You are on page 1of 9

Ayat ialah perkataan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan makna yang lengkap.

Ayat yang lengkap mempunyai subjek dan predikat.

Ayat

Subjek + Predikat

ayat yang diterangkan

menerangkan subjek

Contoh :

Subjek
Kedai itu

Predikat
di Ang Mo Kio.

Ayat Lengkap

Kedai itu di Ang Mo Kio.

Contoh-contoh lain : Subjek Singapura Mereka Doktor Predikat memang terkenal sebagai pusat pelancongan antarabangsa. berenang di kolam renang. merawat kaki adik.

Ayat boleh terbentuk dalam dua keadaan iaitu: (a) Ayat biasa- mempunyai subjek di hadapan dan predikat di belakang. Contoh : (1) Semua jemputan sudah hadir. (2) Kereta itu meluncur laju.

(b) Ayat songsang- mempunyai predikat di hadapan dan subjek di belakang.


Contoh : (1) Sudah tiba semua jemputan. (2) Meluncur laju kereta itu.

Bagi sesetengah ayat, partikel penegas kah, -lah perlu digunakan supaya ayat songsang tersebut menjadi jelas. Contohnya :

Ayat biasa Ayahnya guru? Ayat songsang Gurukah ayahnya?

Dia pegawai polis? Pegawai poliskah dia?

Ayat inti ialah ayat yang paling sederhana bentuknya. Ayat inti terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat ini menjadi dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain.

Pola Ayat Dasar


Pola 1 Pola 2 Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN) Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK)

Pola 3
Pola 4

Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA)


Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FS)

Empat Pola Ayat Dasar

FN + FN

FN + FA

FN + FK

FN + FS

Pola Ayat Dasar FN + FN FN + FK

Subjek Kamarul (FN) Abang (FN)

Predikat kemalangan. (FN) gemar membaca. (FK)

FN + FA
FN + FS Ayat Lengkap Kamarul kemalangan.

Bangunan itu (FN)


Bapa (FN)

sangat tinggi. (FA)


ke pejabat. (FS)

Abang gemar membaca. Bangunan itu tinggi. Bapa ke pejabat.

JENIS-JENIS AYAT
Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat tersebut ialah (1) Ayat Penyata (2) Ayat Tanya Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya (Cth : Encik Wong berkereta ke pejabat?) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya (Cth : Ibu kamu siapa? / Siapakah ibu kamu?) (3) Ayat Perintah Partikel -kah Ayat Suruhan (Cth : Pergi dari sini. Awak tunggu di sini.) Ayat Silaan (Cth: Sila makan kuih itu. Jemput duduk. Sila hubungi saya.) Ayat Permintaan (Cth : Harap jangan merokok. Tolong diam. Minta tuan-tuan bersabar.) Ayat Larangan (Cth : Usah pergi dari sini. Jangan usik dia. Tak usah menangis lagi.) (4) Ayat Seruan

Ayat Seru Tanpa Kata Seru (Cth : Comelnya bayi ini! Ayat Seru Dengan Kata Seru (Cth : Wah, comelnya bayi ini!) kata seru aduh, oh, wah, cis, eh, wahai dan sebagainya.

BENTUK-BENTUK AYAT
Ayat-ayat

bahasa Melayu dibahagikan

kepada
Ayat Tunggal Ayat Tunggal Ayat Tunggal mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat Tunggal dikenali juga sebagai ayat selapis. Ayat Majmuk

Ayat Majmuk
Ayat Majmuk dikenali sebagai ayat berlapis.
Ayat ini mengandungi dua atau lebih ayat ayat tunggal.

Ayat majmuk terbahagi kepada tiga golongan iaitu : Ayat Majmuk Gabungan Ayat Majmuk Campuran Ayat Majmuk Pancangan

You might also like