PENDAHULUAN
Pengkorporatan universiti awam tempatan merupakan satu pendekatanbaru oleh Kementerian Pendidikan ke arah mempertingkatkan mutu pendidikandi Malaysia bertaraf global dan menjadikan universiti awam tempatan sebagaipusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia ini. Isu pengkorporatan universitiawam ternpatan ini sebenarnya bukan perkara baru, sebab ianya pernahdicadangkan pada 19 tahun yang lalu dengan harapan dapat meningkatkankualiti pendidikan dan membina masyarakat berilmu. Walau bagaimanapun sejakakhir-akhir ini timbul perbahasan yang hangar mengenai perkara ini, jadi apakahyang dimaksudkan dan tujuan universiti awam tempatan dikorporatkan.Perkataan pengkorporatan amat mengelirukan dan sering disalah tafsir oleh masyarakat umum, kakitangan akademik dan pelajar, sehingga ada yangmenganggap universiti awam tempatan akan rnenjadi sebuah "SyarikatSendirian Berhad" di mana semua hartanya akan dijual kepada individu korporatbagi mendapatkan keuntungan. Mengikut Abdullah Sanusi Hj. Ahmad,"Corporation is separate from privatisation. In government corporation is the firststep toward privatisation but in the case of the university, it's corporation. Fullstop. Never, never, privatisation (New Strait Times, Nov. 9, 1995).Oleh itu konsep kerajaan mengenai pengkorporatan universiti awamtempatan tidak sama seperti konsep penswastaan agensi-agensi kerajaan yanglain, sebaliknya, pengkorporatan disini lebih bersifat kepada 'perbadanan'.Tegasnya universiti awam tempatan bukan diswastakan atau dijadikan universitiswasta, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad sendiri telahmemberi jaminan bahawa kerajaan masih terlibat secara langsung denganpentadbiran universlti walaupun ianya diperbadankan dan kerajaan tidak akanmembiarkan mana-mana pihak menumpu kepada kepentingan mereka semata-mata sahaja. (New Strait Times, Nov. 10, 1995).
3
Leave a Comment