You are on page 1of 20

SMK TAMAN INDAH 73000 TAMPIN N.

SEMBILAN DARUL KHUSUS

KERTAS KONSEP PROGRAM GURU PENYAYANG SMK TAMAN INDAH


NAMA AGENSI KOD SEKOLAH NO. TELEFON N0. FAKS E-MAIL BLOG : : : : : : SMK TAMAN INDAH NEA 5057 06-4414479 06 -4413502 smktamanindah@gmail.com http://myhemsmti.blogspot.com

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi; manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang..

KERTAS KONSEP PROGRAM GURU PENYAYANG

1.0

PENGENALAN

TUGAS pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan. Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas etika sebagai seorang pendidik. Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah.

Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhi tugas mendidik anak bangsa. Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi, tetap relevan sepanjang zaman dan kalis masa. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: Sedang kami berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti! Namun Rasulullah SAW berkata: Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri. Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran. Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing. Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu adalah jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan. Rasulullah

SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam menghadapi sesuatu keadaan.

Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut disertakan penjelasan terperinci kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW dan inilah contoh seharusnya diikuti guru.

Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar kita perlu bersikap lemah lembut apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan sikap berdegil. Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah murid dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya.

Confucius, seorang ahli falsafah dan pendidik Cina yang sangat terkenal. Dirinya sebagai seorang guru, menggunakan kaedah dan pendekatan pendidikan yang sangat informal, bersesuaian dengan karektor individu yang berbeza-beza. Beliau

mencadangkan kepada anak didiknya apa yang perlu dipelajari, berbincang dengan mereka dan kadang kala hanya mendengar hujah dan ulasan anak didiknya dengan sabar. Cadangan diberikan anak didiknya untuk memperkembangkan kekuatan, dan memperbaiki kelemahan. Beliau mengatakan bahawa pendidikan hendaklah

dilaksanakan dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, beliau mendidik tanpa mengira latar belakang anak didiknya.

Anna Eleanor Roosevelt, warga Amerika Syarikat, seorang pejuang hak asasi manusia yang terkenal, pernah mengatakan bahawa The giving of love is an education in itself. Beliau berpendapat bahawa tindakan memberi kasih sayang itu sudah merupakan satu bentuk pendidikan. Pandangan ini menunjukkan betapa pentingnya seorang pendidik untuk sentiasa menunjukkan sifat kasih sayang dan mencipta hasil signifikan ke atas orang yang dididiknya.

Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha gigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran tenang.

2.0

RASIONAL 2.1 Permasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai bagi membantu murid tersebut dan menggunakan kaedah dan

pendekatan yang terkini serta disukai oleh murid tersebut. 2.2 Generasi murid hari ini yang terdiri daripada generasi Y dan Z yang unik, di mana mereka mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka. 2.3 Mengurangkan jurang beza tara antara guru dengan murid

3.0

OBJEKTIF 3.1 Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah. 3.2 Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa. 3.3 Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

4.0

JUSTIFIKASI 4.1 4.2 4.3 4.4 Terdapatnya peningkatan salah laku disiplin dalam kalangan murid. Peningkatan kadar ponteng murid. Terdapat laporan/aduan pelanggaran etika profesion keguruan. Peningkatan bilangan guru yang mengalami tekanan emosi dalam menjalankan tugas.

5.0

ANJURAN DAN KELOLAAN

Bidang Kemanusiaan dan Bimbingan Kaunseling SMK Taman Indah

6.0

PERSONALIA

Jawatankuasa Kerja Program Guru Penyayang

Penaung Penasihat Pengerusi

: : :

Pengarah Pelajaran N. Sembilan Pegawai Pelajaran Daerah Tn. Hj. Ramli bin Ibrahim Pengetua SMK Taman Indah

Tim. Pengerusi

En. Mohammad bin Said PK HEM

Naib Pengerusi 1

En. Abd. Aziz bin Abd Rahman GPK 1

Naib Pengerusi 2

En. Vikraman a/l Velayuthan GPK Kokurikulum

Setiausaha

En. Hamzah bin Abd Hamid GKMP Kemanusiaan dan Kemasyarakatan

Penyelaras

En. Alias bin Daud Guru Bimbingan Dan Kaunseling

AJK

: : : : : :

Semua GKMP/ Ketua Panitia Guru Disiplin Guru Kebajikan Guru Biasiswa Penyelaras tingkatan AJK PIBG

7.0

PENGISIAN / AKTIVITI Rujuk Modul Guru Penyayang SMK TI

8.0

SASARAN Guru dan murid dan seluruh warga sekolah

9.0

TEMPOH PELAKSANAAN Sepanjang tahun 2012

10.0

SUMBER KEWANGAN 10.1 10.2 10.3 PIBG PCG kokurikulum sahsiah diri/ Pendidikan Islam dan Moral Peruntukan LDP

11.0

PENUTUP

Program Guru Penyayang ini diharapkan dapat memberi sumbangan ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif, mewujudkan suasana yang lebih harmoni antara guru dengan murid, serta dapat mengurang salah laku disiplin murid.

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG


Tema Tajuk 1 Objektif : : : Anda DiUtamakan Menyambut kehadiran semula murid ke sekolah 1. 2. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan murid.

Tarikh Masa Sasaran Personalia

: : : :

04 Januari 2012 (hari pertama persekolahan) 7.00 pagi hingga 7.20 pagi (waktu hadir ke sekolah pagi dan petang) Semua guru dan murid Semua pentadbir sekolah, pengawal keselamatan, guru cemerlang, guru bimbingan dan Kaunseling, PRS dan pengawas sekolah Kain rentang/banting : Kain rentang/banting digantung seminggu sebelum sesi persekolahan tahun 2012 bermula. Kain rentang dimasukkan logo JPNJ, PPD dan sekolah. Contoh kain rentang :

Bahan / Alat : Langkah-langkah 1.

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH


Tahniah, kerana anda dapat hadir ke sekolah
Murid didahulukan, Pencapaian Murid diutamakan.

2. 3.

4.

Personalia berada di laluan masuk sekolah untuk menyambut kehadiran murid. Personalia mengucapkan salam dan selamat datang kepada murid dengan senyuman ikhlas / bersalaman / peluk murid. Contoh : a. Assalamualaikum / Selamat sejahtera b. Selamat kembali ke sekolah / Welcome back to our school c. Tahniah kerana hadir semula ke sekolah Teguran dari aspek pelanggaran peraturan sekolah tidak dilakukan secara terbuka. : : Murid menghadiri sekolah dengan perasaan gembira dan selesa. Penerimaan dan penghargaan kepada murid dapat mewujudkan perasaan diterima dan dialu-alukan untuk hadir ke sekolah.

Penilaian Rumusan

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG


Tema Tajuk 2 Objektif : : : Pandangan Pertama Perhimpunan Khas Hari Pertama Persekolahan 1. 2. 3. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan murid. Menerima maklumat daripada personalia dalam suasana yang kondusif dan teraputik.

Tarikh Masa

: :

04 Januari 2012 7.30 pagi hingga 8.10 pagi (waktu pertama persekolahan pagi dan petang) Semua guru dan murid Pengetua / Guru Besar, PK HEM, Pengacara Majlis Sistem siaraya, kerusi, rostrum :

Sasaran Personalia

: :

Bahan / Alat : Langkah-langkah

1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis berjalan mengikut aturcara perhimpunan mingguan. 2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid dengan kata-kata yang positif. 3. PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan mematuhi peraturan sekolah dalam gaya yang mesra dan cara yang menyenangkan. 4. Pengetua / Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut memberi fokus kepada keprihatinan guru dan kasih sayang guru kepada murid. Penilaian : Murid dapat mematuhi peraturan sekolah dengan perasaan sukarela dan selesa. Kasih sayang guru terhadap murid dapat dirasai dan dihayati melalui komunikasi berkesan dan beradab, dan seterusnya mendorong mereka hadir ke sekolah dengan perasaan sukarela dan selesa.

Rumusan

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG


Tajuk Tema Objektif : : : Penerapan kasih sayang di dalam pembelajaran dan pengajaran Syoknya belajar ! 1. 2. 3. Mewujudkan sikap keprihatinan guru terhadap murid sepanjang pembelajaran dan pengajaran. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran. Melaksanakan tugas pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan hasil kewujudan perhubungan yang lebih mesra dalam kalangan murid dan guru.

Tarikh Masa Sasaran Personalia

: : : :

Sepanjang tahun Mengikut jadual pembelajaran dan pengajaran Semua guru dan murid Semua guru Mengikut keperluan dan kesesuaian : Guru memberi salam terlebih dahulu kepada murid. Guru menyemak kehadiran murid dan menunjukkan sikap keprihatinan terhadap murid. Guru memastikan kesesuaian persekitaran kelas dan kesediaan murid untuk memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Guru perlu bersikap sensitif terhadap sebarang perkara yang berlaku semasa pembelajaran dan pengajaran, dan mengambil tindakan positif yang sewajarnya. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid mengikut kesesuaian. Guru menunjukkan penampilan diri guru yang mudah didampingi dan bersikap mesra. Sebelum mengakhiri pembelajaran dan pengajaran, guru mengucapkan salam / ucap selamat / kata-kata positif dan bersemangat. Contoh : Jumpa lagi esok / See you tomorrow, tahniah kerana memberi tumpuan. Guru waktu terakhir memastikan semua murid meninggalkan bilik kelas sebelum guru keluar dari kelas. Murid seronok mengikuti aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Guru penyayang mencipta suasana pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan, dan seterusnya mengurangkan tekanan kepada guru dan murid.

Bahan / Alat : Langkah-langkah 1. 2. 3. 4.

5. 6. 7.

8.

Penilaian Rumusan

: :

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG


Tema Tajuk 3 Objektif : : : Guru Sumber Inspirasi Guru Kesayanganku, Kelas Kebanggaanku 1. 2. 3. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima oleh guru kelas. Mewujudkan perasaan sayang dan hormat terhadap guru kelas bersesuaian dengan konsep in loco parentis. Memupuk semangat kesepunyaan dalam diri sendiri; terhadap guru, rakan-rakan dan kelas sendiri.

Tarikh Masa Sasaran Personalia

: : : :

04 Januari 2012 8.10 pagi hingga 9.30 pagi (2 waktu selepas perhimpunan) Semua guru dan murid Guru kelas Dokumen berkaitan mengikut keperluan dan kesesuaian : Guru kelas mengiringi murid ke kelas selepas perhimpunan. Guru kelas memberi salam kepada murid. Ucapan salam dibuat dengan mesra dan ikhlas. Guru kelas memperkenalkan diri dan bertanya khabar kepada murid. Murid diajak untuk memperkenalkan diri dan berkongsi pengalaman semasa cuti. Guru kelas membincangkan perihal pengurusan dan pentadbiran kelas bersama murid.

Bahan / Alat : Langkah-langkah 1. 2. 3.

4.

Penilaian

Murid dapat mengenali guru kelas dan menguruskan kelas seperti dipersetujui bersama, contohnya penjagaan kebersihan kelas, kewujudan keharmonian kelas, pengurusan papan notis, dan sebagainya. Semangat sepasukan dan kekitaan dapat diwujudkan di kalangan murid dan guru berlandaskan konsep in loco parentis.

Rumusan

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG


Tema Tajuk Objektif : : : Pembudayaan sikap prihatin Bersamamu, sayang 1. 2. 3. Mewujudkan rasa diambil berat oleh guru. Mendapatkan bantuan untuk mengatasi masalah kesempitan hidup. Menanam semangat kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah.

Tarikh Masa Sasaran

: : :

Mengikut kesesuaian Mengikut kesesuaian Murid yang berkeperluan (bantuan kemiskinan, mangsa bencana, kematian, anak yatim dan lain-lain) PIBG, Alumni, PK HEM, Guru Tingkatan, Guru Kebajikan, Guru Biasiswa, Guru Data Mengikut keperluan dan kesesuaian :

Personalia

Bahan / Alat : Langkah-langkah 1. 2. 3.

4.

Mengenalpasti murid yang berkeperluan. Mendapatkan dan mengumpulkan sumber bantuan yang bersesuaian. Menghulurkan bantuan : a. Lawatan ke rumah b. Lawatan ke hospital c. Bantuan makanan, pakaian, kewangan dan lain-lain Pemantauan perkembangan sahsiah dan akademik murid secara berterusan. : Murid mendapat bantuan dan kekuatan untuk mengharungi masalah kesempitan hidup. Guru penyayang sentiasa prihatin untuk mengenalpasti murid yang berkeperluan. Bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat mengurangkan tekanan emosi dan bebanan yang dihadapi. Murid akan merasa dirinya dihargai dan rasa dirinya terbela. Seterusnya murid akan mendapat kekuatan untuk mengharungi dugaan hidup.

Penilaian

Rumusan

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG


Tema Tajuk Objektif : : : Iklim Sekolah Penyayang Komuniti prihatin, komuniti penyayang 1. 2. 3. Mewujudkan persekitaran yang mendorong warga sekolah untuk lebih bersifat penyayang. Menimbulkan rasa keperluan untuk bersifat penyayang kepada murid. Mempraktikkan amalan kasih sayang dalam kalangan warga sekolah.

Tarikh Masa Sasaran Personalia

: : : :

Sepanjang tahun Sepanjang masa persekolahan Semua warga sekolah Guru Media, Jawatankuasa 3K Kain rentang, papan kenyataan, bahan/dokumen berkaitan :

Bahan / Alat : Langkah-langkah 1. 2.

3.

Menyediakan kertas cadangan perlaksanaan persekitaran penyayang. Mewujudkan tempat untuk menampilkan rasa kasih sayang warga sekolah : a. tempat memaparkan kain rentang b. tempat berehat dan tempat aktiviti yang selesa untuk murid c. tempat untuk menyediakan mural kasih sayang guru d. sudut penghargaan dan pengiktirafan kepada murid bersahsiah terpuji e. papan kenyataan untuk memaparkan sumbangan murid yang terlibat dengan masyarakat Mempraktikkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Contoh : a. Amalan senyuman mesra b. Amalan ucapan terima kasih c. Amalan bersalaman : : Wujud budaya kasih sayang dalam kalangan warga sekolah. Suasana dan persekitaran yang berunsur kasih sayang akan mewujudkan iklim sekolah yang bersifat penyayang. Iklim positif ini akan sentiasa mendorong murid suka hadir ke sekolah dan mengamalkan gaya hidup penyayang.

Penilaian Rumusan

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG


Tema Tajuk 1. Objektif : : : Latihan dalam Perkhidmatan Guru Penyayang, Murid Sayang 1. 2. 3. Memahami konsep Guru Penyayang berlandaskan elemen 9P5K. Mengaplikasikan konsep Guru Penyayang sebagai satu budaya kerja. Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan beretika.

Tarikh Masa Sasaran Personalia

: : : :

LDP sekolah kali pertama 8.00 pagi hingga 4.00 petang Semua guru Pengetua / Guru Besar Edaran bahan LDP :

Bahan / Alat : Langkah-langkah 1. 2. 3. 4. 5. Penilaian :

Pembentangan Konsep Guru Penyayang dalam persembahan Power Point. Pembengkelan pengisian dan perlaksanaan Program Guru Penyayang. Pembentangan hasil pembengkelan. Penetapan garis panduan perlaksanaan Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah. Penubuhan Jawatankuasa Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah. 100% guru dapat memahami dan mempraktikkan konsep Guru Penyayang. Program Guru Penyayang dapat melahirkan guru yang bersifat prihatin dan menyayangi murid secara ikhlas. Guru yang bersifat penyayang dapat memberi sumbangan kepada usaha peningkatan sahsiah diri murid dan akademik.

Rumusan

SMK TAMAN INDAH PROGRAM GURU PENYAYANG MURID DIDAHULUKAN PENCAPAIAN MURID DIUTAMAKAN STRATEGI TINDAKAN BIL. 1 AKTIVITI Anda diutamakan STRATEGI Menyambut kehadiran semula murid ke sekolah TINDAKAN Semua pentadbir sekolah, pengawal keselamatan, guru cemerlang, guru bimbingan dan Kaunseling, PRS dan pengawas sekolah Dalam aktiviti ini : 1. Kain rentang digantung seminggu sebelum sesi persekolahan tahun 2012 bermula. Kain rentang dimasukkan logo JPNS, PPD dan sekolah. 2. Personalia berada di laluan masuk sekolah untuk menyambut kehadiran murid. 3. Personalia mengucapkan salam dan selamat datang kepada murid dengan senyuman ikhlas / bersalaman / peluk murid. Contoh : a. Assalamualaikum / Selamat sejahtera b. Selamat kembali ke sekolah / Welcome back to our school c. Tahniah kerana hadir semula ke sekolah 4. Teguran dari aspek pelanggaran peraturan sekolah tidak dilakukan secara terbuka. TATACARA/KAEDAH

BIL. 2

AKTIVITI Pandangan pertama

STRATEGI Perhimpunan Khas Hari Pertama Persekolahan

TINDAKAN Semua Pentadbir, GPK HEM Pengacara Majlis Pemimpin Pelajar Dalam aktiviti ini :

TATACARA/KAEDAH

1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis berjalan mengikut aturcara perhimpunan mingguan. 2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid dengan kata-kata yang positif. 3. PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan pematuhan peraturan sekolah dalam cara yang menyenangkan. 4. Pengetua / Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut memberi fokus kepada keprihatinan guru dan kasih sayang guru kepada murid.

Pimpinlah aku

Guru Kesayanganku, Kelas Kebanggaanku

Guru Kelas

Dalam aktiviti ini : 1. Guru kelas mengiringi murid ke kelas selepas perhimpunan. 2. Guru kelas memberi salam kepada murid. Ucapan salam dibuat dengan mesra dan ikhlas. 3. Guru kelas memperkenalkan diri dan bertanya khabar kepada murid. Murid diajak untuk memperkenalkan diri dan berkongsi pengalaman semasa cuti. 4. Guru kelas membincangkan perihal pentadbiran kelas bersama murid. pengurusan dan

BIL. 4

AKTIVITI Guru sumber inspirasi

STRATEGI Syoknya belajar !

TINDAKAN Guru Mata Pelajaran Dalam aktiviti ini :

TATACARA/KAEDAH

1. Guru memberi salam terlebih dahulu kepada murid. 2. Guru menyemak kehadiran murid dan menunjukkan sikap keprihatinan terhadap murid. 3. Guru memastikan kesesuaian persekitaran kelas dan kesediaan murid untuk memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran. 4. Guru perlu bersikap sensitif terhadap sebarang perkara yang berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran, dan mengambil tindakan positif yang sewajarnya. 5. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid mengikut kesesuaian. 6. Guru menunjukkan penampilan diri guru yang mudah didampingi dan bersikap mesra. 7. Sebelum mengakhiri pembelajaran dan pengajaran, guru mengucapkan salam / ucap selamat / kata-kata positif dan bersemangat. Contoh : Jumpa lagi esok / See you tomorrow. 8. Guru waktu terakhir memastikan semua murid meninggalkan bilik kelas sebelum guru keluar dari kelas. 3

BIL. 5

AKTIVITI Pembudayaan sikap prihatin

STRATEGI Bersamamu, sayang !

TINDAKAN PIBG, Alumni, PK HEM, Guru Tingkatan, Guru Kebajikan, Guru Biasiswa, Guru Data Dalam aktiviti ini :

TATACARA/KAEDAH

1. Mengenalpasti murid yang berkeperluan. 2. Mendapatkan dan mengumpulkan sumber bantuan yang bersesuaian. 3. Menghulurkan bantuan : a. Lawatan ke rumah b. Lawatan ke hospital c. Bantuan makanan, pakaian, kewangan dan lain-lain 4. Pemantauan perkembangan sahsiah dan akademik murid secara berterusan.

Iklim Sekolah Penyayang

Komuniti prihatin, komuniti penyayang

Guru Media, Jawatankuasa 3K

Dalam aktiviti ini : 1. Menyediakan kertas cadangan perlaksanaan persekitaran penyayang. 2. Mewujudkan tempat untuk menampilkan rasa kasih sayang warga sekolah : a. tempat memaparkan kain rentang b. tempat berehat dan tempat aktiviti yang selesa untuk murid 4

BIL.

AKTIVITI

STRATEGI

TINDAKAN c. d. e.

TATACARA/KAEDAH tempat untuk menyediakan mural kasih sayang guru sudut penghargaan dan pengiktirafan kepada murid bersahsiah terpuji papan kenyataan untuk memaparkan sumbangan murid yang terlibat dengan masyarakat

3. Mempraktikkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Contoh : a. Amalan senyuman mesra b. Amalan ucapan terima kasih c. Amalan bersalam

PLAN TINDAKAN PROGRAM GURU PENYAYANG 1.


Bagi memastikan pelaksanaan berjalan dengan lancar, tindakan seperti berikut akan diambil :
Bil. 1 Bulan Minggu Kedua (7-9 Dis) Aktiviti 1. Bengkel menyediakan kertas konsep dan modul Guru Penyayang 1. Precouncil konsep pelaksanaan bersama Ketua Sektor 2. Penerangan Ketua Sektor Kertas Konsep Guru Penyayang dan modul kepada semua PPD 3. Taklimat modul, kertas konsep Guru Penyayang dan Touch Point Pengarah oleh PPD kepada pengetua/ guru besar 4. Taklimat Ketua Sektor kepada sekolah rintis (Model 4 sekolah satu daerah) 1. Pembentangan kertas konsep Guru penyayang dan touch Point Pengarah dalam Mesyuarat KSPPD 2. Pembentukan jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah 1. Pelaksanaan Touch Point Pengarah pada hari pertama persekolahan Tindakan JPNJ

Disember 2011

Ketiga

JPNJ/PPD

Keempat (27-29 Dis) Pertama (4 Jan) Minggu Ketiga Minggu kedua Minggu empat

JPNJ/PPD Pengetua/Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah JPNJ/PPD PPD/ Sekolah Sekolah/JU

4 Januari 2012 5

1. Pelancaran Program Guru Penyayang peringkat JPN dalam perhimpunan bulanan 2. TOT JU Negeri dan Daerah 1. Pelancaran Program Guru Penyayang peringkat PPD 2. Pemantauan kehadiran murid melalui sistem e-kehadiran 1. LDP kepada guru

Februari 2012

Bil. 7

Bulan Mac 2012 Januari hingga November 2012

Minggu Minggu kedua Sepanjang tahun Minggu pertama hingga minggu empat Minggu empat

Aktiviti 1. Pelancaran Program Guru Penyayang peringkat sekolah

Tindakan Jawatankuasa Guru Penyayang

1. Pelaksanaan Program Guru Penyayang peringkat sekolah

Semua sekolah

April 2012

1. Pemantauan pelaksanaan program Guru Penyayang

JPNJ/PPD

10

Jun 2012

1. Penilaian setengah tahun keberkesanan program penyayang 2. Mesyuarat bulanan penilaian pelaksanaan Guru Penyayang. 3. Menghantar laporan kepada PPD/JPNS

Pengetua dan Guru Besar sekolah rintis/PPD Pengetua dan Guru Besar sekolah rintis/PPD

12

November 2012

Minggu ketiga

1. Mesyuarat penilaian keberkesanan Program Guru Penyayang 2. Menghantar laporan kepada PPD/JPNS

You might also like