You are on page 1of 10

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM, SK MATANG PAKU TEKS UCAPAN: WAKIL MURID Terima kasih Puan Pengerusi Majlis 1.

Yang Berusaha, Encik Abdul Rashid bin Mohd Kassim, Guru Besar SK Matang Paku. 2. Yang Dihormati, Encik Nordin bin Baharom, guru penolong Kanan Kokurikulum SK Matang Paku. 3. Yang Dihormati, Puan Roshilawati binti Mohd Sabardin, selaku Kem Komandan Perkhemahan Unit Beruniform. 4. Seterusnya, barisan guru-guru penasihat, fasilitator PPG UUM Kohort 1 dan rakan-rakan peserta perkhemahan sekolah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh,

Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya, kita dapat sama-sama berkampung di SK Matang Paku selama 2 hari. Rasanya selama tempoh masa ini sangat singkat untuk kami sama-sama menimba ilmu dan pengalaman dalam Perkhemahan Unit Beruniform ini.

Saya mewakili rakan-rakan pesserta ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah, barisan guru penasihat dan fasilitator PPG UUM Kohort 1 yang banyak memberi pengalaman dan ilmu sebagai bekalan untuk kami menghadapi cabaran yang mendatang.

Segala aktiviti yang kami lakukan di sini, benar-benar menyuntik kekuatan jati diri dari segala fizikal mahupun mental. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan juga dapat membentuk disiplin dan menguatkan keyakinan diri. Berbekalkan tunjuk ajar daripada barisan urusetia sekalian akan kami praktikkan ilmu yang diperolehi untuk menjana kecemerlangan di rumah, sekolah dan institusi pengajian tinggi nanti, insya-Allah.

Akhir kata, sekalung doa daripada kami.

Ya, Allah, ampunilah kami seisi majlis ini, berikanlah kami kekuatan, untuk kami lakukan kebajikan, kurniakanlah ketabahan dan kecemerlangan kepada kami. Ya, Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Amin. Sekian. Wabillahitaufiq walhidayah ... Terima kasih.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM, SK MATANG PAKU TEKS UCAPAN: KEM KOMANDAN PERKHEMAHAN

Terima kasih Puan Pengerusi Majlis

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM, SK MATANG PAKU TEKS UCAPAN: PERASMIAN PENUTUPAN (GURU BESAR SK MATANG PAKU) Terima kasih Puan Pengacara Majlis

1. Yang Dihormati, Encik Nordin bin Baharom, selaku guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Matang Paku. 2. Yang Dihormati, Puan Roshilawati binti Mohd Sabardin, selaku Kem Komandan Perkhemahan. 3. Seterusnya barisan guru-guru dan fasilitator PPG UUM Kohort 1 serta anak-anak yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaarakahtuh, Pertamanya, syukur Alhamdullilah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka kita telah diberi kesempatan untuk berkumpul padahari ini untuk menjayakan Majlis Perasmian Penutupan Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Matang Paku pada tahun 2013.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pelajar-pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) UUM Kohort 1 kerana telah memilih SK Matang Paku sebagai lokasi pelaksanaan projek aktiviti kokurikulum Semester ke lima. Saya berasa amat gembira kerana telah

dimaklumkan bahawa program Perkhemahan ini telah berjalan lancar tanpa banyak masalah serta terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Saya percaya, kejayaan ini

disumbangkan berkat kerjasama semua pihak sehingga dapat memastikan perjalanan program berjalan dengan baik dan sempurna. Insya-Allah, segala sumbangan bakti yang telah dicurahkan untuk sama-sama melahirkan generasi cemerlang ini akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah S.W.T.

Perkhemahan yang telah berlangsung selama dua hari ini, dengan pelbagai aktiviti perkhemahan dan pertandingan, mampu membina jati diri murid-murid yang terlibat. Diharapkan program ini juga dapat membentuk diri anak-anak kita menjadi masyarakat yang lebih bersopan dan bertanggungjawab. Murid-murid yang terlibat juga telah berjaya menyedari kepentingan untuk saling menghormati, sanggup membantu dan bertoleransi dalam kumpulan masing-masing. Secara tidak langsung, ini merupakan salah satu pengisian kearah mencapai matlamat konsep Satu Malaysia berdasarkan penglibatan semua Unit Beruniform SK Matang Paku. Walau apapun rintangan, halangan dan cabaran yang dihadapai oleh kamu semua, diharapkan tidak sedikitpun mematahkan semangat dan hasrat untuk berjaya. Justeru, program

Perkhemahan ini juga merupakan salah satu landasan secara langsung dalam menyediakan anakanak kita dari segi pertahanan fizikal, mental dan kerohanian bagi menghadapi pelbagai cabaran pada masa hadapan. Dalam kesempatan ini, sukalah saya sebagai guru besaar SK Maatang Paku berpesan kepada anak-anak semua bahawa peluang dan pengalaman menyertai program perkhemahan ini adalah peluang yang amat berharga dalam hidup kamu. Oleh itu, gunalah peluang ini untuk

memperkayakan dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran kamu.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya bagi pihak sekolah SK Matang Paku mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan program perkhemahan Unit Beruniform tahun 2013. Saya berdoa kepada Allah S.W.T. agar segala yang kita sumbangkan dalam menjayakan program perkhemahan ini sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah Terima kasih..

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TEKS MC: Puan salmah binti ismail

Bismillahhirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

1. Yang Berusaha, Encik Abdul Rashid bin Mohd Kassim, Guru Besar SK Matang Paku. 2. Yang Dihormati, .., pensyarah PPG UUM Kohort 1 dan guru-guru penolong Kanan SK Matang Paku. 3. Yang Dihormati, Puan Zuezanariah binti Osman, selaku Kem Komandan Perkhemahan Unit Beruniform. 4. Seterusnya, barisan guru-guru penasihat, rakan-rakan PPG UUM Kohort 1 dan anak-anak yang dikasihi sekalian.

Salam syukur kami hulurkan,

Dengan izinnya kita ditemukan. Rasa bangga kami lafazkan, Kesudian hadirin menerima jemputan.

Alhamdullilah, bersyukur kita terhadap Allah S.W.T. atas limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama dalam majlis yang berbahagia ini untuk satu acara perasmian penutupan dan penyampaian hadiah kepada para peserta perkhemahan unti beruniform SK Matang Paku pada tahun 2013.

Hadirinyang dimuliakan Bagi menambahkan keberkatan majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita menadahkan tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh

Ustaz Hashim bin Ismail.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

doa

Amin Amin Ya Rabbal Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Ustaz Hashim

bin Ismail atas bacaan doa itu tadi.


Majlis indah lagi berseri, Penutupan rasmi perkhemahan ini, Dengan takzim dijemput ke mari, Bicaralah dulu wakil murid kami.

Dengan itu, dijemput adik menyampaikan ucapannya.

Muhammad Faris bin Mohd Asrri

untuk

..ucapan

Terima kasih diucapkan kepada adik

Muhammad Faris bin Mohd Asrri di

atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Para hadirin yang dihormati sekalian, Yang awal kita dahulukan. Yang dahulu kita alu-alukan. Ucapan perasmian kita nantikan. Pelengkap majlis yang kita adakan.

Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha,

En Abdul Rashid bin Mohd Kassim

selaku Guru Besar

SK Matang Paku untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan perkhemahan unit berunifoem SK Maang Paku. Dengan penuh takzimnya dipersilakan.

.ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati. Yang Berjaya kita raikan, Hadiah diberi sebagai penghargaan, Yang Berjaya kita raikan, Semoga kejayaan terus berkekalan.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada para peserta program perkhemahan unti beruniform SK Matang Paku. Oleh itu, majlis dengan sukacitanya ingin menjemput dan mempersilakan Puan Zuezanariah binti Osman untuk mengiringi Tuan Guru Besar untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada para peserta perkhemahan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Bagi kategori kumpulan, Saguhati diberikan kepada lima kumpulan, dijemput wakil Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Seterusnya, kumpulan terbaik perkhemahan unit beruniform thun 2013, dijemput wakil

Kumpulan

Berikutnya pula ialah hadiah kategori peserta terbaik perkhemahan.

Peserta terbaik perkhemahan unit beruniform SK Maatang Paku tahun 2013 bagi kategori perempuan, disandang oleh. Adik . Manakala, peserta terbaaik perkhemahan uni berunifprm SK Maatang Paku tahun 2013 bagi kategori lelaki disandang oleh.. Adik ..

Seterusnya, diminta Puan Zue Zanariah slaku Kem Komanden program perkhemahan kali ini menyampaikan cenderahati kepada Tuan guru besar sebagai tanda terima kasih bagi pihak kami pelajar-pelaja r program pensiswazahan guru,Kohort 1, Universiti Utara Malaysia. Majlis sekali lagi merakamkan, setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Guru Besar di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pesserta.

Hadirin sekalian, Demikianlah tadi majlis penyampaian hadiah bagi program perkhemahan unit peruniform SK Matang Paku tahun 2013.

Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah dan cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis perasmian penutupan program perkhemahan unit beruniform SK Matang paku tahun 2013.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepad pihak sekolah, guru-guru fasalitatorfasalitator dan semua yang terlibat untuk menjayakan program perkhemahan unit beruniform SK Matang Paku. Terima kasih di atas segala kerjasama dan sumbangan yang diberikan.

Saya bagi pihak majlis juga memohon ampun dan maaf seandainya ada kesilapan sepanjang saya,mengacarakan majlis ini.

Akhir kata, Burung kedidi terbang di awan, Hinggap sebentar di bibir perigi. Terima kasih hadirin sekalian. Panjang usia berjumpa lagi.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum waarahmatullahi wabarakatuh.

You might also like