam Amar dan Alam
Khalaq.

Perbandingan antara kedua-dua Alam Kabir


dan Alam Saghir dapat dilihat dalam Rajah 2, yang
mana di Alam Kabir, ‘Arasy Mu’alla menjadi
sebagai pengantara manakala di Alam Saghir pula,
Hati menjadi sebagai pengantara.

Kerana itulah ada Hadits yang menyatakan


bahawa,
“Allah Ta’ala itu berada dalam hati orang-
orang beriman.”

Menurut Para Masyaikh Naqshbandiyah,


hati manusia adalah merupakan biasan kepada Hati
Ruhaniah Hakikat Muhammadiyah. Hati Ruhaniah
ini mempamerkan Lautan Kekuasaan atau
disebutkan sebagai Bahrul Qudrah, yang
merupakan tempat asal usul segala ciptaan. Lautan
Kekuasaan Bahrul Qudrah ini berada di Alam Kabir
dalam Alam Maya Semesta Raya. Daerah Imkan.
Barangsiapa yang mampu mencapai pengetahuan
tentang hati akan berkemampuan untuk memahami
kebenaran Hakikat Kenabian Nur Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Hakikat Nur

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berada di


dalam Lautan Kekuasaan Bahrul Qudrah ini.

Hati yang banyak berzikir akan


menghasilkan limpahan Faidhz dan ianya akan
turut mengalir di dalam saluran darah di dalam
tubuh badan dan mengisikan tubuh badan dengan
limpahan Faidhz tersebut.

Menurut Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh


Ahmad Faruqi Sarhindi Rahmatullah ‘alaih, apabila
kelima-lima lataif Alam Amar telah disucikan
dengan sempurna, lataif Alam Khalaq juga dengan
sendirinya akan disucikan, kemudian dia akan
memahami hakikat Daerah Imkan. Untuk mencapai
maqam ini, seseorang itu perlulah mancapai Fana Fi
Syeikh. Ini akan mengangkat hijabnya terhadap
kefahaman tentang Daerah Imkan. Kebanyakan
Salik berhenti pada tahap ini dengan memikirkan
bahawa mereka telah pun sampai ke destinasi
tujuan mereka sedangkan mereka sepatutnya terus
bergerak melewati bulatan Daerah Imkan dengan
meneroka Alam Amar dan seterusnya menempuh
Wilayat Sughra, Wilayat Kubra dan Wilayat ‘Ulya.
Seseorang Murid tidak akan sama sekali dapat
menempuh Wilayat-Wilayat ini tanpa bimbingaan
Syeikh dan Para Masyaikh. Untuk ini seseorang
Salik itu perlu mencapai Fana Fi Rasul. Kemudian
barulah dirinya akan dapat merasakan pencapaian
Fana Fillah.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

ALAM AMAR DAN


ALAM KHALAQ

A LAM Amar adalah suatu alam kekal yang


mana hanya dengan perintah “Kun” yang
bermakna “Jadilah” maka ianya akan
terjadi. Ini merujuk kepada saat penciptaan langit
dan bumi yang mana Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menciptakannya dengan perintah “Kun” ini. Alam
Amar ini berada di luar batas masa dan ruang
tempat. Alam Amar berada di dalam Daerah Imkan
pada kedudukan di atas ‘Arash. Alam Amar
mengandungi Qalb, Ruh, Sirr, Khafi dan Akhfa.
Alam Amar adalah alam di mana tersembunyinya
segala rahsia hakikat ketuhanan. Di sana
tersembunyinya segala bayangan kebenaran yang
berkaitan dengan Zat dan Sifat-Sifat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Secara ringkasnya Alam
Amar adalah merujuk kepada tubuh Rohani
manusia. Kedudukannya pada badan manusia
adalah di bahagian dada seperti yang dijelaskan
dalam Lima Lataif Alam Amar.

Menurut Imam Razi Rahmatullah ‘alaih, Ruh


manusia berasal dari Alam Amar manakala jasad
manusia adalah berasal dari Alam Khalaq. Menurut
Imam Ghazali Rahmatullah ‘alaih, kewujudan
Alam Amar adalah di luar batas pencapaian,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

menerusi pengalaman dan khayalan. Ianya tidak


mempunyai sempadan dan tidak dapat disukat
dengan masa dan ruang. Al-Quran menyebut
bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala menciptakan
segala sesuatu hanya dengan satu kalimah iaitu
“Kun” yang bererti “Jadilah”. Ianya merupakan
suatu kalimah amar yang bermakna suruhan.
Apabila Allah Subhanahu Wa Ta’ala menghendaki
sesuatu urusan itu terjadi, maka Dia hanya cuma
menyebut “Kun” maka perkara itu pun akan terjadi.

Allah berfirman di dalam Al-Quran pada


Surah Al-Baqarah ayat 117 yang bermaksud,

ãΑθà)tƒ $yϑ¯ΡÎ*sù #X ö∆r& #|Ós% #sŒÎ)uρ ( ÇÚö‘F{$#uρ ÅV≡uθ≈yϑ¡¡9$# ßìƒÏ‰t/

∩⊇⊇∠∪ ãβθä3uŠsù ä. …ã&s!


Yang Menciptakan langit-langit dan bumi, dan bila
Dia bekehendak untuk menciptakan sesuatu
(Amar), maka Dia hanya katakan kepadanya:
Jadilah! Lalu jadilah ia.

Allah juga berfirman menerusi Surah Ali


Imran pada hujung ayat ke 47 yang bermaksud,

tΑ$s% ( ×|³o0 Í_ó¡|¡ôϑtƒ óΟs9uρ Ó$s!uρ ’Í< ãβθä3tƒ 4’¯Τr& Éb>u‘ ôMs9$s%

4 â!$t±o„ $tΒ ß,è=÷‚tƒ ª!$# Å7Ï9≡x‹Ÿ2

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

∩⊆∠∪ ãβθä3u‹sù ä. …çµs9 ãΑθà)tƒ $yϑ¯ΡÎ*sù #\øΒr& #|Ós% #sŒÎ)


Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin
aku mempunyai anak, Padahal aku belum pernah
disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah
berfirman, Demikianlah Allah menciptakan apa
yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak
menetapkan sesuatu (Amar), maka Allah hanya
cukup berkata kapadanya: Jadilah! Lalu jadilah ia.

Di dalam surah An-Nahl, Allah Subhanahu


Wa Ta’ala menyatakan dalam ayatnya yang ke 40
yang bermaksud,

∩⊆⊃∪ ãβθä3uŠsù ä. …çµs9 tΑθà)¯Ρ βr& çµ≈tΡ÷Šu‘r& !#sŒÎ) >óy´Ï9 $uΖä9öθs% $yϑ¯ΡÎ)
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu
apabila Kami menghendakinya, Kami hanya
mengatakan kepadanya: Jadilah! Maka jadilah ia.

Seterusnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala


berfirman di dalam Surah Maryam pada ayat 35
yang bermaksud,

#\øΒr& #|Ós% #sŒÎ) 4 ÿ…çµoΨ≈ysö7ß™ ( 7$s!uρ ÏΒ x‹Ï‚−Gtƒ βr& ¬! tβ%x. $tΒ

∩⊂∈∪ ãβθä3u‹sù ä. …çµs9 ãΑθà)tƒ $yϑ¯ΡÎ*sù


Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha
Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

(Amar), maka Dia hanya berkata kepadanya:


Jadilah! Maka jadilah ia.

Allah menjelaskan lagi di dalam Al-Quran


menerusi Surah Yasin pada ayatNya yang ke 82
yang bermaksud,

∩∇⊄∪ ãβθä3uŠsù ä. …çµs9 tΑθà)tƒ βr& $º↔ø‹x© yŠ#u‘r& !#sŒÎ) ÿ…çνãøΒr& !$yϑ¯ΡÎ)
Sesungguhnya (Amar) perintahNya apabila Dia
menghendaki sesuatu henyalah berkata kepadanya:
Jadilah! Maka jadilah ia.

Di dalam Surah Al-Mukmin pada ayat 68,


Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman yang
bermaksud,

…çµs9 ãΑθà)tƒ $yϑ¯ΡÎ*sù #\øΒr& #|Ós% #sŒÎ*sù ( àM‹Ïϑãƒuρ Ç‘øtä† “Ï%©!$# uθèδ

∩∉∇∪ ãβθä3uŠsù ä.


Dialah yang menghidupkan dan mematikan, maka
apabila Dia menetapkan sesuatu urusan (Amar),
Dia hanya berkata kepadanya: Jadilah! Maka
jadilah ia.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala


menghubungkan AmarNya dengan Ruh
sepertimana yang dinyatakannya di dalam Al-
Quran pada Surah Al-Isra ayat 85,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

ΟçF8Ï?ρé& !$tΒuρ ’În1u‘ ÌøΒr& ôÏΒ ßyρ”9$# È≅è% ( Çyρ”9$# Çtã štΡθè=t↔ó¡o„uρ

∩∇∈∪ WξŠÎ=s% ωÎ) ÉΟù=Ïèø9$# zÏiΒ


Dan mereka bertanya kepadamu tentang Ruh;
Katakanlah: Ruh itu adalah dari urusan (Amar)
Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan
melainkan sedikit.

Di dalam Surah An-Nahl ayat 2 Allah


Subhanahu Wa Ta’ala berfirman,

ôÏΒ â!$t±o„ tΒ 4’n?tã ÍνÌøΒr& ôÏΒ Çyρ”9$$Î/ sπs3Íׯ≈n=yϑø9$# ãΑÍi”t∴ãƒ

∩⊄∪ Èβθà)¨?$$sù O$tΡr& HωÎ) tµ≈s9Î) Iω …絯Ρr& (#ÿρâ‘É‹Ρr& ÷βr& ÿÍνÏŠ$t6Ïã


Dia menurunkan Para Malaikat dengan membawa
Ruh (wahyu) dari AmarNya (perintahNya) kepada
siapa yang Doa kehendaki di antara hamba-
hambaNya iaitu peringatkanlah olehmu sekelian
bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku,
maka hendaklah kamu bertakwa kepadaKu.

Begitu juga dalam Surah Al-Mukmin pada


ayat yang ke 15 yang maksudnya seperti berikut,

tΒ 4’n?tã ÍνÌøΒr& ôÏΒ yyρ”9$# ’Å+ù=ムĸöyèø9$# ρèŒ ÏM≈y_u‘¤$!$# ßì‹Ïùu‘

∩⊇∈∪ É−Ÿξ−G9$# tΠöθtƒ u‘É‹Ψã‹Ï9 ÍνÏŠ$t7Ïã ôÏΒ â!$t±o„

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Yang Maha Tinggi DarjatNya, Yang memiliki


‘Arasy, Yang mengutuskan Ruh dari Amar
urusanNya kepada siapa yang dikehendakiNya
supaya Dia memperingatkan manusia tentang
pertemuan Hari Qiyamat.

Sebilangan Mufassirin mengertikan Ruh di


dalam ayat di atas sebagai Hadhrat Jibril
‘Alaihissalam. Seterusnya Allah Subhanahu Wa
Ta’ala berfirman di dalam surah Asy-Syura pada
ayatNya yang ke 52 bermaksud,

$tΒ “Í‘ô‰s? |MΖä. $tΒ 4 $tΡÌøΒr& ôÏiΒ %[nρâ‘ y7ø‹s9Î) !$uΖø‹ym÷ρr& y7Ï9≡x‹x.uρ

tΒ ϵÎ/ “ωöκ¨Ξ #Y‘θçΡ çµ≈oΨù=yèy_ Å3≈s9uρ ß≈yϑƒM}$# Ÿωuρ Ü=≈tGÅ3ø9$#

∩∈⊄∪ 5ΟŠÉ)tGó¡•Β :Þ≡uÅÀ 4’n<Î) ü“ωöκtJs9 y7¯ΡÎ)uρ 4 $tΡÏŠ$t6Ïã ôÏΒ â!$t±®Σ


Dan demikianlah Kami telah wahyukan kepadamu
Ruh dari Amar urusan Kami, Sebelumnya kamu
tidaklah mengetahui apakah Al-Kitab (Al-Quran)
dan tidak pula mengetahui apakah Iman itu?
Tetapi Kami menjadikan Al-Quran itu cahaya yang
Kami tunjuki denganNya siapa yang Kami
kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan
sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk
kepada jalan yang lurus.

Dalam keempat-empat ayat di atas dapatlah


kita sebuah kesimpulan bahawa terdapat hubung

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

kait di antara kalimah Ruh dan kalimah Amar.


Perkataan Ruh digunakan berulang-ulang kali
dengan kalimah yang berbeza seperti Ruh Al-
Qudus di dalam Surah Al-Baqarah ayat 87,

( È≅ß™”9$$Î/ Íνω÷èt/ .ÏΒ $uΖøŠ¤4s%uρ |=≈tGÅ3ø9$# y›θãΒ $oΨ÷8s?#u ô‰s)s9uρ

3 Ĩ߉à)ø9$# ÇyρãÎ/ çµ≈tΡô‰−ƒr&uρ ÏM≈oΨÉi8t6ø9$# zΝtƒó s∆ tø⌠$# |¤ŠÏã $oΨ÷8s?#uuρ

÷Λän÷y9õ3tFó™$# ãΝä3Ý¡à4Ρr& #“uθöκsE Ÿω $yϑÎ/ 7Αθß™u‘ öΝä.u!%y` $yϑ¯=ä3sùr&

∩∇∠∪ šχθè=çGø)s? $Z)ƒÌsùuρ ÷Λäö/¤‹x. $Z)ƒÌx4sù


Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan Al-
Kitab (Taurat) kepada Musa, dan Kami telah
menyusulinya (berturut-turut) sesudah itu dengan
Rasul-Rasul, dan telah Kami berikan bukti-bukti
kebenaran (mukjizat) kepada Isa Putera Maryam
dan Kami memperkuatnya dengan Ruhul Qudus.
Apakah setiap datang kepadamu seorang Rasul
membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai
dengan keinginanmu lalu kamu menyombong;
Maka beberapa orang (diantara mereka) kamu
dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu
bunuh?

Dalam ayat 253 yang merujuk kepada


Hadhrat Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam yang mana
kejadiannya adalah luar biasa, tanpa bapa.
Maksudnya, kejadian Hadhrat Nabi ‘Isa

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

‘Alaihissalam adalah kejadian yang luar biasa,


tanpa bapak, Yaitu dengan tiupan Ruhul Qudus
oleh Jibril kepada diri Maryam. Ini termasuk
mukjizat Hadhrat Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam menurut
jumhur Musafirin, bahwa Ruhul Qudus itu ialah
Malaikat Jibril. Hanya dengan tiupan Ruh Al-
Qudus dari Hadhrat Jibril ‘Alaihissalam kepada
Maryam ‘Alaihissalam, firmanNya yang
bermaksud,

( ª!$# zΝ¯=x. ¨Β Νßγ÷ΨÏiΒ ¢ <Ù÷èt/ 4’n?tã öΝßγŸÒ÷èt/ $oΨù=Òsù ã≅ß™”9$# y7ù=Ï?

ÏM≈uΖÉi8t7ø9$# zΟtƒötΒ tø⌠$# |¤ŠÏã $oΨ÷8s?#uuρ 4 ;M≈y_u‘yŠ óΟßγŸÒ÷èt/ yìsùu‘uρ

.ÏΒ tÏ%©!$# Ÿ≅tGtGø%$# $tΒ ª!$# u!$x© öθs9uρ 3 Ĩ߉à)ø9$# ÇyρãÎ/ çµ≈tΡô‰−ƒr&uρ

(#θà4n=tG÷z$# ÇÅ3≈s9uρ àM≈oΨÉi8t6ø9$# ÞΟßγø?u!%y` $tΒ Ï‰÷èt/ .ÏiΒ ΝÏδω÷èt/

(#θè=tGtGø%$# $tΒ ª!$# u!$x© öθs9uρ 4 tx4x. ¨Β Νåκ÷]ÏΒuρ ztΒ#u ô¨Β Νåκ÷]Ïϑsù

∩⊄∈⊂∪ ߉ƒÌム$tΒ ã≅yèø4tƒ ©!$# £Å3≈s9uρ


Rasul-Rasul itu Kami lebihkan sebagian (dari)
mereka atas sebagian yang lain. di antara mereka
ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia)
dan sebagiannya Allah meninggikannya beberapa
derajat. dan Kami berikan kepada Isa putera
Maryam beberapa mukjizat serta Kami perkuat
Dia dengan Ruhul Qudus, dan kalau Allah

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

menghendaki, niscaya tidaklah berbunuh-bunuhan


orang-orang (yang datang) sesudah Rasul-rasul itu,
sesudah datang kepada mereka beberapa macam
keterangan, akan tetapi mereka berselisih, Maka
ada di antara mereka yang beriman dan ada (pula)
di antara mereka yang kafir. seandainya Allah
menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan.
akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-
Nya.

Kejadian Hadhrat Nabi ‘Isa ‘Alaihimussalam


adalah kejadian yang luar biasa, tanpa bapak, Yaitu
dengan tiupan Ruhul Qudus oleh Jibril kepada diri
Maryam. ini Termasuk mukjizat Hadhrat Nabi ‘Isa
‘Alaihimussalam menurut jumhur musafirin,
bahwa Ruhul Qudus itu ialah Malaikat Jibril.
Menurut sejumlah besar Para Mufassirin, Ruh Al-
Qudus adalah merujuk kepada malaikat Jibril
‘Alaihissalam.

Dalam ayat ke 110 Surah Al-Maidah Allah


Subhanahu Wa Ta’ala menyatakan bahawa Dia
telah memperkuatkan Hadhrat Nabi ‘Isa
‘Alaihissalam dengan Ruh Al-Qudus.

4’n?tãuρ y7ø‹n=tã ÉLyϑ÷èÏΡ öà2øŒ$# zΝtƒó=tΒ tø⌠$# |¤ŠÏè≈tƒ ª!$# tΑ$s% øŒÎ)

’Îû }¨$¨Ψ9$# ÞΟÏk=s3è? Ĩ߉à)ø9$# ÇyρãÎ/ š›?‰−ƒr& øŒÎ) y7Ï?t$Î!≡uρ

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

sπyϑõ3Ïtø:$#uρ |=≈tFÅ6ø9$# šçFôϑ¯=tæ øŒÎ)uρ ( WξôγŸ2uρ ωôγyϑø9$#

’ÎΤøŒÎ*Î/ ÎöS©Ü9$# Ïπt↔øŠyγx. ÈÏeÜ9$# zÏΒ ß,è=øƒrB øŒÎ)uρ ( Ÿ≅‹ÅgΥM}$#uρ sπ1u‘öθ−G9$#uρ

tµyϑò2F{$# ä—Îö9è?uρ ( ’ÎΤøŒÎ*Î/ #MöSsÛ ãβθä3tFsù $pκTÏù ã‡à4ΖtFsù

àMø4x4Ÿ2 øŒÎ)uρ ( ’ÎΤøŒÎ*Î/ 4’tAöθyϑø9$# ßlÌøƒéB øŒÎ)uρ ( ’ÎΤøŒÎ*Î/ š⇑tö/F{$#uρ

tÏ%©!$# tΑ$s)sù ÏM≈uΖÉi8t7ø9$$Î/ ΟßγtGø⁄Å_ øŒÎ) šΖtã Ÿ≅ƒÏℜuó Î) ûÍ_t/

∩⊇⊇⊃∪ ÑÎ7•Β ÖósÅ™ ωÎ) !#x‹≈yδ ÷βÎ) öΝåκ÷]ÏΒ (#ρãx4x.


Ingatlah ketika Allah mengatakan:
"Hai Isa putra Maryam, ingatlah nikmat-Ku
kepadamu dan kepada ibumu di waktu aku
menguatkan kamu dengan Ruhul qudus. kamu
dapat berbicara dengan manusia di waktu masih
dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah)
di waktu aku mengajar kamu menulis, hikmah,
Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) diwaktu kamu
membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa
burung dengan ijin-Ku, kemudian kamu meniup
kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang
sebenarnya) dengan seizin-Ku. dan (ingatlah) di
waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak
dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit
sopak dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu
kamu mengeluarkan orang mati dari kubur

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

(menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di


waktu aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan
mereka membunuh kamu) di kala kamu
mengemukakan kepada mereka keterangan-
keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir
diantara mereka berkata: "Ini tidak lain melainkan
sihir yang nyata".

Dan dalam Surah An-Nahl ayat 102 Allah


Subhanahu Wa Ta’ala berfirman bahawa Ruh Al-
Qudus telah menurunkan Al-Quran itu dari Tuhan
dengan kebenaran,

šÏ%©!$# |MÎm7s[ã‹Ï9 Èd,ptø:$$Î/ šÎi/¢‘ ÏΒ Ä¨ß‰à)ø9$# ßyρâ‘ …çµs9¨“tΡ ö≅è%

∩⊇⊃⊄∪ tÏϑÎ=ó¡ßϑù=Ï9 2”tô±ç0uρ “Y‰èδuρ (#θãΖtΒ#u


Katakanlah: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al
Quran itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk
meneguhkan (hati) orang-orang yang telah
beriman, dan menjadi petunjuk serta kabar gembira
bagi orang-orang yang berserah diri (kepada
Allah)".

Dalam kesemua ayat-ayat ini Ruh Al-Qudus


merujuk kepada Hadhrat Jibril ‘Alaihissalam.
Hadhrat Jibril ‘Alaihissalam juga disebut sebagai
Ruh Al-Amin di dalam Surah Asy-Syu’ara pada
ayat 193,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

∩⊇⊂∪ ßÏΒF{$# ßyρ”9$# ϵÎ/ tΑt“tΡ


Nazala bihir Ruhul Amin

Nazala bihi Ar-Ruh Al-Amin, yakni Al-Quran itu telah


dibawa turun oleh Ruh Al-Amin Hadhrat Jibril ‘Alaihissalam.
Dinamakan Alam Amar kerana di sanalah segala urusan dan
suruhan Allah Subhanahu Wa Ta’ala bermula. Alam Amar
merupakan alam di mana sekelian Ruh diciptakan.

Seterusnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman


tentang AmarNya dalam Surah Al-A’raf pada hujung ayat ke
54,

Ïπ−GÅ™ ’Îû uÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# t,n=y{ “Ï%©!$# ª!$# ãΝä3−/u‘ IχÎ)

…çµç7è=ôÜtƒ u‘$pκ¨]9$# Ÿ≅ø‹©9$# Å´øóムĸó yêø9$# ’n?tã 3“uθtGó™$# §ΝèO 5Θ$−ƒr&

Ÿωr& 3 ÿÍνÍ ö∆r'Î/ ¤N≡t¤‚|¡ãΒ tΠθàf‘Ζ9$#uρ tyϑs)ø9$#uρ }§ôϑ¤±9$#uρ $ZW8ÏWym

∩∈⊆∪ tÏΗs>≈yèø9$# L>u‘ ª!$# x8u‘$t6s? 3 â ö∆F{$#uρ ß,ù=sƒø:$# ã&s!


Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah
menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,
lalu Dia bersemayam di atas 'Arash. Dia
menutupkan malam kepada siang yang
mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya
pula) matahari, bulan dan bintang-bintang
(masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Ingatlah! BagiNyalah Alam Khalaq dan Alam


Amar, Maha Suci Allah Tuhan Pemelihara Sekelian
Alam.

Bersemayam di atas 'Arash ialah satu sifat


Allah yang wajib kita imani, sesuai dengan
kebesaran Allah dsan kesucianNya. Sesungguhnya,
setelah Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menyempurnakan penciptaan langit-langit dan
bumi dalam enam peringkat masa lalu Dia
bersemayam di atas ‘Arash. Di atas ‘Arash adalah
Alam Amar di mana Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menguruskan segala urusan makhluk-makhluk
ciptaanNya. Dia yang menguruskan kejadian siang
dan malam dengan menutup malam kepada siang
dan menjadikan hari berlalu semakin cepat. Dia
juga telah menciptakan matahari, bulan dan
bintang-bintang dan kesemuanya tunduk patuh
melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala
yang datang dari Alam Amar. Sedangkan matahari,
bulan, bintang-bintang dan segala makhluk ciptaan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang berada di bawah
‘Arasy adalah dalam lingkungan Alam Khalaq.
Allah Maha Berkuasa untuk memelihara kedua-dua
alam tersebut dan Dia adalah Tuhan Yang Maha
Pemelihara ke atas sekelian alam ciptaanNya. Alam
Amar adalah suatu alam yang teramat luas dan
pada setiap Ummat Muhammadiyah telah Allah
Subhanahu Wa Ta’ala kurniakan talian
perhubungan yang sangat halus di dalam diri

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

mereka dengan alam-alam yang terdapat di dalam


Alam Amar iaitu pada kedudukan Lataif.

Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid


Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sarhindi
Rahmatullah ‘alaih, terdapat lima alam di dalam
Alam Amar yang merupakan asal usul kesemua
Lataif. Latifah Qalb berasal dari Alam Malakut,
Latifah Ruh berasal dari Alam Arwah atau Jabarut,
Latifah Sirr berasal dari Alam Lahut, Latifah Khafi
berasal dari Alam Bahut dan Latifah Akhfa berasal
dari Alam Hahut.

Alam Malakut adalah Alam Para Malaikat


dan berada dalam wilayah Hadhrat Nabi Adam
‘Alaihissalam dan cahaya nurnya adalah Kuning.
Alam Arwah atau Jabarut adalah Alam Para Roh
dan berada dalam wilayah Hadhrat Nabi Nuh dan
Hadhrat Nabi Ibrahim ‘Alaihimassalam dan cahaya
nurnya adalah Merah. Alam Lahut adalah Alam
Bayangan Sifat-Sifat Allah dan berada dalam
wilayah Hadhrat Nabi Musa ‘Alaihissalam dan
cahaya nurnya Putih berkilau. Alam Bahut adalah
Alam Sifat-Sifat Allah dan merupakan alam yang
tersembunyi dan berada dalam wilayah Hadhrat
Nabi Isa ‘Alaihissalam dan cahaya nurnya adalah
Hitam. Alam Hahut pula adalah Alam Hadhrat Zat
Yang Suci dan merupakan alam yang lebih
tersembunyi. Cahaya nurnya adalah Hijau dan
alam ini berada dalam wilayah Hadhrat Baginda

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi


Wasallam.

Alam Khalaq adalah alam makhluk yang


diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
tidak kekal yang mana kejadiannya berlaku secara
berperingkat-peringkat. Ia dicipta dalam enam
tempoh masa dan berada dalam batas masa dan
ruang tempat. Ia juga mengandungi siang dan
malam, kelahiran dan kematian.

Alam Khalaq berada di dalam Daerah Imkan


pada kedudukan di bawah ‘Arash Mu‘alla. Alam
Khalaq mengandungi Nafs dan Empat Anasir iaitu
Angin, Api, Air dan Tanah. Secara ringkasnya Alam
Khalaq adalah merujuk kepada tubuh Jasmani
manusia. Kedudukannya pada badan manusia
adalah pada seluruh jasad. Tubuh badan Jasmani
manusia mengandungi keempat-empat unsur ini
dan ditemukan dengan Nafs atau ‘Aqal bagi
membentuk Alam Khalaq.

Alam Khalaq adalah alam makhluk yang


diciptakan dan ia merangkumi ‘Aqal, Tanah, Air,
Api dan Angin. Jasad tubuh badan insan adalah
terbina di Alam Khalaq menerusi proses yang
berlaku secara berperingkat-peringkat kerana Alam
Khalaq bukanlah sepertimana Alam Amar yang
mana dengan satu ucapan kalimah dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala ianya akan terus terjadi,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

sebaliknya Alam Khalaq merupakan suatu alam


yang mana segala kejadiannya adalah dengan
Tadrij yakni menerusi peringkat evolusi kejadian
masing-masing. Allah Subhanahu Wa Ta’ala
berfirman tentang AlamNya pada awal Surah Al-
Fatihah,

∩⊄∪ šÏϑn=≈yèø9$# Å_Uu‘ ¬! ߉ôϑysø9$#


Segala Puji Bagi Allah Tuhan Pemelihara Sekelian
Alam.

Alhamdu (segala puji), memuji orang adalah


karena perbuatannya yang baik yang dikerjakannya
dengan kemauan sendiri. Maka memuji Allah
berrati: menyanjung-Nya karena perbuatannya
yang baik. lain halnya dengan syukur yang berarti:
mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat
yang diberikannya. kita menghadapkan segala puji
bagi Allah ialah kerana Allah adalah sumber dari
segala kebaikan yang patut dipuji. Rabb bererti,
Tuhan yang ditaati yang Memiliki, mendidik dan
Memelihara. Lafaz Rabb tidak dapat dipakai selain
untuk Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya,
seperti rabbul bait (tuan rumah). 'Alamiin (semesta
alam): semua yang diciptakan Tuhan yang terdiri
dari berbagai jenis dan macam, seperti: alam
manusia, alam hewan, alam tumbuh-tumbuhan,
benda-benda mati dan sebagainya. Allah adalah
Pencipta semua alam-alam itu.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman


tentang Alam Khalaq dalam Surah Al-A’raf pada
hujung ayat ke 54,

Ïπ−GÅ™ ’Îû uÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# t,n=y{ “Ï%©!$# ª!$# ãΝä3−/u‘ IχÎ)

…çµç7è=ôÜtƒ u‘$pκ¨]9$# Ÿ≅ø‹©9$# Å´øóムĸó yêø9$# ’n?tã 3“uθtGó™$# §ΝèO 5Θ$−ƒr&

Ÿωr& 3 ÿÍνÍ ö∆r'Î/ ¤N≡t¤‚|¡ãΒ tΠθàf‘Ζ9$#uρ tyϑs)ø9$#uρ }§ôϑ¤±9$#uρ $ZW8ÏWym

∩∈⊆∪ tÏΗs>≈yèø9$# L>u‘ ª!$# x8u‘$t6s? 3 â ö∆F{$#uρ ß,ù=sƒø:$# ã&s!


Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah
menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,
lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia
menutupkan malam kepada siang yang
mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya
pula) matahari, bulan dan bintang-bintang
(masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya.
Ingatlah! BagiNyalah Alam Khalaq dan Alam
Amar, Maha Suci Allah Tuhan Pemelihara Sekelian
Alam.

Bersemayam di atas ‘Arsy ialah satu sifat


Allah yang wajib kita imani, sesuai dengan
kebesaran Allah dsan kesucian-Nya. Para Masyaikh
mengatakan bahawa terdapat 18,000 Alam yang
telah Allah Subhanahu Wa Ta’ala ciptakan. Ada
sebahagian mengatakan 30,000 dan ada yang
mengatakan 10,000. Dan sesungguhnya ilmu

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

tentang sekelian Alam ini ada di sisi Allah


Subhanahu Wa Ta’ala. Para ‘Ulama telah
membahagikan Alam tersebut kepada tiga bahagian
iaitu:

1. ALAM AJSAD - Alam Jasmani yang


bersifat memiliki tubuh
badan.

2. ALAM ARWAH - Alam Ruh yang


merangkumi sekelian
Ruh dan Arwah.

3. ALAM MITSAL - Alam Penzahiran yang


ada di antara Alam
Arwah dan Alam Ajsad.

Alam Mitsal bukanlah suatu alam yang


wujud secara Zahir, bahkan ianya adalah suatu
alam yang wujud secara Tajalli yakni secara
penzahiran. Setiap kewujudan yang ada di Alam
Ajsad dan Alam Arwah terdapat penzahiran
baginya di Alam Mitsal.

Alam Arwah adalah suatu alam yang berada


di luar lingkungan langit yang ke sembilan iaitu
‘Arash. Ianya tidak terbina dengan sesuatu yang
bersifat kebendaan. Alam Arwah juga dikenali
sebagai Alam Amar.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Alam Ajsad adalah suatu alam yang


kewujudannya bersifat kebendaan. Ianya juga
dikenali sebagai Alam Khalaq. Alam ini seterusnya
terbahagi kepada dua bahagian iaitu Manusia dan
Alam. Manusia dikenali sebagi Alam Saghir dan
segala sesuatu yang wujud selain dari manusia di
alam ini dikenali sebagai Alam Kabir. Setiap segala
sesuatu yang wujud di Alam Kabir ada terdapat
sesuatu yang persamaannya di Alam Saghir yakni
pada tubuh badan diri manusia.

Qalb sebagai hati Ruhani bagi manusia


adalah pintu pembukaan untuk menuju ke Alam
Malakut, Alam Ruh dan Jabarut. Pintu Ruhani ini
adalah tertutup pada hati orang-orang yang kafir
yang tidak mahu menerima Islam dan Iman, maka
kerana itulah mereka langsung tidak menyedari
tentang kewujudan Alam Ruh dan Arwah.

Wallahu A'lam Wa 'Ilmuhu Atam

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

GLOSARI :
ISTILAH NAQSHBANDIYAH
A
Akhirat - Kehidupan yang kekal
sesudah mati
Agama - Ad-Din, Syariat dan hukum-
hakam Islam, ketaatan.
Ahadiyah - Keesaan
Ahmad - Yang Paling Terpuji
Ahwal - Hal-hal keadaan
Akabirin - Syeikh-syeikh besar
Akhfa - Yang paling tersembunyi,
Latifah Alam Hahut di Alam
Amar
Alam Amar - Alam di atas ‘Arasy
Alam Arwah - Alam Para Ruh
Alam Bahut - Alam Sifat-Sifat Allah, Alam
Ketuhanan.
Alam Hahut - Alam Zat Allah, Alam
Ketuhanan.
Alam Jabarut - Alam Para Ruh
Alam Kabir - Makrokosmos
Alam Khalaq - Alam di bawah ‘Arasy
Alam Lahut - Alam Bayangan Sifat-Sifat
Allah, Alam Ketuhanan.
Alam Malakut - Alam Para Malaikat
Alam Saghir - Mikrokosmos

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Allah - Nama Zat Tuhan yang wajib


wujud secara mutlak,
memiliki segala sifat
kesempurnaan dan suci dari
segala sifat kekurangan, Maha
Pengasih lagi Maha
Penyayang.
Alf Tsani - Seribu tahun kedua sesudah
Hijrah Nabi Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam
Amir - Pemimpin jemaah
Anjuman - Khalayak ramai
Anwar - Kata jamak bagi Nur, cahaya-
cahaya
Aqrab - Paling dekat
Aulia - Kata jamak bagi Wali
Awrad - Himpunan wirid-wirid
Azkar - Kata jamak bagi Zikir
‘Adadi - Bilangan
‘Ainul Yaqin - Syuhud, Ihsan
‘Aliyah - Yang tinggi
‘Aqidah - Pegangan i’tiqad, keimanan
‘Arasy - Tempat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala bersemayam

B
Bai‘ah - Janji taat setia
Baz Gasht - Kembali kepada Allah dengan
lafaz “Ilahi Anta Maqsudi,
Wa Ridhoka Matlubi, A’tini

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Mahabbataka Wa
Ma’rifataka”.
Basirah - Pandangan mata hati
Basyariyah - Sifat-sifat manusiawi
Bida ‘ah - Amalan yang tidak menuruti
Sunnah

C
Chishtiyah - Tariqat Hadhrat Maulana
Syeikh Mu‘inuddin Chishti
Rah. ‘alaih

D
Da‘i - Seorang pendakwah.
Dakwah - Menyeru kepada Agama
Allah Ta’ala.
Dawam - Secara berterusan, tetap,
kekal.
Dawam Agahi - Sentiasa berjaga-jaga
menantikan limpahan Faidhz.
Dawam Hudhur - Kehadiran Allah Subhanahu
Wa Ta’ala yang berterusan.
Dehlawi - Nisbat kepada tempat iaitu
Delhi, India..

F
Faidhz - Limpahan Ketuhanan.
Fana - Kehilangan diri.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Faruqi - Nisbat keturunan kepada


Sayyidina Umar Khattab
Faruq (R. ‘anhu)
Fasad - Kerosakan, kejahatan
Fauqaniyah - Yang kedudukannya bersifat
teratas.
Faqir - Orang miskin yang menyerah
kepada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Feqah - Kefahaman Agama yang
berkaitan Syari‘at.

G
Ghaib - Sesuatu yang tidak dapat
dilihat oleh mata kasar
Ghairullah - Makhluk, segala sesuatu yang
selain Allah Subhanahu Wa
Ta’ala..
Ghauts - Darjat kewalian yang tinggi.

H
Ha/Hiya - Dia (muannats).
Haq - Kebenaran.
Hafiz - Seorang yang menghafal Al-
Quran.
Hakikat - Kebenaran.
Hanafi - Mazhab Imam Abu Hanifah
Rahmatullah ‘alaih.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Hambali - Mazhab Imam Ahmad Bin


Hambal Rahmatullah ‘alaih.
Haqiqat - Kebenaran sesuatu.
Hadits/Hadis - Perkataan, perbuatan dan
diam Hadhrat Nabi s.a.w.
Hadhrat - Kehadiran.
Hidayah - Petunjuk.
Hijab - Penghadang, tirai.
Hosh - Sedar.
Hosh Dar Dam - Sedar dalam nafas.
Hu/Huwa - Dia (muzakkar).

I
Ihsan - Merasakan seolah-olah
melihat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Ijtihad - Menetapkan sesuatu hukum
Syari‘at.
Ilahi - Tuhan, Tuhanku
Imam - Pemimpin
Iman - Percaya dan yakin dengan
perkara yang Ghaib.
Inabah - Kembali kepangkuan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Islah - Memperbaiki diri
Islam - Menyerahkan diri kepada
Allah dengan perlaksanaan
Syari‘at.
Ismu Zat - Nama bagi Zat Pencipta iaitu
Allah Subhanahu Wa Ta’ala

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Istighfar - Memohon keampunan dari


Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Itsbat - Menetapkan.
‘Irfan - Limpahan Ma’rifat
Ketuhanan.

J
Jam‘iyat - Kesemua lataif yang tetap
mengingati Allah Subhanahu
Wa Ta’ala
Jemaah - Secara berkumpulan.
Jihri - Menguat dan mengeraskan
suara, lisan yang kedengaran.
Jazbah - Penarikan terhadap Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

K
Kashaf - Pandangan batin.
Kaifiat - Cara dan kaedah
perlaksanaan.
Khafi - Sesuatu yang bersifat
tersembunyi, Latifah Alam
Bahut.
Khalifah - Naib, pengganti.
Khalwat - Bersendirian, berseorangan.
Khalwat Kabirah - Bersendirian dengan Allah
dalam kesibukan manusia.
Khalwat Saghirah - Bersendirian dengan Allah
jauh dari kesibukan manusia.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Khandan - Kelompok, golongan,


keturunan.
Khanqah - Tempat Syeikh mendidik Para
Muridnya, Zawiyah, Ribat.
Khatrah - Kekhuatiran dan lintasan hati.
Khilafah - Menerima tanggungjawab
Khalifah.
Khudawanda - Oh! Tuhanku.
Khwajah - Guru Murshid, Syeikh.
Khwajagan - Kata jamak bagi Khwajah.
Kiamat / Qiyamat - Hari tertegaknya perhitungan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala

L
La Ilaha Illa Allah - Tiada Tuhan Melainkan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Lafaz - Sebutan.
Lataif - Kata jamak bagi Latifah.
Latifah - Kehalusan sifat Rohani.
Lisani - Ingatan yang dilakukan
menerusi lidah.

M
Mabda - Tempat permulaan
Mabda Faidhz - Tempat sumber permulaan
Faidhz
Ma’rifat - Pengenalan terhadap Allah
Subhanahu Wa Ta’ala

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Masjid - Tempat mendirikan solat


berjemaah
Majzub - Seorang yang ditarik menuju
kepada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Mahabbat - Cinta, kasih sayang
Malaikat - Makhluk Allah yang
diciptakannya dari cahaya
dan taat kepadaNya.
Malakutiyah - Sifat-sifat Malaikat
Malfuzat - Kata-kata, ucapan, perkataan
yang dilafazkan
Maliki - Mazhab Imam Malik Bin Anas
Rahmatullah ‘alaihima
Maqam - Tempat kedudukan
Masyaikh - Kata jamak bagi Syeikh
Maulana - Tuan Guru
Maulawi - Guru
Mawrid Faidhz - Tempat yang hendak
dilimpahkan Faidhz
Mazhab - Jalan anutan Para Imam Ahlus
Sunnah
Mi’raj - Perjalanan Ruhani dari tempat
rendah ke tempat yang tinggi.
Mujaddid - Seorang yang
memperbaharukan Agama
Islam
Mujaddidiyah - Nisbat kepada Imam Rabbani
Mujaddid Alf Tsani.
Mujahadah - Jihad melawan hawa nafsu

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Muqaddimah - Pendahuluan
Muqarrabin - Orang-orang yang
mendekatkan diri dengan
Allah Ta’ala.
Muraqabah - Berjaga-jaga menantikan
limpahan Faidhz dari Allah
Ta’ala
Murshid - Syeikh, pembimbing Rohani
Murid - Seorang yang berkehendak
kepada ilmu
Murad - Sesuatu yang dikehendaki
Musyahadah - Ihsan, Syuhud, menyaksikan
kehadiran Allah Subhanahu
Wa Ta’ala

N
Nabawiyah - Kenabian
Nafi - Menidakkan
Nafi Itsbat - Ucapan kalimah LA ILAHA
ILLA ALLAH
Nafs - Latifah Alam Khalaq
Nafsu - Kehendak yang bersifat
Duniawi
Naqsh - Ukiran
Naqshband - Ukiran yang terpahat
Naqshbandiyah - Nisbat kepada Tariqat Shah
Bahauddin Naqshband Rah.
‘alaih
Nazar - Memandang
Nigah - Berjaga-jaga, memerhati

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Nisbat - Pertalian hubungan


Nur - Cahaya

P
Pir - Syeikh, Murshid, Khalifah,
pembimbing Rohani.

Q
Qadam - Kaki.
Qadiriyah - Nisbat kepada Tariqat
Hadhrat Syeikh Abdul Qadir
Jailani Rah. ‘alaih.
Qalb - Latifah Alam Malakut di
Alam Amar.
Qalbi - Ingatan yang dilakukan
dengan hati.
Qalbu - Hati.
Qalibiyah - Empat Latifah Alam Khalaq
iaitu Tanah, Air, Api dan
Angin.
Qana ‘ah - Bersederhana dalam segala
urusan kehidupan.
Qaus - Maqam muraqabah di dalam
Daerah Wilayah Kubra.
Qiblah - Arah panduan.
Qutub - Seorang wali yang mencapai
kedudukan tertinggi dan
menghuraikan ilmu Hadhrat
Baginda Rasulullah s.a.w.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Qutubul Aqtab - Wali Qutub yang


bertanggungjawab ke atas
sekelian Wali Aqtab.

R
Rabitah - Menghubungkan diri dengan
Syeikh secara jasmani
mahupun rohani.
Rabbani - Pemelihara, pemberi tarbiyah.
Redha - Menerima Qada dan Taqdir
Allah dengan lapang dada.
Rohani - Sesuatu yang bersifat kekal
pada diri manusia.
Rahmat - Kasih sayang Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Ruh - Latifah Alam Jabarut di Alam
Amar.

S
Sabar - Tetap dalam melakukan
ketaatan dan meninggalkan
maksiat.
Safar - Perjalanan.
Safar Dar Watan - Merantau di Alam Amar.
Salafus Soleh - Orang-orang Soleh yang
terdahulu.
Sanad - Sijil.
Sair - Berjalan, bersiar-siar,
merantau.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Sair Afaqi - Perjalanan di luar diri.


Sair Anfusi - Perjalanan di dalam diri.
Sir - Latifah Alam Lahut di Alam
Amar.
Solat - Sembahyang.
Sohbet - Berdamping, bersahabat.
Salik - Seseorang yang dalam
perjalanan menuju Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Sirhindi - Nisbat kepada tempat
Hadhrat Imam Rabbani.
Sayyid - Seorang yang
berketurunan Hadhrat
Baginda s.a.w.
Shauq - Keseronokan.
Syafi‘i - Mazhab Imam Syafi‘i
Rahmatullah ‘alaih.
Syaitan - Musuh yang nyata bagi orang-
orang beriman.
Syeikh - Pembimbing rohani.
Syeikhul Masyaikh- Syeikh kepada Para Masyaikh,
Guru sekelian guru.
Syukur - Berterima kasih kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Silsilah - Kesinambungan rantaian
sesuatu hubungan.
Subhanahu - Maha Suci Dia.
Sufi - Seorang yang membersihkan
hati dari ingatan selain Allah
Ta’ala.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Suluk - Perjalanan khusus menuju


Hadhrat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Sunnah - Amalan Hadhrat Baginda
Nabi Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam
Syari‘at - Hukum hakam Agama Islam.
Syafa‘at - Pertolongan dan belas
kasihan.
Syuhud - Ihsan, musyahadah.

T
Ta’ala - Maha Memiliki Ketinggian.
Tabligh - Menyampaikan kebenaran
Agama Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Tajalli - Manifestasi, penzahiran.
Talqin - Menyebut dan mengajarkan
sesuatu kalimah zikir.
Taqwa - Mentaati perintah Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. dan
RasulNya Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam serta meninggalkan
laranganNya.
Taubat - Perjanjian tidak akan
mengulangi dosa.
Taufiq - Asbab kemampuan untuk
melakukan ketaatan.
Tariqat - Jalan khusus menuju kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Tasawwuf - Ilmu tentang membersihkan


hati.
Taslim - Menyerahkan diri kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Tawajjuh - Memberikan penumpuan.
Tawakkal - Berserah diri sepenuhnya
kepada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Tilawah - Pembacaan Al-Quran secara
lancar.

U
Ulul ‘Azmi - Lima Nabi yang tertinggi dan
teragung darjatnya iaitu
Hadhrat Nabi Nuh
‘Alaihissalam, Hadhrat Nabi
Ibrahim ‘Alaihissalam,
Hadhrat Nabi
Musa‘Alaihissalam, Hadhrat
Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam dan
Hadhrat Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.
Uwaisi / Uwaisiyah - Nisbat Ruhaniah secara batin
dengan seseorang Ahlullah
yang jauh samada yang masih
hidup ataupun yang sudah
mati.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

W
Wali - Seorang wakil bagi Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dari
kalangan manusia.
Wara’ - Memperbanyakkan amalan
ibadah.
Warid - sesuatu yang terhasil dari
amalan zikir.
Wazifah - Amalan zikir yang khusus.
Wijdani - Suatu pengalaman yang dapat
dirasai secara nyata.
Wuquf - Hentian tetap.
Wuquf Qalbi - Menumpukan kepada hati
dan hati menumpukan
kepada Allah Ta’ala.
Wuquf ‘Adadi - Menumpukan kepada
bilangan yang ganjil ketika
berzikir Nafi Itsbat.
Wuquf Zamani - Menumpukan kembali
ingatan kepada Allah selepas
beberapa jam.

Y
Yad - Ingat, zikir.
Yad Dasyat - Zikir yang bersungguh-
sungguh.

Z
Zauq - Kelazatan.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu


Miftah Al-Insyirah Fi Lataif Al-'Asyarah

Zamani - Berkaitan dengan masa.


Zat - Hakikat diri.
Zihni - Kewujudan sesuatu di ruang
fikiran.
Zikir - Mengingat Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.
Zuhud - Meninggalkan kesenangan
dan kelazatan Duniawi.
Zuriat - Anak-anak.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Afa 'Anhu

You might also like